.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, September 09, 2009

Alma Materku


-Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)-

"Awak sekolah mana dulu?"
"Erm, pelajar baru kene ta3aruf, bagitahu nama penuh, asal, skolah terakhir sblm ke Mesir."

"Saya skolah biasa2 je, skolah swasta, kat Perlis"
"Ma'had Attarbiyah AlIslamiyah, Perlis"

"oOwh, skolah swasta.. kat perlis ada skolah swasta eh?"
"MATRI eh? La.. cakap je la MATRI. Haa, tahu2 skolah tu.."
"Jauhnye sekolah kat Perlis, nape xskolah kat Kedah je"

Macam2 gelagat manusia saya jumpa bila bertanyakan ttg sekolah terakhir saya sebelum menjejakkan kaki ke gerbang menara gading. Sungguh! Bukan saya rendah diri dimasukkan ke sekolah kampung berlatarkan kebun getah. Bukan saya rasa terhina makan bertalam berlantaikan papan, membasuh periuk lauk dan nasi yg saiznya hampir sama dgn saya dan berlenjun ke sekolah kerana membuat tugasan membasuh kolah dan tandas. Tidak2!! semua itu manis, malah saya bangga kerna pengalaman2 itulah yg mengajar saya erti hidup sbg manusia.

Terima kasih ayah ummi kerna menyekolahkan saya di sini. Pun jauh dari keluarga, balik hanya 3 bulan sekali (time cuti penggal- sbb malas nk balik bila tiba minggu balik, kene naik bas lompat2, xde bas express ke Baling) saya rasa cukup bertuah menjadi sebahagian dari sekolah ini.

Everybody will claim that their school is the best ever, the best in the world..!! I'm agree with that. Mungkin kerana saya tidak pernah bersekolah di tempat lain selain MATRI di bangku sekolah menengah saya, membuatkan saya menganggapnya begitu. Kenapa?

Lokasinya yg berhampiran kebun getah dan taman perumahan, ditambah hanya 12km dari bandar Kangar, membuatkan suasananya terpelihara. Kami bagai hidup dalam dunia kami sendiri. Walaupun tanpa pagar, dan rumah penduduk perkampungan Tunjong bersepah di antara blok2 bangunan akademik, menjadikan suasananya tidak rigid dan terkongkong, bahkan semakin hampir dgn masyarakat.

~Bangunan utama-Surau~

Rasulullah, apabila baginda tiba di Madinah, didirikannya masjid sebagai pusat pengumpulan manusia dan penyebaran ilmu. Begitu juga dgn MATRI. Bermula tahun 1987, bangunan induknya adalah surau yg saban hari penuh dgn pelajar2 dan warga sekitar perkampungan Tunjong. Di sinilah kelas pertama dimulakan dengan menempatkan beberapa org pelajar tingkatan 6. Surau inilah hasil titik peluh dan kerjasama ayah2 dan ibu2 kami. Bermula dari bangunan surau ini, sedikit demi sedikit bangunan akademik terbina, dan MATRI mula beroperasi dengan membuka pengajian tingkatan 1-5.

~Surau MATRI-kenapa sentiasa terasa damai didalamnya?-

Di bumi wakafan inilah saya belajar erti Tarbiyah, erti Dakwah dan erti Hidup. Proses tarbiyah memerlukan Murabbi (pendidik), Manhaj (syllabus) dan Biah (suasana). Untuk merealisasikan visi dan misi sekolah ini, bertepatan dgn nama sekolah-Ma'had Attarbiyah AlIslamiyah, saya lihat manusia2 di dalamnya berusaha menjadikan tarbiyah islamiyah terlaksana penuh. Murabbinya, cekal, tegar dan berwibawa. Saya sendiri malu melihat jiwa mereka yg bersemangat remaja, berpendirian teguh, walhal usia sudah menghampiri senja. Manhaj yg digunapakai, mengeksploitasi sukatan KBSM dan menyulamnya dgn input2 fitrah dan fikrah. Biahnya pula, penuh dgn kesusahan dan kepayahan. Kerna percaya dan yakin, daripada susahpayahlah akan terperah segala potensi dan tergilaplah setiap jatidiri.

~ASPURI MATRI~

MATRI hanya ibarat tapak semaian. Benih2 yg disemai dijaga rapi agar pabila dipindahkan ke taman, anak pokok yg tadi hanya benih, akan dapat berdiri kukuh, membesar menjadi pohon rendang, yg gagah disapa terik mentari dan ribut yg datang.

Kekuatan apakah ini? Daripada mana kekuatan seumpama ini diperoleh? IMAN. Kekuatan IMAN lah segala-galanya. Kekuatan ini hanya boleh dicapai apabila hati terima dan bersetuju utk diproses - menjalani proses didikan islam. Katakan hati ini ibarat cawan, jika air yg dituang ke dalamnya umpama tarbiyah islamiyah, maka secara logiknya, air itu akan memenuhi cawan tersebut bukan? Tetapi bayangkan jika cawan itu ditelangkupkan-lagak cawan yg telah dibasuh menanti utk dikeringkan, dan air yg sama dicurah. Mana mungkin air itu akan mengisi cawan tersebut bukan? Curahlah, tuanglah sebanyak manapun, jika betul keadaannya, maka i-allah terisilah hati.

~Visi dan misi-menuntut kerjasama semua pihak utk merealisasikannya~

Tidak hairan jika saya katakan, pelajar lepasan MATRI ada yg menjadi mangsa sembelihan sistem, ada yg masih nyawa-nyawa ikan. Ada yg masih tegar berdiri, dan ada yg terus berlari. Mereka juga manusia, menghadapi hari-hari sukar sebagai anak pokok yg meninggalkan tapak semaian yg ujiannya tidaklah sehebat mana. Semua itu sebenarnya terjadi atas pilihan diri kita sendiri. Allah telah menyediakan 2 jalan, kita yg memilih, sama ada mahu berjaya ke syurga, atau terkandas di neraka-Na3uzubillah~!!

Air yg terdedah dan ditinggalkan lama tidak terusik, akhirnya akan busuk jua. Justeru tarbiyah menuntut aplikasi, melonjak mahu, memandu gerak. Itu yg diharapkan.

Ingat, tarbiyah bukan segala-galanya..

Tetapi segala-galanya akan diperoleh melalui tarbiyah.


"Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 3ala deenik, wa3ala too3atik"

ok iklan sebentar... ^ ^

Himpunan lepasan MATRI akan mengadakan sesi "Re Union" di PUTRA PALACE pada 10 Oktober 2009.

Majlis bertujuan merapatkan hubungan diantara lepasan-lepasan MATRI. Oleh itu, semua lepasan MATRI dijemput hadir bagi menghadiri majllis tersebut dan sila maklumkan kepada rakan-rakan lepasan yang lain. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Ust Syahid Amin di talian 019-528 3416. Tentatif dan maklumat program adalah seperti berikut.

WACANA LEPASAN MATRI 2009

DI PUTRA PALACE KANGAR

PADA 10 OKTOBER 2009

Objektif:

1. Merapatkan hubungan di antara LPM

2. Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri

Aturcara program

8.00 – 9.00 pagi: Pendaftan
9.00 – 10.30 pagi: Slot 1 :Perasmian Oleh: Dato’ Dahlan b. Mohd Zain.
10.30 -11.00 pagi: Minum Pagi
11.00 – 12.30 petang: Slot 2: Bersama MAZA
12.30 – 1.30 petang: Makan Tengah hari
2.00 – 4.00 petang: Slot PLM
4.00 – 4.30 petang: Minum Petang
5.00 petang : Bersurai

SENARAI KOORDINATOR & URUSETIA

Penasihat : Ust. Yazib b. Noh (Presiden Persatuan Lepasan MATRI)

Pengarah : Mejar Abd. Rahim b. Awang Teh

Timb. Pengarah : Ust. Syahid Amin b. Abdullah

Setiausaha 1 : En. Muhammad Fadhli b. Mohd Diah

Setiausaha 2 : En. Zubair b. Hasni

Bendahari 1 : En. Munaim b. Abd. Halim

Bendahari 2 : En. Zaid b. Zainuddin

Tempat & Penginapan : Ust. Hairey b. Hamzah

Alatan & Tugas Khas : En. Syafiq b. Had & En. Shamil b. Bakri

Promosi : Ust. Umar b. Ahmad dan En. Zahlan b. Zanolrashid

Pendaftaran : En. Asyraf b. Zabawi

Penyambut Tetamu : Tuan Haji Muhtad b. Ahmad Yusoff

Langkah Penyertaan:

1. Memasukkan wang penyertaan jumlah RM50 dalam akaun coordinator.

2. Memaklumkan kepada koodinator pengesahan penyertaan dan wang penyertaan telah dimasukkan dalam akaun melalui SMS.

3. Pengesahan penyertaan dibuka sehingga 30 sept. 2009 dan Urusetia membuat tempahan Hotel Putra Palace berdasarkan bilangan peserta yang telah disahkan.



Semoga reU ini ada 'sesuatu' utk pembangunan Islam dan keruntuhan jahiliyyah~

Gambatte ne,
Salam dari Lembah Nil.

11 comments:

nurizbhr said...

post ni menerbangkan diriku kembali ke zaman di Matri dulu..

alangkah indahnya kala itu...

sinar_islami said...

gerak hati kita sama ^_^
byk kenangan di situ...
bila agknya kita dpt join PLM kan..
rinduuuuuuu kat matri.....
rinduuuuuuu kat anti (^.^)

AsMa AmAnI said...

Salam..
Ana tak dapat masuk matri.. bukan nya pa sebg anak sulung ana kena jaga adik masa u yg masih kecil tatkala Umi yg berkerja dan ketiadaan pembantu rumah..

tp.. ana selalu gi istimaq.. dahulu..
Alhamdulillah adik ana masuk MAtri tapi sampai form 3 je..

kalu anti nak tahu dahulunya asrama putari batul-brtul sebelah surau, lepas kebakaran besar dahulu.. maka Asrama putari di ubah.. dan Mak ana adalah pelukis plan bagi surau matri sekarang sbb ana pernah tgok plan tu di rumah..

Moga Sihat ddan ceria di perantauan.. Ukwahfillah...

hood@sunny said...

Tapak semaian, risikonya rendah, penjagaannya rapi~

Semoga setiap laba yg dilaburkan ke Ma3- x kiralah dalam bentuk apa sekalipun, menjadi timbangan yg berat di mizan kelak dan mengundang pandangan serta redha Allah.

p/s: Amani, teringin nk bersua muka dan berbicara dgn mak nt.. Rindu ijtima3 dlu2, bawah kipas tinggi ^ ^

nurizbhr said...

kalo nak join PLM kena tunggu hbs blaja kat cn...
tp nak blik..takut la pulak..

hood@sunny said...

ana pernah join sekali perjumpaan PLM

time tu mmg fresh kluar dari form5.

besar tugas kita sbg PLM~

ihsan incalescence said...

baru je smalam g matwi..
coz cgu zainuddin jusoh mninggal dunie..

betuah kn korang kenangan kt matwi tu sume y besh2...
bgos2..

janas said...

allaaa
org x cuti laa 10 oktober
huahuahua

janas said...

allaaa
org x cuti laa 10 oktober
huahuahua

Mardhiah S said...

surau matri.. tmpt usang, tapi lagi gah dari masjid2 baru yg segak dibina tp tak dimakmurkan.

rindunyaa

ihsan incalescence said...

da lps...~