.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, December 17, 2009

New Spirit Ma3a ElHigra

Saya sedang berhempas-pulas menghabiskan pembacaan "7 Habits of Highly Effective Teens" karya Sean Covey. Ideologi yg dibawa rata-rata dicedok daripada Islam pada hemat saya. Semoga penulis dibukakan hati utk menerima Hidayah Allah.

Terpanggil pula utk berkongsi puisi Douglas Malloch yang dimuatkan didalamnya sebagai pembangkit semangat, sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah:

The tree that never had to fight
For sun and sky and air and light
But stood out in the open plain
And always got its share of rain
Never become a forest king
But lived and died a scrubby thing
Good timber does not grow with ease
The stronger, wind the stronger trees.

Manusia dgn kemampuan akalnya, tidak dapat tidak akan mengaitkan alam sekitar dgn dirinya. Meng'analogi'kan kehidupan, mentadabbur alam.. kata org..

Kisah pokok dlm puisi ini ibarat kita, manusia biasa, bukan wali atau khalifah, bukan juga perdana menteri atau peniaga kaya dan berjaya. Namun, ujian tetap bertandang, cuma berlainan wajahnya. Sesuai dgn kemampuan bahu yg memikulnya. Ujian terbukti mampu melemahkan, dan mampu menguatkan, tp puratanya- UJIAN adalah TARBIYAH dari Allah. Proses tapisan kelayakan hambaNya.

Hijrahlah peribadi kita, tekadkanlah azam dan bertawakkallah. Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yg bertawakkal.


Salam Ma3a ElHigra~

Friday, December 11, 2009

Mencanai

..fikiran dan perasaan

Setiap apa yg berlaku, setiap kata yg meluncur, setiap buah fikiran yg hadir, biar yg terlontar mahupun yg meniti dan berlegar2 di kotak fikiran, terfikirkah kita apakah timbangannya? Mengapa sebahagian kata perlu dizahirkan, mengapa sebahagian lain cukup hanya omongan dalam dada? Mengapa sesetengah perkara perlu dilakukan segera, sedangkan lainnya sesuai dilaksanakan kemudian? ataupun dibatalkan sahaja?

******************

Sudah lama xmencoret sesuatu buat blog ini, sengaja membiarkan ia penuh dgn gambar2 pengubat rindu. Tangan ini sememangnya hilang kekuatan utk menukilkan sesuatu andai fikiran kosong tiada berisi.

Belakangan ini sibuk dgn siri ujian akhir round subjek OPHTHALMOLOGY yang sepatutnya berlangsung selama 3 hari, akhirnya di'compact' kan kpd sehari. Kepala sibuk mencerna apa yg telah dipelajari selama 2 bulan. Ah, bekalan yg sedikit masakan membuahkan hasil yg banyak, jika strateginya canggung dan tunggang-langgang..Kecewa lagi dengan diri sendiri.

Saya akan ketemu OPTHALMOLOGY lagi.. tunggulah~!!
[Ada bau dendam disitu]

Layan lagu ni kejap.. bg insaf sket..

Defragmentation of feelings.. terkenang memori feelingless di airport KLIA 06' dahulu..


Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Enough all that, buka lembaran baru. Kali ini bersemangat utk memulakan round PUBLIC HEALTH & COMMUNITY MEDICINE.

Apa yg canggihnya, ilmu PUBLIC HEALTH ini menekankan aspek prevention, melengkapkan disiplin ilmu perubatan yg rata-rata dilihat hanya seputar persoalan penyembuhan dan apa yg perlu dibuat jika sudah jatuh sakit. ^_^!

Prevention is better than cure.

Pepatah ini mahsyur. Ertinya meluas. Applicable to all condition of life. Dalam konteks seorang mukmin, dia x akan jatuh pada lubang yg sama 2 kali. Bangkit dari kesilapan menjadi satu tuntutan, namun langkah menjauhi segala lubang adalah salah satu cara yg lebih baik, menyempurnakan diri seorang mukmin agar lebih minima aibnya, ringan dosanya.

Bagaimana ingin mengenal mana satu lubang kehancuran, mana satu lorong kecemerlangan?
Kita kembali kpd persoalan di atas, pada awal entry ini.

Timbangan dan neraca seorang mukmin hanya bergantung pada keimananya pada Allah swt. Hanya dorongan iman sahaja yg mampu membawa mukmin itu menilai mana satu lubang mana satu lorong yang menuju cahaya. Iman dan keyakinan pada Allah, takut dan harap semuanya perlu dicanai baik agar hasilnya-amal- indah dan mententeramkan.

Benarlah hadith rasul kita pernah berbunyi, yg mafhumnya: "yg pahala itu kita berasa lapang dgnnya dan perkara dosa itu mengundang resah dan gelisah."

Ada manusia menjadikan nafsunya sbg neraca tindak-tanduknya, ada manusia menggunakan akal dan rasionalnya semata, tetapi, beruntung org2 yg beriman. Neraca Allah yg menjadi kayu ukur segala amal perbuatannya. Allah- satu kuasa yg lebih tinggi dan agung, tentunya tinggi standard hasilnya bukan? Lagi grand~!!

Kembalilah kita muhasabah diri. Canaikan fikiran dan perasaan kita, pastikan timbangannya hanya pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Acuannya juga dari acuan Allah jgn lupa.

Kita manusia, memang tidak sempurna.


Fatirah kastad- roti canai + kastad + susu,
Ma3rad, Tanta.

Lapaaar.. (Winter hunger symdrome =P)