.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, February 26, 2010

Thanatology


Baru-baru ini kuliah forensik menghidangkan tajuk yg sgt menarik, tapi agak menggerunkan- Thanatology-a study of death.

Teringat satu nasyid zaman muda² dulu,

Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan,
seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan nan keidinginan

Tiada lagi gunanya harta, kawan karib,sanak saudara,
jikalau ada amal dan taqwa, itulah hanya pembela kita.

Topik ini disampaikan hampir 3 hari. Betul-betul menginsafkan. AJAL- Tiada siapa yg dapat menghalang, dan tiada siapa yg dapat mempercepatkannya.

49. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa Yang dikehendaki Allah. bagi tiap-tiap umat ada tempoh Yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".Yunus:49

Ada 4 tanda-tanda ajal sudah datang menjemput (immediate signs):

1. Pucat lesi, kulit hilang elastik, mengendur.
2. Mata tidak memberi sebarang respon, tidak berkelip dan pupil tidak mengecil jika disuluh cahaya.
3. Tubuh lembik, hilang tona otot, mulut terbuka, dan keluar najis.
4. Berhenti pernafasan, denyutan nadi, degupan jantung dan tiada refleks terhadap sakit dan persekitaran.

Bagaimanakah rasanya bila nyawa ditarik? Nafas tersekat² dan akhirnya berhenti. Jantung dan nadi juga. Allah.. tidaklah kita mahu tergolong dalam golongan mereka yg merugi. Menyesal pada saat sesalan tiada gunanya lagi. T-T

Apakah yg akan kita fikirkan tatkala ajal itu datang bertamu?
Harta? siapakah yg akan menguruskannya?
Anak-anak dan isteri? apakah yg akan terjadi kepada mereka?
Amal? Apakah diterima? Adakah selama ini cukup utk melayakkan kita utk menjadi penghuni syurga?

Itu soalan kita.. cukupkah kita bersedia? Kerana maut ini seperti juga cinta - buta, x kenal siapa-siapa.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran junjungan mulia kita. Baginda telah pun dijemput kekasih baginda, dan meninggalkan 2 benda paling utama sebagai tanda kasih dan cinta baginda pada kita-umatnya.

1. AlQur'an
2. AsSunnah
Dah lama rasanya didedahkan dgn 2 perlembagaan utama kehidupan ini, baru sekarang terasa kepentingannya. Pentingnya memahami, meneliti, dan menghayati, lantas mengaplikasikan apa yg difahami drp 2 benda ini ke dalam kehidupan.

Benar, kita tidak akan sesat selama-lamanya.. Berpegang teguh lah..


Tiba-tiba rasa nk berpuisi, tapi x pastilah perkataan di bawah ini boleh dikategori sebagai puisi ataupun tidak. Ok, just consider it as lontaran persoalan daripada hati kecil, yg terperosok dalam ruang² hati, still punya rasa dan suara..

Malulah sikit pada Nabi
Baginda dah dijamin syurga, terpelihara dari dosa, tp tetap solat malam sampai bengkak² kaki
Kita masih beralasan itu ini?

Malulah sikit pada Muhammad (SAW)
Ajal dah dtg menjemput pun, masih ingat pada ummat
Baginda, ada kita ingat?

Malulah sikit pada Rasulullah (SAW)
Kena baling batu pasir, diletak bangkai pun, masih tega berdakwah
Kita, org cakap sikit, dah angkat kaki, blah

Malulah sikit pada Al-Amin ini
Yatim piatu, tidaklah berharta
tapi terunggul sebagai pemuda, bapa, ketua dan suami
Kita, semua ada berbanding baginda,
sepatutnya lebih mudah kita contohi

Malu rasanya nak katakan kita cinta pada baginda..
Hanya kematian yg menentukan kita semakin hampir dgn rasulullah SAW atau sebaliknya..


Hope only death will do us closer.. ameen.

Aku mahu cinta sama Baginda, Ya Rabb~ T-T

Bagaimana?


Bersediakah aku menghadapi maut itu??