Peristiwa penurunan Alqur'an kembali menjengah. Tetapi sejauh manakah AlQur'an menjadi petunjuk dan panduan bg hidup kita? Malu rasanya ingin mengaku ummat kesayangan Muhammad saw sedangkan sahabat2 baginda telah beriman sebelum turunnya Al-Qur'an keseluruhannya!!
Dustur membawa maksud perlembagaan. Perlembagaan terbahagi kepada 2 bentuk; abstrak dan konkrit, dan AlQur'an membawa mesej perlembagaan yang abstrak. Indah disulami kata2 kiasan yang memberi peluang masyarakat berfikir dan mentadabbur, mencanai bukti dan hukum, seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan. As known, AlQur'an is action oriented!!
Ummah kini ibarat 'ayam mati kelaparan di kepuk (gudang padi)' dan itik mati kehausan dalam kolam'.
Mengapakah fenomena ini terjadi?
Bagaimanakah cara merawatnya?
1. Tahu bahawa AlQuran diturunkan utk mengemudi kehidupan manusia.
2. Sedar ttg kepentingan AlQur'an yang berfungsi sebagai menara kawalan. Hilang dari radar menara kawalan bererti sesat dalam perjalanan dan gagal melalui jalan sebenar utk menghadapi destinasi akhirat yg bahagia.
3. Dgn, ilmu dan kesedaran, iman dan amal adalah regu yg tidak boleh dipisahkan. Hilang salah satu, bermakna tiada erti yg satu laginya.
"Inilah kitab (AlQur'an), tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yg bertaqwa." [AlBaqarah:2]
~Forum bersama Ust. Abd Hadi & Dr. Nik Mu3tasim sempena Nuzul AlQur'an~
Wallahua3lam.....
No comments:
Post a Comment