
Assolatu wassalamu 3ala Nabiyyina Habibina MUHAMMAD Rasulullahi sallallahu 3alaihi wasallam~
Suatu hari, datang seorang anak murid bertanyakan gurunya, bagaimana dia mahu bermimpikan Rasulullah?? dan memohon agar gurunya mengajarkan dia langkah-langkah utk bermimpikan Baginda.
Gurunya tidak menjawab secara direct, tetapi mengajak anak muridnya itu makan malam di rumahnya, dan pelajarnya itu bersetuju.
Maka pada malam itu, makanan yg dihidangkan sangat bayak kandungan garamnya. Dan pelajar itu dilarang dari meminum air. Lantas, tanpa meminum sedikit air pun dan ditambah dgn kemasinan garam yg banyak dalam makanan mlm itu, anak murid yg tidak sabar² utk mengetahui cara bagaimana bermimpi ttg rasulullah disuruh pula tidur oleh gurunya.
Tanpa mengesyaki apa², dan berharap dapat bermimpi Baginda rasul saw, anak murid itupun tidur tanpa menjamah sedikitpun air.
Keesokan harinya, gurunya bertanya:
"Apakah kamu nampak sesuatu semalam? (dlm mimpimu?)"
"Ya, ada²!"
"Apakah yg kamu perhatikan dalam mimpimu wahai anak?"
"Aku lihat air hujan, turun mencurah-curah, dan kulihat juga sungai mengalir, dan laut (ombak) memukul pantai"
Gurunya menjawab,
"Maka benarlah kata² kamu dan benarlah mimpi kamu itu."
*petikan dari booklet karangan Imam Khalid Abu Syadi, Masjid Rawwas, Sayyidah Zainab, Cairo.
So? What's the point? Are the above story related to ourself in remembering Rasulullah saw?
The hypotesis is???
Cetusan tanda tanya muhasabah,
13 Rabiul awwal, 1430 H.
4 comments:
xtahu apa hipotesis kt c2.. oyak la uda.. hehee.. :D
Erm..
Menarik tetapi ana sendiri pun xtau mcm mana nak dpt hipotesisnya..
Huda jelaskan lah..
nice post uda~ramai suh explain tu ^-^ syukrn 4 sharing a couple of days b4
:) kita kena rintis jalan nak capai cinta Rasulullah dengan mengingatinya, terjemah dalam amalan sbb cinta baginda sudah lama sebenarnya bersama kita
buktinya baginda sebut ummati ummati~dalamnya cinta Rasulullah
kita? apa buktinya...zahirkan lah
Tab3an,
Rasulullah perlu hadir dalam setiap perbuatan, percakapan amalan dan tindakan kita..
barulah baginda dapat hadir dlm mimpi kita, betul x?
Macam cerita pelajar tadi, segala pemikiran dan ingatannya berpusat pada air utk menghilangkan dahaga dan mengembalikan paras NaCl dalam darahnya, sehingga muncul dalam tidurnya imej2 dan pemandangan yg mengarah kepada itu, cth: hujan, sungai dan laut.
Kadang2 rindu sama family pon boleh mimpikan mereka kn?
Moga kita sama2 mengambil ibrah dan pengajaran.
Dimana Rasulullah dihati kita? Di mana Allah dihati kita?
Post a Comment