.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, July 03, 2008

MALANG belum pernah berbau

Malang x berbau.. benar! Sehingga kini ia tidak pernah berbau.. Sebelum tiba dan sebelum ia berlaku.

Setelah 3 hari peristiwa ini berlaku, namun ia masih meninggalkan sedikit sebanyak trauma kepada meraka yg ditimpa malang. Malang? Sebenarnya jika dimuhasabah kembali, bukan malang yang menimpa, tetapi pengajaran dan kasih sayang Allah yg tiba.

Pepatah dan peribahasa terdahulu banyak membawa pengertian.
Sediakan payung sebelum hujan.

Ya benar, dan benar-benar belaka. Dunia ini hanya tempat persinggahan, pinjaman Allah kepada kita. Nyawa, iman, anggota tubuh, kesihatan, pakaian, tempat tinggal, bukan milik mutlak kita.Once He give, He has the right to take it back. Oleh itu, beringat²lah wahai diri, sebelum tibanya kesulitan, sebelum tibanya ujian, sebelum tibanya kematian, bersedialah! Berbekallah!Sesungguhnya sebaik² bekalan adalah taqwa.
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Nikmat x akan dapat dicapai dengan nikmat.
Terpanggil menelusuri kisah perjuangan Rasulullah s.a.w yang penuh dengan peluh, air mata dan darah. Hanya semata² ingin melihat dunia diselaputi keindahan dan keizzahan Islam dan Iman. Hasilnya, Islam menakluki hampir 2/3 dunia suatu masa dahulu.Mengapa? Bagaimana? Jawapannya, usaha yg berterusan, tanpa kenal erti penat dan jemu. Kerana apa? Bagaimana usaha tanpa penat dan jemu? Kerana niatnya bersih lillahi ta3ala dan matlamatnya jauh dan jelas; akhirat dan syurga semata. Secara materinya, Rasulullah dinobatkan sebagai manusia pertama paling berpengaruh di DUNIA. Kalau diukur ganjaran ukhrawi, tentulah baginda mendiami syurga tertinggi.
Teringat pula cerita motivasi pencipta lampu, Thomas Alva Edison dengan beribu kali kegagalannya untuk menyalakan sebiji mentol. Ia bukan didefinasikan sebagai kegagalan, tetapi kejayaan untuk mencipta pelbagai cara. Akhirnya, kita resah dan gelisah jika bekalan elektrik terputus, hampir lumpuh kerja² seharian. Biar sakit pada mulanya; gagal dan kecewa, tetapi teruskan usaha.



"Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration." - Thomas Alva Edison, Harper's Monthly (September 1932)



Kalau tak dipecahkan ruyung mana 'kan dapat sagunya



Morals today:
1. Berhati-hati di jalan raya ingatlah orang tersayang.
2. Bahasa, aset penting dan nilai seorang manusia.

3. Sihat, nikmat yang jarang disyukuri. Terasa bila sakit bertandang.

4. Allah pemilik segalanya, Dia berhak mengurniakan dan berhak mengambilnya semula.

5. Setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmah yg terselit bersamanya. Cuma perlu peka dan sabar.

6. MESIR (Mim, sad, ra'): mim = musibah, sad = sabar, ra = redha.

Wallahua3lam.

No comments: