.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.
Showing posts with label expresso. Show all posts
Showing posts with label expresso. Show all posts

Wednesday, September 12, 2012

Curhat

-Continue witnessing a live open heart surgery, after attending in OT, Cardiothoracic Dept. Tanta University-



Bismillahi walhamdulillah, 

Semalam telah selesai ujian pusingan akhir subjek Pembedahan (Surgery), salah satu drp 2 subjek besar pengajian Perubatan tahun akhir Universiti Tanta. Alhamdulillah Allah beri ketenangan hati utk menjawab peperiksaan OSCE, viva dan Tools. Walaupun xlah dapat menjawabnya dengan sempurna, tapi hati ini tetap dpt bertenang dan tak serabut. Alhamdulillah.. Berbeza sangat dgn Peperiksaan Obstetrics + Gynae tempoh hari, hingga tumpah air mata ini selepas melaluinya.. T-T


-Bakal merindui wad ini, Ramadhan1433H- kosong-

Next, Iwill be facing another OnG exam. This exam has 20% marks from total 900. Consists of  MCQ's, short questions and enumerate the answer. 

Speaking of MCQs, it is not a common type of question for medical student here in Egypt. We are more exposed to essay questions and viva for final exam in each year, as they contributed the main portion of marks. Lately, MCQs has been incorporated in our final exam, given just 30 mins b4 the written exam ends. Itu pun hanya beberapa soalan, 20 - 30 soalan paling-paling byk pun. 

Jadi, nak kongsilah sedikit tips menjawab MCQs, sementelah adik-adik di Malaysia pun sedang dan akan menghadapi UPSR, PMR dan SPM, dan siapa-siapa sahaja pun yg akan menghadapi peperiksaan MCQs apa salahnya kita kongsikan? Dah rasa berkarat pula otak ini nak menjawab MCQ's, lama x diasah ^__^. Tips berikut dikutip drp Success manual for MRCOG Part 1. So here they are:

1. Tahu format MCQs anda.

-Adakah format kertas MCQs anda mempunyai pilihan ABCDE atau, hanya true/false atau hanya satu pilihan jawapan yg betul sahaja (Single Answer Based-SAB)?

-Berapakah bilangan soalan, dan masa yg diperuntukkan? Rangka pelan masa menjawab anda: Contohnya, 60 soalan dalam masa 2 jam, jadi  hanya ada masa maksimum 2 minit untuk setiap soalan. Biasanya sedikit sahaja masa yg diperuntukkan untuk soalan yg kita yakin boleh menjawabnya dgn tepat, jadi jangan buang masa! Beralihlah kpd soalan lain dan jika berhadapan dgn soalan yg sukar, gunakan masa maksimum untuk setiap soalan (yg telah anda kira pecahannya mengikut rangka pelan awal). Jika tetap tidak dpt menjawabnya, tandakan pada soalan tersebut, dan beralih kpd soalan seterusnya agar kita dapat kembali kpd soalan tersebut jika mempunyai masa.

-Tahu pecahan topik untuk setiap soalan anda. Contohnya 60 soalan: 20 soalan drp tajuk A, 20 drp tajuk B, 10 drp tajuk C dan 5 untuk tajuk D dan E masing-masing. 

-Jawapan akan ditanda pada kertas soalan atau kertas jawapan khas? Hati-hati dalam menjawab pada kertas jawapan. Jangan letakkan jawapan kpd soalan no 2 di kotak jawapan no 3! Ini akan membawa kesalahan berangkai dan kegagalan yg nyata!

-Jawapan hendaklah ditanda dengan cara tertentu, dan menggunakan jenis pensel atau pen tertentu. HB atau 2B?

2. Tahu bagaimana proses penandaan kertas jawapan anda. 

-Adakah setiap jawapan yg betul akan diberi markah dan markah akan ditolak untuk jawapan yg salah?(negative marking) Atau markah hanya diberikan kpd jawapan yg betul tanpa menolak markah bagi setiap jawapan yg salah?

-Siapakah yg akan menanda jawapan anda? Adakah proses penandaan menggunakan komputer atau khidmat manusia? Jadi anda harus berhati-hati dalam menanda kertas jawapan dan jika mahu menukar jawapan.

3. Berapakah markah lulus untuk kertas peperiksaan tersebut? 

-Ini adalah untuk  memudahkan anda mengulangkaji topik-topik berkenaan dan bersedia meletakkan target yang paling tinggi.

4. Baca dan fahami dgn baik kehendak soalan.

-Biasanya MCQs akan menguji pengetahuan dan kefahaman anda tentang sesuatu fakta. Don't read between the lines. Penggubal soalan tidak berniat utk menguji anda tentang makna tersirat dalam setiap soalan dan pilihan jawapan itu.

5. Beberapa terminologi dalam MCQs

- Common /charcteristic /usual /typical: bermaksud apa yg expected to be found in average textbook discription.
- Recognized /may occur /can occur: bermaksud PERNAH di describe, even rarely.
- Essential feature: maknanya it MUST OCCUR to make diagnosis
- Frequently / often: maknanya rate of occurrence > 50%
- Never : maknanya rate of occurrence 0%
- Always: maknanya rate of occurrence 100%
- Rare: maknanya rate of occurrence <5 font="font">

*Biasanya pernyataan yg ada 'always' atau 'never' selalu salah ^__^
* Ingat, dalam medic absolutes are very rare!

6. Nak tembak atau tinggalkan kosong?

Selepas membaca dan memahami kehendak soalan, biasanya kita akan tergolong dalam salah satu kategori ini:

Pertama: Yakin benar dgn jawapan anda, tiada keraguan lagi. Jika anda dalam kategori ini, tandakan degan betul jawapan anda terus pada kertas jawapan. Mengikut nombor soalan. Tanpa sekelumit rasa ragu,tapi penuh tawakkal pada Allah!

Kedua: Kurang yakin dengan jawapan itu, tetapi dengan kefahaman dan latar belakang pengetahuan anda, anda masih boleh menjawabnya. Ambil masa untuk berfikir dan reasoning, kemudian dengan nama Allah, tandakan jawapan anda pada kotak yang betul!

Ketiga: Anda  memang tidak tahu langsung bagaimana hendak menjawabnya. Jika anda berada dalam keadaan ini, dan format peperiksaan anda adalah negative marking (markah ditolak untuk jawapann yg salah), adalah dinasihatkan agar anda meniggalkan kosong pada pilihan jawapan tersebut. Tapi jika format pemarkahan kertas MCQs anda, markah tidak akan ditolak utk jawapan yg salah, maka amat rugilah jika anda tidak menembak mana-mana jawapan yang ada. Jika anda betul (50% probability) anda akan dpt markah, jika salah,  markah anda tidak hilang! 

Akhir sekali, berlatih menjawab MCQs sama kepentingannya dengan membaca buku teks. Alah bisa tegal biasa kata pepatah melayu kita ^__^. Dgn berlatih menggunakan buku latihan MCQs, uji diri sblm melihat kpd jawapan. I-Allah dgn cara demikian dapatlah kita 'tackle' ujian tersebut dan mendapat markah PENUH harapnya. Ameen~ as I'll be facing MCQs in OnG + other exams(short essays, and enumerate answers) on becoming 14th Oct. @-@

Oh, finally Faculty of Medicine had announce our final exams schedule. Here they are for you , dear readers (ceh mcm ada je -__-") to pray for my success (read-MUMTAZ) for this FINAL final yr in Med (Mad?) School ^__^Y

14 Oct 2012: Obstetric + Gynaecology (OnG) 20% exam
3 Nov 2012: Surgery 20% exam

22/11/2012 : Final written Surgery Paper I exam
28/11/2012 : Final written Surgery Paper II exam
  4/12/2012 : Final written Surgery Paper III exam

8-20/12/2012: Final practical, clinical, OSCE, viva for  Surgery exams


  5/1/2013 : Final written OnG Paper I exam
10/1/2013 : Final written OnG Paper II exam

13-24/1/2013 : Final practical, clinical, OSCE, viva for OnG exams



"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"- Asshura: 20


P/S: Pray hard, study smart :) *for my self especially U_U

Curhat : curahan hati ^__^

Friday, August 24, 2012

From A Doctor's Heart



Sleepless night, big bright lights
Books and bloods are my friends, I had to know all the current trends
I cried a lot, I suffer a lot, throughout the journey, I did not leave the plot
Serving is my mission, care is my vision, even with the pain, medicine is my passion
I stayed far from my family, did not get all the love, 
I touched the diseases many times without a single glove
I may seem to be making money, but do not forget I have to leave my hubby
I get up early and sleep very late, just to make sure that I change your fate
I hold your hand when you need, forgetting at times I needed to feed
I love what I do, but still fear the sue
I am the one on the run, who always missing all the fun
Never tired, always hired
When I get calls, for somebody who falls
I get up to make you stand, and always greet you by shaking hands
I may fly wavy like a helicopter, believe it or not I am your doctor!

Doctors around you go through a lot to make you happy, do appreciate their work!

Bila ntah nk ada Hari Doktor? @-@

Sunday, June 24, 2012

From Prisoner to President

Credit to: PilihanrayaMesir

Hari ini dalam sejarah. Seorang rakyat biasa memecah tradisi Mesir menjadi Presiden pertama Mesir yg tidak memegang sebarang jawatan dalam ketenteraan Mesir. Tahniah Dr Mohd Mursi! Dulu terpenjara kini memerintah negara!

Creadit to: Omar.Momani.

Dengan putaran 180' ini, saya yakin, dlm hati semua rakyat Mesir berharap dan berdoa supaya Dr Mohd Mursy dpt mengembalikan kestabilan dan membina kembali politik, ekonomi dan pendikan Mesir. Kini, jutaan rakyat Mesir masih di Medan Tahrir menuntut agar peralihan kuasa daripada pihak tentera SCAF -Supreme Council Of Armed Forces dilakukan segera.



"Es Sha3b yurid Morsy ra'iees!," laung si cucu Baba bawah rumah saya. Comel sekali bunyinya. Warga arab yg kaya dengan lagu2 dan alunan kata, laju sahaja menyusun perkataan utk dibuat siulan dan laungan.

Ya! Saya tentunya bersyukur malahan berbangga dgn kejayaan ini walaupun berada di sini hanya menumpang teduh, meneguk hikmah dan menuntut ilmu. Dengan kejayaan ini, terbuktilah perjuangan utk mendirikan Islam itu penuh dengan susah payah, airmata, peluh dan darah!AlFatihah dihadiahkan kpd As Syahid Imam Hassan Al Banna dan para syuhada' Taurah Yanayir!



Ingatlah gerabak kebangkitan Islam sentiasa bergerak.Terpulanglah kita mahu turut serta ataupun duduk berpeluk tubuh melihat kemanisan negara Islam. *kalau diberi kesempatan usia @-@

Kesempatan ini jugalah dunia akan melihat slogan-slogan dan laungan kata-kata Ikhwanul Muslimin, baik melalui media cetak dan dari mulut ke telinga, akan terialisasi dan di bumikan. Saya cukup yakin dengan itu!

Kemenangan Islam semakin hampir!



Namun, mendirikan semula sebuah negara yg hampir 40% rakyatnya buta huruf, dengan ekonomi yang kucar-kacir, kadar pengangguran dan jurang taraf hidup rakyat yang besar bukanlah suatu yg mudah. I-Allah dengan izin Allah, serta sokongan padu penuh keikhlasan mereka yg bekerja hanya utk Islam ini, saya tanpa berbelah bahagi sudah terbayangkan Mesir yg totally different from now!

Sungguh, hampir 6 tahun hidup di bumi kinanah ini byk yg telah saya lalui. Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya akan datang lagi ke Mesir ini!

Alhamdulillah, cahaya baru utk Mesir dan Palestin. Maka kiralah hari-hari terakhirmu Israel!

Saya tinggalkan kalian dgn nyanyian ini. Bait katanya sungguh meruntun jiwa~



Maka adakah 24 Jun setiap tahun akan menjadi hari cuti umum Mesir selepas 25 Januari? Mesir sudah semakin banyak cuti umumnya~ Ini satu peningkatan.. hehe

And yes, the best man wins! - Kredit to Syamila ^__^

Tuesday, May 15, 2012

64th Nakba



64 tahun sudah berlalu peristiwa ini, namun lukanya dalam hingga hari ini masih berdarah dan menuntut puluhan malah ratusan ribu nyawa!


-i.p.s-שבס- Israeli Prison Service-

Saksikanlah, 4700 org tahanan Palestin di Penjara Zionis Israel, kami bersama-sama kalian! Kami perlukan Gilad Shalit lagi utk pertukaran tahanan! Allah~ 






Gaza, AlQuds aku merinduimu! Aku pasti suatu hari nanti Palestin akan bebas dan aku bersama-sama berada dalam gerabak puak pembebas itu! Ameen~ 




P/S: Esok exam urology -____-" 




Thursday, May 10, 2012

Muhasabah





Bismillah walhamdulillah~


Ya, to be honest, the above picture representing most of us here in Egypt. With my Orthopedics (Sains tulang dan sendi) , Urology (Urologi) and Anesthesiology (Bius) end round exams are just 5 days ahead, the tendency to post an entry is -I think- the most appropriate thing to do  now.. haha.. At least it reliefs my stress~ nge..


Setiap kali melangkah ke dewan peperiksaan atau wad pesakit, setiap kali itulah saya menyesali ketidak cukupan persiapan dan bekal utk menghadapi dan menjawab soalan-soalan yg bakal dilontarkan Prof dan Pembantu Prof @-@ Itupun tarikh peperiksaan sudah diberitahu 2-3 minggu lebih awal!


Terfikir pula tentang sebuah kematian..


Kematian itu tiada tarikhnya! Bilakah pula anda akan bersedia? Soalan ini saya sengaja tinggalkan utk diri saya utk kembali koreksi diri. Peluang hidup kita ada 2 kali, namun kematian hanya sekali! Jadi saya tidak boleh membiarkan diri saya terus begini!!!!!!


"Sehingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, 'Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan.' Sungguh itu adalah dalih yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan" 


[AlMu'minun: 99 - 100]


P/S: 


1. Tempoh peperiksaan memang mengamit hati utk pulang ke tanah tumpah darah kampung halaman! 


2. Hanya 9 bulan sahaja lagi diriku bakal meninggalkan bumi Mesir @-@


3. Doakan saya ya, jgn lupa ^___^Y



Tuesday, December 27, 2011

Afdholun Naas~

Bismikallahumma nahya~ 

-Tahun akhir, Suppose thumb up instead of index finger right? :P-

Alhamdulillah, sudah 2 minggu melalui Round Obstetric & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan). Ternyata bidang ini cabarannya berbeza. Spiritual, emosi dan rasional diri boleh tergugah. Setiap minggu kami diberi peluang ke bilik bedah dan bilik bersalin, 2 kali utk menyaksikan sendiri Cesarean section dan pembedahan lainnya. Saya teruja~!

Hari pertama saya telah menyaksikan 3 Cesarean sections, 1 daripadanya keluar 2 bayi lelaki kembar dgn APGAR masing-masing 8 dan 4 (agak-agak je tanpa dgr degupan jantung mereka) 1 lagi bayi lelaki songsang (breech presentation), Alhamdulillah selamat dilahirkan dan ibunya selamat dijahit 3 lapisan perutnya. Lapisan pertama dinding rahim, lapisan ke dua otot perut (abdominal wall) dan peritoneum, lapisan ke tiga kulit dan lapisan bawah kulit (subcutaneous tissue) Teringat saya pada satu ayat AlQur'an Surah AzZumar: 6. Sempat juga saya melihat Intrauterine Fetal Death (IUFD) di mana bayi telah mati dlm kandungan dan perlu dibedah utk mengeluarkannya. T-T Sedih seketika...





Sedih juga bila mengingatkan bahawa inilah tahun akhir saya di bumi Mesir sebagai seorang pelajar perubatan. Terngiang-ngiang kata-kata warga Mesir yg selalu ringan mulut menegur kami, pelajar asing (wafideen).

" Entum minien? Min Sein? Filibin?" -Kamu drp mana? Drp China? Filipina?-
" La'ah, min Maliziya, Ya3ni urayyib min Sein" -Tak, dari Malaysia, dekat dgn China-
"Oh, Maliziya? Ahsan Naas" - Oh Malaysia? Sebaik-baik Manusia- *maksudnya dia puji lah~ pujian khas masyhur utk warga Malaysia yg berada di Bumi Kinanah ini.

Ahsan Naaas~


Di tempat saya belajar memperbaiki bacaan AlQur'an dan mendalami Ilmu tajwid, ada satu poster yg menarik perhatian saya. Padanya ada tertulis 5 ciri Afdholun Naas. Lebih utama daripada Ahsan Naaas :)

أولا: أن يكون على عبادة ربه مقبلا
Pertama: Menjadi seorang yg diterima ibadahnya terhadap Rabbnya

ثانيا: أن يكون نفعه للخلق ظاهرا
Kedua: Menjadi seorang yg terzahir manfaatnya terhadap makhluq lain

ثالثا: أن يكون الناس من شره آمنين
Ketiga: Menjadi seorang yg aman drp memberi keburukan terhadap org lain

رابعا: أن يكون عمَّا فى أيدى الناس يائسا
Keempat: Menjadi seorang yg sentiasa membantu mereka yg memerlukan

أخيرا: أن يكون للموت مستعدًّا
Terakhir: Menjadi seorang yg bersedia dgn kematiannya


Maka apa salahnya jika 5 ciri ini menjadi resolusi dan azam tahun baru kita kn? 

Semoga Allah redha dgn kita semua.

Esok mahu masuk bilik yg penuh dgn segala jenis cecair dan bendalir badan a.k.a bilik bersalin..

Doakan saya sentiasa ya ^___^ ~ 

Tuesday, November 22, 2011

Kembali

Bismillahi walhamdulillah...

"If you don't publish, you'll perish"

Sinis sekali bunyinya bukan?


Pesakit terakhir utk peperiksaan Sains Kanak-Kanak- G6PD dificiency Favism
Ya sudah 4 bulan blog ini terbiar tanpa perhatian. Bukan tidak mahu menulis cuma tidak ketemu masanya.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Ramadhan kali ini berbeza sekali. Aidilfitri dan Aidiladha di sini juga punya semangat dan ruh berbeza. Sempat juga ke wilayah Fayyum mencari ibrah Sang Qarun. Kemudian menguruskan pula kenduri kahwin pasangan teman sekuliah. Alhamdulillah untuk kelapangan masa dan kudrat kurniaannya.


Kini, gelaran pelajar tahun akhir jurusan Perubatan menambah berat bahu utk memikulnya.




Selesai sudah urusan pengesahan nama dalam pengajian. Buku-buku kuliah juga sebahagiannya telah dibeli. Bekalan terbaik jika perintah berkurung kembali berkuat-kuasa.


Mahar on the spot.




Benar Mesir Sang 'ibu dunia' kini tidak stabil, namun aku yakin dgn kalamNya daripada Surah Yusuf : 99. Berbekalkan kalam itulah aku yakin Mesir akan aman~!
Rangkaian telefon sudah terputus-putus, internet juga mengalami nasib yg sama. Mari berdoa yg terbaik utk Mesir dan isinya!


اللهم من أراد بمصر وأهلها خيرا فوفقه وسدد خطاه ومن أراد بمصر وأهلها شرا فرد كيده في نحره ولا تجعل له سلطاناعليها







Merah-Putih-Hitam = Mesir



P/S: saya nk habiskan degree di Mesir cepat2. Ihfadzna Ya Rabb!



Wednesday, July 06, 2011

Geldiology

~BERSIH hati BERSIH segalanya~

Geld @ gild @ Jild @ جيلد @ Derm = Kulit

Tahukah anda, organ terbesar yg Allah ciptakan pada tubuh kita adalah kulit? Masha Allah~ Kulit mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas bernama EPIDERMIS, dan lapisan bawahnya pula bernama DERMIS. Dalam round kali ini, saya belajar hampir semua penyakit kulit yang pernah wujud di muka bumi ini. Sengaja saya tulis di sini untuk memudahkan penterjemahan kepada bahasa ibunda -____-! sebagai latihan utk berhadapan dgn pesakit di Malaysia nnt :

Panau = Pityriasis versicolor
Kulat kulit kepala = Tenia capitis
Kurap = Tenia circinata / Tenia corporis
Kudis buta = Scabies
Ketuat = Verruca
Sopak = Vitiligo
Kudis = Impetigo (any bacterial infections)
Demam campak @ cacar air = Varicella @ Chicken pox
Kelopak garam = Urticaria
Kutu = Pediculosis
Kusta = Leprosy
Allergi @ radang kulit = Dermatitis
Botak @ keguguran rambut = Alopecia areata
Jerawat = Acne Vulgaris


Rabu ini I-Allah akan berlangsunglah ujian akhir pusingan Dermatologi (Dermatology end round exam)

Berikut ialah jadual peperiksaan yang bakal saya hadapi utk melayakkan diri saya menjadi pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Tanta Universiti hujung tahun ini. Doakan yg terbaik utk saya ya pada setiap tarikh-tarikh di bawah ^_____^ !

Upcoming End Round Exams~

13 Julai 2011 - Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease

21 Julai 2011 - Cardiology

1 Ogos 2011 - Chest (Hari pertama Ramadhan)

9 Ogos 2011 - Tropical Medicine

17 Ogos 2011 - Radiology

25 Ogos 2011 - Physical Medicine & Rehabilitation



Upcoming Final 5th Yr Exams~

8 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 1]

13 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 2]

19 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 3]
20 Sept 2011 - Final Viva Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease
21 Sept 2011 - Final Viva Clinical Pathology
22 Sept 2011 - Final Viva General Internal Medicine

3 Okt 2011 - Final Clinical Internal Medicine

19 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 1]

24 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 2]

30 Okt 2011 - Final Long case & OSCE Pediatrics

3 Nov 2011 - Final Viva & Tools Pediatrics


***

It's already 40'C here in Tanta now and I have 5 months more to go -____-! Mujahadah meredah panas terik dalam Ramadhan utk ke kuliah, mujahadah menghadap buku-buku sementara org lain berhari raya T-T. Perlukan ketabahan dan kekuatan itu. Rabbuna yuqawwina, yuwaffiqna Ya Rabb~!




اللهم ارزقنا قبل رمضان قلوباً جديدة، وتوبة سديدة، وهمة شديدة، وأعمالاً صالحةً عديدة
نعوذ بك من فتنة النفس وطغيانها، وفتنة الدنيا وظلمها، وفتنة النعم وكفرها، وفتنة البلايا وقنوطها


Ya Tuhan kami, kurniakan kami hati yang baru sebelum Ramadhan, dan sesungguh-sungguh taubat, dan kurniakan kami himmah (semangat) yang kuat, dan amal soleh yang banyak
Kami berlindung kepadaMu daripada fitnah nafsu dan godaannya, dan daripada fitnah dunia dan kezalimannya, dan daripada fitnah nikmat yang dikufuri dan juga daripada bala dan putus asa



Ballighna Ramadhan Ya Rabb~!

Sunday, June 26, 2011

Nak mai dah!


1 ptg, saya dapat panggilan drp Pegawai MARA Mesir, mahu serahkan cek katanya. Alang-alang melalui lebuhraya Kaherah- Iskandariah, singgah di Tanta membawa ibu mertuanya, bersama anak dan isteri beliau sekali. Hari hampir malam, dan saya difahamkan beliau singgah utk solat dan makan mlm di Tanta. Mesir tidaklah mempunyai perhentian rehat dan rawat R&R secanggih Malaysia, jadi pada hemat saya adalah lebih elok membawa tetamu drp Malaysia ini singgah dan berehat di rumah saya sahaja.

Sudah... kami serumah telah selesai makan malam. Ini bermakna tiada lebihan lauk yg tinggal. Untuk memasak akan mengambil masa yg lama. Dengan kelam-kabutnya saya menalefon Restoran Seroja, salah satu restoran yg diusahakan oleh pelajar Indonesia di Tanta. Istimewanya di sini, khidmat penghantaran ke rumah cukup popular. Jadi amat senanglah utk kami menempah pelbagai barangan termasuklah barangan di kedai runcit! Telefon sahaja!

Rumah pun dikemas sekadar yg mampu. Orang besar nak datanglah katakan. Alhamdulillah makanan yg di pesan sampai pada waktunya. Kebetulan ketika itu musim sejuk, jadi segala makanan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimakan. Tetamu pula bukan org2 bujang yg jenis 'apa ada makan, asal free & halal', jadi byk juga perkara yg perlu difikirkan demi keselesaan tetamu khas ini. Kemudian, tetamu yg ditunggu-tunggu pun tiba. Agak kekok jugalah mula-mula..Segan pun ada. Almaklumlah segala serba serbi kurang~

Tapi, kalau bagitahu lebih awal kan lebih bagus? I mean, boleh la kita nk sedia best2 sket. Masak special ke..

Bagaimana pula dgn tetamu besar, Ramadhan kali ini? Istimewanya Ramadhan kerana membawa rahmat Allah, pengampunan dan pelepasan drp api neraka! Adakah lg perkara yg boleh menandingi ganjaran Allah ini? Setiap tahun kita tahu akan kedatangannya bukan? Jadi sejauh mana persediaan kita menyambutnya?

Kurma sudah di tempah dan baju raya is in progress. ^__^

Tp persediaan jiwa dan rohaninya bagaimana? Puasa kita? Sedekah kita? Tilawah dan hafazan pula beritanya apa?

Hari sudah menginjak akhir Rejab. Peristiwa Isra' dan Mi'raj perlu diselak, di teliti ibrahnya.

Terjumpa website yg saya kira membantu utk kita merancang sambutan Ramadhan kita kali ini. Boleh di muat turun daripada [SINI]

Sampaikan aku kpd RamadhanMu Ya Rabb~!

Bagaimanalah nanti utk puasa dan ke kuliah dgn cuaca hampir 40 darjah celcius setiap hari? Rabbuna yustur, irhamna Ya Rabb..-___-!


P/S: 1st open heart surgery is done by the Angel to Prophet Muhammad PBUH! The cardiothoracic surgeon today learnt from this event! ( b4 Rasulullah PBUH riding Buraq, His chest been opened and his heart had been purified by the Gabriel to prepare His Messenger in order to face the most magnificent event, a night of journey to Sidratul Muntaha!)




Friday, June 24, 2011

Emang Gue Pikirin



Bismillah walhamdulillah.

Hari Jumaat adalah hari yg saya nanti-nantikan. Kenapa? Sbb hari Jumaat adalah satu-satunya hari bebas kuliah dan kelas klinikal. Hehe.. Jadi hari inilah satu-satunya hari yang diperuntukkan utk diri saya.(Tp kadang2 utk org lain juga -___-!) Maaf encik belog kerna membiarkan dirimu terbiar buat sekian lama. Maaf juga kpd mereka yg menunggu updates drp saya. (Ceh, mcm ramai je) Trillions of appreciation for those who patiently wait for my new post, actually you guys giving me a push to write. Thanks a lot!

Sebenarnya banyak benda yg berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun ini. Cuma kesempatan masa utk menukilkannya di sini sgt terbatas
dek lambakan nota-nota yg x siap gara-gara penyakit 'bertangguh' yg datang dan pergi. 'Remission & Relapsing' course!

-Senjata utk menghadapi peperiksaan-

Alhamdulillah, semalam telah berlalu ujian akhir round Neuropsikiatri saya a.k.a Neuropsychiatry atau nama lainnya ilmu pasal saraf dan jiwa. Soalannya xde la susah mana, 20 MCQ dan macam biasa Viva tapi saya yg ketaq lebih ni x dapatlah buat yg terbaik. T-T sangatlah sedih..

Hampir sebulan saya berada dalam round Neuropsychiatry, and guess what? This round made me ponder more about marriage! Pertamanya daripada seorang Pakcik, umurnya baya-baya ayah saya, tetapi sudah bertongkat. Pagi itu saya mengekori Dr Asma' salah seorang HO di Dept Neuropsychiatry. Pakcik tadi ditegur kerana duduk mencangkung di depan tangga Dept. dan kemudiannya diajak masuk ke dalam wad. Saya dimaklumkan bahawa inilah pesakit yg kesnya akan dibincangkan dalam sesi clinical round pagi ini. Saya hanya perlu mengambil sejarah penyakitnya dan melakukan beberapa ujian klinikal. Saya yg teruja, memberi fokus penuh pada cara jalan pakcik tadi sehingga xperasan Dr Asma telah hilang dari pandangan.

Dengan kemampuan berbahasa Arab saya yg terbatas, saya mulakan dengan bertanya data peribadi. Kemudian pakcik tersebut mengadu tentang kesusahannya utk bergerak dan berjalan kerana lemah kedua-dua belah kakinya sejak 20 tahun yg lalu. (He came just for teaching purposes) Then he developed tingling and numbness sensation on his both legs. He also had problems with urination and erectile dysfunction.

Dengan kalutnya saya menulis komplen beliau dalam buku pesakit yg tersedia. Berikut sembang2 saya dgn pesakit, dialihbahasakan agar lebih difahami.

Saya: Pcik dah kawen?

Pcik: Alhmdulillah dah (muka bahagia) tapi xde anak.

Saya: Ok, sambil catat2 dlm buku. (xde perasaan- feelingless)

Pcik: Mesti awak terpikir-pikir kan? Dgn keadaan saya mcm ni, pegi tandas nk kena org tolong, nak kawal kencing pun susah, sapelah yg sudi jadi teman tidur saya? (Sudi jadi Isteri- penulis). Tapi saya memerlukan org yg sudi berkhidmat kpd saya. *Muka sayu (Ada lg penambahan, tp saya x berapa faham) huhu

Saya: ......

Kemudian Dr Asma yg hilang pun datang. Saya mendengar soal jawab antara Dr Asma dan pesakit dan mencatatnya satu persatu. Perkataan arab yg tidak difahami saya tyakan kpd Dr Asma. Beberapa siri ujian dibuat bagi menentukan tahap kesihatan otot dan koordinasi pcik tadi.

Tahniah pcik kerana membuka satu lagi dimensi alam perkahwinan kpd saya. Nikah bukan sahaja alam yang penuh tanggungjawab dan seks semata-mata! Pernikahan adalah kolaborasi 2 pihak, bersinergi, lengkap melengkapi dan berkongsi rasa. Tapi penyumbang paling besar keharmonian rumahtangga adalah: menerima seadanya.

Dalam hati rasa macam nk jumpa je isteri pcik tadi dan tyakan padanya bagaimana dia boleh sesabar ini menguruskan keperluan suaminya. Pergh, keyakinannya kpd ganjaran syurga tidak dpt dinafikan lg!!

Pcik tadi telah didiagnos menghidap Multiple Sclerosis di mana ototnya melemah disebabkan saraf tunjangnya mengecut. Nothing could be done except giving him neurotonic, corticosteroids and symptomatic treatment to delay the progression. -____-!

Kedua, kes Diebetis Mellitus Type 1. Usually this type of Diebetis affect early in life. Mmg sedih melihat keadaan mereka yg menghidap diebetis ni. Pijak tanah x rasa, slipar tercabut dari kaki x rasa, luka pun x rasa, nk pegang benda pun x kuat, nk turun tangga pun susah, mati pucuk pulak lagi.

Tapi pcik ni tetap tabah menghadapi hari-harinya. Malah, dia datang 2 jam lebih awal utk menjadi pesakit utk exam kami semalam -___-! Pcik ini sudahpun berkahwin dan berumur 34 tahun dan memperoleh seorang anak, kini berumur 2 tahun hasil usaha pemanian beradas- bayi tabung uji. Masya Allah! Tak tahu nk cakap apa. (Perkahwinan bukan fungsinya utk buat anak je ok?)

Ketiga, kes psikiatri. Melihat pesakit ini, hati saya sayu. Secara fizikalnya mereka sihat, namun jiwa mereka sakit, akal tidak lagi dapat berfungsi sebaiknya. Dihujung sudut hati, saya rasa bersyukur dgn nikmat akal yg waras. Maknanya akal yg waras ini perlu digunakan ke jalan yg Allah redha!

Dalam round psychiatry, ada satu fakta yg saya kutip drp Dr.

"Suara perempuan yg belum kahwin mmg perlahan, Tetapi akan menjadi nyaring dan kuat selepas mereka berkahwin"

Anda setuju?

***

-Mana pengantin, mana saya?-


-Inai yg disangka kek coklat-

Mei lalu, dengan berat hati saya menghadiri majlis resepsi teman arab saya. Kenapa berat hati? Kerana sejurus selepas majlis yg berlangsung selama 2 hari (malam berinai- Yaumul Henna dan malam masuk rumah- Yaumud Dukhlah) beliau akan mengikut suaminya ke Djobouti, menetap dan bekerja di sana. Berpisah daripada keluarga. T-T

-Escorting the bride, sakit tgn bertepuk-

Pada hari terakhir beliau berada dirumahnya, sedih jelas terpampang diwajahnya. Hadiah keronsang berbentuk kunci saya hadiahkan simbolik kpd ketaatan kpd suami sbg pemegang kunci syurganya. Dia kini dibawah tanggungjawab suaminya.

-Flower girl & boy of her sister's son & daughter-

Semoga beliau berjaya menjadi isteri solehah. Barakallahukamuma! Still the memory of pillow talking, the days that we spent together in summer, along the Nile river, and in between lectures and exams remain forever Insha-Allah.

[Al-Hujraat: 13]

-Part yg paling best; Rumah mentua dia-

Haih~ akhir-akhir ini topik nikah kahwin sering berputar sekitar atmosfera saya.

-Gembira dan sedih utk dia, erk.. Ambivalent?-


Nikah- Emang Gue Pikirin.. still not done reading yet -___-!



*Pedulikan tulisan saya yg teruk. Hmm need improvement ni!

Jap...kenapa teruk sgt ni?


Tuesday, January 25, 2011

Rindu

-1st family picture. Sejak Jannah pergi dulu, kami xde rasa nk gambar ramai2 sekeluarga-



Tika ini rindu menyapa. Rindu pada keluarga di tanah air. Rindu pada adinda di alam Baqa'.

Ummi ayah redhailah anakandamu ini~

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...



P/S: Bila ummi rindu anak-anak.. dia doa. Bila saya rindu?




Keluarga kecil saya di Tanta-Credits to Shakir


Friday, December 24, 2010

KanaKanaK


- Kanakanak-baca dari kiri ke kanan atau sebaliknya tetap yg sama-

Saya: Kenapa pilih nak jadi pakar kanak-kanak? Bukan susah ke nk 'diagnose' diorang?

Sepupu: Sebab diorang x menipu ^__^


Sembang saya dengan sepupu yg kini meneruskan masternya dalam bidang Pediatrik petang hari raya lepas memberi sedikit gambaran tentang bagaimana melalui hari-hari klinikal bersama pesakit kanak-kanak. Benarkah bahagia berada dalam department pediatrik berbanding rotation lain? Masih belum merasai 'Internal Medicine' yang banyak berkaitan penyakit2 orang dewasa. They said, Internal Med is the medicine course itself. It is the main bulk of medical study. But to be honest, quotation Dr House MD in his series : Everyone lies! is true to some extent. This may mask the diagnosis and you'll be given the wrong treatment which in some case, fatal! Jadi, jgn sesekali menipu.. buruk padahnya ^___^

-Bilik kuliah pelajar Malaysia, Dilarang mengganggu-

Pejam celik, pejam celik sudah hampir habis 'rotation' saya di Pediatric Department. Bagi saya ilmu klinikal kanak-kanak adalah ilmu yang mencabar. Kanak-kanak tidak dapat memberi keterangan dan sejarah penyakit. Sakit pada bahagian mana dan bagaimana sakitnya pun susah untuk dia tentukan secara tepat. Yang pastinya, tangisannya sahaja yg kedengaran -__-! Jadi segala soalan berkaitan penyakit si anak adalah melalui ibu pesakit.

Masalah utama: language barrier! Saya sedang berusaha keras (ye ke?) untuk memahami bahasa arab ammi ibu pesakit yg rata-rata datang daripada ceruk kampung dan pekan kecil di sekitar Tanta. Sometimes the conversation between doctor-to-be and patient become 'patient's' conversation. You know what I mean. They were very excited to see foreign doctors and started to ask so many questions -___-! And at the end, we are clueless and speechless~

-Air kencing, Nephrology round-

As our usual clinical course, we have to take patients' history, after the lectures and presenting them on the other day to the assistant prof and sometimes in front of profs. They will ask us soo many questions and ask us to do again bed side tests or sometimes ask us to ask again the mother in arabic colloquial accent. huhu~ Jadi kadang-kadang tu 2- 3 kali keluar masuk wad dan tanya ibu pesakit kerana byk benda yg missed during history taking T-T

-Pencarian nama pesakit dan tuan badannya, boleh masuk apperentice nih-

Satu hari, sewaktu kelas cardiology (ilmu jantung) Doktor datang dengan sedikit kejutan. Kami dihantar ke wad semi ICU untuk mendengarkan jantung pesakit2 di sana, menilai dan membuat laporan. Kumpulan saya yg pertama. Inilah yg berlaku kpd kami T-T


Now is winter here. Sangat mencabar utk sentuh pesakit. Tgn xboleh sejuk, stethoscope pun T-T



Hari-hari saya di hospital universiti juga sering mengundang lirih dan hiba. Terutamanya pabila menjalani 'rotation' di unit NICU, PICU dan cancer. Ibu terpaksa bermalam, tidur sekatil dengan pesakit. Kadang-kadang semua adik beradik pesakit diangkut sekali ke dalam wad. Wad seolah-olah menjadi rumah kedua bagi pesakit-pesakit kronik. Nak ambil patient history pun kadang-kadang susah. Terpaksa kami melilau-lilau keluar daripada wad dan bangunan hospital mencari pesakit. Ya lah, berbulan-bulan menjalani chemotherapy, larat nk terperuk dlm hospital yg horror tu?

-Adik Muhammad dah botak.. saya sedih T-T-

Jadual waktu melawat dan bilangan pelawat tidak pernah dipatuhi. Nak kena maki dan jerkah dgn keluarga pesakit? Silakan.. Pernah seorang jururawat mengulas apabila saya bertanyakan bagaimana dan bilakah waktu lawatan pesakit. Kecuali lah NICU dan PICU. Prosedurnya ketat. 'Preventing nosocomial infections' seperti yg saya baca dalam buku Public Health =)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya hampir sama sebegini:

"Anak-anak umpama kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi"

Jauh di sudut hati, doa dikirim agar kalian lekas sembuh, kembali ceria dan gembira di samping keluarga. Jadi saya kene study kuat-kuat~!


Tinggal 15 hari untuk menghadapi 'End Round Exam'

Merealisasikan ikrar "Don't Worry. I'm a Doctor!"

Study lah!



P/s: Jannah, we are so much alike laa....bru perasan. huhu



Friday, December 03, 2010

Roti Padang Kota

-Pantai Merdeka, 1990an-

Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Too much to recall memories in Penang, my home town. Walaupun saya tidak tinggal di Padang Kota Lama, tapi Bukit Gedung, Bayan Lepas... banyak cerita daripadanya. Setiap hari akan melihat atau mendengar terjahan enjin kapal terbang membelah awan. Terdetik dalam hati, "suatu hari, aku pasti akan menaiki engkau". Yeah, 12 hours in flight, Cairo-KL. Ambik~! Thanks to the touch-screen tv for individual seats. Mmg boring, tengok movie sampai pening kepala. Ok, enough for that. Apa ni muqaddimah x de kaitan dgn isi?

Actually Friday- eve (ada ke perkataan ni?) and Friday means a lot to me. The day that my late sister been called to God. May she rests in peace, in Heaven as she named so.

So, this entry is just to share with you-readers how to make Roti Padang Kota, (Jannah's recipe) She used to make this on her canteen day (Hari 'Kece'), years back at her school. Perfect for breakfast, tea time and almost anytime when you're hungry. ^__^ Juga istimewa utk mereka yg kekeringan idea utk memasak di rumah.

Ingredients (for 4-5 person):

1 loaf of white bread (hi5 or RichBake)
3 eggs
1 tin sardine or tuna (pour out the tomato sauce or oils if it is included)
125 g bread crumbs (serbuk roti/ buqsomaat - بقسماط )
Cooking oils for frying
Tomato / chili sauce
Mayonnaise


Steps:

1. Giling or 'penyek'kan setiap keping roti tersebut. (ikutla nk cara mcm mana, yg penting jadi nipis)

2. Pecahkan telur dalam satu bekas lain dan pukul pelan-pelan. xde la sampai kembang.

3. Masukkan inti sardin dalam roti, dan gulung roti. (terpulang sama ada nk masak n alter dulu inti tu atau x)

3. Lekatkan hujung gulungan roti dengan sedikit telur yg dipukul lembut td.
4. Pada pinggan yg satu lagi, tuang serbuk roti.

5. Roti yg telah digulung rapi, celup dalam telur dan golekkan terus di atas serbuk roti. (tambah telur jika tidak mencukupi)

6. Panaskan minyak untuk menggoreng. Boleh lah goreng dan angkat bila agak keperangan.

7. Hias roti mengikut citarasa anda.


Selamat mencuba. Jangan lupa sedekahkan AlFatihah anda buat Allahyarhamah Nuruljannah.

Allahumma3firlaha warhamha wa3afiha wa3fu3anha~

Saturday, November 27, 2010

Khazanah


-Penulisan yg mesti difahami sedalamnya dan diamalkan sepenuh jiwa -

Setiap orang ada hobi sendiri. Saya? Saya suka baca buku dan kumpul buku. Mungkin suasana di rumah dan kegemaran ummi ayah menyebabkan kami sekeluarga suka baca buku. Buku, termasuklah majalah dan ensiklopedia. Too bad, most of ummi and ayah's collection swept away by flood 7 years ago. T-T Tersiat-siat hati tgk buku-buku tu mengeras seperti asalnya drp kayu dek terendam dalam banjir lumpur.

-Kelabu mata @-@ Maktabah Qirbah, Tanta-

Saya mmg gila buku. Duduk di kedai buku dan perpustakaan buat saya lupa dunia. Buku-buku yg saya baca akan melalui proses penapisan dan semestinya terpilih sebelum dibayar harganya, dipinjam atau di fotostat (sbb xde budget T-T) X semestinya best seller yg saya akan beli, atau cover yg menarik hati. Saya akan lihat pada penulisnya terlebih dahulu, kemudian isinya, dan terakhir-kulitnya. Ops.. the last but not least, the price. ^__^

-Habis LE300 CIBF last year-

Bila bermusafir, buku pasti menjadi peneman. Can be read once waiting for bus, metro (LRT), someone, and even lectures. Tak pun, balik dari bermusafir, paling kurang satu buku baru akan saya dapatkan. Can't forget Cairo international bookfair every winter break. Hmm lets see how would be my budget this year?

-Baca = makan, mmg Best~!-

Genre yg saya suka baca:

1. Nota medical saya. Dia best sebab ada warna-warna, ada peta minda. Senang utk dicerna dan yang paling penting saya mmg KENA baca~! (dan hafal semestinya)

2. Buku pembinaan diri. Author like Dr Aidh AlQarni, Sayyid Hawwa, Muhammad Ahmad ArRasyid, Dr Abdullah Nasih Ulwan, IHAB, Sayyid Sabiq, Stephen Covey, Fatimah Syarha, Hilal Asyraf and here is not enough to enlist them all.

3. Novels and series like Hardy boys, Siri Penyiasatan Salma, Harry potter, novel sejarah Abdul Latif Talib, Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani dan ramai lagi.

4. Magazines as National Geographics. Dari dulu lg ayah saya melanggan majalah ini. Dulu hanya amused by the pictures taken and displayed in this mags(the infos inside also), but now the amusement grows jealous to their photographer~! Popular science, PC, Majalah Haluan, Solusi, Anis, Milena Muslim dan macam-macam lagi.

5. Komik. Sekarang sudah berhenti mengumpul komik. Komik dulu-dulu termasuklah Kawan, Penyiasat Kindaichi, Conan dan Doraemon.

-Allahyarhamah Jannah sepenuh kudratnya memborong utk saya-bekalan last summer break boredem-

Ummi dan ayah mmg sporting bab membeli buku. Tunjuk sahaja buku yg mahu dibeli, ceritakan sedikit sebanyak ttg penulisnya dan isinya, insha Allah lampu hijau itu akan menyala. ^___^

Saya sgt sayang buku-buku saya. Seboleh-bolehnya mereka dibalut, dan isinya tidak dilipat. Apa gunanya penanda buku hadiah drp org jika x digunakan? Betul x? Kepuasan membaca buku adalah apabila kita dapat mencerna isinya dan dapat pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Mereka yg ingin meminjam buku saya dgn senang hatinya akan kongsikan apa yg saya dpt drp buku-buku tersebut. Its fun also discussing what we got and what we feel after finishing books right?

- Rak yg telah roboh kerana penambahan yg tidak terkawal-

Tapi yg x bestnya bila buku-buku yg dipinjam itu tidak dipulangkan. Lebih malang dan sedih lagi jika ia hilang dalam tangan peminjam. Itu x termasuk kesedihan apabila buku yg dipulangkan lebih teruk keadaannya daripada semasa diberi pinjam. T-T Terasa seperti tiada nilai apa yg kita pinjamkan itu. Bila x dipulangkan padahal sudah lama x digunakan, terasa geram pun ada. Ingat harta mak bapak dia?

- Tengkorak pinjam org: hari-hari kene revise ni-

Terpikir pula saya. Nyawa yg Allah pinjamkan ini, saya buat apa dengannya. Saya jaga dengan mentaatiNya kah? Selalu lupa yang satu hari pasti dipulangkan kepada pemilik nyawa ini. Kepulangan itu dalam keadaan 'salim' seperti ketika mula-mula ditiupkan pinjaman nyawa ini ke dalam rahim?

Agak-agak Allah murka x? T-T Jiwa yang dahulu dipinjamkan bersih, suci dgn fitrah. Kini?

Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Pengampun, Maha Kuasa dan Maha Tahu segala. Allah lebih berhak murka jika Dia berkenan kerna kelalaian kita mengendalikan nyawa yg dipinjamkanNya.

Insaf.. T-T

P/S: Kepada mereka yg telah meminjam buku-buku saya, jika sudah tidak digunakan atau telah habis dibaca, mohon kembalikan kepada saya. Biarlah pada kamu ia tiada nilai, tapi pada saya besar maknanya.

* kenapa ayat macam karangan budak-budak sekolah rendah ni? -___-