Terpanggil utk mencoret peristiwa semalam, makan 'fast food' yg dipesan hanya melalui telefon. MasyaAllah, masa yg dijanjikan 45 minit siap dan sampai ke pintu rumah sangat tepat! Itu baru nikmat dan keseronokan dunia. Tak terbayang lagi nikmat hidup disyurga. Terlintas sahaja di minda, sudah tersedia dan terhidang di depan mata. Subhanallah, kun fayakun, semuanya dan segalanya Allah mampu lakukan.
"Dan sampaikanlah berita gembira kpd mereka yg beriman dan berbuat baik, bhw bg mrk disediakan syurga² yg mengalir di bawahnya sungai². Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dlm syurga, mereka mngatakan, "Inilah yg pernah diberikan kpd kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yg serupa dan utk mereka di dlmnya ada pasangan² yg suci dan mereka kekal didlmnya." [AlBaqarah:25]
Terbentang janji dan ganjaran Allah utk hambaNya.
Muhasabah kembali sejauh mana kita menjual dunia utk kesenangan akhirat? How far is our desire n will to achieve those nikma?
Sering ungkapan "Study sekuat hati!!!" bergumam dalam pundak saya. Bila pula kalimah "Beramal sekuat hati!!!" akan menyusul??
Cetusan rasa, separuh perjalanan minggu peperiksaan,
Awal Shober, Tanta.
3 comments:
hikhik..igtkn ada pizza lg..:P
ayuh beramal sekuat hati
sambil menyuci karat2 yg ada..huuhuu sakit hati sush nk ubati
sukanye dengar ungkapan huda..
beramal sekuat hati~
Post a Comment