.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Tuesday, May 26, 2009

Lafaz itu



Hari ini, genaplah 12 hari pemergian Ummi Halimaton pulang ke pangkuan Pemilik Mutlak dirinya, jiwa dan jasadnya. Pada hari beliau menghembuskan nafas terakhir, saya sedang berhempas-pulas berusaha menghadapi Ujian Lisan Pharmacology nun jauh di barat delta nil. Berita yg ayah bawa dari tanah air cukup membingungkan, mengejutkan. Bukan saya tidak terima berita bahawa Ummi dimasukkan ke hospital kerana denggi, dan punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung, tetapi pemergiannya itu buat saya btul2 tersentak, terkejut.Kehilangan ini begitu terasa. Tiada kata2 yg dapat diucapkan, bahkan utk menghantar entry disini pun saya tidak punya kekuatan.

Ummi,
Satu nama yg beri erti mendalam dalam diri saya. Ditambah dgn gelarannya yg seperti ibu kandung saya, banyak, bahkan terlalu banyak jasa beliau dalam membentuk anak2 didiknya disekolah. Bukan sahaja menjadi insan yg berguna utk negara di masa akan datang, tetapi melalui beliau, saya belajar menjadi MANUSIA. Saya belajar mendepani cabaran, saya belajar bertatih dlm medan tarbiyah dan belajar menggalas beban dakwah. Terima kasih ayah dan ummi kerana memilih sekolah yg terbaik utk anakmu ini.


Mengapakah dirinya begitu berharga?
Tangan tua itulah yg memimpin saya meniti pengajian perubatan di Mesir. Semangat tua itu jugalah yg membara dlm diri saya sepanjang perjuangan saya di lapangan ini. Beliaulah yg bersungguh-sungguh dan beria-ia mengatakan yg saya layak utk meneruskan pengajian dlm bidang ini. Kini, walaupun beliau telah pergi, saya bertekad akan menunaikan janji !!

"Wah, sudah balik bakal doktor kita," kata beliau suatu masa dahulu apabila saya kembali ke bumi wakafan dlm rangka ziarah dan mengutip lagi mutiara2 di sana. Sayu mengingatkan pabila beliau cukup mengambil berat prestasi anak didiknya, bukan sahaja anak didik yg masih di bangku sekolah, hatta yg menuntut di luar negara juga tak terlepas pandang olehnya. Jika punya kelapangan dan keizinan kesihatan, beliau akan singgah ke Mesir dan negara-negara sekitarnya utk memantau dan menziarahi pelajar2nya. Cadangnya beliau dan suami akan menunaikan umrah sebaik sahaja ummi sihat dari denggi, dan akan singgah menziarahi kami.. tapi perancangan Allah yg lebih teratur dan lebih baik itu mengatasi segalanya. Walaupun x dapat bersua muka, saya yakin semangatnya mampu menjadi peneman setia kami di sini.


Beliau benar-benar murabbiah contoh! Kepulangan saya seketika ke tanah air tahun lepas sebelum meneruskan pengajian tahun ke3 di Mesir, disambut penuh gembira. Sempat dia merangka program utk mengasah bakat dan potensi yg ada. Diberikan kami, lepasan MATRI, berkongsi kisah, pengalaman dan tips-tips berguna bersama adik-adik.. harapannya hubungan dan tali perjuangan ini tidak akan putus. Dibawanya saya kerumahnya utk berbuka puasa bersama ahli keuarganya yg lain, adalah satu penghargaan besar bagi saya. Namun, xtersangka, itulah ramadhan terakhir saya bersamanya.


Ummi mempunyai visi dan misi yg jelas. Itu yg begitu mengkagumkanku! Benar, dirinya ibarat satu jiwa muda yg bersemangat waja dan membara yg terperangkap dalam tubuhnya yg dimamah usia. Bersama beliau sewaktu kepulangan saya ke Malaysia menyedarkan saya, medan dakwah bukan dihampari permaidani merah, bukan dibasahi kata2 teori dan madah2. Bahkan jalan ini ditaburi onak duri, menuntut amal yg bukan sedikit. Padanya kulihat utk konsisten dlm amal islami ini, niat perlu jernih, dan amal perlu ikhlas!


Dia tidak canggung utk duduk sama rendah dgn anak didiknya, merangka strategi, bergerak selari demi pembangunan insan di ma3, walaupun beliau bertaraf supersenior dlm arena perguruan. Peluang bekerja sebagai guru ganti di ma3 selepas Peperiksaan SPM, membawa saya lebih dekat dgn dirinya. Dapat saya rasakan, dlm melaksanakan amal islami ini, natijah itu xpenting. Amal dan usaha yg menjadi fokus utama. Belajar utk ALL OUT dalam segala aspek. Gunakan segala potensi yg ada! Yg paling mengharukan, "Kita dah banyak berkata2 dalam medan ini, sekarang tibalah masanya menterjemahkan kata2 melalui amalan" kata beliau apabila berbicara ttg kebun nenas yg hampir setiap hari dijaganya di Semadung, Perlis. Tak kira panas atau mendung, puasa atau hari biasa, digagahi kakinya mencabut rumput dan menebas semak di sana. Saya cukup....ah.. tiada kata2 yg dapat dinukilkan sebagai menterjemah isi hati ini. Malu pun ada kerana membazirkan usia muda dan tenaga belia.. huh~


Ummi,
Semoga dirimu tenang dalam rahmatNya di sana, semoga Allah kira segala amal dan usaha yg telah ummi curahkan, semoga Ummi tergolong dalam golongan yg sedikit.
I-allah saya akan berusaha menjadi manusia dan doktor yg berguna kepada Islam.
Maafkan segala salah silap saya.
Terima kasih tidak terhingga atas segalanya! Jazakumullahu khairan jaza'
Terkilan kerana xsempat utk melafazkan, "Huda sayang Ummi!!"

Terima kasih atas doanya,
Dhuha hari selasa
Microbiology environment
Awal Shober
Tanta

*Kenali Ummi dgn lebih lanjut dan hayati titipan peninggalan beliau di [sini]

Friday, May 22, 2009

Bismillahi Masha Allah

Entry kali ini merobek perjanjian antara diri saya dan suara hati kecil saya..Maafkan saya wahai diri. Tapi hati ini xmampu menahan perasaan kagum dan takjub..betapa 3azimnya Allah, Pencipta kita...

Bidang pengajian saya membuka ruang seluas2nya utk saya mendalami hakikat penciptaan diri, alam sekeliling, dan yg paling utama adalah utk mengenal SANG PENCIPTA. Menelusuri buku PARASITOLOGY, bidang pengajian ttg binatang2 yg boleh membawa penyakit kepada manusia membuktikan bahawa DIA adalah yg MAHA BERKUASA, MAHA PENCIPTA, Dia MAHA PENGATUR segala.. Subhanallah..

".. dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yg dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yg membuktikan kekuasaan Allah) bg org2 yg meyakininya"
[Al Ja'thiyah : 4]


Membaca lagi, mendalami buku parasite terbitan universiti Tanta...

Masuk bab lalat..Cantiknya sayap lalat yg Allah ciptakan..subhanallah. melalui sayap dan reka bentuk badan lalat, telurnya, larvanya, sudah boleh mengagak apakah penyakit yg boleh dibawanya. Sblm ni, jika lalat menggila di rumah terutamanya musim saifi ini (musim panas), aktiviti utama utk 'part time work' adalah pelancaran pembasmian lalat!! hehehe.. buku2 habis hancur dek sambil study, sambil memburu lalat :P Tapi kali ini, aktiviti sebegini lebih ilmiyah dan muhasabah dgn memerhati lalat2 yang hinggap,termasuk juga lalat2 yg telah pulang ke pangkuan penciptanya.. Benar, sepanjang musim saifi, lalat akan lebih cepat membiak, 2-3 hari sudah cukup utk melengkapkan kitar hidupnya.

-sayap lalat jenis Stomoxys calcitrans-

Lagi tentang lalat a.k.a house fly @ Musca domestica..

Kitar hidupnya sangat unik, dari telur yg xde rupa cam lalat, boleh jadi larva yg xsebijik pun macam lalat dewasa.. subhanallah.. persis si rama-rama. 'complete metamorphosis' dlm bahasa saintifiknya. Lalat juga membawa penyakit pada manusia melalui pembawaan tidak langsung secara mekanikal.. (hohoho, soklan xam parasite yg lepas) penyakit itu termasuklah taun (cholera), typhoid fever, cirit birit dan keracunan makanan. Dan yg paling menakjubkan... namanya disebut Allah dlm AlQur'an dalam Surah AlHajj:73

"Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan ini. Sesungguhnya segala yg kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu utk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah mereka yg menyembah dan amat lemah(pulalah) yg disembah"

Jalan-jalan lagi dlm buku parasite..

Jumpa si cacing yg pernah jumpa dulu, masa kecik2. Patutlah ummi selalu marah kalo main tanah atau pasir. Tanah yg ada pun hanya dalam pasu2 di rumah.. almaklumlah, rumah teres shj dulu..

"Jgn main tanah... nanti cacing masuk dlm badan.."

"Aloh.." sambil melihat tapak tangan.. cacing bleh masuk dlm badan? masuk kot mana?
dalam kepala terbayang cacing tanah yg besar dan panjang.. boleh caya ke ummi ni??
maka teruslah saya bermain tanah dlm pasu itu tanpa menghiraukan nasihat ummi.. tambah ayer, jadi tanah liat.. bleh bentuk2..bleh wat2 cam cari harta karun, tanam duit, suro una atau jannah cari.. hehehhe

Akhirnya ummi dan ayah membelikan 'playdoh' dan plastesin.. seronok!! kalo dah bercampur2 warna tanah liat dah xseronok lagi dah.. jadi ummi dgn kreatifnya membuat doh dgn tepung..tp seronoknye sekejap je.. sbb doh dari tepung cepat berkulat :D

Teringat, inilah agaknya cacing yg dimaksudkan ummi..

-Enterobius vermicularis-

Cacing ini boleh menyebabkan gatal dikawasan dubur dan paling senang dijangkiti oleh kanak2.
Kalau cacing dari tanah itu mungkin cacing dari jenis hookworm, wallahua3lam..

Maha suci Allah.. tu belum mengkaji ttg burung, yg padanya adik beradik Wright mencipta kapal terbang.. belum meneliti si paus, memerhatikannya membuat manusia mencipta kapal selam, memerhati pepatung, daripadanya helikopter tercipta..belum mengkaji psikologi semut dan lebah yg rajinnya tidak terhingga.. Masya Allah.. Subhanallah..

Inilah alam ciptaan Allah.. tidakkah kita berfikir? Maka nikmat Allah yg manakah lagi yg hendak kamu dustakan?

-Parasite Practical exam, 09-

Insaf dgn keadaan ini, tersedar.. manusia adalah makhluk paling ajaib dan paling sempurna yg Allah ciptakan. Lengkap berpakej aqal dan nafsu.. diberi kuasa utk memilih.. subhanallah..

No wonder studying the highest creation of Allah (human) is never been easy..

Bahagia belajar dalam bidang ini... ia membuatkan saya sedar siapa saya dihadapan Pencipta dan paling utama, saya belajar menjadi seorang hamba yg bila2 sahaja akan dijemput pulang oleh Tuhannya.

Salam imtihan.. bittawfeeq ma3annajah,
Awal Shober
Tanta.

Saturday, May 09, 2009

Mixed feeling

All for one

One for all

Keselesaan yg patut disyukuri





Menuju Wawasan - Suara Firdaus

Batang hidung ku terkena

Pharmacology written exams ~ 2 days to go!!
(T_T)

...................