.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Tuesday, December 27, 2011

Afdholun Naas~

Bismikallahumma nahya~ 

-Tahun akhir, Suppose thumb up instead of index finger right? :P-

Alhamdulillah, sudah 2 minggu melalui Round Obstetric & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan). Ternyata bidang ini cabarannya berbeza. Spiritual, emosi dan rasional diri boleh tergugah. Setiap minggu kami diberi peluang ke bilik bedah dan bilik bersalin, 2 kali utk menyaksikan sendiri Cesarean section dan pembedahan lainnya. Saya teruja~!

Hari pertama saya telah menyaksikan 3 Cesarean sections, 1 daripadanya keluar 2 bayi lelaki kembar dgn APGAR masing-masing 8 dan 4 (agak-agak je tanpa dgr degupan jantung mereka) 1 lagi bayi lelaki songsang (breech presentation), Alhamdulillah selamat dilahirkan dan ibunya selamat dijahit 3 lapisan perutnya. Lapisan pertama dinding rahim, lapisan ke dua otot perut (abdominal wall) dan peritoneum, lapisan ke tiga kulit dan lapisan bawah kulit (subcutaneous tissue) Teringat saya pada satu ayat AlQur'an Surah AzZumar: 6. Sempat juga saya melihat Intrauterine Fetal Death (IUFD) di mana bayi telah mati dlm kandungan dan perlu dibedah utk mengeluarkannya. T-T Sedih seketika...





Sedih juga bila mengingatkan bahawa inilah tahun akhir saya di bumi Mesir sebagai seorang pelajar perubatan. Terngiang-ngiang kata-kata warga Mesir yg selalu ringan mulut menegur kami, pelajar asing (wafideen).

" Entum minien? Min Sein? Filibin?" -Kamu drp mana? Drp China? Filipina?-
" La'ah, min Maliziya, Ya3ni urayyib min Sein" -Tak, dari Malaysia, dekat dgn China-
"Oh, Maliziya? Ahsan Naas" - Oh Malaysia? Sebaik-baik Manusia- *maksudnya dia puji lah~ pujian khas masyhur utk warga Malaysia yg berada di Bumi Kinanah ini.

Ahsan Naaas~


Di tempat saya belajar memperbaiki bacaan AlQur'an dan mendalami Ilmu tajwid, ada satu poster yg menarik perhatian saya. Padanya ada tertulis 5 ciri Afdholun Naas. Lebih utama daripada Ahsan Naaas :)

أولا: أن يكون على عبادة ربه مقبلا
Pertama: Menjadi seorang yg diterima ibadahnya terhadap Rabbnya

ثانيا: أن يكون نفعه للخلق ظاهرا
Kedua: Menjadi seorang yg terzahir manfaatnya terhadap makhluq lain

ثالثا: أن يكون الناس من شره آمنين
Ketiga: Menjadi seorang yg aman drp memberi keburukan terhadap org lain

رابعا: أن يكون عمَّا فى أيدى الناس يائسا
Keempat: Menjadi seorang yg sentiasa membantu mereka yg memerlukan

أخيرا: أن يكون للموت مستعدًّا
Terakhir: Menjadi seorang yg bersedia dgn kematiannya


Maka apa salahnya jika 5 ciri ini menjadi resolusi dan azam tahun baru kita kn? 

Semoga Allah redha dgn kita semua.

Esok mahu masuk bilik yg penuh dgn segala jenis cecair dan bendalir badan a.k.a bilik bersalin..

Doakan saya sentiasa ya ^___^ ~ 

Tuesday, November 22, 2011

Kembali

Bismillahi walhamdulillah...

"If you don't publish, you'll perish"

Sinis sekali bunyinya bukan?


Pesakit terakhir utk peperiksaan Sains Kanak-Kanak- G6PD dificiency Favism
Ya sudah 4 bulan blog ini terbiar tanpa perhatian. Bukan tidak mahu menulis cuma tidak ketemu masanya.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Ramadhan kali ini berbeza sekali. Aidilfitri dan Aidiladha di sini juga punya semangat dan ruh berbeza. Sempat juga ke wilayah Fayyum mencari ibrah Sang Qarun. Kemudian menguruskan pula kenduri kahwin pasangan teman sekuliah. Alhamdulillah untuk kelapangan masa dan kudrat kurniaannya.


Kini, gelaran pelajar tahun akhir jurusan Perubatan menambah berat bahu utk memikulnya.




Selesai sudah urusan pengesahan nama dalam pengajian. Buku-buku kuliah juga sebahagiannya telah dibeli. Bekalan terbaik jika perintah berkurung kembali berkuat-kuasa.


Mahar on the spot.




Benar Mesir Sang 'ibu dunia' kini tidak stabil, namun aku yakin dgn kalamNya daripada Surah Yusuf : 99. Berbekalkan kalam itulah aku yakin Mesir akan aman~!
Rangkaian telefon sudah terputus-putus, internet juga mengalami nasib yg sama. Mari berdoa yg terbaik utk Mesir dan isinya!


اللهم من أراد بمصر وأهلها خيرا فوفقه وسدد خطاه ومن أراد بمصر وأهلها شرا فرد كيده في نحره ولا تجعل له سلطاناعليها







Merah-Putih-Hitam = Mesir



P/S: saya nk habiskan degree di Mesir cepat2. Ihfadzna Ya Rabb!



Thursday, July 28, 2011

Sampaikan aku padanya

Aku dan Ramadhan hanya berjarak 3 hari.

Hari ini kes COPD dan old TB (batuk kering). Pesakit adalah seorang Pakcik biasa berumur 83 tahun. Telah merokok sebanyak 50 batang rokok sehari selama 50 tahun! -____-!

Keadaannya agak menyedihkan, terketar-ketar berjalan bersama tongkat. Bila batuk, bertambah menyayat hati tengok @-@~

Semalam sedang saya sibuk memeriksa seorang Pcik, jiran katil Pcik biasa (Pcik jiran), Pcik biasa td beriya-iya benar menyuruh saya mengambil tekanan darahnya. Katanya alat yg saya panggil sphygmomanometer itu lebih berkualiti daripada yag biasa digunakan oleh nurse2 di situ..Tak tahu apa nak dikata, geli hati pun ada, saya melayan sahaja kerenah dia.. tetapi melihat pada umur Pakcik biasa, teringat pada ganjaran malam lailatul qadar.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam kemuliaan (lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." Al Qadar 1-5

Ramadhan dtg dgn pelbagai ganjaran lumayan. Padanya ada satu malam istimewa hanya ada dalam malam malam terakhir Ramadhan.. dinamakan LAILATULQADAR. Amalan pada malam ini adalah lebih baik drp 1000 bulan. Bila dihitung- hitung 1000 bulan itu bersamaan dgn 83 tahun 4 bulan~! Masya Allah.. Amalku sehingga berumur 22 tahun ini pun entah apa-apa lagi.. Mungkinkah umurku akan sepanjang umur Pcik biasa td dan aku dgn istiqamahnya akan beramal soleh sepanjang hayatku itu?? Wallahua3lam. Tapi jika ketemu malam istimewa sungguh berharga ini, seperti mendapat anugerah penjimatan umur maksima~!

Oh aku mahu ketemu LailatulQadarMu..

Aku mahu ketemu KekasihMu biar hanya dalam mimpiku..

Aku mahu menjadi hambaMu yg tidak rugi sepanjang Ramadhan kali ini..

Allah~ sampaikan aku pada RamadhanMu!

Jom sedekah byk2 esp utk pesakit-pesakit Hospital Tanta Universiti :)


-Permandangan Tanta dan kawasan Hospital Universiti tempat kami berlari-lari dan turun naik -___-!-

Sunday, July 24, 2011

Dua Hari di Dumyat


Waktu yang paling berharga dan paling berbahagia adalah bersama mereka yg kita cinta. Kadang-kadang geram pada masa yg cemburu melihat kebersamaan kita, terasa masa sengaja mahu berlari selajunya sedangkan kita berharap tempoh bersama itu selamanya. Ini istilah rindu namanya!

Dua hari di Dumyat dalam rangka berziarah sambil mencari ketenangan, alhamdulillah ketenangan itu dihantar Allah melalui mereka yg saya cinta. Melihat sahaja wajah mereka mengingatkan kpd Allah. Mendengar bait-bait kata mereka merasa terpujuk dengan janji-janji dan nikmat Allah. Melihat perlakuan mereka, terasa mahu meningkatkan usaha supaya dipandang di hadapanNya! Nyata mereka bukan malaikat tetapi manusia yg juga punya kelemahan, tetapi cuba untuk memperbaiki dan meningkatkan diri dan membersihkan hati.

Usai Cardiology round yg ditutup dgn tirai Peperiksaan MCQ, Case presentation, OSCE dan Viva, saya bergegas ke Dumyat. Perjalanan yg memakan masa hampir 3 jam dengan singgah bertukar kenderaan di stesyen Talkha, Mansurah memang memenatkan. Ditambah dengan matahari utara Afrika yang tidak segan silu memancarkan sinarnya menjemput keringat mencurah-curah turun. Allah itu Maha Adil, Dumyat mengalu-alukan kedatangan kami dengan sapaan bayu laut Mediterraneannya. Segar~

Jaulah kali ini berlainan benar. Mugkin kami sudah lama tidak bermusafir bersama. Ibarat menambah perisa dalam makanan, manis sekali kalau nk di rumuskan segala kisah kami di sini.

Berita gembira menjemput kami ke Dumyat. Kehamilan si tuan rumah, mengisi kisah ceria kami ptg itu. Refresh kembali betapa perlunya pembinaan generasi kini untuk masyarakat dan ummah masa hadapan! Lewat petang itu, kami dikejutkan dgn berita pemergian bonda seorang sahabat di Dumyat. Justeru, sama-sama kami dirikan solat jenazah ghaib utk allahyarhamah. Baik pengakhiran beliau. Dijemput pada mlm Jumaat yg mulia. Mlmnya salah seorang daripada kami berkongsi kisah wanita aktivis dakwah Indonesia yg telah terlebih dahulu dijemput pulang oleh Allah.

Beliau mempunyai 13 org cahaya mata, namun beliau aktif dan lincah bergerak dan menggerakkan gerakan dakwah Indonesia. Pernah satu ketika bila ditanya tentang anak-anaknya yg ke berapa(semasa ditanya beliau sudah mempunyai 11 org anak), beliau selamba menjawab ini yg ke 3 terakhir. Alhamdulillah beliau dikurniakan dgn ramainya anak, namun apabila ibu-ibu di Palestin bertanyakan hal yang sama , tentang bilangan anaknya, ibu-ibu di Palestin berkata: hanya 13 org anak kamu? Kami di sini 14 org minimum anak dalam sesebuah keluarga. Masha Allah~

Bila beliau ditanya oleh ibu-ibu di Palestin tentang berapa juzukkah hafalan AlQur'an beliau, "Alhamdulillah, sudah 20 juzuk" jawab beliau. Namun ditanya kembali oleh ibu-ibu Palestin itu, apakah yg kaum ibu di sana lakukan? Kami di palestin 30 juzuk itu sudah lama dihafal! Kamu punya negara aman dan damai, jika hendak dibandingkan dgn kami yg saban hari berhadapan dengan perang, darurat dan kematian!

Allah.... dengan si aktivis indonesia itu sahaja saya dan yg lain sudah terasa kekerdilannya, apatah lagi dengan Ibu-Ibu mujahid Palestin! Lantas kami beresolusi, memateri janji dlm hati sendiri. Ramadhan kali ini perlukan perubahan. Diri ini tidak betah lagi duduk di tampuk yg lama. Hati ini perlu berubah!

Esoknya qiyam terasa indah. Pagi Jumaat penuh barakah itu kami isi dgn gotong royong memasak sarapan. Bicara hati ke hati, penambah seri. Kemudian kami menapak ke persisiran laut Dumyat. Menghirup bayu Mediterranean, memijak pasir hitam Dumyat.

Alhamdulillah, Dumyat berjaya membawa saya menelusuri satu perasan yg saya sendiri bahagia mengecapinya. Rindu ini terubat~!

Allah, kumpulkan kami di Akhirat sana bersama-sama hambaMu yg soleh. Jadikan Ramadhan kali ini hadiah paling besar buat kami.

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Pada bulan Ramadhan ummatku diberikan 5 hal yg tidak pernah diberikan kpd umat sebelumnya;

1. Bau tidak sedap mulut org berpuasa lebih wangi di sisi Allah drp minyak misk.
2. Para malaikat memohon pengampunan utk mereka yg berbuka.
3. Setiap hari Allah SWT mencantikkan syurga kemudian berfirman: "Hampir-hampir para hambaKu yg soleh mendapati berbagai beban dan rasa sakit, dan akhirnya mereka sampai kpdmu-syurga"
4. Para syaitan dibelenggu sehingga mrk tidak mampu mencapai sesuatu di luar Ramadhan mereka mampu mencapainya.
5. Pada malam akhir Ramadhan, Allah SWT memberikan pengampunan. Ditanyakan kpd Rasulullah SAW apakah itu dia LailatuQadr? Beliau SAW benjawab: Bukan, akan tetapi setiap pekerja jika telah menyelesaikan kerjanya, nescaya akan diberikan upahnya secara penuh.

[Hadith Riwayat Ahmad]

Apakah dia upah yg lebih istimewa drp upah Sang Pencipta?

Sampaikan ku pada RamadhanMu Ya Rabb~!

Sama-sama doakan!

Di antara aku dan RamadhanMu hanya seminggu~


Wednesday, July 06, 2011

Geldiology

~BERSIH hati BERSIH segalanya~

Geld @ gild @ Jild @ جيلد @ Derm = Kulit

Tahukah anda, organ terbesar yg Allah ciptakan pada tubuh kita adalah kulit? Masha Allah~ Kulit mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas bernama EPIDERMIS, dan lapisan bawahnya pula bernama DERMIS. Dalam round kali ini, saya belajar hampir semua penyakit kulit yang pernah wujud di muka bumi ini. Sengaja saya tulis di sini untuk memudahkan penterjemahan kepada bahasa ibunda -____-! sebagai latihan utk berhadapan dgn pesakit di Malaysia nnt :

Panau = Pityriasis versicolor
Kulat kulit kepala = Tenia capitis
Kurap = Tenia circinata / Tenia corporis
Kudis buta = Scabies
Ketuat = Verruca
Sopak = Vitiligo
Kudis = Impetigo (any bacterial infections)
Demam campak @ cacar air = Varicella @ Chicken pox
Kelopak garam = Urticaria
Kutu = Pediculosis
Kusta = Leprosy
Allergi @ radang kulit = Dermatitis
Botak @ keguguran rambut = Alopecia areata
Jerawat = Acne Vulgaris


Rabu ini I-Allah akan berlangsunglah ujian akhir pusingan Dermatologi (Dermatology end round exam)

Berikut ialah jadual peperiksaan yang bakal saya hadapi utk melayakkan diri saya menjadi pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Tanta Universiti hujung tahun ini. Doakan yg terbaik utk saya ya pada setiap tarikh-tarikh di bawah ^_____^ !

Upcoming End Round Exams~

13 Julai 2011 - Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease

21 Julai 2011 - Cardiology

1 Ogos 2011 - Chest (Hari pertama Ramadhan)

9 Ogos 2011 - Tropical Medicine

17 Ogos 2011 - Radiology

25 Ogos 2011 - Physical Medicine & Rehabilitation



Upcoming Final 5th Yr Exams~

8 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 1]

13 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 2]

19 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 3]
20 Sept 2011 - Final Viva Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease
21 Sept 2011 - Final Viva Clinical Pathology
22 Sept 2011 - Final Viva General Internal Medicine

3 Okt 2011 - Final Clinical Internal Medicine

19 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 1]

24 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 2]

30 Okt 2011 - Final Long case & OSCE Pediatrics

3 Nov 2011 - Final Viva & Tools Pediatrics


***

It's already 40'C here in Tanta now and I have 5 months more to go -____-! Mujahadah meredah panas terik dalam Ramadhan utk ke kuliah, mujahadah menghadap buku-buku sementara org lain berhari raya T-T. Perlukan ketabahan dan kekuatan itu. Rabbuna yuqawwina, yuwaffiqna Ya Rabb~!




اللهم ارزقنا قبل رمضان قلوباً جديدة، وتوبة سديدة، وهمة شديدة، وأعمالاً صالحةً عديدة
نعوذ بك من فتنة النفس وطغيانها، وفتنة الدنيا وظلمها، وفتنة النعم وكفرها، وفتنة البلايا وقنوطها


Ya Tuhan kami, kurniakan kami hati yang baru sebelum Ramadhan, dan sesungguh-sungguh taubat, dan kurniakan kami himmah (semangat) yang kuat, dan amal soleh yang banyak
Kami berlindung kepadaMu daripada fitnah nafsu dan godaannya, dan daripada fitnah dunia dan kezalimannya, dan daripada fitnah nikmat yang dikufuri dan juga daripada bala dan putus asa



Ballighna Ramadhan Ya Rabb~!

Sunday, June 26, 2011

Nak mai dah!


1 ptg, saya dapat panggilan drp Pegawai MARA Mesir, mahu serahkan cek katanya. Alang-alang melalui lebuhraya Kaherah- Iskandariah, singgah di Tanta membawa ibu mertuanya, bersama anak dan isteri beliau sekali. Hari hampir malam, dan saya difahamkan beliau singgah utk solat dan makan mlm di Tanta. Mesir tidaklah mempunyai perhentian rehat dan rawat R&R secanggih Malaysia, jadi pada hemat saya adalah lebih elok membawa tetamu drp Malaysia ini singgah dan berehat di rumah saya sahaja.

Sudah... kami serumah telah selesai makan malam. Ini bermakna tiada lebihan lauk yg tinggal. Untuk memasak akan mengambil masa yg lama. Dengan kelam-kabutnya saya menalefon Restoran Seroja, salah satu restoran yg diusahakan oleh pelajar Indonesia di Tanta. Istimewanya di sini, khidmat penghantaran ke rumah cukup popular. Jadi amat senanglah utk kami menempah pelbagai barangan termasuklah barangan di kedai runcit! Telefon sahaja!

Rumah pun dikemas sekadar yg mampu. Orang besar nak datanglah katakan. Alhamdulillah makanan yg di pesan sampai pada waktunya. Kebetulan ketika itu musim sejuk, jadi segala makanan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimakan. Tetamu pula bukan org2 bujang yg jenis 'apa ada makan, asal free & halal', jadi byk juga perkara yg perlu difikirkan demi keselesaan tetamu khas ini. Kemudian, tetamu yg ditunggu-tunggu pun tiba. Agak kekok jugalah mula-mula..Segan pun ada. Almaklumlah segala serba serbi kurang~

Tapi, kalau bagitahu lebih awal kan lebih bagus? I mean, boleh la kita nk sedia best2 sket. Masak special ke..

Bagaimana pula dgn tetamu besar, Ramadhan kali ini? Istimewanya Ramadhan kerana membawa rahmat Allah, pengampunan dan pelepasan drp api neraka! Adakah lg perkara yg boleh menandingi ganjaran Allah ini? Setiap tahun kita tahu akan kedatangannya bukan? Jadi sejauh mana persediaan kita menyambutnya?

Kurma sudah di tempah dan baju raya is in progress. ^__^

Tp persediaan jiwa dan rohaninya bagaimana? Puasa kita? Sedekah kita? Tilawah dan hafazan pula beritanya apa?

Hari sudah menginjak akhir Rejab. Peristiwa Isra' dan Mi'raj perlu diselak, di teliti ibrahnya.

Terjumpa website yg saya kira membantu utk kita merancang sambutan Ramadhan kita kali ini. Boleh di muat turun daripada [SINI]

Sampaikan aku kpd RamadhanMu Ya Rabb~!

Bagaimanalah nanti utk puasa dan ke kuliah dgn cuaca hampir 40 darjah celcius setiap hari? Rabbuna yustur, irhamna Ya Rabb..-___-!


P/S: 1st open heart surgery is done by the Angel to Prophet Muhammad PBUH! The cardiothoracic surgeon today learnt from this event! ( b4 Rasulullah PBUH riding Buraq, His chest been opened and his heart had been purified by the Gabriel to prepare His Messenger in order to face the most magnificent event, a night of journey to Sidratul Muntaha!)




Friday, June 24, 2011

Emang Gue Pikirin



Bismillah walhamdulillah.

Hari Jumaat adalah hari yg saya nanti-nantikan. Kenapa? Sbb hari Jumaat adalah satu-satunya hari bebas kuliah dan kelas klinikal. Hehe.. Jadi hari inilah satu-satunya hari yang diperuntukkan utk diri saya.(Tp kadang2 utk org lain juga -___-!) Maaf encik belog kerna membiarkan dirimu terbiar buat sekian lama. Maaf juga kpd mereka yg menunggu updates drp saya. (Ceh, mcm ramai je) Trillions of appreciation for those who patiently wait for my new post, actually you guys giving me a push to write. Thanks a lot!

Sebenarnya banyak benda yg berlaku sepanjang bulan Mei dan Jun ini. Cuma kesempatan masa utk menukilkannya di sini sgt terbatas
dek lambakan nota-nota yg x siap gara-gara penyakit 'bertangguh' yg datang dan pergi. 'Remission & Relapsing' course!

-Senjata utk menghadapi peperiksaan-

Alhamdulillah, semalam telah berlalu ujian akhir round Neuropsikiatri saya a.k.a Neuropsychiatry atau nama lainnya ilmu pasal saraf dan jiwa. Soalannya xde la susah mana, 20 MCQ dan macam biasa Viva tapi saya yg ketaq lebih ni x dapatlah buat yg terbaik. T-T sangatlah sedih..

Hampir sebulan saya berada dalam round Neuropsychiatry, and guess what? This round made me ponder more about marriage! Pertamanya daripada seorang Pakcik, umurnya baya-baya ayah saya, tetapi sudah bertongkat. Pagi itu saya mengekori Dr Asma' salah seorang HO di Dept Neuropsychiatry. Pakcik tadi ditegur kerana duduk mencangkung di depan tangga Dept. dan kemudiannya diajak masuk ke dalam wad. Saya dimaklumkan bahawa inilah pesakit yg kesnya akan dibincangkan dalam sesi clinical round pagi ini. Saya hanya perlu mengambil sejarah penyakitnya dan melakukan beberapa ujian klinikal. Saya yg teruja, memberi fokus penuh pada cara jalan pakcik tadi sehingga xperasan Dr Asma telah hilang dari pandangan.

Dengan kemampuan berbahasa Arab saya yg terbatas, saya mulakan dengan bertanya data peribadi. Kemudian pakcik tersebut mengadu tentang kesusahannya utk bergerak dan berjalan kerana lemah kedua-dua belah kakinya sejak 20 tahun yg lalu. (He came just for teaching purposes) Then he developed tingling and numbness sensation on his both legs. He also had problems with urination and erectile dysfunction.

Dengan kalutnya saya menulis komplen beliau dalam buku pesakit yg tersedia. Berikut sembang2 saya dgn pesakit, dialihbahasakan agar lebih difahami.

Saya: Pcik dah kawen?

Pcik: Alhmdulillah dah (muka bahagia) tapi xde anak.

Saya: Ok, sambil catat2 dlm buku. (xde perasaan- feelingless)

Pcik: Mesti awak terpikir-pikir kan? Dgn keadaan saya mcm ni, pegi tandas nk kena org tolong, nak kawal kencing pun susah, sapelah yg sudi jadi teman tidur saya? (Sudi jadi Isteri- penulis). Tapi saya memerlukan org yg sudi berkhidmat kpd saya. *Muka sayu (Ada lg penambahan, tp saya x berapa faham) huhu

Saya: ......

Kemudian Dr Asma yg hilang pun datang. Saya mendengar soal jawab antara Dr Asma dan pesakit dan mencatatnya satu persatu. Perkataan arab yg tidak difahami saya tyakan kpd Dr Asma. Beberapa siri ujian dibuat bagi menentukan tahap kesihatan otot dan koordinasi pcik tadi.

Tahniah pcik kerana membuka satu lagi dimensi alam perkahwinan kpd saya. Nikah bukan sahaja alam yang penuh tanggungjawab dan seks semata-mata! Pernikahan adalah kolaborasi 2 pihak, bersinergi, lengkap melengkapi dan berkongsi rasa. Tapi penyumbang paling besar keharmonian rumahtangga adalah: menerima seadanya.

Dalam hati rasa macam nk jumpa je isteri pcik tadi dan tyakan padanya bagaimana dia boleh sesabar ini menguruskan keperluan suaminya. Pergh, keyakinannya kpd ganjaran syurga tidak dpt dinafikan lg!!

Pcik tadi telah didiagnos menghidap Multiple Sclerosis di mana ototnya melemah disebabkan saraf tunjangnya mengecut. Nothing could be done except giving him neurotonic, corticosteroids and symptomatic treatment to delay the progression. -____-!

Kedua, kes Diebetis Mellitus Type 1. Usually this type of Diebetis affect early in life. Mmg sedih melihat keadaan mereka yg menghidap diebetis ni. Pijak tanah x rasa, slipar tercabut dari kaki x rasa, luka pun x rasa, nk pegang benda pun x kuat, nk turun tangga pun susah, mati pucuk pulak lagi.

Tapi pcik ni tetap tabah menghadapi hari-harinya. Malah, dia datang 2 jam lebih awal utk menjadi pesakit utk exam kami semalam -___-! Pcik ini sudahpun berkahwin dan berumur 34 tahun dan memperoleh seorang anak, kini berumur 2 tahun hasil usaha pemanian beradas- bayi tabung uji. Masya Allah! Tak tahu nk cakap apa. (Perkahwinan bukan fungsinya utk buat anak je ok?)

Ketiga, kes psikiatri. Melihat pesakit ini, hati saya sayu. Secara fizikalnya mereka sihat, namun jiwa mereka sakit, akal tidak lagi dapat berfungsi sebaiknya. Dihujung sudut hati, saya rasa bersyukur dgn nikmat akal yg waras. Maknanya akal yg waras ini perlu digunakan ke jalan yg Allah redha!

Dalam round psychiatry, ada satu fakta yg saya kutip drp Dr.

"Suara perempuan yg belum kahwin mmg perlahan, Tetapi akan menjadi nyaring dan kuat selepas mereka berkahwin"

Anda setuju?

***

-Mana pengantin, mana saya?-


-Inai yg disangka kek coklat-

Mei lalu, dengan berat hati saya menghadiri majlis resepsi teman arab saya. Kenapa berat hati? Kerana sejurus selepas majlis yg berlangsung selama 2 hari (malam berinai- Yaumul Henna dan malam masuk rumah- Yaumud Dukhlah) beliau akan mengikut suaminya ke Djobouti, menetap dan bekerja di sana. Berpisah daripada keluarga. T-T

video
-Escorting the bride, sakit tgn bertepuk-

Pada hari terakhir beliau berada dirumahnya, sedih jelas terpampang diwajahnya. Hadiah keronsang berbentuk kunci saya hadiahkan simbolik kpd ketaatan kpd suami sbg pemegang kunci syurganya. Dia kini dibawah tanggungjawab suaminya.

-Flower girl & boy of her sister's son & daughter-

Semoga beliau berjaya menjadi isteri solehah. Barakallahukamuma! Still the memory of pillow talking, the days that we spent together in summer, along the Nile river, and in between lectures and exams remain forever Insha-Allah.

[Al-Hujraat: 13]

-Part yg paling best; Rumah mentua dia-

Haih~ akhir-akhir ini topik nikah kahwin sering berputar sekitar atmosfera saya.

-Gembira dan sedih utk dia, erk.. Ambivalent?-


Nikah- Emang Gue Pikirin.. still not done reading yet -___-!



*Pedulikan tulisan saya yg teruk. Hmm need improvement ni!

Jap...kenapa teruk sgt ni?


Friday, April 22, 2011

Yard sale!


-Welcome to 'not our yard' area-

Today as planned, my house mates & me held the so called 'yard sale'. What? Yard sale? Apa tu? It literally means selling off your belongings for almost up to 100% discount. There are 1st hand, 2nd hand, even 3rd hands things sold here. Sounds exaggerated huh? ^__^ This term not quite familiar among Egyptians and especially Malaysians here.

-Plastic-based things are not cheap as in Malaysia-

Actually this idea started when one of my house mate couldn't return and study to Egypt after the Egyptian's revolution-Malaysians evacuation days. So, we had to pack her belongings and sell whatever possible to bear the cost of cargo of her important things. Ye la, balik hari tu terpaksa bawa 5kg je..

-They too are searching for the 100% discount things I've told ya-

What to do? Teringat cerita Toy Story yg characters dlm tu sgt fobia dan trauma bila dgr 'Yard sale'. Suppose this Yard Sale held in yard, but its hard to hold such event here, as the condition of streets and houses begitu tidak mengizinkan. Jadi, kami hanya men'display'kan barang2 di dlm bilik sahaja. No worries, bilik tu besar~ ^__^

About 7am, people started to come, picking what they want, what they need, plus get them with much much low prices! I was glad to see their faces, blooming in satisfactions.

-Bekaih duit-

We enjoyed packing her things, weighing whether to post them, sell them or just give them away, labeling the prices, collecting and arrange them. Sometimes it was hard to decide their prices! Ada ke org nk beli? Ok x harga ni? Kita bagi je lah, x boleh? But it was fun though. It was our new experience.

-Tinggal 1/6 drp total hangers-

In between time that no one comes, I sat down and pondered. This is just like when you are parting from this world, going to hereafter. Nothing left except your amal, your knowledges, and prayers from your righteous children. Bila ditanya kenapa jual barang-barang dia? Saya jawab, nk beli pun.. kebanyakan barang kami dah ada. Lagipun, lg 2 tahun dah nak balik Mesia, buat apa nk beli almari n katil bagai kn? Macam tulah kehidupan dunia. Kita dah nk dipanggil pulang, perlu apa lg mengaut keuntungan dunia?

-Almari 3 pintu, asam, KOPIKO & MILO 3in1 pun ada-

Alhamdulillah, let us call it a day. We had collected 1/2 of the expenses for the cargo fees. Another 1/2 to go. Pray for us.

Rabbuna yusahhilna~ :)


p/s: We had an unexpected holiday. 4 days in a row! ^___^ Ok, sila study~

Sunday, April 10, 2011

Kuasa cinta



Hari ini saya dihambat rasa bersalah yg teramat. Semalam tidur lewat gara-gara menonton filem- Ghajini. Ingin menghilangkan ngantuk, niat asalnya. -___-! Sudah lama tidak menonton filem hindustan, jadi terlupa yg panjang filemnya mencecah 3 jam! Seperti juga buku, saya semestinya memilih genre filem tertentu. Action movies, mysterious, medical, hilarious, base on true stories and on top of all, I love when they have something to be ponder about. So I just want to share about it here.


-Recommended by my Jr-

Tajuk filem ini pendek, tapi mengandungi makna tersirat. Selepas selesai menontonnya barulah terasa betapa bijaknya pembikin filem ini memilih tajuk. Dibintangi Aamir Khan sebagai Sanjay Singhania, seorang pemilik perniagaan telekomunikasi tersohor. Menghidap penyakit anterograde amnesia, sejenis penyakit hilang memori terbaru. Daya ingatannya hanya bertahan selama 15 minit akibat dipukul keras di kepala. Hanya memori tentang pembunuhan tunangnya oleh Ghajini di depan matanya sahaja yg terpahat kukuh dalam kotak ingatannya. Dia nekad mahu membunuh Gajini dgn tangannya sendiri.

Demi meneruskan misi hidupnya, Sanjay terpaksa melakar tatu pelbagai nama dan nombor2 penting di tubuhnya, menangkap gambar apartmentnya, menulis nota-nota dan menampalnya di setiap inci rumah gara-gara dia akan lupa setiap perkara sejurus selepas 15 minit dan pabila dia bangun dari tidur!

Seorang pelajar perubatan tahun akhir, Sunita tertarik utk menjadikan kes Sanjay sebagai subjek projeknya, namun dibantah oleh professornya kerana kes ini adalah kes polis. Sunita nekad menyiasatnya sendiri.

Kesimpulan saya setelah menghabiskan 3 jam menonton cerita ini:

1. Cinta adalah kata kerja. It gives strength and shall drives you crazy. Kuatnya kuasa cinta!

2. Dunia tidak pernah adil. Sebab itu Akhirat sana adalah pengadilannya.

3. Bersyukur dgn keupayaan ingatan yg Allah berikan. Banyak lagi yg perlu di syukurkan. Kurangkan rungutan, tingkatkan amalan!

4. Perkahwinan adalah sebaik-baik dan semulia-mulia jalan.

5. Kesempitan hidup menyebabkan yg miskin terus menerus ditindas, dan yg berkuasa terus menerus menindas!

6. Organ & human trading mmg tidak boleh dimaafkan!

7. Ikhlas itu menyentuh hati-hati.



Siapakah Gajini? Mengapakah Sanjay nekad mahu membunuhnya? Apa kesudahan cerita ini?





Sunday, March 27, 2011

Cerita Hari-Hari Rusuhan 6


7 Feb 2011

Sesampainya di Cairo International Airport tgh mlm itu, kami menghubungi ketua pelajar di Tanta mengatakan yg kami akan pulang ke Tanta. Namun, dia menganjurkan agar kami mengikut sahaja rombongan terakhir ke Jeddah dari Kaherah kerana semua pelajar perempuan di Tanta sudah dievakuasi dan selamat sampai di Jeddah. Tak ada org nk jaga kami katanya. Van yg dijangka menjemput kami juga terpaksa berpatah balik kerana banyak roadblock yg terpaksa dihadapi. Saya yg sudah tidak bermaya akibat penangan barotrauma, hanya mengikut sahaja 5 lg kawan yg lain ke terminal 1. Kata mereka rombongan yg terakhir ke Jeddah akan berlepas dr teminal 1 pada siang nanti.

Pelbagai spekulasi yg timbul sepanjang tempoh demosntrasi rakyat Mesir ini berkenaan hal pelajar Malaysia. Berdasarkan sumber rakan-rakan di Tanta sebelum mereka bertolak ke Jeddah, mungkin kerajaan akan mengevakuasi rakyat Malaysia di Mesir ke Jordan, Syria dan kawasan sekitarnya untuk jangka masa sebulan sementara mengunggu keadaan reda. Kemudian katanya disebabkan hubungan baik kerajaan Malaysia dgn kerajaan Saudi, maka rakyat Malaysia akan dipindahkan ke Jeddah utk jangka masa sebulan, sebelum dihantar balik ke Jeddah. Nasib kami? Wallahua3lam. Kami serahkan pada Allah. Dlm fikiran kami, kami perlu menyertai mereka di Jeddah!

Terminal 1 Cairo International Airport hampir separuh dilindungi khemah putih besar. Mlm sudah larut, dgn bagasi masing2 kami menghampiri khemah. Ada bendera Malaysia di situ. Kami pun masuk, mata meliar mencari mereka yg boleh dipercayai utk bertya keadaan dan hal seterusnya. Alhmdulillah, mmg benar ini rombongan terakhir dari Kaherah. Golongan yg tercicir kata mereka. Lebih seratus org berada di dlm khemah tersebut. Kami menarik kerusi dan membuat bulatan kecil. Malam makin sejuk. Maka kami pun tidur duduk menahan sejuk di atas kerusi. Kemudian, baru kami perasan, kami berenam sahaja yg berjantina perempuan di situ!

-Sarapan roti fino dan lauk tin dari Msia-

Pagi itu, selepas solat di surau lapangan terbang, kami mendaftarkan diri dan duduk-duduk bersarapan sahaja. Alhamdulillah, trauma tekanan udara saya hampir pulih. Adieh, akan berlepas ke udara lagi pagi ini utk ke Jeddah. Puas naik kapalterbanglah kami. Disebabkan kami adalah rombongan terakhir dari Kaherah, maka rombongan ini akan disertai sukarelawan drp Putera 1 Malaysia dan abang2 angkatan tentera diraja Malaysia. Saya xtahu pun Dato Aziz tu org Baling, adeih! Disebabkan kami berenam sahaja yg perempuan, dan ada 2 keluarga:1 newly wed dan 1 lg bersama anak beranak, maka kami diberi keistimewaan utk check in terlebih dahulu. Ladies 1st.. yeah!

Pegawai TUDM di khemah begitu rancak menceritakan pengalaman yg x dpt dilupakan sepanjang Ops piramid ini. Kerenah birokrasi Arab Mesir dan suasananya banyak memberi kesan kpd mereka. Baru sahaja beliau meletakkan beg pulang drp Australia tempoh hari di rumah, beliau dipanggil pula bertugas utk Ops Piramid! Ok, saya hanya menjadi pendengar sahaja, sementelah telinga saya en road to recovery kn..

Semasa di balai pelepasan, barulah saya tahu yg kami akan menaiki Charlie, kapalterbang khas TUDM. Bagaimana rupa dan bentuknya saya pun xpernah tahu. LIMA di langkawi pun x pernah dpt join. Adik-adik shj yg dpt pegi! Jeles~


video

Sekali lagi kami diberi keistimewaaan. Duduk di barisan hadapan dkt dgn enjin! Makanan diberikan dan beg-beg kami di bawa masuk tanpa ada sebarang masalah. Org lain hanya dibenarkan membawa bagasi 5kg sahaja. Kami terpaksa mengangkut hampir 20 kg bagasi drp Syria dan Jordan kerana tidak pulang ke Tanta! Charlie adalah kapal pengangkut terbesar yg dimiliki TUDM. Ada kerusi dan katil gantung. Tandas hanya ditutupi tirai sahaja. Jadi, padamkan harapan anda utk ke tandas sepanjang hampir 3 jam perjalanan Cairo-Jeddah ya!










-Tali pinggang keledar canggih- -Bhg blkg, perlu kekuatan perwira utk bukanya-


-Charlie, xakan aku lupakan dirimu-

Sepanjang hampir 3 jam enjin burung besi ini mengaum deras. 'Uptake' dan 'landing' tidak terasa, mungkin kerana 'adapted'. Alhamdulillah. Sampai sudah kami ke bumi Jeddah kira-kira jam 3 ptg. Oh seperti tidak percaya! Suhu Jeddah panas! Segala baju sejuk terpaksa ditanggalkan. Urusan visa dan passport kami di lapangan terbang Jeddah tidaklah selama sahabat-sahabat yg lain. Hanya beberapa jam sahaja. Ada yg bercerita terpaksa duduk di lapangan terbang King Abdul Aziz ini hampir setengah hari sebelum mendapat pelepasan visa kecemasan seminggu. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Sungguh Dia berkuasa melakukan apa sahaja. Hati sudah pasrah. Kami di bawa ke Madinatulhujjaj, milik Tabung Haji Malaysia dgn menaiki bas.


-Ayam BAIK, santapan di King Abdul Aziz International Airport-

Malam itu, di madinatulhujjaj, usai urusan pendaftaran bilik, kami mencari-cari muka-muka yg dikenali. Orang ramai xdpt dikata lah. Makan malam disediakan. Oh seperti tidak percaya. Kami dilayan seperti mereka yg berbuat haji. Cuma terdapat kaunter makanan, baju-baju dan keperluan harian seperti sabun, pampers, meggi dan macam-macam lagi. Kesemuanya percuma! Ya lah, mereka yg terkandas di sini masing-masing membawa sehelai sepinggang. Kebanyakan junior medic & dentistry Univ Tanta dijadualkan mempunyai peperiksaan sejurus selepas cuti musim sejuk ini tamat. Berkira-kira juga mereka utk membawa buku-buku. Ada yg sampai scan buku dek limitasi bagasi!

Sebelum tidur, hati sgt gembira. Di sini Ummi dan ayah transit sebelum kembali ke tanah air semasa mengerjakan haji 3 bulan yg lepas! Dan saya telah menjejakinya! Bila pulak saya nk buat haji ya?


8 Feb 2011

Pagi itu, saya hanya mengurus diri, membasuh baju dan berjalan-jalan melihat sekeliling. Kemudian tidur kerana kepenatan semalam masih bersisa. Tiada apa yg dpt di buat disini. Cuaca panas meninggalkan dataran hadapan lengang. Hanya pengumuman penerbangan dan pelbagai pengumuman shj yg kedengaran. Disini ada hampir 5 blok dan kesemuanya penuh termasuk surau dan dewan seperti gudang. Saya menghuni blok B. Bagi yg duduk di surau, dan dewan seperti gudang itu, saya lihat mereka bergelimpangan. Seperti mangsa banjir pun ada~

-Mendaftarkan diri sbg pelajar MARA-

Wireless internet hanya terdapat di blok A, kalaupun ada di blok B, signalnya lemah sekali. Perihal terkini keadaan Mesir boleh ditonton melalui flat screen TV di dataran blok B dan C. Ada 2 versi. Versi Bahasa Arab, yg rata-rata ditonton oleh pelajar pengajian Islam, dan berita versi Bahasa Inggeris kebanyakannya mendapat perhatian pelajar jurusan Sains Kesihatan. Saya dpt tahu yg pelajar perubatan tahun klinikal digalakkan utk mengambil bahagian menjaga klinik. Wah sounds good! Bolehlah berlatih mengasah cita-cita saya utk berkhidmat sbg doktor pengiring Jemaah Haji.

Mlm itu, semasa sesi penyerahan passport, kami dijemput ke rumah kawan ayah salah seorang drp kami, Nawal namanya yg terletak di Jeddah. Dgn kedudukannya sebagai Pengarah Konsulat Thailand, kami dgn mudah dibawa keluar ke rumahnya yg hanya beberapa kilometer dari Madinatulhujjaj. Peluang ini tidak kami lepaskan!

Tuan rumah yg hanya kami panggil Kholi Mat dan Auntie Miskah mmg baik hati. Mlm itu Auntie sendiri yg masak dan alhamdulillah kami tidur kekenyangan.


9 Feb 2011

Menyangka yg kami hanya akan semalaman di rumah Kholi dan Auntie, kami dtg hanya sehelai sepinggang dgn brg2 keperluan diri utk sehari. Kholi dan aunty 'menahan' kami drp pulang ke Madinatulhujjaj. Kata Kholi, alang-alang ke Jeddah, rugi rasanya x buat umrah kerana Mekah hanya hampir 90km shj dari Jeddah. Dgn tidak semena-mena, hati berbunga-bunga. Aku akan menunaikan umrah? Macam tidak percaya! Kholi mencadangkan agar melaksanakan umrah pada esok hari, hari Khamis mlm Jumaat. Allah.. Kau buka jalan utk kami menjadi tetamuMu?!

Hari ini kami berjalan-jalan sekitar rumah Kholi. Halaman rumah dikelilingi tembok tinggi, dan terdapat beberapa rumah disekitarnya. Rumah-rumah tidak dipisahkn dgn pagar, punya kolam renang dan dewan serbaguna bersaiz kecil. Mewah!

Kholi, Auntie dan 4 org anak lelakinya pernah tinggal di USA dan tahun ini adalah tahun terakhir mereka di Saudi. Ini kerana Kholi telah dipanggil berkhidmat di Pejabat Konsulat di Bangkok. Kholi yg mempunyai 2 kerakyatan, Malaysia dan Thailand tidak kekok melayan kami kerana beliau dan auntie, fasih bertutur Bahasa Melayu (loghat Kelantan), Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Thai. Kholi juga punya ramai keluarga di Betong, sempadan Kedah-Thailand.

-Kami berazam utk menawan kolam renang ini esok pagi2!-

Mlmnya rumah ini dikunjungi tetamu pegawai konsulat Thailand(bhg pelajaran). Dia bukan Islam dan hanya fasih berbahasa Inggeris dan Thai. Kami bertukar-tukar cerita tentang Mesir dan Jordan serta Syria sementelah dia pernah melawat Jordan dan Mesir beberapa ketika dulu. He confessed that: "Even I'm a nonMuslim, I sill feel that you're so lucky to have the opportunity to visit Mecca and doing Umra!" after we stumbled on our plans of journey tomorrow. Mlm itu juga, sahabat Kholi dan Auntie dtg membawakan jubah hitam (Abaya) utk kami berenam. Ya lah, mahu buat Umrah, tapi tidak membawa apa2 persalinan! (Mana nk tahu ada peluang buat umrah kn?) Pinjam sahajalah abaya kepunyaan sahabat Auntie kerana saiz kami kebanyakannya terlalu kecil utk mengenakan abaya Auntie Miskah :P

Di sini, perempuannya keluar dr rumah perlu berabaya hitam. Tidak mengenakan tudung tidak mengapa, tetapi abaya hitam perlu dipakai! Perempuannya juga tidak dibenarkan memandu kereta! @-@ Seperti di Mesir, adalah mengaibkan jika perempuan membonceng motosikal seperti pemandunya, apatah lagi menjadi pemandu motosikal! Pernah seorang Guru Bahasa Arab saya terbeliak matanya apabila saya menceritakan yg saya punya lesen memandu kereta dan motosikal! Dan biasanya di rumah, saya ke kedai hanya dgn menunggang basikal! Nge3.. lain padang lain belalang kn?

Swimming, going to Thai Consulate and Mecca tomorrow! Whoa cant wait!

Psst, kami baca manasik Umrah kat internet sekali je....biar betul nk wat umrah ni??


10 Feb 2011

Pagi.

Hari ini hari cuti. Puas berenang dlm kolam, kami bersarapan. Di sini hampir sama seperti di Mesir. Selepas Zohor barulah Jeddah bernyawa! Kami menghabiskan masa membaca novel anak-anak Kholi, menonton perkembangan Mesir, dan melayari internet :P

-Meneroka pejabat Kholi-

Ptg itu, kami dibawa ke Pejabat Kedutaan Thailand. Kami difahamkan setiap hari Khamis akan diadakan kelas bahasa Thai utk anak-anak Thailand. Ada juga kelas Bahasa Arab. Kami mengambil peluang bersembang dgn parents yg menghantar anak mereka dan cikgunya juga. Perbualan kami dlm bahasa Inggeris atau Melayu loghat kelantan tentunya!

-Salah seorang guru Bahasa Arab, ibu tunggal anak seorang!-

Mlm itu, Auntie masak sgt special! Semoga Allah balas kebaikan Kholi sekeluarga dgn ganjaran yg lebih baik. Sudahlah tumpangkan rumah, masak sedap-sedap, bawa pula ke Mekah utk Umrah!

-MasyaAllah, semuanya auntie yg masak tanpa ada pembantu rumah-


-Sblm bertolak ke Mekah bersama jubah-jubah pinjam :P-

Kami bertolak pada sekitar pukul 9 mlm. Kholi mat sbg pemandu (dia juga akan buat umrah bersama kami), Kholi dan Auntie membawa kami melihat air pancut tertinggi di dunia. Kata Kholi, 2 minggu sebelumnya Jeddah banjir teruk. Air di kawasan Pejabat Konsulat itu hampir paras dada dan air pancut ini telah bertukar menjadi warna hitam! Saya sudah melihat Laut merah Mesir, tempoh hari Jordan dan hari ini Laut Merah Saudi Arabia!

-King Fahd fountain; Jeddah-

Kami akan singgah ke satu acara hari keluarga berhampiran Arafah. Kholi diminta supaya menjadi tetamu kehormat utk menyampaikan hadiah kpd para pemenang. Kholi Mat yg sudah berihram sabar memandu kami ke sana.

11 Feb 2011

Sepanjang perjalanan, kami bertalbiah. Tidak tahu apa perasaan dlm hati ini. Bercampur-baur! Setelah sampai, kami dijamu air bergas dan kuih seri muka sebagai pembuka. Kami kemudiannya mengikut Kholi menyampaikan hadiah kpd para pemenang dan terus di jemput makan kibas dan nasi. Makan lagi kami!

-Kibas rubu3 (1/4 ekor)-

Kami kemudiannya dibawa melawat ke Arafah dan Jabal Rahmah. Mlm yg gelap tetap menampakkan Jabal Rahmah, sepi menanti tetamu Allah pada musim Haji seterusnya. Dia juga menyaksikan pertemuan dua insan, Nabi Adam dan Hawa setelah mereka terpisah diturunkan ke bumi dari Syurga. Sini kena doa byk2 ni. Doa moga dipermudahkan segala urusan, termasuk umrah ini, haji yg akan datang dan urusan jodoh tentunya!

-Jabal Rahmah di hdpn kami akan tenggelam dgn manusia musim haji akn dtg-


-Kemudian ke Masjid Namira, separuh tanah haram, separuh tanah halal-

-Lengang, tp akan menjadi lautan manusia pada Hari Wuquf-

-Ke Masjid MAsy3arilHaram, Muzdalifah. Disinilah jemaah haji perlu bermalam dan mengutip batu-batu buat melontar nanti-

-Malam kami di Mina, katanya akan dibuat kediaman berbentuk rumah flat menggantikan khemah2-

-Melontar di sini! Luasnyaaaa jamrat!-

Akhirnya kami sampai di perkarangan Masjidilharam. Jam menunjukkan hampir jam 2 pagi. Kami singgah di kediaman Jemaah Haji Thailand, minum sebentar dan terus berjalan kaki sahaja ke Masjidilharam. Kelihatan Jam besar itu dari jauh. Kami melalui rumah kelahiran Junjungan Besar Saidina Muhammad Rasulullah SAW. Saat memasuki perkarangan Kaabah dari pintu Safa, hati ini bagai nak luruh. Menyaksikan Kaabah tersergam indah di hadapan mata menjemput manik-manik kecil turun lebat darinya. Kau jemput hamba yg hina ini menjadi tetamuMu, Ya Allah! Malam di tanah barakah ini sgt indah, kemilau kelambu Kaabah disimbah lampu2 pasca musim haji mengharukan lagi hati ini. Sebelum tawaf, saya sempat solat beberapa solat sunat. Kalau ikutkan hati, saya mahu berteleku sampai siang! Tapi umrah belum dilaksanakan lagi, jadi kami pun bergerak utk niat dan tawaf.

Semasa tawaf, jemaah tidaklah ramai mana. Mungkin kerana kerajaan Saudi tidak memberi visa umrah utk orang luar sepanjang beberapa bulan selepas musim haji. Hajarul aswad gagal saya dekati, kerana ia tetap diasak rapat jemaah lelaki yg tawaf. Tiada ruang langsung utk jemaah wanita. Ada sekali polis disitu memberi ruang utk 2 org wanita mengucup hajarul aswad, tetapi akhirnya hanya kedengaran jeritan mereka sahaja. Terhimpit barangkali. Saya meneruskan tawaf dan hanya dpt melambai batu hitam yg dipisahkan hanya 2 meter jaraknya drp saya. T-T


-Selesai tawaf wida3, aku mahu menjadi tetamu musim hajiMu Ya Rabb! -

Selesai tawaf, kami bersaie. 7 kali berjalan dan berlari-lari anak, terbayang kesusahan Siti Hajar dan keyakinannya bahawa Allah tidak akan mensia-siakan beliau dan Nabi Ismail jika ditinggalkan Nabi Ibrahim. Tabah betul! Usai bersaie kami bertahallul di Bukit Marwa. Meneguk air zam-zam betul-betul mengembalikan kesegaran. Alhamdulillah, selesai sudah ibadah umrah kami.

Sementara menunggu subuh, saya ke tandas berhampiran jam besar. Kembali dari tandas, berkumandang azan Subuh. Sayu tapi merdu. Kami cuba menapak berhampiran Kaabah agar dapat berjamaah di dataran itu, tetapi terhalang oleh polis wanita disitu. Kelihatan beberapa jenazah diusung. Mungkin akan disembahyangkan selepas solat Subuh. Tidak tergambar dan terkata betapa indahnya Subuh pada hari sebaik-baik hari, dan di atas sebaik-baik tanah. Tanah Bakkah yg penuh Barakah!


video

Daripada beberapa Hadith, dapat saya simpulkan nilai satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin) dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjid Nabawi )

Sempat menelefon ayah di Malaysia sebelum solat Subuh. Perasaan gembira ini perlu dikongsi oleh keluarga di kampung! Setelah solat Subuh, saya tawaf wida3 dan solat hajat di Hijr Ismail. Dibawah pancur emas, tiadalah doa yg dipinta selain dilepaskan drp azab neraka dan dikumpulkan keluarga kami di dalam syurga. Segala kehendak dunia bagaikan tidak penting lagi kala itu. Sebelum menapak keluar meninggalkan Kaabah di belakang, saya berhenti seketika di depan Multazam, kawasan pintu masuk Kaabah. Teringat beberapa doa yg sempat kawan2 di Jeddah kirimkan. Semoga doa-doa kami diterima, harapkan yg terbaik utk Mesir dan kami berpeluang meneruskan tadahan ilmu di Bumi Kinanah itu, Ya Mujiiib!

Dgn berat hati, kaki juga terasa berat melangkah keluar dari perkarangan MasjidilHaram. Mata tidak rela melirik jauh dari tempat yg penuh sejarah besar, penuh makna sehingga hari Kiamat ini. Kami kembali berjalan ke bangunan penginapan jemaah Haji Thailand. Kelihatan juga beberapa bangunan penginapan jemaah Haji Malaysia kelolaan Tabung Haji. Kholi Mat menawarkan agar kami singgah membeli barang-barang di kedai yg kelihatan tidak tutup sepanjang mlm, namun kami menolak. Overwhelmed with sad feeling, leaving MasjidilHaram behind. Duit riyal yg ada pada kami pun drp ehsan Kholi. Kami nekad utk mengembalikan duit tersebut. Duit kami ada, cuma tidak berkesempatan utk menukarnya di tempat tukaran wang. Sarafah byk yg tutup mlm td dan kami mmg tidak menyangka akan ke Mekkah sebelum ini.

Kholi dan Auntie Miskah menunggu kami di tempat penginapan. Selepas bersarapan ayam goreng, kami bertolak pulang ke rumah Kholi dan Auntie di Jeddah. Kami dihantar pulang ke MadinatulHujjaj sebelum Solat Jumaat dgn berbekalkan 10L air zam-zam masing-masing, hadiah drp Kholi, Auntie dan seluruh warga kerja di kediaman Jemaah Haji Thailand. Terharu!

Madinatulhujjaj semakin sunyi. Ramai yg telah diterbangkan pulang. Malamnya, hingar berita tentang turunnya Hosni Mubarak daripada menjadi Presiden. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Allah, Kau beri peluang kami menyaksikan penderitaan rakyat Mesir dibawah cengkaman kerajaan kuku besi, Kau juga menjadikan kami saksi penggulingan diktator yg telah memeras duit rakyat hampir 70 billion selama hampir 30 tahun kekuasaannya.




12 Feb 2011

Pagi itu, selepas menyerahkan passport, kami mendapat no giliran yg ke 8000! Perlu menunggu paling lama pun 3 hari utk giliran penerbangan pulang ke Malaysia. Perlu pulangkah kami? Mubarak kan sudah dijatuhkan?

Aktiviti di Madinatulhujjaj tidak lain, hanyalah makan, tidur, tengok kembali gambar-gambar di Syria, Jordan dan Mekkah, membaca segala buku yg terbawa, dan menonton movie drp laptop kawan. Agak kebosanan jugalah kami di sini. Saya mengambil peluang 'melepak' sebentar di klinik di bahagian bawah blok. Ketika itu tiada pesakit. Disebabkan kebosanan, saya kembali ke bilik di tingkat atas. Aku akan menjadi doktor pengiring jemaah haji satu hari nanti! Janji saya perlahan..

-Blok B tingkat atas sekali; Madinatulhujjaj Jeddah-



13 Feb 2011

Tiada apa yg dilakukan kecuali menjadi 'pharmacist terjun' di klinik di bawah. Saya tidak mendaftar pun utk menjadi sukarelawan di klinik ini. Kebetulan saya lalu di situ, dan ada pesakit meminta ubat tambahan dan ada pula yg sakit tekak dan batuk-batuk, saya hanya menolong sekadar mampu.


-Ada mcm2 kerenah pesakit di sini-

Melayari internet yg macam kura-kura di blok A membawa saya melihat senarai nama mengikut penerbangan. I-allah esok akan ada 2 penerbangan. Tidak pasti lagi saya di penerbangan yg mana. Latest list name will be pasted and announced tomorrow. Sahhilna Ya Rabb!

Malam itu melihat-lihat barangan yg dijual di gerai hadapan blok. Hati kosong utk membeli apa-apa.


14 Feb 2011

Ke'boring'an mendorong saya membasuh bilik air dan mengemas bilik. Ada juga kakak yg rajin menyental meja tempat kami membancuh teh dan kopi. Merawat kebosanan juga dia barangkali. Akhirnya tghari itu, nombor kami dipanggil, dan nyata, kamilah org2 terakhir yg meninggalkan Madinatulhujjaj Jeddah ini!

-Labbaikallahumma labbaik T-T-

Alhamdulillah, tiada masalah timbul di Lapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah. Botol-botol air zamzam kami di'seal' dgn sealer khas. Kami menaiki Saudi Arabian Airlines, terus ke KLIA. Tiba di KLIA, saya dan kakak disambut YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK dan pengawai Yayasan Islam Negeri Kedah YINKed. Kami dibawa menaiki bas yg tersedia bersama beberapa org lg anak-anak Kedah. Mlm itu, selamatlah saya dan kakak tiba di Sg Petani, yg hampir 1 jam berkereta dari rumah saya di Baling. Kami dijemput oleh Ayah, Ummi dan Maddin. ^___^

Siapa sangka saya akan ke Malaysia? Siapa sangka tanpa mahram dan duit mampu menunaikan umrah? Siapa sangka segalanya percuma dari Kaherah ke Kedah? Allah, Kau memang berkuasa atas segalanya, SEGALANYA!


Mungkinkah saya patut berterima kasih pada Hosni atas segala yg telah saya lalui?

Mungkin juga entri ini perlu diubah tajuknya. Cerita hari-hari revolusi. Ini kerana mereka tidak merusuh tetapi mereka bersuara dgn penuh tamadun!

Aku mahu melihat Mesir pasca revolusi!


Terima kasih Ya Allah. Tidak tahu apa lagi yg harus saya lakukan utk syukur pada Allah.


Kesimpulan cerita ini, Allah mahu didik hati ini tentang satu perkataan: SYUKUR