.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433 Day 1


Yaa Allah, terimalah  puasa kami. Ya Allah, jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.




Di sini saya ingin kongsikan perkara yang TIDAK membatalkan puasa berkaitan bidang perubatan:

1. Semua jenis suntikan, IV atau IM *KECUALI parenteral nutrition (fluid therapy). Masuk ayaq ka, ayaq garam pun kira batai naa~

2. Tablet nitroglycerin dan seumpama dgnnya yg diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan utk merawat sakit jantung.

3. Semua bentuk rawatan yg melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppositories, pencucian (vaginal doush), vaginoscope, vaginal speculum, atau tangan doktor yg memeriksa pesakit (digital examination).

4. Semua bentuk tiub atau bahan yg dimasukkan ke dlm badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, contrast, pencuci urethra.

5. Tampal gigi (tooth filling), cuci gigi (scaling) selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6. Pendermaan darah, atau penerimaan darah. (Blood transfusion)

7. Bantuan oksigen atau bahan pelali (inhalation anesthetics)

8. Semua jenis krim atau minyak yg disapu pada kulit, walaupun mempunyai bahan kimia yg boleh menyerap ke dlm kulit.

9. Ambil darah utk ujian makmal. (Blood test/ sampling)

10. Semua jenis salur yg dimasukkan kedalam salur darah utk tujuan x ray pada jantung atau mana2 anggota badan. (Catheterization)

11. Laparoscope yg dimasukkan ke dalam badan utk tujuan pembedahan.

12. Semua jenis ubat kumur, Seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

13. Uteroscope atau IUCD(pencegah hamil) dimasukkan ke dalam rahim.

14. Sampel organ yg diambil drp mana2 anggota badan, sprt hati (biopsy).

15. Ubat asthma (inhaler).

16. Semua jenis ubat yg dimasukkan ke dalam dubur (anus).

17. Pembedahan yg menggunakan pelali keseluruhan badan (general anesthesia) yg di jalankan pada sinag hari setelah pesakit mula berpuasa pada malam sblm pembedahan.

18. Suntikan utk merawat buah inggang melalui buah pinggang tiruan (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.

19. Memasukan gastroscope ke dalam perut, dgn syarat tiada cecair atau apa2 bahan  rawatan disalurkan.

Ini adalah sebahagian, byk lagi yg perlu dikaji dan diperhatikan. Petikan daripada beberapa sumber termasuk Seminar ibadah pesakit PERUBATAN Mesir.

Wallahua3lam bissawab~



Thursday, July 19, 2012

Ramadhan is coming ^__^


-Credits goes to ma sistah; Husna Sani -

Luar biasa panasnya Mesir tahun ini. Berita mengatakan, Mesir bakal mengalami kemarau dalam tempoh 10 tahun hadapan ini. Ma Sha Allah! Ditambah dengan kuliah dan sesi klinikal yg berjalan seperti biasa, namun semangat utk menghadapi Ramadhan tidak pernah sirna!


Tahun ini adalah Ramadhan terakhir saya di Mesir sebagai seorang pelajar I-Allah. Kata org siapa yg pernah meneguk air sungai Nil pasti akan kembali ke lembah ini, wallahua3lam..Saya bakal merindui Ramadhan di sini semestinya.


-Makan malam perasmian kem-

Pulang dari Perkhemahan musim panas FIMA di Istanbul, diri ini sarat dengan ilmu, pengalaman dan rindu pada bumi Khilafah terakhir itu. Saya akan ke sana lagi I-allah utk melunaskan hutang rindu pada sahabiyah2 turki dan baki bumi Turki yg tidak sempat dijejaki lagi ^___^. Oh baru saya tahu yg Tasik Victoria di kenya adalah permulaan Sungai Nil. Maka haruslah menapak ke situ kn? *Hasil sembang2 daya dgn peserta dari Kenya dalam FIMA Camp, graduan Istanbul University Medical School Class of 2012~


-Delegasi Malaysia di antara 16 buah negara terlibat-




P/S: Itu sahaja utk updates kali ini, Doakan saya. Niat puasa jgn lupa ~___^