Hari ini, genaplah 12 hari pemergian Ummi Halimaton pulang ke pangkuan Pemilik Mutlak dirinya, jiwa dan jasadnya. Pada hari beliau menghembuskan nafas terakhir, saya sedang berhempas-pulas berusaha menghadapi Ujian Lisan Pharmacology nun jauh di barat delta nil. Berita yg ayah bawa dari tanah air cukup membingungkan, mengejutkan. Bukan saya tidak terima berita bahawa Ummi dimasukkan ke hospital kerana denggi, dan punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung, tetapi pemergiannya itu buat saya btul2 tersentak, terkejut.Kehilangan ini begitu terasa. Tiada kata2 yg dapat diucapkan, bahkan utk menghantar entry disini pun saya tidak punya kekuatan.
Ummi, Satu nama yg beri erti mendalam dalam diri saya. Ditambah dgn gelarannya yg seperti ibu kandung saya, banyak, bahkan terlalu banyak jasa beliau dalam membentuk anak2 didiknya disekolah. Bukan sahaja menjadi insan yg berguna utk negara di masa akan datang, tetapi melalui beliau, saya belajar menjadi MANUSIA. Saya belajar mendepani cabaran, saya belajar bertatih dlm medan tarbiyah dan belajar menggalas beban dakwah. Terima kasih ayah dan ummi kerana memilih sekolah yg terbaik utk anakmu ini.
Mengapakah dirinya begitu berharga? Tangan tua itulah yg memimpin saya meniti pengajian perubatan di Mesir. Semangat tua itu jugalah yg membara dlm diri saya sepanjang perjuangan saya di lapangan ini. Beliaulah yg bersungguh-sungguh dan beria-ia mengatakan yg saya layak utk meneruskan pengajian dlm bidang ini. Kini, walaupun beliau telah pergi, saya bertekad akan menunaikan janji !!
"Wah, sudah balik bakal doktor kita," kata beliau suatu masa dahulu apabila saya kembali ke bumi wakafan dlm rangka ziarah dan mengutip lagi mutiara2 di sana. Sayu mengingatkan pabila beliau cukup mengambil berat prestasi anak didiknya, bukan sahaja anak didik yg masih di bangku sekolah, hatta yg menuntut di luar negara juga tak terlepas pandang olehnya. Jika punya kelapangan dan keizinan kesihatan, beliau akan singgah ke Mesir dan negara-negara sekitarnya utk memantau dan menziarahi pelajar2nya. Cadangnya beliau dan suami akan menunaikan umrah sebaik sahaja ummi sihat dari denggi, dan akan singgah menziarahi kami.. tapi perancangan Allah yg lebih teratur dan lebih baik itu mengatasi segalanya. Walaupun x dapat bersua muka, saya yakin semangatnya mampu menjadi peneman setia kami di sini.
Beliau benar-benar murabbiah contoh! Kepulangan saya seketika ke tanah air tahun lepas sebelum meneruskan pengajian tahun ke3 di Mesir, disambut penuh gembira. Sempat dia merangka program utk mengasah bakat dan potensi yg ada. Diberikan kami, lepasan MATRI, berkongsi kisah, pengalaman dan tips-tips berguna bersama adik-adik.. harapannya hubungan dan tali perjuangan ini tidak akan putus. Dibawanya saya kerumahnya utk berbuka puasa bersama ahli keuarganya yg lain, adalah satu penghargaan besar bagi saya. Namun, xtersangka, itulah ramadhan terakhir saya bersamanya.
Ummi mempunyai visi dan misi yg jelas. Itu yg begitu mengkagumkanku! Benar, dirinya ibarat satu jiwa muda yg bersemangat waja dan membara yg terperangkap dalam tubuhnya yg dimamah usia. Bersama beliau sewaktu kepulangan saya ke Malaysia menyedarkan saya, medan dakwah bukan dihampari permaidani merah, bukan dibasahi kata2 teori dan madah2. Bahkan jalan ini ditaburi onak duri, menuntut amal yg bukan sedikit. Padanya kulihat utk konsisten dlm amal islami ini, niat perlu jernih, dan amal perlu ikhlas!
Dia tidak canggung utk duduk sama rendah dgn anak didiknya, merangka strategi, bergerak selari demi pembangunan insan di ma3, walaupun beliau bertaraf supersenior dlm arena perguruan. Peluang bekerja sebagai guru ganti di ma3 selepas Peperiksaan SPM, membawa saya lebih dekat dgn dirinya. Dapat saya rasakan, dlm melaksanakan amal islami ini, natijah itu xpenting. Amal dan usaha yg menjadi fokus utama. Belajar utk ALL OUT dalam segala aspek. Gunakan segala potensi yg ada! Yg paling mengharukan, "Kita dah banyak berkata2 dalam medan ini, sekarang tibalah masanya menterjemahkan kata2 melalui amalan" kata beliau apabila berbicara ttg kebun nenas yg hampir setiap hari dijaganya di Semadung, Perlis. Tak kira panas atau mendung, puasa atau hari biasa, digagahi kakinya mencabut rumput dan menebas semak di sana. Saya cukup....ah.. tiada kata2 yg dapat dinukilkan sebagai menterjemah isi hati ini. Malu pun ada kerana membazirkan usia muda dan tenaga belia.. huh~
Ummi, Semoga dirimu tenang dalam rahmatNya di sana, semoga Allah kira segala amal dan usaha yg telah ummi curahkan, semoga Ummi tergolong dalam golongan yg sedikit. I-allah saya akan berusaha menjadi manusia dan doktor yg berguna kepada Islam. Maafkan segala salah silap saya. Terima kasih tidak terhingga atas segalanya! Jazakumullahu khairan jaza' Terkilan kerana xsempat utk melafazkan, "Huda sayang Ummi!!"
Terima kasih atas doanya, Dhuha hari selasa Microbiology environment Awal Shober Tanta
*Kenali Ummi dgn lebih lanjut dan hayati titipan peninggalan beliau di [sini]
fuh, cepatnye nt post comment, xsampai sejam ana post entry nih..
erm! ummi nk didik dan nk bgtahu, nk bukakan mata kita yg padang amal sangat luas, memerlukan jiwa2 yg 'mahu' utk menerokanya, memerlukan hati yg sedar utk menanam benih iman dan mencabut lalang jahiliyyah~ kini tangan yg memimpin meneroka itu sudah tiada.. harapnya kita mampu memimpin diri semdiri dan mampu mngajak orang lain..huhu pilu sungguh... ( T_T )
semoga sentiasa thabat.. doa ana selalu bersama nt.. doakan ana berjaya hidup di setiap sepertiga malam.. ana menghadapi kesukaran [sigh~]
Baling (Ma3radh), Kedah (Tanta Gharbiya, Arab Republic Of Egypt), Malaysia
A bespectacled gal..a little bit mischief..love to learn something new..enthusiasms in art, manga n literary~seerah.Love to be a little person who teaches a huge lesson. (^^)
Manusia tanpa iman adalah manusia yang kerdil dan kecil. Manusia tanpa iman adalah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya. Manusia tanpa iman adalah manusia yang sempit dan perit kehidupannya. Manusia tanpa iman adalah manusia yang pendek dan singkat matlamatnya. Manusia dengan iman adalah manusia yang hebat dan gagah. Manusia dengan iman adalah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya. Manusia dengan iman adalah manusia yang luas dan aman kehidupannya. Manusia dengan iman adalah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya.
-As-Syahid Syed Qutb Rahimahullahi 3alaih-
Contohilah kaum Muslimin yg pertama, (ridhuanullah 3alaihim-semoga Allah meredhai mereka semua). Yang tidak mengenal Islam dgn lafaz2 keterangan, kata2 dan pembahagian yg memukau serta definisi2 dan istilah2 ilmiah. Akan tetapi keislaman mereka adalah aqidah yg mengakar dalam hati, menguasai jiwa serta mendorong mereka untuk beramal sesuai dgn aqidah tersebut & dalam rangka mewujudkan tujuan2 serta kandungan2 nya. -IHAB-
2 comments:
Betul huda..ummi la selalu tawarkan kita untuk mencurahkan bakti di matri..lepas ni siapa pula menganti? nmpkny kita perlu tawarkan diri..
tapi tnpa disuruh pun, mmg hajat sgt nk membantu kan..
teringt hidup bersama ketika jadi cikgu di matri..hari2 ummi tnya dan bantu sedaya yg mampu..mmg indah saat itu..
ps::doakn esk parasito..
fuh, cepatnye nt post comment, xsampai sejam ana post entry nih..
erm! ummi nk didik dan nk bgtahu, nk bukakan mata kita yg padang amal sangat luas, memerlukan jiwa2 yg 'mahu' utk menerokanya, memerlukan hati yg sedar utk menanam benih iman dan mencabut lalang jahiliyyah~ kini tangan yg memimpin meneroka itu sudah tiada.. harapnya kita mampu memimpin diri semdiri dan mampu mngajak orang lain..huhu pilu sungguh... ( T_T )
semoga sentiasa thabat..
doa ana selalu bersama nt..
doakan ana berjaya hidup di setiap sepertiga malam..
ana menghadapi kesukaran [sigh~]
Post a Comment