.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, September 28, 2008

In the Good Spirits of Shawaal



Pantas masa berlalu, sedar tak sedar, anak bulan Syawal kian menjelma meninggalkan bulan Ramadhan yg akan dirindui ketibaannya semula. Sedarlah, di sebalik kegembiraan berbaju baru, berjuadah yg enak2, berkumpul sanak saudara dan rakan taulan, bulan Syawal memberi peluang utk kita muhasabah diri. Sejauh mana komitmen kita di bulan lepas, Ramadhan Al-Mubarak melahirkan insan muttaqeen? Sedalam mana tadabbur dan penghayatan kita terhadap Al-Qur'an? Setakat mana pembebasan hawa nafsu kita dari belenggu didikan syaitan?

3aidilfitri - kepulangan kepada fitrah. Fitrah sebagai seorang hamba, yg mengimani tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan Nabi muhammad saw sbg pesuruhnya. Fitrah hidup manusia yg cenderung utk bergantung pada satu kuasa yg tiada taranya, fitrah insani yg tidak dapat tidak akan menjalani kehidupannya berdasarkan role model terpilih.

Mengimbau kembali misi Ramadhan, saya terpampan sejenak. Koreksi diri. Alhamdulillah setakat ini:

1. Tahan marah-[kurang berjaya terutama kpd kakak saya]
2. Talk no nonsense- [succeed]
3. Tadabbur surah Al-Qiyamah- [1/2 surah]
4. Reciting Al-Qur'an 2 juz a day- [berjaya!!~ 8 muka setiap waktu solah]
5. Ulangan hafalan juz 30- [hanya berjaya 4 surah (T_T) ]

Waaah, byk lagi yg perlu diperbaiki. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita utk melawan si laknat syaitan yg akan kembali tidak lama lagi...

Kullu 3am wa antum ilallahi aqrab, wa 3ala to3atihi adwam, wa 3ala sunnati nabiyyihi atba3, wa 3an ma3siyati ab3ad, waminal jannati aqrab~

No comments: