.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, January 01, 2009

Derita itu derita kita


~Gambar diperkarangan Fakulti Perubatan, Tanta University, by panorama assist mode~

Pagi itu, para pelajar Universiti Tanta berdemonstrasi membantah dan menunjuk perasaan secara aman. Bergantungan replika kunci, simbol penduduk Palestin punya hak terhadap tanah yg kini diratah semahunya oleh pihak Zionis Yahudi. Kita? Apa kaitannya dgn kita? Rasul saw ada bersabda,

Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.

Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Muslim
Antarabangsa menegaskan: “Apa yang terjadi di Gaza sekarang ini
menuntut setiap umat manusia tidak terkecuali, baik warga negaranya
atau pemerintahnya untuk membela hak-hak bangsa Palestin di Gaza
yang sedang mengalami pembunuhan secara massif dan massa..”

Sehingga entry kali ini ditulis, 412 penduduk Palestin terbunuh, dan lebih 2000 cedera..Sedih & sebak berbaur. Sedih kerana saya, sebagai salah satu drp jutaan ummat islam tidak mampu bersatu dan membela nasib saudara seaqidah!! Benci!!!

What to do? What we can do?

[1.] Berdoa utk kesejahteraan, dan memohon supaya pertolongan Allah sentiasa dilimpahkan, tidak putus2 khususnya kepada Mujahideen Palestin dan pejuang Islam serata dunia umumnya.

[2.] Berusaha sedaya upaya memboikot barangan yg bersangkut-paut dgn regim zionis yahudi laknatullah.

[3.] Jika mempunyai kemampuan dari segi kewangan, infaqkanlah sebahagian dari wang kita. Melalui saluran mana? Klik sini.

[4.] Bersyukur dgn apa yg telah kita nikmati dan berusahalah dan bersungguh-sungguhlah!!

No comments: