.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, June 24, 2010

Bukan sekadar mata


Semasa umur saya belasan tahun, saya jarang sakit. Dan kalau sakit pun, sgt malas untuk berjumpa doktor. Sebab saya adalah seorang yg sukar untuk menelan pil-pil. Namun saya menganggap doktor adalah org yg hebat. Boleh mendiagnos segala penyakit dgn melalui ujian dan pemeriksaan ke atas pesakit sahaja. Kadang-kadang malas hendak melayan soalan-soalan doktor. Duduk sahaja di kerusi untuk temujanji, sudah ditanyanya..

"Ok, adik sakit apa?" (kalau saya tahu sakit apa, xde lah saya dtg jumpa doktor, saya g beli ubat dan makan ubat tu.. balas saya dlm hati..)

"Bila saya picit sini sakit x?"
"Sakit yg macam mana?"

Aduh, malasnya mahu menjawab semua itu.. periksa sahajalah badan saya doktor.. kn doktor tahu?

-Menonton pembedahan mata, patient was on the table-

Tapi segalanya berubah selepas saya menuntut di tahun klinikal. Sejarah pesakit sangat-sangat berharga. Untuk mendapatkan diagnosis yg tepat, sorang doktor perlu melakukan beberapa langkah. Langkah pertama ialah bertanyakan sejarah pesakit.

Sejarah personalnya: Nama, umur, tabiat.. etc (seorang doktor perlu mengingat nama pesakitnya untuk memudahkan follow up- adeih, part ni yg lemah ni..)

Sejarah penyakitnya: Apa, bgaimana, dimana dan kenapa.

Sejarah keluarganya: Yg berkaitan dgn perubatan tentunya. (so jgn rasa doktor tanya itu untuk menyibuk hal rumahtangga orang, tetapi dia terpaksa bertanya for completing the puzzle to get the best diagnosis to prescribed da appropriate medicine)

Dan tentunya segala maklumat pesakit should keep in confidential~!!

Salah seorang doktor ENT (ear nose and throat) kami pernah berpesan.

"Sebelum kamu hendak melangkah ke step ke 2, iaitu inspection (pemeriksaan ke atas pesakit) pastikan dlm kepala kamu maximally 2 diagnosis. Dan pemeriksaan itu hanyalah untuk membuktikan diagnosis yg pertama, dan bukan yg ke2. Atau pun jika kamu punya satu diagnosis sahaja, inspection done to confirm your diagnosis"

@-@ waaah~

Sebab itu sesi soal jawab dengan pesakit sangat penting. Ada penyakit yg boleh di diagnos hanya melalui sejarah pesakit, tidak perlu melakukan pemeriksaan. Canggih x? hehe. Sebab itu, anda tidak perlu kecewa jika doktor hanya bertayakan soalan2 sahaja, tidak melakukan pemeriksaan keatas anda. Bukan salah doktor yang sambil lewa (tidak di nafikan ada jugak doktor spesis itu) tapi kadang-kadang kerjasama pesakit yg sambil lewa menyebabkan doktor salah mendiagnos.

Perlu juga di ingatkan: doctors- no room for mistakes

-Live phacoemulsification operation, student hands off, just done by specialist-

Apa tidaknya, punca mata berair ada sekurang-kurangnya 15 , punca mata merah ada 10, punca kehilangan penglihatan secara berperingkat ada 4, tiba-tiba x nampak pula ada 4 sebab. Kan banyak tu nk exclude satu-satu dan sampai kepada final diagnosis? @-@ Sebab itulah kerjasama pesakit untuk menceritakan segala simptom yg dihidapinya dan menjawab segala soalan doktor dengan jujur. Saya sendiri berair mata bila melihat mata pesakit yg kemerahan, berair dan... oh xdpt di bayangkan.

-Perlu hadamkan buku ini, tahun depan akan jumpa ramai lg patient-

Geli hati bila teringatkan pengalaman bersama seorang makcik tua di Hospital Mata Tanta University semasa saya mengambil kesnya untuk dipersembahkan di hadapan professor. Terkulat-kulat saya mengambil sejarah penyakitnya. Pulak tu xmahu bekerjasama memeriksa visual acuity nya di hadapan Landolt's chart (carta yg ada banyak C pelbagai saiz itu) kerana carta itu di tingkat atas, dan dia malas nk berjalan lagi. Mujur saya tidak berseorangan dan report kesihatannya saya perolehi daripada doktor. (heheh untuk membandingkan ujian yg dilakukan oleh kami dgn doktor yg memeriksa beliau-^___^ ngelat)

Tetapi selepas mengambil segala butiran yg penting, saya bertaya pula ttg penyakitnya sebelum ini. Punya kencing maniskah kah? Punya Darah tinggi? Perlu juga bertanya sama ada pernah merokok atau minum arak.. tapi pertanyaan itu perlu juga pada tempatnya. Ini juga mempengaruhi bentuk rawatan ke atasnya nanti -___-! Makcik itu menjawab (semestinya dlm bahasa arab ammi)

"xde.. xde.. saya mmg bersih dari semua tu.. Saya xde darah tinggi, tapi kat sini hari-hari orang amik tekanan darah, saya mana ada darah tinggi, x percaya jugak la.. haisy.."

(sebenarnya memang rutin pesakit inward akan diambil bacaan tekanan darahnya dan vital sign yg lain)

"Semalam saya puasa, sbb hari ni katanya jadual untuk operation, tapi x jadilah pula."

Banyak lagi ngomelannya, tp saya sudah lupa kerana round oftal adalah round pertama kami dlm tahun 4. Seronok sebenarnya melayan ngomelan orang tua ni ^__^ Makcik itu menghidap 'Chronic dacrycystitis' dan dijadualkan akan menjalani pembedahan dacryocystorhinostomy.

-Hadiah saguhati musabaqah AlQur'an peringkat university-

Menjadi seorang doktor mendidik saya supanya banyak mendengar (saya lebih suka bercakap XD) menjadi peramah, menerima sesiapa sahaja dgn hati terbuka, lebih teliti dalam setiap hal, otak bercabang-cabang mengaitkan satu perkara dgn perkara lainnya, dan terdidik untuk menyelesaikan masalah secara effective. Kami dididik supaya treat the cause, the symptoms and the complications. Sebab itu perlu menggunakan segala pemikiran dan ilmu yg ada untuk menatijahkan rawatan yg lengkap, dan pesakit dapat sekurang-kurangnya selepas rawatan will be a productive person, tidak terhalang untuk beramal kerana penyakit yg menimpanya. Perlu berfikiran jauh dan sentiasa bersedia dgn segala kemungkinan. Di Mesir juga professornya mengajar kami untuk sentiasa target full mark dalam setiap ujian. Hilang 1-2 markah adalah tidak patut~! @-@ Sebab itulah di sini ada Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid dan Maqbul. Guess what, markah lulus adalah 60% TT-TT If less than 60%, you need to reseat the paper, that if you are lucky enough not to repeat the whole year studying that subject. @-@

Of course after most of the disease, when undergone treatment, one can't return to his normal anatomical and physiological function totally or 100%. Mesti ada defect jugak. Ya apa hikmahnya? Ini menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya manusia yg bernama doktor. Pernah ada yg menganggap, doktor adalah jelmaan tuhan ke bumi. Datang untuk memberikan nyawa kembali. Ah, sebenarnya banyak lagi yg doktor tidak tahu. Tidak semua penyakit dan rawatan dalam tangan seorang doktor. Idiopathic disease, so called that because the doctor is idiot to diagnose the cause of the disease. Memang tidak diketahui apakah punca penyakitnya. Sekali lagi Allah mengingatkan ilmuNya seluas lautan berbanding kita yg punya hanya setitis daripada lautan itu~! Masha Allah.

-Ingin memenuhi pelawaan Doktor Kursiah berposting di Sultanah Bahiyah, ke Hospital Baling juga perlu-

Saya tidak sabar untuk menjalani posting elektif di Malaysia. Melihat sendiri suasana Malaysia dan bersembang bebas dgn pesakit di Malaysia. Teringin juga bersembang dgn pesakit di sini, tetapi kemampuan bertutur arab ammi saya yg sgt cetek menyebabkan semangat itu terbantut. Tetapi serius saya cakap, Mesir mengajar saya banyak benda. (Oh hanya tinggal 2 tahun, dan saya akan meninggalkan mesir?)

-Buku pinjam, oh ophthal x abis hafal lg-

Buku ini saya kira perlu di baca oleh semua bakal doktor muslim. Kenapa? Buku ini memuatkan kisah seorang doktor pelatih muda bernama Musleh yg cuba membawa peribadi seorang Muslim dalam masyarakat Hospital. Di dalamnya juga terdapat beberapa fiqh perubatan kontemporari yg perlu diketahui secara mendalam oleh para bakal doktor sekalian. Pengalaman bagaimana berhadapan dengan kerenah birokrasi Hospital, kerenah rakan-rakan doktor dan semestinya meladeni kerenah pesakit. Pada pandangan saya, Dr Farhan Hadi (penulis novel ini) ingin menyampaikan mesej: Hanya iman kepada Allah adalah solusinya. Belilah satu, dan hadamkanlah.. anda memang tidak akan rugi insha Allah!!

Selamat melangkah ke dunia sebenar semua bakal doktor sekalian~!


Ophthal x habis lagi. Esok punya peperiksaan praktikal, klinikal dan oral~

Raise your penlight guys, sway it like pros ^___^

Doakan kami~


Saturday, June 19, 2010

Mencari damai dan semangat yg hilang

-Sudah sebulan-

Saya mimpi adik saya, dia dtg dekat saya dgn muka mendung.

Jannah: K uda.. xbestlah, lambat sgt.

Saya: (sambil pegang tgn dia) *xingt saya cakap apa.

..then ayah dtg dgn maryam panggil saya, saya menoleh dan jannah hilang dari pegangan saya.

saya terjaga dan memaksa utk tidur kembali supaya berjumpa dgn Jannah lagi.

Dlm mimpi episod 2, saya beriringan dgn k una. Kami nampak Jannah, hampir dgn kawasan hijau semacam bendang.

Jannah melambai-lambai dan menggamit2 saya.

Jannah: mehla sini k uda.. meh la sini..!

Saya hanya menyatakan sebentar lagi saya akan ke sana... dan saya terjaga.. empangan yg ditahan pun pecah!

Allah~ inilah ujiannya.

Mimpi ini kadang-kadang mainan syaitan. Jika ya, saya perlu sentiasa fokus.. Ophthalmology written exam is only 3 days ahead!

Jika ini satu petanda, saya juga perlu sentiasa fokus!

Sahhilni ya Rabb T-T

Hati remuk menanggung beban rindu yg terpaksa ditanggung hingga akhirat..

Pray for me and my family please....please....



"When you loose someone close to your heart, see your whole world fall apart, and you try to go on but it seems so hard, Allah knows.. Indeed He already prepared something for her, for you for all of us! The best plan! Insha Allah"

Thanks iman..

The whole episode of accident [here]



Monday, June 14, 2010

Teruslah berlari


Penat.

Hari ini sangat panas. Keluar seawal 8.00 pg bersama Una ke dewan peperiksaan. Subjek Forensik dan toksikologi- subjek ke dua setelah melalui Public Health dgn hati lara. Air mata ini akhirnya tumpah setelah ditahan-tahan. Berbincang dgn kakak saya ttg topik-topik forensik akhirnya mengundang hiba. Kenangan bersama arwah Jannah kembali menapak tubir mata. Ya, kami tahu airmata tidak mampu mengubah segalanya. Rindu yg disimpan hampir 2 tahun tidak bertemu, terpaksa digalas lagi utk dibawa ke akhirat kelak.

-salah satu topik forensik; sains kematian-

Merancang pelbagai agenda untuk dilaksanakan seusai peperiksaan akhir ini. Menawan KL dan Selangor bersama Jannah, menziarahi kolejnya dan penginap sehari dua di sana. Buku-buku yg saya kirim hampir RM600 dibelinya di pesta buku yg lepas. Belum cukup saya berterima ksaih ttg itu. Banyak yang mahu saya kongsikan. Bukan tidak cukup perkongsian lewat panggilan telefon, tapi dek jarak masa dan kesibukan masing-masing, semuanya saya simpan utk diceritakan pabila tiba di tanah air kelak. Tapi saya lupa, Allah juga ada perancanganNya. Allah menegur. Hati yg keras ini perlukan teguran yg keras juga. T-T

Kemana usiamu kau habiskan?
Kepada siapa kau labuhkan kesedihan dan pergantunganmu?
Kepunyaan siapakah segalanya di dunia ini?
Kemanakah sebenarnya destinasi kita?
Untuk apakah dunia ini?

-Nenek, Widad & arwah Jannah-

Allah.. Kau ambil Jannah ke sisiMu agar org yg paling hampir dgn dia menjadi hampir dgnMu.. T-T

Teringat pula emel Jannah ttg Extended Essaynya. Dia meminta pendapat saya utk essay berbahasa Melayu yg akan direbutnya. Hingga kini kesibukan dan kelalaian saya menyebabkan saya tidak tahu apakah perkembangan terkininya. Cuma hati ini tersentuh lagi dgn tajuk pilihan Jannah :

salam,
the ternet already broken down
i need
research question for my extended essay
the malay one
i think i'm gonna take faisal tehrani's book as the main research
maybe the tunggu teduh dulu?
what do you think?
in my otak maybe i one to have
konsep penyerahan or tawakal or berserah kepada tuhan yang kukuh dalam kalangan masyarakat?
tp the title x sedap?
ade pandangan lain x?
this 8th i need to rebut with others.
to get malay as the ee
u know the essay with 3500-4500 words
thaks ko da
i love you!!!

*** then i replied

salam,
cbe wat research psal manikam kalbu, buku faisal tehrani
best, psal etika pemakaian :D
***
salam,
huhu
esok nak dah RQ.
doa laa esok jannah dpt cekgu tue.
pagi2 lagi dah kne berebut.
manikam kalbu buku kat library dah ade org pinjam,
nih pun tunggu teduh dulu kawan jannah sempat pinjamkan kalu x melepas jannah nak amek buku tue buat revision.
tajuk cek:


"Kosep penyerahan taqdir dan ketentuan kepada Tuhan dalam masyarakat yang diketengahkan oleh Faisal Tehrani dalam karyanya Tunggu Teduh Dulu"

Sedap x??
bagilaa ayat lagi sedap.
kalu bleh malam nih gak
esok pepagi nak rebut
kalu jannah dapat buat ee malay
ade bengkel pastue bleh jumpa faisal tehrani
hehe
doakan cek dapt rebut ek
thanks
salam
luv u
p/s: my college famous with maher zain's song.hehe

***

salam, sorry.. being away from net lately.. outstation
panjangnye tajuk
huhu
try cek dis out: konsep takdir dan ketentuan Tuhan dlm 'tunggu teduh dulu' karya faisal musa (faisal tehrani)
xtahu la sama maksud ke x..
bunyi cam len je.. haha
btw camne? dpt x wat BM pye RQ?

***

salam..
huhu
pegi2
kat tempat duduk cekgu tue ade pintu
pastue ade notis
registration ditangguhkan
saba jeklaa

doakan ek
ramai gle nak amek ee malay
cekgu malay bleh 7 org jek

~another 6 days, rumah is waiting for me..weee~

***

Itu cerita 4 bulan yang lalu. Jika EE itu siap, saya mahu membacanya kerna saya kini sedang dlm proses utk menerima hadiah yang Allah kirimkan ini- proses menerima takdir. T-T

X nampak lagikah wahai diri?

Saya punya kakak kandung di sini. Satu kuliah, satu rumah dan satu katil lagi. Saya punya sepupu di Tanta dan Iskandariah. Saya punya anak saudara (anak sepupu). Saya punya teman-teman rapat. Saya punya housemate yg memahami. Allah hanya mengambil seorang adik saya. Adik saya yg saya kira mahu bersama- sama memikul beban dakwah ini. Medan kami sama, Perubatan. Salahkah? Hanya dia seorang.. Itukan HakNya? Orang lain, hanya sebatang kara di perantauan. Orang lain yatim piatu lagi. Orang lain tidak punya adik beradik yang lain, tunggal. Apa lagi yg patut saya sedihkan? Allah ambil satu sahaja nikmat yg dipinjamkan kepada saya. Tapi cantiknya Allah susun supaya saya segera mensyukuri nikmat lain yang telah saya abaikan, saya xsedar pun akan kehadirannya.. Allah~

-Acik, sudah la sedih-sedih tu.. Khayrat dtg niii..-

Berderu sms dan msg yg saya terima berisi doa, kata-kata penguat dan motivasi. Tidak kurang juga ziarah ke rumah saya di Tanta. Baik junior mahupun senior. Allah menghantar kalian sbg penguat. Terima kasih kepada semua. Setiap pelukan dan kata-kata kalian begitu bermakna. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Sungguh, saya akan membaca msg dan sms yg kalian berikan whenever i feel down. Buat housemates, hanya Allah sahaja yg membalas jasa kalian, meladeni tetamu yg kadang-kadang bertandang hingga ke malam. Membahagikan masa membaca dan menghafal nota di waktu peperiksaan hanya berbaki sehari-2. Sama-sama berbincang topik pelajaran tika kepala ini penuh dgn kesedihan dan sukar untuk fokus dlm imtihan.

Bagaimana ya, Rasulullah menghadapi saat kepergian Isteri tercinta? Apa respon Respon Rasulullah pabila menerima kematian Abu Talib pendokong kuat penyebaran risalah baginda? Bagaimana Aisyah menerima kewafatan Rasulullah, dan tetap meneruskan perjuangan Baginda? Apa yang sahabat-sahabat lakukan untuk menerima kewafatan yg tercinta Rasulullah?

-Saya sgt rindu dia, dan semua adik-adik saya!-

Saya yang beribu batu daripada rumah ini pun terasa dan terkenang-kenangkan arwah Jannah, apatah lagi ummi dan ayah di rumah. Ummi dan ayah memang kuat. Video kepulangan jenazah di rumah dan gambar-gambar berkenaan saya tangguhkan untuk melihatnya. Bimbang x keruan nnt jadinya. Biarlah di Malaysia nanti saya lepaskan segalanya. Kuburnya tok pesan agar ditandakan dgn batu gunung sahaja.

Di asrama pernah dia sakit perut dan gatal gatal badan, kerana alahan antibiotik. Saya yg tidak tahu apa, hanya meletakkan minyak di perutnya dan memicit2nya sahaja tatkala dia mengaduh sakit. Bila fikir semula dan kaitkan dgn apa yg telah dipelajari, lawak pun ada. ^__^ Sempat dia belajar menjahit baju kurung di butik selepas SPM. Saya yg sgt seronok, mengirimkan beberapa helai kain daripada Mesir utk dia buatkan baju. Apa khabar kain-kain itu sekarang ya?

Cita-citanya mahu meneruskan pengajian perubatan di Ireland. Preplacement exam telahpun dia duduki. Cuma bila keputusannya keluar nanti, orangnya telah tiada. Saya pernah bermimpi melihat langit UK dgn penuh perasaan gembira. Saya ceritakan padanya agar semangatnya naik membara ketika dia memohon doa buat peperiksaanya.

Allah, byk hikmah yg tersirat di sebalik kejadian ini...

Ya benarlah setiap yg bernyawa akan merasai mati.

Allah matikanlah kami dlm husnul khatimah.

Dia sudah selesai tugasnya! Saya perlu meneruskan langkah!


P/s:
1. Esok oral Forensik.. moga-moga tiadalah soalan berkenaan insiden Pemergian Jannah ini keluar drp mulut doktor. Bimbang bukan jawapan yg keluar, tetapi airmata T-T

2. Doakan saya dan kakak saya kuat ya! 2 down, 2 to go~

3. Saya mahu balik Malaysiaaaaaaaaaa~! Permudahkanlah Ya Rabb. T-T

4. Melayan bait-bait lagu memang best kn?





Thursday, June 03, 2010

Dia punya


-Womans of Ahmad Sani-

“Sesungguhnya mata ini berlinangan, dan sesungguhnya hati ini sedih, dan sesungguhnya kami berasa amat sedih atas pemergianmu wahai Ibrahim…dan tidak akan kami lafazkan melainkan apa yg meredhakan(menyukakan)Tuhan kami…” – Rasulullah saw ketika mendukung jenazah anak mudanya Ibrahim utk dikebumikan..

Thanks bro~

Demi nyawaku yg berada dlm genggamanNya..

Alfatihah buat adikku Nuruljannah Binti Ahmad Sani, Puteri ke3 Ahmad Sani+Kamaliah.

Allahyarhamah sedang dlm proses postmortem dipercayai tercekik(strangulated) semasa memandu kereta gocart dan I-allah akan dikafankan dan dimandikan pihak Hospital Langkawi. Ayah dan ummi akan menyambutnya di jeti Kuala Perlis dan akan disemadikan di Baling selepas solat Jumaat (waktu Malaysia) MESIR: area pukul 8.00 pg.

Mohon doa agar arwah diampunkan dosanya, ditempatkan bersama para syuhada' org-orang soleh dan Nabi-Nabi.

Hati mana x rawan menulis entry ttg kepergian adik sendiri??

Jannah: K uda, benci lah jannah pegi sekolah.. org asyik cakap.."Ni adik Huda eh? ni adik Huda eh?"
Saya: haha, nk buat macam mana, muka jannah nk sama ngn k uda :P

Jannah: Eleh, k uda tu yg ikut muka jannah~

Saya: mana ada. ok.. sape keluar dlu? sape lahir dlu??

Jannah: mana ada.. jannah yg ada dlu dlm perut ummi! kasik can k uda kuar dlu.. then bru lah jannah kuar.. haha

Saya: (ceh -___-! nk menang jugak)

*****

Dan ya.. jannah pergi dulu tinggalkan k uda.. ya jannah kuar dlu dari dunia ni.. T-T

Allah saya redha.. tapi hati ini mendung, hujan airmata masih lebat!

Saya: Ummi x sedih ke.. anak ummi da tinggal 4.. T-T

Ummi: Sedih? Tu kat Palestin tu, lagi ramai anak yg meninggal.. hari-hari.. Xpelah ummi redha..


Kat rumah kenduri Kak Iti

-Ummi,Maryam, K Iti,(pengasuh saya dari usia saya bayi)Maddin dan Jannah-

Allah....~

Aku perlu kuat!!

Byk lg nk tulis.. tp prioriti utama kene fikir juga...

Till now,

layan lagu [ini] jap.. terasa mcm jannah nyanyi kat k uda pulak @-@

Kepunyaan Allahlah segala apa yg ada dilangit dan bumi.. Apa hak kita utk tidak redha?? T-T

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun~

*
*
*

Special thanks to every soothing n relieving SMS, msg and visits that I received. I really appreciated them. So sorry I can't reply them all..

Doa pada tuhan kamu supaya dipinjamkan saya dan k una secebis kekuatanNya~


AlBaq'a Lillah~



Tanta

Exam lusa T-T


Wednesday, June 02, 2010

Football fever-Exam fever



video

K'naan waving flag - FIFA World Cup 2010 Official Song Hymm
Download it [here]

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

Born to a throne
Stronger than Rome
But violent prone
Poor people zone
But its my home
All I have known
Where I got grown
Streets we would roam
Out of the darkness
I came the farthest
Among the hardest
Survival

Learned from these streets
It can be bleak
Accept no defeat
Surrender, retreat

So we struggling
Fighting to eat
And we wondering
When we'll be free
So we patiently wait
For that fateful day
It's not far away
But for now, we say

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

So many wars
Settling scores
Bringing us promises
Leaving us poor

I heard them say
Love is the way
Love is the answer
That's what they say

But look how they treat us
Make us believers
We fight their battles
Then they deceive us

Try to control us
They couldn't hold us
But we just move forward
Like Buffalo Soldiers

But we struggling
Fighting to eat
And we wondering
When we'll be free

So we patiently wait
For that fateful day
It's not far away
But for now we say

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes...

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

And then it goes...

And then it goes...

And everybody will be singing it...

And you and I will be singing it...

And we all will be singing it...

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

And then it goes

When I get older
I will be stronger
They'll call me freedom
Just like a wavin' flag

And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back

When I get older...

When I get older...

I will be stronger...

Just like a wavin' flag...
Just like a wavin' flag...
Just like a wavin' flag...

Flag...
Flag...

Just like a wavin' flag...

Came across this song after bloghopping.
Credits to this bro~
Currently this song filling my external auditory canal, middle ear and inner ear~ ^__^
Really hooked :P

"The football fever is on! People are cheering! "
Chorus speaking Raso.inc manapak tubir mata, mengetuk kotak memori. Buku public Health terletak tepi, minda menerawang lagi, terkenang tragedi 2 hari lepas..

Sungguh, airmata ini tumpah tatkala melihat video serangan komando Israel terhadap Armada kebebasan (lifeline4gaza) 2 hari lepas.

Bergetar badan melihat situasi itu. Marah, geram, sedih dan hampir tidak percaya. Tergamak mereka memperlakukan sebegitu? Memang bukan manusia si Bangsat Yahudi Zionis.

Ya Mereka tidak pernah redha selamanya!

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [AlBaqarah: 120]

Justeru? Berbuat apakah kita? Mana cukup sekadar menjerit marah, protes dgn demonstrasi, dan kemudian senyap dan tiada tindakan susulan! Bukan saya menafikan dan mengatakan berdemo dan tunjuk perasaan itu membuang masa. Perkara ini cukup bagus untuk menyedarkan mereka yg terlena, tidak sedar atau buat-buat buta dan tuli ttg apa yg berlaku terhadap saudara seakidah sekeliling. Ya berdemo untuk menunjukkan pendirian kita, supaya ada tindakan yg lebih tegas dikenakan terhadap Isreal laknatullah perlu disokong menggesa kerajaan berbuat sesuatu untuk saudara-saudara kita!

Haha, kejadian 31 Mei 2010 benar-benar membuktikan bacul dan pengecutnya Zionis Israel. Israel takut terhadap pensel-pensel, kertas-kertas, kerusi roda dan ubat-ubatan! Simen-simen dan kayu juga cukup membuatkan mereka terasa dikecam dan terancam. Sebenarnya bukanlah mereka takut kepada bahan-bahan itu secara 'literally'. Tapi tahukah anda, mereka menyerang Freedom flotilla yg masih berlayar di lautan antarabangsa, yang sedikitpun tidak memasuki perairan Gaza, jauh sekali perairan Israel itu kenapa?

Mereka gerun akan semangat yg mencetuskan gerakan pelayaran ini. Mereka kecut dgn kesedaran dunia tentang sekatan dan penjajahan mereka terhadap Palestin. Semangat apakah ini? Daripada mana dtgnya kesedaran ini?

Allah, jika ditanya mahukah anda menyertai flotilla ini? Ramai juga yg memberi respon positif, semangat mahu turut serta dalam misi ini. Tapi jika kita diperlakukan sebegitu rupa seperti yg dihadapi oleh relawan2 yg terlibat, masih tegakah kita dgn pendirian kita? Sanggupkah kita berdepan dgn tentera Israel yg hari ini terbukti kebajingannya? Mampukah kita meninggalkan segala kemewahan, harta benda dan keluarga semata mahu menyeru seruan jihad?

Mereka telah menyahut seruan jihad mereka. Kita? Sahutlah seruan jihad kita, jihad mata pena dalam peperiksaan, dan paling utama, jihad melawan hawa nafsu bagi memastikan nafsu ammarah tertunduk akur pada iman yg teguh berdiri!


Tegakkanlah Islam dlm diri kamu nescaya Islam akan tertegak di sekelilingmu.

Ayuh!

Islah diri dan ajak orang lain!!

Oh, hati ini perlu di 'rikonstruksi' lagi~ (T-T)

P/S:

1. Maaf ya adik-adik Palestin semua.T-T Buku-buku dan pensel yg akak kirim banyak2 aritu, Si Tentera Israel dah curi. Derang takut adik-adik guna pensel tu buat cucuk dan lontar derang. I-allah akak akan kumpul duit lagi, ajak kawan-kawan akak untuk beli lagi ubat dan kerusi roda. X lupa juga untuk ganti balik buku-buku dan pensel yg dicuri tu. Akak x akan maafkan derang. Belajar rajin-rajin ye. Jgn lupa baling derang dgn batu kalo jumpa, kecik besar x kira..baling je!!~Doakan akak juga ^___^

2. Apa yg kita boleh buat?
i- BOIKOT barangan YAHUDI dan USA
ii- Sebarkan kepada semua kenalan ttg permasalahan Palestin dan kepentingan kita menanganinya.
iii- Belajar dan berusaha sekuat hati dan sepenuh tenaga! (israel x pernah berhenti memikirkan cara bagaimana untuk menghapuskan Islam.)
iv- Peruntukkan sebahagian kecil wang bulanan anda khas utk infaq dan derma kpd Palestin.


3. Kenapa x dihantar ke Mesir?? (T-T) saya kepingin mahu mendengar kisah mereka 1st hand~




Punya Imtihan 5/6 - 3/7
Perlu doa dari kalian~

hood@sunny
Baitul3ateeq
Tanta