.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.
Showing posts with label greetings. Show all posts
Showing posts with label greetings. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan is coming ^__^


-Credits goes to ma sistah; Husna Sani -

Luar biasa panasnya Mesir tahun ini. Berita mengatakan, Mesir bakal mengalami kemarau dalam tempoh 10 tahun hadapan ini. Ma Sha Allah! Ditambah dengan kuliah dan sesi klinikal yg berjalan seperti biasa, namun semangat utk menghadapi Ramadhan tidak pernah sirna!


Tahun ini adalah Ramadhan terakhir saya di Mesir sebagai seorang pelajar I-Allah. Kata org siapa yg pernah meneguk air sungai Nil pasti akan kembali ke lembah ini, wallahua3lam..Saya bakal merindui Ramadhan di sini semestinya.


-Makan malam perasmian kem-

Pulang dari Perkhemahan musim panas FIMA di Istanbul, diri ini sarat dengan ilmu, pengalaman dan rindu pada bumi Khilafah terakhir itu. Saya akan ke sana lagi I-allah utk melunaskan hutang rindu pada sahabiyah2 turki dan baki bumi Turki yg tidak sempat dijejaki lagi ^___^. Oh baru saya tahu yg Tasik Victoria di kenya adalah permulaan Sungai Nil. Maka haruslah menapak ke situ kn? *Hasil sembang2 daya dgn peserta dari Kenya dalam FIMA Camp, graduan Istanbul University Medical School Class of 2012~


-Delegasi Malaysia di antara 16 buah negara terlibat-




P/S: Itu sahaja utk updates kali ini, Doakan saya. Niat puasa jgn lupa ~___^


Sunday, June 24, 2012

From Prisoner to President

Credit to: PilihanrayaMesir

Hari ini dalam sejarah. Seorang rakyat biasa memecah tradisi Mesir menjadi Presiden pertama Mesir yg tidak memegang sebarang jawatan dalam ketenteraan Mesir. Tahniah Dr Mohd Mursi! Dulu terpenjara kini memerintah negara!

Creadit to: Omar.Momani.

Dengan putaran 180' ini, saya yakin, dlm hati semua rakyat Mesir berharap dan berdoa supaya Dr Mohd Mursy dpt mengembalikan kestabilan dan membina kembali politik, ekonomi dan pendikan Mesir. Kini, jutaan rakyat Mesir masih di Medan Tahrir menuntut agar peralihan kuasa daripada pihak tentera SCAF -Supreme Council Of Armed Forces dilakukan segera.



"Es Sha3b yurid Morsy ra'iees!," laung si cucu Baba bawah rumah saya. Comel sekali bunyinya. Warga arab yg kaya dengan lagu2 dan alunan kata, laju sahaja menyusun perkataan utk dibuat siulan dan laungan.

Ya! Saya tentunya bersyukur malahan berbangga dgn kejayaan ini walaupun berada di sini hanya menumpang teduh, meneguk hikmah dan menuntut ilmu. Dengan kejayaan ini, terbuktilah perjuangan utk mendirikan Islam itu penuh dengan susah payah, airmata, peluh dan darah!AlFatihah dihadiahkan kpd As Syahid Imam Hassan Al Banna dan para syuhada' Taurah Yanayir!



Ingatlah gerabak kebangkitan Islam sentiasa bergerak.Terpulanglah kita mahu turut serta ataupun duduk berpeluk tubuh melihat kemanisan negara Islam. *kalau diberi kesempatan usia @-@

Kesempatan ini jugalah dunia akan melihat slogan-slogan dan laungan kata-kata Ikhwanul Muslimin, baik melalui media cetak dan dari mulut ke telinga, akan terialisasi dan di bumikan. Saya cukup yakin dengan itu!

Kemenangan Islam semakin hampir!



Namun, mendirikan semula sebuah negara yg hampir 40% rakyatnya buta huruf, dengan ekonomi yang kucar-kacir, kadar pengangguran dan jurang taraf hidup rakyat yang besar bukanlah suatu yg mudah. I-Allah dengan izin Allah, serta sokongan padu penuh keikhlasan mereka yg bekerja hanya utk Islam ini, saya tanpa berbelah bahagi sudah terbayangkan Mesir yg totally different from now!

Sungguh, hampir 6 tahun hidup di bumi kinanah ini byk yg telah saya lalui. Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya akan datang lagi ke Mesir ini!

Alhamdulillah, cahaya baru utk Mesir dan Palestin. Maka kiralah hari-hari terakhirmu Israel!

Saya tinggalkan kalian dgn nyanyian ini. Bait katanya sungguh meruntun jiwa~



Maka adakah 24 Jun setiap tahun akan menjadi hari cuti umum Mesir selepas 25 Januari? Mesir sudah semakin banyak cuti umumnya~ Ini satu peningkatan.. hehe

And yes, the best man wins! - Kredit to Syamila ^__^

Thursday, July 28, 2011

Sampaikan aku padanya

Aku dan Ramadhan hanya berjarak 3 hari.

Hari ini kes COPD dan old TB (batuk kering). Pesakit adalah seorang Pakcik biasa berumur 83 tahun. Telah merokok sebanyak 50 batang rokok sehari selama 50 tahun! -____-!

Keadaannya agak menyedihkan, terketar-ketar berjalan bersama tongkat. Bila batuk, bertambah menyayat hati tengok @-@~

Semalam sedang saya sibuk memeriksa seorang Pcik, jiran katil Pcik biasa (Pcik jiran), Pcik biasa td beriya-iya benar menyuruh saya mengambil tekanan darahnya. Katanya alat yg saya panggil sphygmomanometer itu lebih berkualiti daripada yag biasa digunakan oleh nurse2 di situ..Tak tahu apa nak dikata, geli hati pun ada, saya melayan sahaja kerenah dia.. tetapi melihat pada umur Pakcik biasa, teringat pada ganjaran malam lailatul qadar.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alquran) pada malam kemuliaan (lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." Al Qadar 1-5

Ramadhan dtg dgn pelbagai ganjaran lumayan. Padanya ada satu malam istimewa hanya ada dalam malam malam terakhir Ramadhan.. dinamakan LAILATULQADAR. Amalan pada malam ini adalah lebih baik drp 1000 bulan. Bila dihitung- hitung 1000 bulan itu bersamaan dgn 83 tahun 4 bulan~! Masya Allah.. Amalku sehingga berumur 22 tahun ini pun entah apa-apa lagi.. Mungkinkah umurku akan sepanjang umur Pcik biasa td dan aku dgn istiqamahnya akan beramal soleh sepanjang hayatku itu?? Wallahua3lam. Tapi jika ketemu malam istimewa sungguh berharga ini, seperti mendapat anugerah penjimatan umur maksima~!

Oh aku mahu ketemu LailatulQadarMu..

Aku mahu ketemu KekasihMu biar hanya dalam mimpiku..

Aku mahu menjadi hambaMu yg tidak rugi sepanjang Ramadhan kali ini..

Allah~ sampaikan aku pada RamadhanMu!

Jom sedekah byk2 esp utk pesakit-pesakit Hospital Tanta Universiti :)


-Permandangan Tanta dan kawasan Hospital Universiti tempat kami berlari-lari dan turun naik -___-!-

Wednesday, July 06, 2011

Geldiology

~BERSIH hati BERSIH segalanya~

Geld @ gild @ Jild @ جيلد @ Derm = Kulit

Tahukah anda, organ terbesar yg Allah ciptakan pada tubuh kita adalah kulit? Masha Allah~ Kulit mempunyai 2 lapisan. Lapisan atas bernama EPIDERMIS, dan lapisan bawahnya pula bernama DERMIS. Dalam round kali ini, saya belajar hampir semua penyakit kulit yang pernah wujud di muka bumi ini. Sengaja saya tulis di sini untuk memudahkan penterjemahan kepada bahasa ibunda -____-! sebagai latihan utk berhadapan dgn pesakit di Malaysia nnt :

Panau = Pityriasis versicolor
Kulat kulit kepala = Tenia capitis
Kurap = Tenia circinata / Tenia corporis
Kudis buta = Scabies
Ketuat = Verruca
Sopak = Vitiligo
Kudis = Impetigo (any bacterial infections)
Demam campak @ cacar air = Varicella @ Chicken pox
Kelopak garam = Urticaria
Kutu = Pediculosis
Kusta = Leprosy
Allergi @ radang kulit = Dermatitis
Botak @ keguguran rambut = Alopecia areata
Jerawat = Acne Vulgaris


Rabu ini I-Allah akan berlangsunglah ujian akhir pusingan Dermatologi (Dermatology end round exam)

Berikut ialah jadual peperiksaan yang bakal saya hadapi utk melayakkan diri saya menjadi pelajar tahun akhir Fakulti Perubatan Tanta Universiti hujung tahun ini. Doakan yg terbaik utk saya ya pada setiap tarikh-tarikh di bawah ^_____^ !

Upcoming End Round Exams~

13 Julai 2011 - Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease

21 Julai 2011 - Cardiology

1 Ogos 2011 - Chest (Hari pertama Ramadhan)

9 Ogos 2011 - Tropical Medicine

17 Ogos 2011 - Radiology

25 Ogos 2011 - Physical Medicine & Rehabilitation



Upcoming Final 5th Yr Exams~

8 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 1]

13 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 2]

19 Sept 2011 - Final written Internal Medicine [Paper 3]
20 Sept 2011 - Final Viva Dermatology, Andrology & Sexually Transmitted Disease
21 Sept 2011 - Final Viva Clinical Pathology
22 Sept 2011 - Final Viva General Internal Medicine

3 Okt 2011 - Final Clinical Internal Medicine

19 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 1]

24 Okt 2011 - Final written Pediatrics [Paper 2]

30 Okt 2011 - Final Long case & OSCE Pediatrics

3 Nov 2011 - Final Viva & Tools Pediatrics


***

It's already 40'C here in Tanta now and I have 5 months more to go -____-! Mujahadah meredah panas terik dalam Ramadhan utk ke kuliah, mujahadah menghadap buku-buku sementara org lain berhari raya T-T. Perlukan ketabahan dan kekuatan itu. Rabbuna yuqawwina, yuwaffiqna Ya Rabb~!




اللهم ارزقنا قبل رمضان قلوباً جديدة، وتوبة سديدة، وهمة شديدة، وأعمالاً صالحةً عديدة
نعوذ بك من فتنة النفس وطغيانها، وفتنة الدنيا وظلمها، وفتنة النعم وكفرها، وفتنة البلايا وقنوطها


Ya Tuhan kami, kurniakan kami hati yang baru sebelum Ramadhan, dan sesungguh-sungguh taubat, dan kurniakan kami himmah (semangat) yang kuat, dan amal soleh yang banyak
Kami berlindung kepadaMu daripada fitnah nafsu dan godaannya, dan daripada fitnah dunia dan kezalimannya, dan daripada fitnah nikmat yang dikufuri dan juga daripada bala dan putus asa



Ballighna Ramadhan Ya Rabb~!

Sunday, June 26, 2011

Nak mai dah!


1 ptg, saya dapat panggilan drp Pegawai MARA Mesir, mahu serahkan cek katanya. Alang-alang melalui lebuhraya Kaherah- Iskandariah, singgah di Tanta membawa ibu mertuanya, bersama anak dan isteri beliau sekali. Hari hampir malam, dan saya difahamkan beliau singgah utk solat dan makan mlm di Tanta. Mesir tidaklah mempunyai perhentian rehat dan rawat R&R secanggih Malaysia, jadi pada hemat saya adalah lebih elok membawa tetamu drp Malaysia ini singgah dan berehat di rumah saya sahaja.

Sudah... kami serumah telah selesai makan malam. Ini bermakna tiada lebihan lauk yg tinggal. Untuk memasak akan mengambil masa yg lama. Dengan kelam-kabutnya saya menalefon Restoran Seroja, salah satu restoran yg diusahakan oleh pelajar Indonesia di Tanta. Istimewanya di sini, khidmat penghantaran ke rumah cukup popular. Jadi amat senanglah utk kami menempah pelbagai barangan termasuklah barangan di kedai runcit! Telefon sahaja!

Rumah pun dikemas sekadar yg mampu. Orang besar nak datanglah katakan. Alhamdulillah makanan yg di pesan sampai pada waktunya. Kebetulan ketika itu musim sejuk, jadi segala makanan perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimakan. Tetamu pula bukan org2 bujang yg jenis 'apa ada makan, asal free & halal', jadi byk juga perkara yg perlu difikirkan demi keselesaan tetamu khas ini. Kemudian, tetamu yg ditunggu-tunggu pun tiba. Agak kekok jugalah mula-mula..Segan pun ada. Almaklumlah segala serba serbi kurang~

Tapi, kalau bagitahu lebih awal kan lebih bagus? I mean, boleh la kita nk sedia best2 sket. Masak special ke..

Bagaimana pula dgn tetamu besar, Ramadhan kali ini? Istimewanya Ramadhan kerana membawa rahmat Allah, pengampunan dan pelepasan drp api neraka! Adakah lg perkara yg boleh menandingi ganjaran Allah ini? Setiap tahun kita tahu akan kedatangannya bukan? Jadi sejauh mana persediaan kita menyambutnya?

Kurma sudah di tempah dan baju raya is in progress. ^__^

Tp persediaan jiwa dan rohaninya bagaimana? Puasa kita? Sedekah kita? Tilawah dan hafazan pula beritanya apa?

Hari sudah menginjak akhir Rejab. Peristiwa Isra' dan Mi'raj perlu diselak, di teliti ibrahnya.

Terjumpa website yg saya kira membantu utk kita merancang sambutan Ramadhan kita kali ini. Boleh di muat turun daripada [SINI]

Sampaikan aku kpd RamadhanMu Ya Rabb~!

Bagaimanalah nanti utk puasa dan ke kuliah dgn cuaca hampir 40 darjah celcius setiap hari? Rabbuna yustur, irhamna Ya Rabb..-___-!


P/S: 1st open heart surgery is done by the Angel to Prophet Muhammad PBUH! The cardiothoracic surgeon today learnt from this event! ( b4 Rasulullah PBUH riding Buraq, His chest been opened and his heart had been purified by the Gabriel to prepare His Messenger in order to face the most magnificent event, a night of journey to Sidratul Muntaha!)




Wednesday, December 08, 2010

Galas


-Habis, siapa punya?-

Anda pakai beg galas? Beg galas bagaimana yg anda suka? Ada orang yg suka beg sandang tepi, ada yang suka beg galas belakang tapi digalasnya sebelah sahaja, ada juga yg silang, beg bimbit, beg tarik beroda...Macam-macam stail orang menggunakan begnya. Saya suka beg galas belakang a.k.a bagpack. Sebab dia ada 2 bahagian untuk digalas, kanan dan kiri. Weight of bag distributed throughout the shoulder. Xde lah berat sebelah atau senget sebelah kn? Selain itu, cara ini juga baik untuk tulang belakang dan bahu berbanding beg sandang tepi. Ada betulkah? ^____^

Selesai mengundi untuk pilihanraya kampus pelajar PERUBATAN Malaysia-Mesir, Tanta. Semoga ahli jawatankuasa yg terpilih bekerja sebaiknya, seikhlas mungkin dan punya matlamat dakwah. (mengajak semua ahli kepada Allah) Jika tugas sebagai AJK pembantut gerakan menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka sia-sialah penat lelah, masa, keringat dan airmata anda. Ingat, dakwah dan study bukan macam jongkang-jongket. Janganlah yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran pula. Tawazun - seimbang, itulah sepatutnya peribadi seorang Muslim.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Jumaat ini keputusan pilihanraya akan keluar. Biar apapun keputusannya, kepada yang terpilih, laksanakanlah tanggungjawab anda, kerana kita semua akan ditanya akan masa muda kita, ke mana kita habiskan ia. Bagi yg tidak tercalon dan tidak terpilih. Jangan sedih. You don't need a title to be a leader. Sekurang-kurangnya jadilah pemimpin kpd diri sendiri. Buatlah terbaik utk diri sendiri dan sahabat sekeliling.

-Mesyuarat Tahunan Cawangan tahun lepas-

Jawatan, ada apa padanya? Famous? Diberi perhatian?

Tidak perlulah berbangga kerna

" jawatan itu akan jatuh kpd mereka yg tidak memintanya, tetapi layak menyandangnya."
[status salah seorang calon]


P/s: Hanya mahu melihat Islam diamalkan dalam setiap aspek kehidupan.



Lillah Billah
Malam Pengundian
Ma3rad Tanta

Thursday, July 15, 2010

Sabar dan syukur

Tahun depan akan lengkaplah sebelah tgn ^__^

Pengajian tahun ke 4 perubatan saya sudah berlalu. Sungguh! pejam celik, pejam celik saya akan memasuki tahun ke 5 Pengajian Perubatan Universiti Tanta. Terima kasih atas doa keluarga, sahabat handai, rakan taulan, senior dan junior. Sungguh, saya rasakan keputusan tahun ini, hanya hadiah dan rahmah kasih sayang Allah. Usaha saya x sepadan dgn natijah yg Allah berikan. Malu pada Allah, malu pada semua.

Tahun ini, teman serumah yg sekelas semuanya beroleh Jayyid Jiddan (75-84%). Mabruk saya ucapkan kerana tahun ini pelbagai ujian diterima oleh Baitul3ateeq (rumah saya). Dari sekecil-kecil urusan rumah hingga melibatkan universiti dan keluarga.

Kitakah yg Allah sebut dlm kitabnya?

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia berkata 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun bila Tuhannya mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak orang miskin. dan kamu mencampurbaurkan (yang halal dan batil). dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan."

[AlFajr: 15-20]


Saya akan pulang ke Malaysia lusa. Semoga setiap waktu dimanfaatkan untuk Islam, ummat, keluarga dan diri saya.

Doakan semoga dipermudahkan urusan..

Jazakumullahukhairal jaza' atas doa semua..

Cuba untuk menyediakan hati agar kurang sedih melihat barang-barang peninggalan Jannah. T-T Kepulangan saya memang tidak dapat mengembalikan adik saya, tp saya percaya ada sesuatu yg Allah mahu ajar saya.

'Mari menuju syurga dgn study.' Walk your talk Huda~!!

P/S: Sabar itu mmg indah. Penyabar itu mmg cantik ~!!


Saturday, May 15, 2010

62nd Nakbah

-MVP competition, menang tanpa bertanding ^__^-

Hari memperingati kekejaman Zionis Yahudi dan kesengsaraan saudara seakidah di Palestin.

Kopi dari sini

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.

Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.

Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.

Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.

Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.

Pengisytiharan itu telah digelar ‘Ominous Declaration’ (Pengisytiharan Celaka).

Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.

Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.

Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.

Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.

Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.

Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.

Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.

Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.

Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).

Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).

Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.

Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.

Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis – ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.

Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.

Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).

Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.

Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.

Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)

Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.

Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.

Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

Thursday, April 01, 2010

Kakak



Cahaya kebaikan-seindah namamu

Lama x mengepos sesuatu dlm blog. Hari ini mmg terpilih utk dimuatkan cerita seorang yg saya sayang. 1 April 2010. Genaplah 23 tahun kakak sulung saya hidup di muka bumi Allah ini. Saya cukup gembira. Kenapa? Sbb pagi2 buka mata, dia sudah bangun utk siapkan sarapan (hari ini giliran dia masak)Sardin roll jadi juadah. Bukan sebab itu,hehe, saya sgt gembira sebab hari ini ulangtahun kelahiran kakak merangkap sahabat, PA dan penasihat terdekat saya.

Kami mmg x sefikiran, asyik nk bergaduh sahaja. Cara fikir dia lain, cara saya lain. Saya sgt cerewet, padahal dia sangat xcerewet dan on je utk apa2 pun. Sejak kecik lagi una (saya panggil dia una je, kadang2 ada lah panggilan kak kat depan)- dia x pernah marah saya x panggil kak una :P Ntah kenapa. Dia sangat baik dan mmg baik. Kadang2 ego sorang kakak tu ada, tp dia ske rendahkan ego dia. Dia suka photography dan designing, menulis pun dia pandai. Tanpa dipinta saya akan komen artwork dan tulisan dia. Hehe, semuanya akan saya komen. Nge~

-Meredah padang pasir Bahariya-

Saya selalu jeles dgn dia. Dari kecik lagi. Dia pegi tadika Islam, ummi jahitkan baju seragam ungu untuk ke tadika.Saya yg jeles ini pun nak sehelai, so disebabkan terjahit kecik, saya dapat juga beberapa helai ^__^. Puas hati, dengan harapan bila berumur 6 tahun saya akan ke sana juga. Tp bila berumur 6 tahun, saya x dihantar ke tadika pun. Hanya ke akademi, belajar cara solat, dan membaca sket2. Ntah kenapa saya pun x tahu, saya sendiri pun xterfikirkan perkara ini. Not a big deal~

-Bijirin hitam-

Kakak saya ada banyak sekolah rendah. Saya ada 2 sahaja.(hehe jeles lagi) Tapi dia ada asthma, selalu kene makan bijirin hitam. Malam-malam, kalau asthma dia menyerang, bergegaslah ayah ke klinik utk dia sedut nebulizer. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, dia akan ada sajian lebih, susu dan 7 biji habbatussawda'. Susu dia ada gula, saya xde.(xske susu bergula) kadang-kadang saya curi juga habbatussawda' dia, tp x best kene kunyah-kunyah, jadi saya tinggalkan dia bersama habbatusswda'nya.

Lepas ke sekolah rendah dia mahu ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh Sultan Abdul Halim, tp ummi dan ayah hantar ke MATRI. Surat tawaran dia ummi dan ayah simpan. Saya? Saya ikut dia sahaja ^___^. Kami sedorm selepas saya buat muka cuak dan xpuas hati pada hari pendaftaran tahun 1 di MATRI. Sangat seronok. Semua kami kongsi. Lepas SPM, dia dapat tawaran ke Darul Qur'an. Bertungkus lumus dia menghafal Al-qur'an. Saya terus ke UIAM, dan dia pun ke UIAM selepas grad dari DQ. Dia ada Al-Qur'an. Saya jeles lagi.hehe. Dengan kejelesan inilah saya cuba untuk menghafal AlQur'an sikit-sikit. Dia dapat pharmacy, dan saya pun tukar daripada architecture ke pharmacy. Kami x sekelas,tapi kami satu kolej kediaman.tak tergambar keseronokannya. Allah susun cantik. Semuanya kami kongsi kembali.


-1st year: End of final exam Physiology dept.-

Akhirnya dia dapat tawaran ke Mesir, jurusan perubatan, dan saya juga~!! Ditempatkan di universiti yg sama, University Tanta. Mulanya keberatan, tp akhirnya menyahut cabaran, kami berdua pasrah, susah sama-sama senang sama-sama. Kami sama-sama satu kelas,satu rumah, satu bilik dan satu katil. Selalu orang ingat kami ini kembar, tp hakikatnya tidak. Dia kakak saya. Tp dia, saya dah anggap lebih dari kakak. Dia sahabat rapat saya, dia teman saya jalan-jalan, dia teman gaduh saya, dia tempat saya luahkan apa yg saya x puas hati. Dia sangat sensitif, saya pulak hati kering. Dia teman bermain saya daripada kecik sampai sekarang. Saya sangat bersyukur ada kakak macam dia. Saya doakan yg terbaik utk dia. Mintak Allah jauhkan dia dari api neraka, dan dia pula boleh pimpin tangan saya ke syurga. Saya harap sangat kami dapat MUMTAZ sama-sama tahun ini.(Actually setiap tahun gred kami sama) hehehe. Biar semua yg baik kami sama-sama dapat. Dan semua yg buruk sama-sama dijauhkan.

-Turning 21st with her treat-

Banyak lagi nk tulis ni, tapi xboleh nk tulis banyak, sebak.

Sanah helwa ya ukhti, bahibbik awi.


Moga Allah redha sama kamu.

P/S: Saya pun nk mimpi jumpa Rasulullah macam dia.

Saya sayang sgt kakak saya.. kamu?


Friday, February 26, 2010

Thanatology


Baru-baru ini kuliah forensik menghidangkan tajuk yg sgt menarik, tapi agak menggerunkan- Thanatology-a study of death.

Teringat satu nasyid zaman muda² dulu,

Bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan,
seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan nan keidinginan

Tiada lagi gunanya harta, kawan karib,sanak saudara,
jikalau ada amal dan taqwa, itulah hanya pembela kita.

Topik ini disampaikan hampir 3 hari. Betul-betul menginsafkan. AJAL- Tiada siapa yg dapat menghalang, dan tiada siapa yg dapat mempercepatkannya.

49. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa Yang dikehendaki Allah. bagi tiap-tiap umat ada tempoh Yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".Yunus:49

Ada 4 tanda-tanda ajal sudah datang menjemput (immediate signs):

1. Pucat lesi, kulit hilang elastik, mengendur.
2. Mata tidak memberi sebarang respon, tidak berkelip dan pupil tidak mengecil jika disuluh cahaya.
3. Tubuh lembik, hilang tona otot, mulut terbuka, dan keluar najis.
4. Berhenti pernafasan, denyutan nadi, degupan jantung dan tiada refleks terhadap sakit dan persekitaran.

Bagaimanakah rasanya bila nyawa ditarik? Nafas tersekat² dan akhirnya berhenti. Jantung dan nadi juga. Allah.. tidaklah kita mahu tergolong dalam golongan mereka yg merugi. Menyesal pada saat sesalan tiada gunanya lagi. T-T

Apakah yg akan kita fikirkan tatkala ajal itu datang bertamu?
Harta? siapakah yg akan menguruskannya?
Anak-anak dan isteri? apakah yg akan terjadi kepada mereka?
Amal? Apakah diterima? Adakah selama ini cukup utk melayakkan kita utk menjadi penghuni syurga?

Itu soalan kita.. cukupkah kita bersedia? Kerana maut ini seperti juga cinta - buta, x kenal siapa-siapa.

Hari ini hari ulangtahun kelahiran junjungan mulia kita. Baginda telah pun dijemput kekasih baginda, dan meninggalkan 2 benda paling utama sebagai tanda kasih dan cinta baginda pada kita-umatnya.

1. AlQur'an
2. AsSunnah
Dah lama rasanya didedahkan dgn 2 perlembagaan utama kehidupan ini, baru sekarang terasa kepentingannya. Pentingnya memahami, meneliti, dan menghayati, lantas mengaplikasikan apa yg difahami drp 2 benda ini ke dalam kehidupan.

Benar, kita tidak akan sesat selama-lamanya.. Berpegang teguh lah..


Tiba-tiba rasa nk berpuisi, tapi x pastilah perkataan di bawah ini boleh dikategori sebagai puisi ataupun tidak. Ok, just consider it as lontaran persoalan daripada hati kecil, yg terperosok dalam ruang² hati, still punya rasa dan suara..

Malulah sikit pada Nabi
Baginda dah dijamin syurga, terpelihara dari dosa, tp tetap solat malam sampai bengkak² kaki
Kita masih beralasan itu ini?

Malulah sikit pada Muhammad (SAW)
Ajal dah dtg menjemput pun, masih ingat pada ummat
Baginda, ada kita ingat?

Malulah sikit pada Rasulullah (SAW)
Kena baling batu pasir, diletak bangkai pun, masih tega berdakwah
Kita, org cakap sikit, dah angkat kaki, blah

Malulah sikit pada Al-Amin ini
Yatim piatu, tidaklah berharta
tapi terunggul sebagai pemuda, bapa, ketua dan suami
Kita, semua ada berbanding baginda,
sepatutnya lebih mudah kita contohi

Malu rasanya nak katakan kita cinta pada baginda..
Hanya kematian yg menentukan kita semakin hampir dgn rasulullah SAW atau sebaliknya..


Hope only death will do us closer.. ameen.

Aku mahu cinta sama Baginda, Ya Rabb~ T-T

Bagaimana?


Bersediakah aku menghadapi maut itu??


Thursday, January 28, 2010

A journey of ownself


Entah kenapa sengaja membiarkan blog ini kosong tanpa entri terbaru. Hidup saya bosankah? Terlalu rutinkah? sehingga tiada apa yg menarik utk dicoretkan..
Ah!! terlalu banyak benda yg berlaku, dan tak terkira pula peristiwa yang terkesan pada hati. Sayang bukan? Rugi pula terasa, dek masa yg cemburu pada tangan dan minda ini utk merakamkannya dlm blog. Cepat benar dia berlalu.. gomenasai sang blog.

Berbalik kepada tujuan dan objektif asal- blog ini seputar pengalaman hidup saya dan apa yg berlaku sekeliling saya, saya rakamkan supaya ia menjadi pengajaran dan org yg membacanya mendapat sesuatu yg bernilai.

......Cerita Satu......


Baru-baru ini, budak2 medic di Tanta mengadakan Hari Keluarga. Saya mengambil bahagian juga, sebagai pembuat 'banner' rumah sukan, tukang sorak, pembawa limau dalam sudu, dan ahli kumpulan 'explorace'. Seronok? Erm, matlamat asal ingin berlari dan mencergaskan diri, disamping mengenali adik2 junior. Misi tercapai, tapi ada palitan sifat mazmumah disitu. Bila menang yang difikirkan, jarang manusia menang mengawal lidah. Kerana apa? kerana gagal meletakkan Allah dihadapan. Bersukan, bersukan juga. Akhlak tetap kena jaga. Demi rumah sukan, segalanya dilakukan. Ketidakpuasan hati atas keputusan pengadil yg sememangnya manusia itu dihamburkan tanpa timbangan iman dan akal. Atas dasar bengang dan rasa dikhianati, kembali memulangkan paku buah keras kepada sesiapa sahaja yg terlibat. Beginilah coraknya jika bukan iman sebagai warnanya dan takut pada Allah sbg bekas acuannya.

Teguran Allah kembali menari-nari di cuping telinga. Dalam surah AlHujraat, ayat 12:

"Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."


-Rumah biru: Doraemon-

Sambil berdebar menunggu siapakah bergelar juara keseluruhan antara rumah sukan, tiba satu panggilan telefon menyebabkan saya berlari ke rumah seorang madam berhampiran.(Madam adalah panggilan bagi pelajar disini yg telah berkahwin)Minta dicucukkan ubat. Kenapa saya? Agaknya kerana saya pernah dan selalu mencucuk orang kot.Terasa seperti berada dalam misi kemanusiaan pula. Kesana-kemari mengaplikasi kemahiran. Sebenarnya, di Mesir, bila berjumpa dgn doktor, ubat yg di'prescribed' oleh sang doktor perlu dibeli sendiri di Farmasi berdekatan. Jika ubat itu perlu disuntik, suntiklah sendiri atau membayar perkhidmatan menyuntik ubat kpd pihak farmasi. Kali ini bukan ubat antibiotik-yg perlu dibancuh terlebih dahulu,tetapi zat besi(baca-iron), kerana madam itu kekurangan zat besi dan dia sedang hamil anak ke-2.

-Average size of an ampoule-

Dek kerana nervous dan agak kepenatan berlari, label pada ampoule saya baca tanpa menerobos ke dalam kotak memori.Spontan saya bertanya, "nk cucuk kat mana ni?" Entah benar Intramuscular injection (IM) diperlukan seperti yg tertulis pada ampoule atau tidak, saya pun tak pasti. Alhamdulillah, hanya perlu IM(seperti yg pernah diambil oleh madam itu minggu sebelumnya) -kalo IV mati saya -___-!! Itulah pertama kali saya mematahkan ampoule dan mencucuk orang dgn yakinnya padahal saya tidak mamastikanya semula!! Pengajaran- keyakinan itu perlu berdasarkan ilmu yg benar kerana jika disandarkan pada ilmu yg salah, automatik anda akan rasa bersalah.. T-T Biarpun apa yg anda lakukan itu secara kebetulannya benar. Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi~!!

Tegur DIA lagi dlm surah Muhammad:

14. Dengan Yang demikian, Adakah orang orang (yang beriman dan taat) Yang keadaannya sentiasa berdasarkan Bukti Yang nyata dari Tuhannya: sama seperti orang-orang (yang ingkar - derhaka) Yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik), dan Yang telah menurut hawa nafsunya? (sudah tentu tidak sama)!

.....Cerita Dua.....

Tahun 4 sibuk? Entah. Saya rasakan sama sahaja sibuknya seperti saya di tahun 3. Nota tetap juga x dpt disiapkan. Semua clinical round kami sudah rasai. Bermula dari Ophthalmology, ke Public Health & Community Medicine, kemudian melompat ke Ear Nose & Throat yg separuh jalan, kini melalui hari-hari klinikal bersama Forensik & toksikologi. Agaknya tiada keberkatan pada masa saya. Semua perkara terasa bertimbun-timbun dan berlambakan. Mana perginya masa itu? Ah- let da bygone be bygone, kata org.

KE, itulah yg merunsingkan fikiran saya. Dan itu jugalah yg mencuri ruang kosong dalam kotak fikiran ini. Saya sememangnya xberbakat dan xtahu langsung tentang penulisan. Alih-alih terpaksa menggalas tugas Ketua Editor majalah persatuan budak2 medik seTanta. Pernah rasa mahu meletakkan jawatan,saya xsuka dan xreti~!! Tp kata-kata sang bos majalah itu berjaya mengheret saya ke lembah penulisan dan penerbitan yg saya kira sangat asing ini. Macam tahu-tahu sahaja saya mmg suka mencuba perkara baru.. Jadi, saya perlukan tunjuk ajar dan pembahagian masa yg sangat efisyen~!!

Gerun pula bila teringatkan pertanyaan ummi tatkala bergayutan dgnnya satu hari.

Ummi: Boleh dapat MUMTAZ tahun ini?
Saya: BOLEH i-allah (bersemangat~!)- lepas tu tertya kembali- boleh ke eh??
Ummi: Erm, kalo boleh.. bolehlah tahun ni balik kn..Nk balik x?
Saya: Entahla ummi, cam x nk balik je. byk benda nk setelkan kat sini(Tanta).

MUMTAZ.. boleh ke eh?? Soalan ini selalu saya putarkan dalam benak.. dengan keadaan yg tidak bersedia dan study yang tunggang-langgang, bunyinya saja sudah mustahil utk mendapat MUMTAZ kn? So, dare to fail? Muslim mukmin bukan boleh MUMTAZ je, bahkan MESTI MUMTAZ~!!

Petikan kata-kata Sean Covey dlm buku The 6 Desicions You'll Ever Make karangannya, ada 7 Rahsia utk dapatkan MUMTAZ. And the secrets had been unveiled.


So, waits for no more. Run for it~!!

......Cerita Tiga......

Rindu pada kampung halaman dan ahli keluarga betul-betul menyiat-nyiat hati ini. Sengaja saya sibukkan diri utk meng'kebal'kan perasaan. Pujuk rayu kawan serumah agar kembali musim panas akan datang bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Panggilan telefon dari ummi asyik berkisar tajuk yang sama- balik bercuti di Malaysia atau x? Mungkin kerana kini dia hanya berdua kembali dgn ayah dirumah, hanya disibukkan dgn tugas hariannya sebagai Penolong kanan sekolah, padahal kepalanya pening memikirkan anak2 muridnya yg berderatan itu. Tapi, ya lah.. mana 'kan sama anak yang dikandung 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan. Adik beradik lain sudah selamat menghadapi hari-baru di asrama. Seperti sarang burung yg ditinggalkan, kata ummi bila saya bertanyakan keadaan rumah terkini. Selepas dipertimbangkan pros n cons, saya berat utk menghabiskan cuti musim panas di Mesir. Mahu betul2 bersedia utk melangkah ke tahun 5. Mahu menghabiskan membaca buku-buku yg dibeli pada Pameran Buku Antarabangsa di Kaherah tahun lalu. Mahu memantapkan bahasa Arab. Mahu itu, mahu ini..

Bila tiba forward msg dari seorang junior berupa video klip dari youtube, saya berfikir buat sekian kalinya.

"Betul xnk balik tahun ni? Ummi bg duit ko balik la ye?"...


Translation:
Album: Samtan (In Silence)


CHORUS
I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك

How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر

-21st resolusion-

Terima kasih ummi, lahirkan uda, terima kasih ayah atas didikannya, terima kasih Allah atas umur ini.

Jazakumullahukhairan katheera buat kak una, jannah, kpd sahibah2 tersayang, housemate yg jujur, rakan-rakan sekuliah, sahibah2 Gen11 ma3, adik2 dan kawan- yang x putus2 menghantar doa buat saya. Sungguh~!! Saya betul2 menghargainya walaupun tidak dapat dirakamkan dalam entri blog.

Semoga doa saya untuk kalian Allah terima dan perkenankan.

Seharusnya siapakah yg saya patut hargai? Tentulah pemilik umur ini, pemegang usia ini.. Allah, 21 sudah umur saya. Diterimakah amalan saya yg terdahulu? Terampunkah dosa saya selama ini? 21 tahun, tegarkah saya masih berkira2 dan bertangguh utk bertaubat?? Termasukkah saya dalam senarai ahli syurga? Tersingkirkah saya dari senarai ahli neraka? T-T

Saya perlu doa anda utk berjaya dunia dan akhirat. T-T

Sudah ada 1 disebelah no 2 itu..

Jika di xray kepala ini, tulang bhg bawah tengkorak sudah bercantum (basisphenoid & basioccipit sutures), tulang pinggul juga sudah bercantum (epiphysis of iliac crest).
Medicolegal importance of it in Malaysia??

.....Cerita Empat.....

Cuti musim sejuk kian manghampir. Perancangannya banyak, cuma tidak tersusun lagi. Pameran Buku Antarabangsa Ke 42 datang lagi. Bermula hari ini 28 Januari 2010 hingga 14 Februari 2010. Buku apa pula yg hendak dibeli tahun ini? Jom cari Egypt bestsellers~!!


alahai, buku yg dibeli tahun lepas masih belum dibedah~ -___-!!


Now I realize, I enjoyed storytelling ^__^

P/S: Khairul umur, yulazimuhal khairaat. Credits to Atikah Razak~