.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Monday, December 27, 2010

Sebentar cuma


Itulah sebuah kehidupan di dunia. Dalam tempoh yang sebentar inilah sepatutnya kita manfaatkan utk mengaut sebanyak mungkin bekal utk ke destinasi akhir. Ya destinasi akhir, itulah kehidupan selama-lamanya.

-Terkilan xdpt tolong adik Ulya lantaran kurangnya ilmu dan pengalaman-

Baru-baru ini Allah mengingatkan saya lagi tentang betapa perlunya saya mengingati hari kepulangan saya ke kampung akhirat. Satu lagi ruh hambaNya telah dijemput pulang kepangkuanNya. Penderitaan adik Sofiyatul Ulya, berumur 4 bulan lebih akibat jangkitan paru-parunya berakhir di bilik ICU Hospital Universiti Tanta, pagi 8 Disember lepas.

Allahyarhamah sebelum ini, dalam tempoh menunggu untuk dijalankan pembedahan lantaran salur pernafasan dan makannya bercantum dan tiada lubang dubur. Kesabaran kedua ibu bapa adik Ulya yang masih menuntut di Universiti AlAzhar menerima takdir ini I-Allah dibayar dengan pemergian adik Ulya sebagai pelayan syurga yang tertinggi, sesuai dgn nama yg diberi~Ulya. Ameen


Beberapa hari sebelumnya, Allahyarhamah adik Ulya terlantar di wad ICU Pediatric Department, Tanta University Hospital. Hanya selang 2 tingkat daripada kelas kami belajar. Jika nasib baik, dan rayuan kami diterima, dapatlah kami masuk bilik ICU melawat Allahyarhamah adik Ulya. Itupun masuk berdua-dua. Sedih melihat sekujur tubuh xberdaya menyambung nafas dgn bantuan alat bantu pernafasan (mechanical ventilator).

Allah, Kau hantar Ulya ke dunia sebagai hadiah kesabaran Ibu bapanya, sebagai peringatan kpd kami tentang nikmat sihat dan masa lapang yg Engkau kurniakan kpd kami. Dan pemergian Allahyarhamah terlebih dahulu menghadapMu adalah peringatan terbesar buat kami. Sepanjang perjalanan ke perkuburan di Kaherah, dan kembali ke Tanta, saya hilang kata-kata. Menung saya panjang, memikirkan baikkah pengakhiranku nanti?


Pediatric end round is just around the corner. In addition to the cold weather, my heart been so cold lately. Influenced huh? Not know~ -____-! Booster needed as the momentum is not hard and heavy enough to push my whole effort. Allah~

"when My servants ask Thee concerning me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when He calleth on Me: let them also, with a will, listen to My call, and believe In Me: that They may walk In the right way."

[AlBaqarah:186]

Yes indeed He is near. Despite of all our sins, He still there, running to us whenever we walk towards Him. T-T Tapi kita? Sampaikah doa kita padaNya? Saya kongsikan petikan kupasan Hadith ke 10, daripada Buku Hadith 40 (terjemahan & syarahannya) oleh Mustafa Abdul Rahman. Petikan ini singgah dalam kantung inbox saya semalam. Cukup buat saya berfikir dan bermuhasabah jauh.

Ketika Ibrahim bin Adham (seorg ahli tasawwuf yg masyhur) berada di tgh2 pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh org ramai. Di antara mrk ada yg bertanya: Mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya?

Beliau menjawab: Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara, iaitu:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan haqNya.

2. Kamu sangka bahawa kamu cinta Rasulullah saw ttp kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dgnnya.

4. Kamu telah makan nikmat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.

5. Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

9. Kamu bangun daripada tidur lalu akmu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pelajaran) daripada mereka.



Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa dan kelalaian kita selama ini. Semoga rahmatnya yg tersangat luas itu meliputi hati-hati kita dan terpilih pula utk ditempatkan di syurgaNya.


Ameen~

-Lebih kurang mcm cycle saya sehari-hari minus FBooking -____-!



Friday, December 24, 2010

KanaKanaK


- Kanakanak-baca dari kiri ke kanan atau sebaliknya tetap yg sama-

Saya: Kenapa pilih nak jadi pakar kanak-kanak? Bukan susah ke nk 'diagnose' diorang?

Sepupu: Sebab diorang x menipu ^__^


Sembang saya dengan sepupu yg kini meneruskan masternya dalam bidang Pediatrik petang hari raya lepas memberi sedikit gambaran tentang bagaimana melalui hari-hari klinikal bersama pesakit kanak-kanak. Benarkah bahagia berada dalam department pediatrik berbanding rotation lain? Masih belum merasai 'Internal Medicine' yang banyak berkaitan penyakit2 orang dewasa. They said, Internal Med is the medicine course itself. It is the main bulk of medical study. But to be honest, quotation Dr House MD in his series : Everyone lies! is true to some extent. This may mask the diagnosis and you'll be given the wrong treatment which in some case, fatal! Jadi, jgn sesekali menipu.. buruk padahnya ^___^

-Bilik kuliah pelajar Malaysia, Dilarang mengganggu-

Pejam celik, pejam celik sudah hampir habis 'rotation' saya di Pediatric Department. Bagi saya ilmu klinikal kanak-kanak adalah ilmu yang mencabar. Kanak-kanak tidak dapat memberi keterangan dan sejarah penyakit. Sakit pada bahagian mana dan bagaimana sakitnya pun susah untuk dia tentukan secara tepat. Yang pastinya, tangisannya sahaja yg kedengaran -__-! Jadi segala soalan berkaitan penyakit si anak adalah melalui ibu pesakit.

Masalah utama: language barrier! Saya sedang berusaha keras (ye ke?) untuk memahami bahasa arab ammi ibu pesakit yg rata-rata datang daripada ceruk kampung dan pekan kecil di sekitar Tanta. Sometimes the conversation between doctor-to-be and patient become 'patient's' conversation. You know what I mean. They were very excited to see foreign doctors and started to ask so many questions -___-! And at the end, we are clueless and speechless~

-Air kencing, Nephrology round-

As our usual clinical course, we have to take patients' history, after the lectures and presenting them on the other day to the assistant prof and sometimes in front of profs. They will ask us soo many questions and ask us to do again bed side tests or sometimes ask us to ask again the mother in arabic colloquial accent. huhu~ Jadi kadang-kadang tu 2- 3 kali keluar masuk wad dan tanya ibu pesakit kerana byk benda yg missed during history taking T-T

-Pencarian nama pesakit dan tuan badannya, boleh masuk apperentice nih-

Satu hari, sewaktu kelas cardiology (ilmu jantung) Doktor datang dengan sedikit kejutan. Kami dihantar ke wad semi ICU untuk mendengarkan jantung pesakit2 di sana, menilai dan membuat laporan. Kumpulan saya yg pertama. Inilah yg berlaku kpd kami T-T


Now is winter here. Sangat mencabar utk sentuh pesakit. Tgn xboleh sejuk, stethoscope pun T-T



Hari-hari saya di hospital universiti juga sering mengundang lirih dan hiba. Terutamanya pabila menjalani 'rotation' di unit NICU, PICU dan cancer. Ibu terpaksa bermalam, tidur sekatil dengan pesakit. Kadang-kadang semua adik beradik pesakit diangkut sekali ke dalam wad. Wad seolah-olah menjadi rumah kedua bagi pesakit-pesakit kronik. Nak ambil patient history pun kadang-kadang susah. Terpaksa kami melilau-lilau keluar daripada wad dan bangunan hospital mencari pesakit. Ya lah, berbulan-bulan menjalani chemotherapy, larat nk terperuk dlm hospital yg horror tu?

-Adik Muhammad dah botak.. saya sedih T-T-

Jadual waktu melawat dan bilangan pelawat tidak pernah dipatuhi. Nak kena maki dan jerkah dgn keluarga pesakit? Silakan.. Pernah seorang jururawat mengulas apabila saya bertanyakan bagaimana dan bilakah waktu lawatan pesakit. Kecuali lah NICU dan PICU. Prosedurnya ketat. 'Preventing nosocomial infections' seperti yg saya baca dalam buku Public Health =)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya hampir sama sebegini:

"Anak-anak umpama kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Majusi, Nasrani ataupun Yahudi"

Jauh di sudut hati, doa dikirim agar kalian lekas sembuh, kembali ceria dan gembira di samping keluarga. Jadi saya kene study kuat-kuat~!


Tinggal 15 hari untuk menghadapi 'End Round Exam'

Merealisasikan ikrar "Don't Worry. I'm a Doctor!"

Study lah!



P/s: Jannah, we are so much alike laa....bru perasan. huhu



Wednesday, December 08, 2010

Galas


-Habis, siapa punya?-

Anda pakai beg galas? Beg galas bagaimana yg anda suka? Ada orang yg suka beg sandang tepi, ada yang suka beg galas belakang tapi digalasnya sebelah sahaja, ada juga yg silang, beg bimbit, beg tarik beroda...Macam-macam stail orang menggunakan begnya. Saya suka beg galas belakang a.k.a bagpack. Sebab dia ada 2 bahagian untuk digalas, kanan dan kiri. Weight of bag distributed throughout the shoulder. Xde lah berat sebelah atau senget sebelah kn? Selain itu, cara ini juga baik untuk tulang belakang dan bahu berbanding beg sandang tepi. Ada betulkah? ^____^

Selesai mengundi untuk pilihanraya kampus pelajar PERUBATAN Malaysia-Mesir, Tanta. Semoga ahli jawatankuasa yg terpilih bekerja sebaiknya, seikhlas mungkin dan punya matlamat dakwah. (mengajak semua ahli kepada Allah) Jika tugas sebagai AJK pembantut gerakan menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka sia-sialah penat lelah, masa, keringat dan airmata anda. Ingat, dakwah dan study bukan macam jongkang-jongket. Janganlah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran pula. Tawazun - seimbang, itulah sepatutnya peribadi seorang Muslim.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Jumaat ini keputusan pilihanraya akan keluar. Biar apapun keputusannya, kepada yang terpilih, laksanakanlah tanggungjawab anda, kerana kita semua akan ditanya akan masa muda kita, ke mana kita habiskan ia. Bagi yg tidak tercalon dan tidak terpilih. Jangan sedih. You don't need a title to be a leader. Sekurang-kurangnya jadilah pemimpin kpd diri sendiri. Buatlah terbaik utk diri sendiri dan sahabat sekeliling.

-Mesyuarat Tahunan Cawangan tahun lepas-

Jawatan, ada apa padanya? Famous? Diberi perhatian?

Tidak perlulah berbangga kerna

" jawatan itu akan jatuh kpd mereka yg tidak memintanya, tetapi layak menyandangnya."
[status salah seorang calon]


P/s: Hanya mahu melihat Islam diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.



Lillah Billah
Malam Pengundian
Ma3rad Tanta

Friday, December 03, 2010

Roti Padang Kota

-Pantai Merdeka, 1990an-

Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Too much to recall memories in Penang, my home town. Walaupun saya tidak tinggal di Padang Kota Lama, tapi Bukit Gedung, Bayan Lepas... banyak cerita daripadanya. Setiap hari akan melihat atau mendengar terjahan enjin kapal terbang membelah awan. Terdetik dalam hati, "suatu hari, aku pasti akan menaiki engkau". Yeah, 12 hours in flight, Cairo-KL. Ambik~! Thanks to the touch-screen tv for individual seats. Mmg boring, tengok movie sampai pening kepala. Ok, enough for that. Apa ni muqaddimah x de kaitan dgn isi?

Actually Friday- eve (ada ke perkataan ni?) and Friday means a lot to me. The day that my late sister been called to God. May she rests in peace, in Heaven as she named so.

So, this entry is just to share with you-readers how to make Roti Padang Kota, (Jannah's recipe) She used to make this on her canteen day (Hari 'Kece'), years back at her school. Perfect for breakfast, tea time and almost anytime when you're hungry. ^__^ Juga istimewa utk mereka yg kekeringan idea utk memasak di rumah.

Ingredients (for 4-5 person):

1 loaf of white bread (hi5 or RichBake)
3 eggs
1 tin sardine or tuna (pour out the tomato sauce or oils if it is included)
125 g bread crumbs (serbuk roti/ buqsomaat - بقسماط )
Cooking oils for frying
Tomato / chili sauce
Mayonnaise


Steps:

1. Giling or 'penyek'kan setiap keping roti tersebut. (ikutla nk cara mcm mana, yg penting jadi nipis)

2. Pecahkan telur dalam satu bekas lain dan pukul pelan-pelan. xde la sampai kembang.

3. Masukkan inti sardin dalam roti, dan gulung roti. (terpulang sama ada nk masak n alter dulu inti tu atau x)

3. Lekatkan hujung gulungan roti dengan sedikit telur yg dipukul lembut td.
4. Pada pinggan yg satu lagi, tuang serbuk roti.

5. Roti yg telah digulung rapi, celup dalam telur dan golekkan terus di atas serbuk roti. (tambah telur jika tidak mencukupi)

6. Panaskan minyak untuk menggoreng. Boleh lah goreng dan angkat bila agak keperangan.

7. Hias roti mengikut citarasa anda.


Selamat mencuba. Jangan lupa sedekahkan AlFatihah anda buat Allahyarhamah Nuruljannah.

Allahumma3firlaha warhamha wa3afiha wa3fu3anha~

Saturday, November 27, 2010

Khazanah


-Penulisan yg mesti difahami sedalamnya dan diamalkan sepenuh jiwa -

Setiap orang ada hobi sendiri. Saya? Saya suka baca buku dan kumpul buku. Mungkin suasana di rumah dan kegemaran ummi ayah menyebabkan kami sekeluarga suka baca buku. Buku, termasuklah majalah dan ensiklopedia. Too bad, most of ummi and ayah's collection swept away by flood 7 years ago. T-T Tersiat-siat hati tgk buku-buku tu mengeras seperti asalnya drp kayu dek terendam dalam banjir lumpur.

-Kelabu mata @-@ Maktabah Qirbah, Tanta-

Saya mmg gila buku. Duduk di kedai buku dan perpustakaan buat saya lupa dunia. Buku-buku yg saya baca akan melalui proses penapisan dan semestinya terpilih sebelum dibayar harganya, dipinjam atau di fotostat (sbb xde budget T-T) X semestinya best seller yg saya akan beli, atau cover yg menarik hati. Saya akan lihat pada penulisnya terlebih dahulu, kemudian isinya, dan terakhir-kulitnya. Ops.. the last but not least, the price. ^__^

-Habis LE300 CIBF last year-

Bila bermusafir, buku pasti menjadi peneman. Can be read once waiting for bus, metro (LRT), someone, and even lectures. Tak pun, balik dari bermusafir, paling kurang satu buku baru akan saya dapatkan. Can't forget Cairo international bookfair every winter break. Hmm lets see how would be my budget this year?

-Baca = makan, mmg Best~!-

Genre yg saya suka baca:

1. Nota medical saya. Dia best sebab ada warna-warna, ada peta minda. Senang utk dicerna dan yang paling penting saya mmg KENA baca~! (dan hafal semestinya)

2. Buku pembinaan diri. Author like Dr Aidh AlQarni, Sayyid Hawwa, Muhammad Ahmad ArRasyid, Dr Abdullah Nasih Ulwan, IHAB, Sayyid Sabiq, Stephen Covey, Fatimah Syarha, Hilal Asyraf and here is not enough to enlist them all.

3. Novels and series like Hardy boys, Siri Penyiasatan Salma, Harry potter, novel sejarah Abdul Latif Talib, Ramlee Awang Murshid, Faisal Tehrani dan ramai lagi.

4. Magazines as National Geographics. Dari dulu lg ayah saya melanggan majalah ini. Dulu hanya amused by the pictures taken and displayed in this mags(the infos inside also), but now the amusement grows jealous to their photographer~! Popular science, PC, Majalah Haluan, Solusi, Anis, Milena Muslim dan macam-macam lagi.

5. Komik. Sekarang sudah berhenti mengumpul komik. Komik dulu-dulu termasuklah Kawan, Penyiasat Kindaichi, Conan dan Doraemon.

-Allahyarhamah Jannah sepenuh kudratnya memborong utk saya-bekalan last summer break boredem-

Ummi dan ayah mmg sporting bab membeli buku. Tunjuk sahaja buku yg mahu dibeli, ceritakan sedikit sebanyak ttg penulisnya dan isinya, insha Allah lampu hijau itu akan menyala. ^___^

Saya sgt sayang buku-buku saya. Seboleh-bolehnya mereka dibalut, dan isinya tidak dilipat. Apa gunanya penanda buku hadiah drp org jika x digunakan? Betul x? Kepuasan membaca buku adalah apabila kita dapat mencerna isinya dan dapat pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Mereka yg ingin meminjam buku saya dgn senang hatinya akan kongsikan apa yg saya dpt drp buku-buku tersebut. Its fun also discussing what we got and what we feel after finishing books right?

- Rak yg telah roboh kerana penambahan yg tidak terkawal-

Tapi yg x bestnya bila buku-buku yg dipinjam itu tidak dipulangkan. Lebih malang dan sedih lagi jika ia hilang dalam tangan peminjam. Itu x termasuk kesedihan apabila buku yg dipulangkan lebih teruk keadaannya daripada semasa diberi pinjam. T-T Terasa seperti tiada nilai apa yg kita pinjamkan itu. Bila x dipulangkan padahal sudah lama x digunakan, terasa geram pun ada. Ingat harta mak bapak dia?

- Tengkorak pinjam org: hari-hari kene revise ni-

Terpikir pula saya. Nyawa yg Allah pinjamkan ini, saya buat apa dengannya. Saya jaga dengan mentaatiNya kah? Selalu lupa yang satu hari pasti dipulangkan kepada pemilik nyawa ini. Kepulangan itu dalam keadaan 'salim' seperti ketika mula-mula ditiupkan pinjaman nyawa ini ke dalam rahim?

Agak-agak Allah murka x? T-T Jiwa yang dahulu dipinjamkan bersih, suci dgn fitrah. Kini?

Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Pengampun, Maha Kuasa dan Maha Tahu segala. Allah lebih berhak murka jika Dia berkenan kerna kelalaian kita mengendalikan nyawa yg dipinjamkanNya.

Insaf.. T-T

P/S: Kepada mereka yg telah meminjam buku-buku saya, jika sudah tidak digunakan atau telah habis dibaca, mohon kembalikan kepada saya. Biarlah pada kamu ia tiada nilai, tapi pada saya besar maknanya.

* kenapa ayat macam karangan budak-budak sekolah rendah ni? -___-


Sunday, November 14, 2010

Minggu ini


-Itu baru seminggu, jika berminggu-minggu?-

Alhamdulillah.. Seminggu beroleh cuti Aidiladha. Kawan-kawan arab pun baru diberitahu khamis lepas. Beginilah Mesir. Esok lusa dah nak cuti barulah diiklankan. Jadual peperiksaan dan takwim tahunan sangat sukar utk didapati sejak awal sesi kuliah. Lessa badri~!! (Masih awal lg) kata mereka. -____-!

Suka utk berkongsi peringatan daripada Abu 'Ammar dalam kitabnya ArRaqaiq:

"Kelalaian dan kekosongan adalah malapetaka bg seorang daie"


وانتبه من رفدة الغفلة فالعمر قليل
Waspadalah terhadap tidur yg melalaikan, kerna usia ini tidak lama

واطرح سوف وحتى فهما داء دخيل
Buanglah kata 'nanti' dan 'akan' kerana keduanya merupakan penyakit yg berbahaya


Seminggu, bagaimana kita manfaatkannya?



Ps: Punya peperiksaan pediatrik (kanak-kanak) seusai cuti Aidiladha. Mohon doa semua~

Wednesday, November 10, 2010

Analogi-analogi kehidupan


Hidup ini penuh dgn analogi. Ada org kata hidup seperti sebuah pengembaraan, seperti ladang utk bercucuk tanam dan ada juga yg cakap seperti video clip you tube, selagi xhabis buffer, selagi itulah xcomplete cerita. Sebenarnya apa signifikasi analogi-analogi tersebut? Manusia memerlukan bukti utk percaya dan yakin. Bukti wujudnya Allah, lihat sahaja bumi, langit, isinya dan di antara keduanya. Hebat dan menarik bukan? Melihat penciptaan langit dan bumi alam semesta dan diri kita menjentik rasa betapa 3azim dan sempurnanya Pencipta.

Why deny the second creation, when the first creation is here for you to see?

Mengapa perlu menafikan penciptaan kedua (akhirat) jika penciptaan pertama (kehidupan dunia) berada di depan mata kita utk dilihat?

"Innalillahi wainna ilaihi rajiuun"
[AlBaqarah: 155]

Daripada Allah kita datang, kerana Allah kita hidup dan kepada Allah kita akan kembali.

Pulang ke Malaysia 3 bulan yang lalu membawa saya mengenali diri ini lebih jauh. Kesempatan berjaulah ke UIAM Kuantan menemukan saya dgn satu lagi ciptaan Allah yg memberi makna besar kpd saya- rumput.

Hijaunya mendamaikan jiwa. Akarnya mencengkam tanah. Membantu mengurangkan hakisan dan tanah runtuh.Walaupun lembut dan selalu dipijak-pijak, rumput tidak mudah patah dan fleksibel. Selepas dipijak, kembali tegak. Rumput mengajar saya utk tidak mudah kalah, berlemah lembut tetapi tegas dan sentiasa istiqamah. Tidak seperti lalang yg mengikut sahaja arah angin. Ke kiri angin bertiup, ke kiri jua ia pergi.

Rumput juga tumbuh sekelompok, mengajar saya utk tidak bersendirian dan hidup berjama3ah. Walaupun tumbuh sekelompok, setompok-setompok, akhirnya berjaya juga menjadi padang atau lembah. Geraknya perlahan tapi konsisten.

Ya, rumput selalu dipijak, tetapi ia tidak hina. Ia selalu di bawah, tetapi bukan lemah. Sekalipun lemah-lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut!

-Nota fikir utk zikir, Pahrol-

Ok, kembali membaca dan membuat nota ^__^.

Contahilah rumput, tetapi ketahuilah kita lebih mulia drp rumput jika kita punya iman dan taqwa~

P/S: Tawaddhu' dan istiqamahlah. Menulis lebih mudah daripada melakukannya!




Friday, November 05, 2010

Manusia bijak

-Semoga persinggahan ini besar maknanya, ibrahnya dan besar juga natijahnya-

Setiap Hari Jumaat mengundang kelainan dalam hati ini. Ya rindu itu bertambah setiap minggu. Rindu kepada adinda yg sudah berangkat ke alam sana dan setiap minggu itulah hati ini diketuk2 supaya mengingatkan kehidupan ini sementara cuma. Hanya tempat persinggahan.

إلى كم أقول ولا أفعل وكم ذا أحوم ولا أنزل
ٍSampai bilakah aku berkata tetapi aku tidak berbuat, dan sampai sejauh manakah aku tetap berputar-putar tanpa mahu berhenti

وازجر عيني فلا ترعوى وانصح نفسى فلا تقبل
Aku telah membuka mataku akan tetapi tidak mahu memperlihatkan, dan aku telah menasihati diriku akan tetapi tidak mahu menerima

وكم ذا تعلل لي, ويحها بعلّ وسوف وكم تمطّل
Sampai bilakah diriku beralasan dengan "barangkali" dan "nanti", alangkah celakanya, dan sampai bilakah diriku menangguh-nangguhkannya?

وكم ذا أؤمل طول البقا واغفل والموت لا يغفل
Sampai bilakah diriku berangan-angan hidup terus dan lalai,padahal maut tidak pernah lalai?

وفي كل يوم ينادى بنا منادى الرحيل : ألا فارحلوا
Setiap hari berseru kpd kami org yg menyerukan utk berangkat, ingatlah, berangkatlah kalian!

كأن بي وشيكا إلى مصرعي يساق بنعشي ولا أمهل
Seakan-akan aku sudah dekat kpd kematianku lalu kerandaku diusung dan aku tidak diberi masa tangguh

-Syair Andalusi, Iqtidha'ul 'ilmi Al'Amala, AlKhalib AlBaghdadi, pg 6-



Melalui hari-hari di hospital banyak mengubati jiwa saya. Banyak mengajar saya betapa kerdilnya diri ini berbanding Ilahi, dan betapa 3azim dan hebatnya Allah. Bila semakin banyak yg dipelajari, terasa lebih byk pula yg tidak diketahui. Tidak sedikit penyakit yg tidak diketahui puncanya. 'Idiopathic disease' named because the doctor is too idiot to seek for the cause.

Esok akan bermulanya rotation Mukh & 3asobiy a.k.a. Central nervous system. Kasihan melihat adik2 kecil yg sakit. Haih~ asyik lupa je nk beli 'hagah' utk adik2 yg xsihat kat hospital tu T-T Allah.. Ampunkan dosa mereka dan dosa ibubapa mereka.

"We as a doctor need to know EVERYTHING and not to forget ANYTHING"
-Status YM org-

Made me ponder bout how Imam Syafi3ie struggling to get and preserve the knowledge.

Subhanallah.

لا حول ولا قوّة إلاّ بالله العلى العظيم

Doakan saya~

كم من مستقبل يوما لا يستكمله , ومنتظر غدا لا يبلغه . لو تنظرون إلي الأجل ومسيره , لأبغضتم الأمل وغروره

"Berapa banyak org yg menghadapi suatu hari, sedang dia tidak dpt menjalaninya secara penuh, dan berapa byk org yg menunggu keesokan hari sedang dia tidak dpt sampai kpdnya. Seandainya kamu perhatikan ajal dan perjalanannya, tentulah kamu benci terhadap angan-angan dan tipu muslihatnya"

-'Aun Ibnu 'Abdullah Ibnu 'Atabah Ibn Mas'ud AlHudzali, Tarikh Baghdad IX/157-



Monday, October 25, 2010

Aku juga mahu bahagia


Aku ingin mereka bahagia
Bahagia dalam erti kata sebenarnya
Walau perlu kulakukan segala apa

Aku ingin mereka bahagia
Kerna apa? Kita kan bukan seibu sebapa?
Tapi bukankah aqidah kita sama?

Aku ingin mereka bahagia
Walau aku tidak punya apa
Hanya punya hati yg penuh cinta

Aku ingin mereka bahagia
Dengan hati yang ikhlas taqwa
Kerna hanya itu yg Dia terima

Aku ingin mereka bahagia
Di dunia dan semestinya di akhirat sana
Tinggalkanlah semua duka lama
Biarlah masa merawat lukanya

Aku juga mahu bahagia
Aku dan mereka, kita berhak bahagia!


Kalam jiwa Nurulhuda
Perubatan Tahun Lima
Tanta Gharbiya

******

Mencurah-curah pula idea utk berpuisi ^___^ V


Friday, October 22, 2010

What is the best medicine?

Tahun lima sudah?!

Saya baru seminggu dalam round Pediatrik(kanak-kanak). Sayu melihat tubuh kecil tidak berdosa terkulai lemah di atas katil wad NICU Tanta University. Bukan salah dia tetapi mungkin juga salah ibubapa mereka. Tetapi yang jelas, mereka adalah amanah Allah kepada sebuah institusi bernama keluarga.

Entry kali ini hanya untuk merakamkan jenaka doktor yg menyampaikan kuliah poisoning dan coma tempoh hari. A simple entry perhaps; for relaxing mind. To pause and ponder ^____^

Mum: Doctor my child is having fever and cold, please cure him.

Doc: (after examining the child) Ok, no worries. Your child is just having common cold. This is his prescriptions and please keep the medicine out of your child's reach. This rule must be carried out strictly, ok?

Mum: Ok, InshaAllah. Thanks a lot doctor. ^__^

After few days the worried mum come again.

Doc: Now, what had happened to your child? Is his fever didn't subside?

Mum: I don't know doctor. Seems so. I abode by every rule and prescriptions you gave to me.

Doc: Did you give him the medication?

Mum: No I didn't.

Doc: Why?

Mum: You said that the medicine should be out of his reach. So I didn't give him any. I followed all your advices right?

Doc: -______-!


****

Siapa yang salah di sini?

Apa yg anda dapat kaitkan dalam kehidupan?

Pause and ponder ^__^


Saturday, September 11, 2010

Titik mula


Masih dalam atmosfera syawal, teringat saya pada baju raya ummi. Ummi mmg ekspress bab membikin bajunya. Pagi beli kain, tghari hantar jahit tepi, petang menjahit, malam basuh, esok sudah boleh dipakai. Canggih x? ^___^

-Mata lalat @-@-

Saya mengambil kesempatan mengasah keupayaan menjahit leher baju kurung ummi. Lama sudah x memegang jarum dan benang. Kekok pula rasanya. Kali ini ummi mahukan jahitan mata lalat. Simple, comel dan cepat. Hanya memerlukan 3 pusingan, berbeza dgn karipap yg lebih besar dan perlukan 5 pusingan dan jauh lebih simple daripada jahitan tulang belut. Disebabkan sudah hampir 2 tahun tidak menjahit, saya menjadi pelik dgn jahitan saya. Saya terhenti pada 1/4 leher baju, mengamati di manakah silapnya.

-Ada beza x bhg atas dan bawah jahitan?-

Jahitan saya x berupa mata lalat, bahkan senget songsang dan benang terpintal2. Kenapakah? Akhirnya, selepas berfikir beberapa ketika saya menyedari yg permulaan jahitan perlulah daripada kanan ke kiri. Sebelum ini saya memulakannya daripada kiri ke kanan. Padanlah herot-petot jadinya. -_____-!

Begitu juga dgn amalan kita, salah niat.. dosa dapat.. pahala kurang. Sebab itulah Imam Nawawi memulakan kitab 4o Hadithnya dengan hadith ini:

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara
yang ditujuinya itu."

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Bayangkan.. betapa cantiknya amalan, jika titik mulanya niat ikhlas kerana Allah. Jalannya pula bersih daripada noda dosa maksiat, riak dan ujub. Segala perbuatan dan pekerjaan akan dilakukan bersungguh-sungguh, penuh kosentrasi dan komitmen. Kerana apa? Kerana yakin I-Allah di akhirat nanti balasan yg setimpal akan diperoleh. Berbeza pula jika sesuatu pekerjaan dimulakan bukan kerana Allah. Pada permulaannya lagi sudah menyeleweng. Jalannya pula penuh maksiat, walaupun tertutup pada pandangan manusia, tetapi jgn lupa.. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Melihat. Dia Maha tahu apa yg terselindung dan apa-apa yg kita zahirkan.

Subhanallah

Moga Allah menghijab dosa-dosa kita dan mengira setiap detik amal kebaikan kita..

Berbicara tentang titik mula juga, teringat semasa saya berpusing sakan dengan sahabat karib saya di Petrosains, KLCC.

-Jazakillahukhairan katheera.. tiada kata yg dapat diungkapkan untuk masa-masa berharga kita bersama-

Semua permainan kami cuba. Nak melepaskan rindu masing-masing lah katakan. Tiba di bahagian kereta lumba F1, kami bertiga berpeluang menaiki kereta lumba yg disediakan. Untuk sampai ke garisan penamat pada kedudukan yang selesa dan selamat, teknik mula di garisan permulaan amat dititikberatkan. Jika salah tekniknya, maka berakhirlah anda di tempat terakhir atau jika anda bernasib baik, bolehlah menggondol tempat kedua terakhir ^___^. Permainan tamat setelah 5 pusingan dan anda boleh teka siapakah juaranya?

-Dunia.. satu perlumbaan-

Marilah kita sama-sama memperbaharui niat kita, titik mula segala amalan kita. Semoga baik titik mulanya, baik juga jalannya, dan baik jugalah pengakhirannya..

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوءالخاتمة

Ameen.

Friday, August 27, 2010

Ramadhan saya

-Terima Kasih Jabatan Kecemasan dan Trauma; I learnt a lot here-

I spent most of my Ramadhan in Hospital. Began from Casualty Dept. of Baling District Hospital, then went to Medical Ward (male) of Kuala Lumpur General Hospital. A little bit tiring and most of the time complaining leg & joint pain due to standing all the time. (Peluang duduk hanya pabila duduk antara 2 sujud dalam solat!) Ummi kept advising me that helping in healing patients in Ramadhan posses a great charity when I complained a lot about the working environment of a doctor.

"Tu la namanya belajar. Mana pernah senang", said ummi.

-Meround bersama Ketua Jabatan Perubatan, Specialist, MO dan HO di HKL Dengue Cubicle-

Kesibukan belajar dengan Doktor Pelatih (HO), MO, Registrar, Specialist dan Consultant menyebabkan saya tidak sedar Ramadhan berlalu pergi dengan pantasnya. Petangnya pulang ke rumah makcik untuk berbuka puasa, kemudian terkulai kepenatan selepas mengerjakan terawih. Terasa rugi pun ada. Berbeza rasanya berpuasa di Malaysia dan di Mesir. Di Mesir, Ramadhan diperlakukan betul-betul sebagai tetamu. Tahu sahajalah bagaimana Arab melayan tetamu. Dirai semeriahnya. Sepanjang Ramadhan dipenuhi acara zikrullah dan ibadah~ Masha Allah. Tetapi saya di Malaysia gagal membawa pulang amalan tersebut. Sudah kepenatan, AlQur'an dibaca hingga tertidur. Ruh saya hilang dalam terawih dek kelelahan. Sedih saya mengenangkan Ramadhan kali ini.

-Bagaimana akan mengharungi oncall dan kerja yg memerlukan fokus Fikri, Jasmani dan Ruhi?-

Walaupun penat, saya dapat rasakan inilah tarbiyah Allah. Bagaimana saya perlu menyusun masa dan kerja agar tidak hilang sia-sia tanpa dikira sebagai ibadah. Ya niatlah yg membezakan adat dan ibadah. Kerap ummi berpesan agar memperbaharui niat. Biarlah berpenat lelah kita itu Allah kira. Orang lain penat juga melayan kerenah pesakit dan doktor-doktor, orang lain sibuk juga iktikaf dan baca AlQur'an, orang lain ke sana ke mari juga belajar dan bertanya itu ini semasa round dalam wad. Apa bezanya saya dan org lain?

Aidilfitri menjelma. Layakkah saya menyambutnya?

"Rugilah org yg didatangi Ramadhan, kemudian bulan itu berlalu tetapi dosanya tidak diampuni"
[Riwayat Ahmad]

Allah, adakah pahala yg aku kumpul sepanjang Ramadhan kali ini, atau dosa yg bertapuk tinggi?

Allah, apa lagi yg hamba lemah ini perlu lakukan jika kali ini tidak berjaya menemui malam AlQadrMu?

Allah, sudikah Kau ampunkan diriku kerana lalainya aku merasai kehadiran RamadhanMu?

Berilah peluang kepadaku sekali lagi, agar aku dapat bertemu RamadhanMu semula, agar dapat aku laluinya sesempurna seorang hamba.

Ramadhan yg berlalu pergi.. syaitan akan kembali..

Allah, perisai puasaku tidak ampuh utk menghadapi makhluq yg derhaka padaMu itu.

Kuatkanlah aku...





Baling
30 Ramadhan 1431H


Friday, July 23, 2010

Harga Dunia


- Tiada yg kekal di dunia, Alfatihah buat adinda Nuruljannah-

Hari ini memenuhi jemputan majlis kesyukuran Naik Rumah Baru seorang rakan sekerja Ummi. Bagai kenduri kahwin lagaknya. Cuma pengantinnya lama, bukan pengantin baru. Buffet disediakan berlauk kambing, ayam dan ikan bilis. Air sirap tentunya. Enak sekali. (dah lama x makan lauk kenduri) Selepas itu dibawanya jemputan melihat tinjau kawasan rumah barunya. Cantik indah, biasalah rumah baru. Dapurnya dua ^___^. Berlantai jubin besar. Subhanallah. Selepas itu diadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Ada jemputan yg menitiskan airmata lantaran memikirkan nasib diri yg xmampu memiliki rumah sebesar dan secantik itu. Masya Allah.

-Salah satu teori pembinaan Piramid-

Sebesar mana pun rumah, secantik mana pun dapurnya, semewah mana pun kereta, setinggi manapun pangkat, satu pun tidak dapat dibawa bersama ke alam barzakh kelak! Teringat Piramid2 di Giza. Berdasarkan penceritaan penduduk Mesir, Piramid adalah kuburan Firaun. masyarakat Mesir purba percaya yg mereka akan dibangkitkan selepas mati. Justeru kematian itu perlu diiringi dengan bekalan2 untuk hidup semula. Biasanya setiap Piramid diperuntukkan untuk setiap Fir'aun. Tidak hairanlah setiap lapis kerandanya diletakkan pelbagai jenis harta, emas tulen, makanan dan buah-buahan, dan tidak ketinggalan juga persalinan.

Tetapi apa yg seharusnya kita sebagai Muslim percaya? Dunia adalah ladang akhirat. Dunia tiada apa nilai. Digambarkan seperti perempuan tua oleh Rasulullah. Baru selesai membaca karya Faisal Tehrani, dalam novel remajanya 'Nama Beta Sultan Alauddin'. Masih ingatkah kita pada baginda sultan yang mencontohi Khalifah Umar meronda negara pada waktu malam itu? Saya tertarik dengan babak Sultan memohon kepada Tuk Guru Nuh Ha Mim untuk menjadi anak muridnya. (sungguh halus pengajarannya)

"Datangkan kpd kita 7 jenis benda yg bukan berharga sangat, ia bermula ejanya dgn huruf sin (S), " kata Tuk Guru.

Setelah setiap benda diberi pembayang, dengan kebijaksanaan aqal yg Allah kurniakan, dapatlah Sang sultan mengumpulkan ketujuh-tujuh barangan yg diminta.

Sang Guru mengulas setiap barangan yg dipersembahkan baginda Sultan,

"Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.

Dunia ini ibarat sambang. Sarang madu yg kosong. Madu kekayaannya utk org lain. Habis juga nanti. Yg tinggal dunia yg kosong, ternampak dari luar , menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yg punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Jgnlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa.Apa lakunya Sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yg kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja.

Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat utk menanggalkan segala kutu yg melekat di kepala. Kebendaan yg dicari manusia dan kemasyhurannya hanyalah kutu yg patut kita tanggalkan, kita bersihkan dgn selisik.

Pada sepukal, sedarlah kita yg kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan.

Surai, marilah anakanda kita bertaqwa kerana itu sahajalah yg akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh."

**

Wahai dunia duduklah engkau di tanganku sahaja, jangan berdiam dikau di hatiku!

-Menziarahi kuburan Jannah, seakan dia membisikkan sesuatu-

Hari ke dua menjejakkan kaki ke tanah air tercinta, saya dan kakak dibawa Ummi ke perkuburan Jannah. Tersekat-sekat saya membaca yasin dan doa, sedangkan ummi lancar mengalunkannya biarpun kami berembes airmata.

Bukan tidak percaya, tetapi sungguh! Terasa Jannah pergi ke suatu tempat yang jauh, dia tak akan kembali lagi dan menunggu kami ke sana. Benarlah salam kepada ahli kubur yg diajar Baginda Rasulullah SAW dalam hadith yg bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur (supaya mengucapkan) " mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kampung-kampung Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami Insha Allah akan bertemu kamu. Aku memohon kpd Allah 3afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian"

[Riwayat Muslim]

Kepulangan saya ke kampung halaman sedikit sebanyak melepaskan rindu yg terbuku di dada. Rindunya pada udara malaysia yg berat, sarat dengan molekul air. Rindu pada bunyi sungai, bunyi cengkerik berteriakan saban malam, rindu pada curahan hujan dan tempiasnya yg hinggap di atap zink, rindu pada bau lingkaran ubat nyamuk...Rindu sungguh..

Tetapi kepulangan Jannah ke kampung abadi lebih membuatkan saya berfikir bayak. Tok berulang kali tersasul memanggil saya sebagai Jannah. Cerita tentang kebaikan-kebaikan dirinya xpernah sepi dlm sembang kami anak beranak di rumah saban hari. Jannah sudah selamat menamatkan perjuangannya di dunia. Dijemput Allah di malam Jumaat dan diterima bumiNya di hari Jumaat. Semasa proses pengkebumiannya, byk pepatung yg berlegar2 di tapak kuburannya. Selesai sudah episod hidupnya. Persoalan utama. Kemanakah kita selepas ini? Bagaimana kampung akhirat kita?

Nilailah kembali dunia dan akhirat di hati kita.

Bagaimana kita mencorakkan akhirat kita dgn warna dunia?

Kenapa berat sekali persoalan dunia ini? Kerana tiadalah daripadanya yg akan dibawa ke kuburan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.



P/S: Buku-buku, baju dan barangan Jannah diberi sahaja pada rakan-rakannya yg berhajat. Semoga penggunaan barangannya untuk menuntut ilmu mengalirkan pahala buatnya. Kami pulang ke Kedah dari KLIA berbeg 3 tetapi orangnya hanya 2 T-T.

Al Fatihah~ memori setiap Jumaat.

Thursday, July 15, 2010

Sabar dan syukur

Tahun depan akan lengkaplah sebelah tgn ^__^

Pengajian tahun ke 4 perubatan saya sudah berlalu. Sungguh! pejam celik, pejam celik saya akan memasuki tahun ke 5 Pengajian Perubatan Universiti Tanta. Terima kasih atas doa keluarga, sahabat handai, rakan taulan, senior dan junior. Sungguh, saya rasakan keputusan tahun ini, hanya hadiah dan rahmah kasih sayang Allah. Usaha saya x sepadan dgn natijah yg Allah berikan. Malu pada Allah, malu pada semua.

Tahun ini, teman serumah yg sekelas semuanya beroleh Jayyid Jiddan (75-84%). Mabruk saya ucapkan kerana tahun ini pelbagai ujian diterima oleh Baitul3ateeq (rumah saya). Dari sekecil-kecil urusan rumah hingga melibatkan universiti dan keluarga.

Kitakah yg Allah sebut dlm kitabnya?

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia berkata 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun bila Tuhannya mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak orang miskin. dan kamu mencampurbaurkan (yang halal dan batil). dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan."

[AlFajr: 15-20]


Saya akan pulang ke Malaysia lusa. Semoga setiap waktu dimanfaatkan untuk Islam, ummat, keluarga dan diri saya.

Doakan semoga dipermudahkan urusan..

Jazakumullahukhairal jaza' atas doa semua..

Cuba untuk menyediakan hati agar kurang sedih melihat barang-barang peninggalan Jannah. T-T Kepulangan saya memang tidak dapat mengembalikan adik saya, tp saya percaya ada sesuatu yg Allah mahu ajar saya.

'Mari menuju syurga dgn study.' Walk your talk Huda~!!

P/S: Sabar itu mmg indah. Penyabar itu mmg cantik ~!!


Thursday, July 01, 2010

Makhluq

Seperti namanya, makhluq adalah ciptaan, tertakluk di bawah kuasa Sang Pencipta. Tidak berkuasa apa, hanya mendapat apa yg dianugerahkan oleh Pencipta. Tercipta lemah agar sentiasa sedar dan tunduk patuh kpd Khaliqnya. Ya kita, manusia; tercipta lemah, lupa dan lalai, namun lengkap dgn akal, nafsu dan iman.


Tinggal 1 kertas terakhir saya untuk tahun ke 4 pengajian Perubatan. Ujian praktikal dan lisan ENT (Telinga, hidung dan tekak) Oh, sudah 4 tahun? Sepanjang pengajian, mereka inilah yg menemani saya. Siapa mereka?


-Berta3aruf lebih dlm ttgnya; Parasitology tahun lepas-


Saya mengenali ia sejak tahun 1 di bumi Tanta. Orang arab tempatan memanggilnya Baraghit [ برغيث] Tempat tinggalnya di kawasan berdebu dan pasir. Kesana kemari hanya dengan kudrat 6 kakinya melompat dan dibawa dek angin. Gigitannya biasanya berjujutan dan kesannya, kulit gatal berminggu-minggu! Usah di garu, minggu lepas punya gigitan pun akan masih terasa gatalnya seperti semalam baru terkena.

Entah kenapa saya adalah mangsa tegar makhluq ini. Pernah saya tidak boleh fokus dlm kuliah dek kerana menggaru gigitannya di tangan dan kaki~! Kesan gigitannya boleh meninggalkan parut, terutamanya jika telah di garu. Jadi, bagi mereka yg pernah menjadi mangsa parasit ini, sila gunakan krim 'Allergex' untuk mengurangkan kegatalan, dan 'Tritospot' untuk menghilangkan parut. ^__^ Kini, kulit saya semakin sensitif dgn kehadiran tetamu yg menempel ini. Once it comes, i can detect it and destroy it dgn penuh rasa puas hati. hahahha XD Lebih berkesan lagi adalah dengan mencegah daripada terkena gigitannya, bagaimana?

1. Pastikan baju dan pakaian yg anda pakai di luar rumah ditukar sebaik sahaja anda masuk ke rumah atau bilik. [ baju luar x sama dgn baju dlm rumah]

2. Selepas itu, basuh kaki dan tangan anda hingga ke pergelangan dan lutut, (kira lepas sampai rumah ambil wudhuk. Kan lebih baik begitu? ^__^)


3. Baju-baju luar (termasuk stokin) diletakkan jauh daripada katil dan baju-baju lain sama ada yg belum dilipat, baru diangkat ataupun yg telah tersedia dlm almari.


-Telurnya~Ada juga yg memanggil ia pari-pari comel pakai shades~ oh x tahan!-


Memperkenalkan makhluq ke 2. Dia juga lebih saya kenali tahun lepas. Sejak kecil berjumpa dgnnya. Tetapi di sini (Mesir) lebih banyak berjumpa spesiesnya pada musim panas. Daripada subjek arthropode saya tahu, kitaran hidupnya menjadi lebih pendek dan proses pembiakannya meningkat bila masuk musim panas. Ini kerana cuaca anas menambahcepatkan kematangan maggot dan telurnya.


-Pemukul lalat pinjam org-
Disebabkan final exam saya setiap tahun jatuh pada musim panas, jadi makhluq ini jugalah yg menemani saya utk study. Tidaklah lengkap meja study saya tanpa pemukul lalat selain pen dan buku nota sewaktu study. Sebelum membeli pemukul lalat, saya 'terpaksa' menggunakan buku kuliah untuk menghalau dan membunuhnya~! Oh, kadang-kadang mereka menemani saya secara berjama3ie sehingga saya terpaksa mengisytiharkan perang dan menghitung korban seharian. Banyak sangatkah? Ya terlampau banyak sehingga sehari korban boleh mencecah 30 ekor @-@ Oh teringat lalat-lalat di dewan makan Ma3. Bestnya kalau ada pelekat lalat itu. Kenapa sampai perlu membunuhnya? Kerana lalat boleh membawa bakteria dan virus secara mekanikal di kakinya. Huh, lalat di Mesir suka hinggap di muka mangsa. Sabar je lah. Kesimpulannya, mmg x boleh tahan~!

-Bunyi sayapnya sahaja cukup menguji kesabaran-

Ini lagi seekor. Jaga-jaga, ia boleh menjadi pembawa penyakit Denggi, Cikungunya, Malaria, suatu ketika dulu JE dan byk lagi. Ingin menjauhkan diri daripadanya? Senang sahaja beli racun nyamuk di kedai dan pasaraya berhampiran. Cecair ada, spay ada, repellant cream pun ada. Boleh juga dicegah dgn memasang jaring di tetingkap, dan tidak membiarkan bekas-bekas kosong dan tayar bertakungan air. Di Mesir jarang ada nyamuk-nyamuk pembawa penyakit berbahaya. Agaknya kerana bekas-bekas di sini tidak mampu menakung air, dek hujan yang jarang-jarang dan panas kering yg melampau pada musim panas. Erm, ada baiknya ya. XD




Makhluq pesies ini pula sangat-sangat berbahaya. Punca penyakit luar dan dalam~! Allah, jauhkanlah kami daripada Syaitan yg direjam. Kesan daripada makhluq ini ada jangka panjang, dan ada kesan jangka pendek. Dosa jangka pendek dan to the hell for the long run. Huhu, dia teman kita supaya kita boleh teman dia di neraka kelak! Seramnya~

Selesai bercerita ttg makhluq-makhluq yg berjaya mencabar kreadibiliti saya sebagai seorang hamba dan semestinya makhluq juga. Dalam meneruskan hidup dan menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka inilah yg datang menguji setiap aspek hidup saya. Itu tidak termasuk ujian- ujian daripada makhluq spesis manusia.

Cantiknya Allah susun kehidupan ini~

Datanglah ujian berbentuk apa pun, ingatlah hanya makhluq yg datang dgn hati yg salim sahaja yg Allah terima.


Obstacles come..because He just want to raise you up~!


"And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is they who are the heedless."




[Al-A'raf: 179]


Meh tgk telinga, hidung dan tekak org~ Jom ^__^


Thursday, June 24, 2010

Bukan sekadar mata


Semasa umur saya belasan tahun, saya jarang sakit. Dan kalau sakit pun, sgt malas untuk berjumpa doktor. Sebab saya adalah seorang yg sukar untuk menelan pil-pil. Namun saya menganggap doktor adalah org yg hebat. Boleh mendiagnos segala penyakit dgn melalui ujian dan pemeriksaan ke atas pesakit sahaja. Kadang-kadang malas hendak melayan soalan-soalan doktor. Duduk sahaja di kerusi untuk temujanji, sudah ditanyanya..

"Ok, adik sakit apa?" (kalau saya tahu sakit apa, xde lah saya dtg jumpa doktor, saya g beli ubat dan makan ubat tu.. balas saya dlm hati..)

"Bila saya picit sini sakit x?"
"Sakit yg macam mana?"

Aduh, malasnya mahu menjawab semua itu.. periksa sahajalah badan saya doktor.. kn doktor tahu?

-Menonton pembedahan mata, patient was on the table-

Tapi segalanya berubah selepas saya menuntut di tahun klinikal. Sejarah pesakit sangat-sangat berharga. Untuk mendapatkan diagnosis yg tepat, sorang doktor perlu melakukan beberapa langkah. Langkah pertama ialah bertanyakan sejarah pesakit.

Sejarah personalnya: Nama, umur, tabiat.. etc (seorang doktor perlu mengingat nama pesakitnya untuk memudahkan follow up- adeih, part ni yg lemah ni..)

Sejarah penyakitnya: Apa, bgaimana, dimana dan kenapa.

Sejarah keluarganya: Yg berkaitan dgn perubatan tentunya. (so jgn rasa doktor tanya itu untuk menyibuk hal rumahtangga orang, tetapi dia terpaksa bertanya for completing the puzzle to get the best diagnosis to prescribed da appropriate medicine)

Dan tentunya segala maklumat pesakit should keep in confidential~!!

Salah seorang doktor ENT (ear nose and throat) kami pernah berpesan.

"Sebelum kamu hendak melangkah ke step ke 2, iaitu inspection (pemeriksaan ke atas pesakit) pastikan dlm kepala kamu maximally 2 diagnosis. Dan pemeriksaan itu hanyalah untuk membuktikan diagnosis yg pertama, dan bukan yg ke2. Atau pun jika kamu punya satu diagnosis sahaja, inspection done to confirm your diagnosis"

@-@ waaah~

Sebab itu sesi soal jawab dengan pesakit sangat penting. Ada penyakit yg boleh di diagnos hanya melalui sejarah pesakit, tidak perlu melakukan pemeriksaan. Canggih x? hehe. Sebab itu, anda tidak perlu kecewa jika doktor hanya bertayakan soalan2 sahaja, tidak melakukan pemeriksaan keatas anda. Bukan salah doktor yang sambil lewa (tidak di nafikan ada jugak doktor spesis itu) tapi kadang-kadang kerjasama pesakit yg sambil lewa menyebabkan doktor salah mendiagnos.

Perlu juga di ingatkan: doctors- no room for mistakes

-Live phacoemulsification operation, student hands off, just done by specialist-

Apa tidaknya, punca mata berair ada sekurang-kurangnya 15 , punca mata merah ada 10, punca kehilangan penglihatan secara berperingkat ada 4, tiba-tiba x nampak pula ada 4 sebab. Kan banyak tu nk exclude satu-satu dan sampai kepada final diagnosis? @-@ Sebab itulah kerjasama pesakit untuk menceritakan segala simptom yg dihidapinya dan menjawab segala soalan doktor dengan jujur. Saya sendiri berair mata bila melihat mata pesakit yg kemerahan, berair dan... oh xdpt di bayangkan.

-Perlu hadamkan buku ini, tahun depan akan jumpa ramai lg patient-

Geli hati bila teringatkan pengalaman bersama seorang makcik tua di Hospital Mata Tanta University semasa saya mengambil kesnya untuk dipersembahkan di hadapan professor. Terkulat-kulat saya mengambil sejarah penyakitnya. Pulak tu xmahu bekerjasama memeriksa visual acuity nya di hadapan Landolt's chart (carta yg ada banyak C pelbagai saiz itu) kerana carta itu di tingkat atas, dan dia malas nk berjalan lagi. Mujur saya tidak berseorangan dan report kesihatannya saya perolehi daripada doktor. (heheh untuk membandingkan ujian yg dilakukan oleh kami dgn doktor yg memeriksa beliau-^___^ ngelat)

Tetapi selepas mengambil segala butiran yg penting, saya bertaya pula ttg penyakitnya sebelum ini. Punya kencing maniskah kah? Punya Darah tinggi? Perlu juga bertanya sama ada pernah merokok atau minum arak.. tapi pertanyaan itu perlu juga pada tempatnya. Ini juga mempengaruhi bentuk rawatan ke atasnya nanti -___-! Makcik itu menjawab (semestinya dlm bahasa arab ammi)

"xde.. xde.. saya mmg bersih dari semua tu.. Saya xde darah tinggi, tapi kat sini hari-hari orang amik tekanan darah, saya mana ada darah tinggi, x percaya jugak la.. haisy.."

(sebenarnya memang rutin pesakit inward akan diambil bacaan tekanan darahnya dan vital sign yg lain)

"Semalam saya puasa, sbb hari ni katanya jadual untuk operation, tapi x jadilah pula."

Banyak lagi ngomelannya, tp saya sudah lupa kerana round oftal adalah round pertama kami dlm tahun 4. Seronok sebenarnya melayan ngomelan orang tua ni ^__^ Makcik itu menghidap 'Chronic dacrycystitis' dan dijadualkan akan menjalani pembedahan dacryocystorhinostomy.

-Hadiah saguhati musabaqah AlQur'an peringkat university-

Menjadi seorang doktor mendidik saya supanya banyak mendengar (saya lebih suka bercakap XD) menjadi peramah, menerima sesiapa sahaja dgn hati terbuka, lebih teliti dalam setiap hal, otak bercabang-cabang mengaitkan satu perkara dgn perkara lainnya, dan terdidik untuk menyelesaikan masalah secara effective. Kami dididik supaya treat the cause, the symptoms and the complications. Sebab itu perlu menggunakan segala pemikiran dan ilmu yg ada untuk menatijahkan rawatan yg lengkap, dan pesakit dapat sekurang-kurangnya selepas rawatan will be a productive person, tidak terhalang untuk beramal kerana penyakit yg menimpanya. Perlu berfikiran jauh dan sentiasa bersedia dgn segala kemungkinan. Di Mesir juga professornya mengajar kami untuk sentiasa target full mark dalam setiap ujian. Hilang 1-2 markah adalah tidak patut~! @-@ Sebab itulah di sini ada Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid dan Maqbul. Guess what, markah lulus adalah 60% TT-TT If less than 60%, you need to reseat the paper, that if you are lucky enough not to repeat the whole year studying that subject. @-@

Of course after most of the disease, when undergone treatment, one can't return to his normal anatomical and physiological function totally or 100%. Mesti ada defect jugak. Ya apa hikmahnya? Ini menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah, betapa kerdilnya manusia yg bernama doktor. Pernah ada yg menganggap, doktor adalah jelmaan tuhan ke bumi. Datang untuk memberikan nyawa kembali. Ah, sebenarnya banyak lagi yg doktor tidak tahu. Tidak semua penyakit dan rawatan dalam tangan seorang doktor. Idiopathic disease, so called that because the doctor is idiot to diagnose the cause of the disease. Memang tidak diketahui apakah punca penyakitnya. Sekali lagi Allah mengingatkan ilmuNya seluas lautan berbanding kita yg punya hanya setitis daripada lautan itu~! Masha Allah.

-Ingin memenuhi pelawaan Doktor Kursiah berposting di Sultanah Bahiyah, ke Hospital Baling juga perlu-

Saya tidak sabar untuk menjalani posting elektif di Malaysia. Melihat sendiri suasana Malaysia dan bersembang bebas dgn pesakit di Malaysia. Teringin juga bersembang dgn pesakit di sini, tetapi kemampuan bertutur arab ammi saya yg sgt cetek menyebabkan semangat itu terbantut. Tetapi serius saya cakap, Mesir mengajar saya banyak benda. (Oh hanya tinggal 2 tahun, dan saya akan meninggalkan mesir?)

-Buku pinjam, oh ophthal x abis hafal lg-

Buku ini saya kira perlu di baca oleh semua bakal doktor muslim. Kenapa? Buku ini memuatkan kisah seorang doktor pelatih muda bernama Musleh yg cuba membawa peribadi seorang Muslim dalam masyarakat Hospital. Di dalamnya juga terdapat beberapa fiqh perubatan kontemporari yg perlu diketahui secara mendalam oleh para bakal doktor sekalian. Pengalaman bagaimana berhadapan dengan kerenah birokrasi Hospital, kerenah rakan-rakan doktor dan semestinya meladeni kerenah pesakit. Pada pandangan saya, Dr Farhan Hadi (penulis novel ini) ingin menyampaikan mesej: Hanya iman kepada Allah adalah solusinya. Belilah satu, dan hadamkanlah.. anda memang tidak akan rugi insha Allah!!

Selamat melangkah ke dunia sebenar semua bakal doktor sekalian~!


Ophthal x habis lagi. Esok punya peperiksaan praktikal, klinikal dan oral~

Raise your penlight guys, sway it like pros ^___^

Doakan kami~