.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, March 04, 2010

A medical life



Pernah satu hari, teman serumah saya mengeluh selepas mendengar ura-ura tahun compulsory services (baca-khidmat wajib) para graduan ijazah sarjana perubatan dan pembedahan (MBBS & MBBCh) akan dilanjutkan daripada 3 tahun kepada 5 tahun.

"Saya bukannya nk sgt jadi doktor ni sebenarnya, ayah saya yg suruh, " keluhnya.

Terpancar riak keresahan pada mukanya. Hendak berpatah balik, jalan yg dilalui seakan sudah jauh - sudah belajar hingga ke tahun 4, dapat tajaan dan pinjaman pula.Tahukah anda? Saya telah membuat pinjaman sejumlah hampir RM238,628.00 utk 5 tahun pengajian pada umur semuda 18 tahun. @_@ Dgn sebab itulah, utk berpatah balik, seakan mustahil bagi saya. Mungkin melihat ke belakang dan bermuhasabah adalah langkah yg terbaik.

Saya menyesalkah? Benarkah jalan ini?

Tahun² menjadi houseman adalah neraka dunia berdasarkan cerita-cerita senior² yg sudah pulang ke Malaysia mahupun graduan universiti dalam negara.

Ye ke? Gerun membayangkan hari-hari yg diherdik, ditengking, dimalukan dihadapan semua orang di hospital. Tetapi selepas menyertai seminar professionalisme tempoh hari, pandangan itu serta-merta berubah. Tahun² houseman adalah medan utk belajar secara maksimum. (actually everyday is learning day -__-!) So grab the chance, sementelah di Mesir ini kekurangan praktikal dan keterlebihan teori, jadi, saya perlu bekerja dan belajar triple time~!! Lantaklah kene marah ke, tengking ke, yg penting I need to be a competent doctor.

-1/40 drp 1/5 pelajar perubatan M'sia-Mesir-

Jadi resolusi saya utk tahun ini:

1. Say no to procrastination.
2. Indulge in medical & islamic field whole heartedly.
3. Never stop and forget praying and ask others to pray for me.

Cukup kot 3 je. Praktikalnye mmg menuntut jiddiyah~!!

Selepas bergelar graduan, gelaran Dr. di hadapan nama saya menjadi bukti, atau dgn kata lainnya ikrar yg.... kalau difikirkan.. sgt berat utk direalisasikan.

Geli hati bila teringatkan kawan saya di Korea, sedang menjalani kursus ijazah kejuruteraan. Dia mengeluarkan satu kenyataan.

"(For men) if you want your children to be intelligent, marry a teacher. If you want them to be more intelligent, marry an engineer."

Dan saya mencelah, "to be left almost everyday, marry a doctor. haha"

^__^ am i right?

Ok, enough wondering for the future. Semua itu milik Allah, kita punya kuasa utk mengubah keadaan sekarang.Tumpukan apa yg kita boleh buat sekarang, pada masa yg sama jgn lupa kesalahan semalam dan apa yg boleh kita buat utk masa akan datang... jika punya nafas lagi..

Next, apa yg memenuhi kotak fikiran saya sekarang adalah final end round and final practical of Forensic & Toxicology. Apa yg berbaki adalah kuliah terakhir dan clinical round di Jabatan Kecemasan dan Racun. Best jugak tgk CSI bila dah habis belajar ni. xde lah melongo je bila sebut pasal Post Mortem changes dan evidents yg dijumpai. ^__^

Exam: Forensic & Toxicology End round exam
Date: 10/3/2010 (Wednesday)

Exam: Final Forensic & Toxicology practical exam
Date: 13/3/2010 (Saturday)-->Bestday ayah~!!


Dah.. cukup utk updates kali ini. Return to da books.

5 days more to go~

Jgn lupa doakan saya.

(فإذا عزمت فتوكل على الله.. إن الله يحب المتوكلين.

159. ..then, when Thou hast taken a decision put Thy trust In Allah. For Allah loves those who put their trust (in Him).

Ali-Imran: 159