HETT - Sedekad BKAWM Hari ini, seluruh dunia semakin panik apabila digemparkan dgn virus influenza A H1N1, yg dikatakan berada di tahap 6 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Virus selesema yg bermutasi dari 3 sumber - selesema manusia, selesema burung dan selesema babi pantas menular dan menjangkiti manusia melalui udara, bersin, bercakap dan batuk.
Menyertai Pameran Kesihatan (HETT) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir [BKAWM] membawa saya lebih jauh dalam memahami dan meneliti hikmah penciptaan virus ini. Gejala demam yg tinggi, sakit kepala, batuk dan bersin yg teruk serta berpanjangan menjadi ketakutan dan pencetus kerisauan tidak terhingga. Vaksin bagi mencegah jangkitan virus ini kini masih dalam kajian. Sehingga hari ini, pesakit yg dijangkiti hanya bergantung pada antivirus - dapat mengubati tetapi gagal mengurangkan merebaknya jangkitan.
Secara tidak sedar, dalam dakwah kita juga punya penyakit, punya gejala. Tapi malangnya tak ramai di kalangan kita yang tahu apakah penyakit² dakwah, terutama yg berbahaya seperti virus penyakit
Futur.
Penyakit influenza A H1N1 telah mengorbankan hampir 500 orang setakat ini, dan penularannya sangat pantas! Dengan lebih dari 90 ribu kes dan hanya mengambil masa kurang dari 6 minggu, virus ini mampu merebak ke seluruh pelusuk dunia berbanding 6 bulan utk virus pandemik Selesema Sepanyol pada kurun ke 18. Semua manusia tahu. Panik & gerun bukan?
Tetapi hairan ~ Penyakit futur telah merebak kepada berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia. Berjuta-juta pekerja dakwah sekarang berada di dalam keadaan yang sangat kritikal! Namun, sedarkah kita? Berapa ramai umat Islam yang beriman kepada Allah? Berapa ramaikah yg mampu mentafsirkan kefahaman dlm tindakan? Berapa ramaikah mereka yg dijangkiti virus futur? Adakah virus ini terkena pada keluargaku? Adakah aku telah dijangkiti? Ataukah aku pembawanya?
Takrif:
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menta'rifkan Futur dari segi:
Bahasa Arabnya : Behenti selepas bergerak aktif
Istilah : Penyakit yang boleh menimpa sebahagian para da'ie, gejala awal dan jangkitan minimum ialah ke'lembab'an & slow kerana malas dalam DnT, dan gejala paling bahaya ialah behenti terus daripada aktif dalam dakwah serta terhenti dari cergas beramal.
Gejala:
[1.] Malas beribadat. Ibadah terasa hambar.
[2.] Hati tidak tersentuh dgn peringatan.
[3.] Melakukan maksiat-besar atau kecil. Semakin parah jika maksiat terasa biasa dan lebih kronik lagi bergembira dgn kemaksiatan.
[4.] Suka melihat atau menyaksikan maksiat.
[5.] Ghairah dgn dunia. Bangga dgn kemajuannya, dan rasa lemah jika mundur.
[6.] Ukhuwwah menjadi longgar.
[7.] Lemah atau tidak bersedia utk iltizam dan patuh.
[8.] Menangguhkan kerja.
Faktor:
1. Tidak ikhlas dlm bekerja.
2. Lemah penghayatan dlm ilmu syara3.
3. Bersahabat dgn Ahli Dunia (org yg x berhimmah tinggi)
4. Melihat atau memperbaiki perkara berkaitan Islam secara juz'ie, tidak menyeluruh.
5. Matlamat dan wasilah yg tidak jelas. Titik mula dan titik akhir yg kabur.
6. Bekerja tidak waq3ie, nonrealistik. Menggunapakai pendapat sendiri tanpa melihat kpd contoh Rasulullah saw.
7. Tidak memahami tugas dan halangan-halangannya.
8. Bersifat fardhiyah dan ananiyyah.
9. Jumud dan beku. Bekerja dlm satu pattern.
10. Lemah tarbiyyah.
11. Tidak tahu dan tidak merasai cabaran.
12. Tidak mampu menyelaraskan antara kemampuan dan kerja.
13. Berbeza biah dan tabiat.
14. Tidak faham akan sunatullah kpd individu dan ummah. Tidak mampu menerima ujian.
15. Futur dalam mengubati futur.
16. Berpenyakit hati yang lain. E.g. dengki dan hasad.
Kesan
Kepada Daie : kurang tenaga Da'ie
Kepada Jemaah : panjang perjalanan, beban bertimbun & lambat memperolehi kejayaan.
"Dan kepunyaanNya lah segala yg di langit dan di bumi dan malaikat-malaikat yg disisiNya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh utk menyembahNya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya."[AlAnbiya' :19-20]
Ubat kepada penyakit Futur
- Menjauhi maksiat sama ada kecil @ besar
- Melazimi amalan harian : baca Al-Quran & zikir
- Sentiasa mengingati mati & persoalan kubur
- Menghadiri majlis ilmu/usrah/halaqah
- Muhasabah diri /bertaubat nasuha
- Mempertingkatkan amalan2 sunat
- Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
- Bergabung teguh dengan dakwah dan gerakannya.
- Berhati-hati dan bersedia menghadapi halangan-halangan dakwah.
- Bekerja mengikut prioriti.
- Bersahabat dan akrab dgn org soleh.
- Memberikan hak diri dan hak org lain semampunya.
Besar kerugian kepada Islam jika itulah kesan daripada virus ini. Pernahkah anda mengalami gejala sedemikian? Apa lagi...mulakan segera regime ubatan dan rawatannya!!
Semoga beroleh kekuatan utk terus thabat. ( ^ ^! )
Jgn lupa jaga kesihatan - syukuri nikmatNya~
تقبّل الله منّا و منكم تقبّل ياكريم