.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Monday, June 14, 2010

Teruslah berlari


Penat.

Hari ini sangat panas. Keluar seawal 8.00 pg bersama Una ke dewan peperiksaan. Subjek Forensik dan toksikologi- subjek ke dua setelah melalui Public Health dgn hati lara. Air mata ini akhirnya tumpah setelah ditahan-tahan. Berbincang dgn kakak saya ttg topik-topik forensik akhirnya mengundang hiba. Kenangan bersama arwah Jannah kembali menapak tubir mata. Ya, kami tahu airmata tidak mampu mengubah segalanya. Rindu yg disimpan hampir 2 tahun tidak bertemu, terpaksa digalas lagi utk dibawa ke akhirat kelak.

-salah satu topik forensik; sains kematian-

Merancang pelbagai agenda untuk dilaksanakan seusai peperiksaan akhir ini. Menawan KL dan Selangor bersama Jannah, menziarahi kolejnya dan penginap sehari dua di sana. Buku-buku yg saya kirim hampir RM600 dibelinya di pesta buku yg lepas. Belum cukup saya berterima ksaih ttg itu. Banyak yang mahu saya kongsikan. Bukan tidak cukup perkongsian lewat panggilan telefon, tapi dek jarak masa dan kesibukan masing-masing, semuanya saya simpan utk diceritakan pabila tiba di tanah air kelak. Tapi saya lupa, Allah juga ada perancanganNya. Allah menegur. Hati yg keras ini perlukan teguran yg keras juga. T-T

Kemana usiamu kau habiskan?
Kepada siapa kau labuhkan kesedihan dan pergantunganmu?
Kepunyaan siapakah segalanya di dunia ini?
Kemanakah sebenarnya destinasi kita?
Untuk apakah dunia ini?

-Nenek, Widad & arwah Jannah-

Allah.. Kau ambil Jannah ke sisiMu agar org yg paling hampir dgn dia menjadi hampir dgnMu.. T-T

Teringat pula emel Jannah ttg Extended Essaynya. Dia meminta pendapat saya utk essay berbahasa Melayu yg akan direbutnya. Hingga kini kesibukan dan kelalaian saya menyebabkan saya tidak tahu apakah perkembangan terkininya. Cuma hati ini tersentuh lagi dgn tajuk pilihan Jannah :

salam,
the ternet already broken down
i need
research question for my extended essay
the malay one
i think i'm gonna take faisal tehrani's book as the main research
maybe the tunggu teduh dulu?
what do you think?
in my otak maybe i one to have
konsep penyerahan or tawakal or berserah kepada tuhan yang kukuh dalam kalangan masyarakat?
tp the title x sedap?
ade pandangan lain x?
this 8th i need to rebut with others.
to get malay as the ee
u know the essay with 3500-4500 words
thaks ko da
i love you!!!

*** then i replied

salam,
cbe wat research psal manikam kalbu, buku faisal tehrani
best, psal etika pemakaian :D
***
salam,
huhu
esok nak dah RQ.
doa laa esok jannah dpt cekgu tue.
pagi2 lagi dah kne berebut.
manikam kalbu buku kat library dah ade org pinjam,
nih pun tunggu teduh dulu kawan jannah sempat pinjamkan kalu x melepas jannah nak amek buku tue buat revision.
tajuk cek:


"Kosep penyerahan taqdir dan ketentuan kepada Tuhan dalam masyarakat yang diketengahkan oleh Faisal Tehrani dalam karyanya Tunggu Teduh Dulu"

Sedap x??
bagilaa ayat lagi sedap.
kalu bleh malam nih gak
esok pepagi nak rebut
kalu jannah dapat buat ee malay
ade bengkel pastue bleh jumpa faisal tehrani
hehe
doakan cek dapt rebut ek
thanks
salam
luv u
p/s: my college famous with maher zain's song.hehe

***

salam, sorry.. being away from net lately.. outstation
panjangnye tajuk
huhu
try cek dis out: konsep takdir dan ketentuan Tuhan dlm 'tunggu teduh dulu' karya faisal musa (faisal tehrani)
xtahu la sama maksud ke x..
bunyi cam len je.. haha
btw camne? dpt x wat BM pye RQ?

***

salam..
huhu
pegi2
kat tempat duduk cekgu tue ade pintu
pastue ade notis
registration ditangguhkan
saba jeklaa

doakan ek
ramai gle nak amek ee malay
cekgu malay bleh 7 org jek

~another 6 days, rumah is waiting for me..weee~

***

Itu cerita 4 bulan yang lalu. Jika EE itu siap, saya mahu membacanya kerna saya kini sedang dlm proses utk menerima hadiah yang Allah kirimkan ini- proses menerima takdir. T-T

X nampak lagikah wahai diri?

Saya punya kakak kandung di sini. Satu kuliah, satu rumah dan satu katil lagi. Saya punya sepupu di Tanta dan Iskandariah. Saya punya anak saudara (anak sepupu). Saya punya teman-teman rapat. Saya punya housemate yg memahami. Allah hanya mengambil seorang adik saya. Adik saya yg saya kira mahu bersama- sama memikul beban dakwah ini. Medan kami sama, Perubatan. Salahkah? Hanya dia seorang.. Itukan HakNya? Orang lain, hanya sebatang kara di perantauan. Orang lain yatim piatu lagi. Orang lain tidak punya adik beradik yang lain, tunggal. Apa lagi yg patut saya sedihkan? Allah ambil satu sahaja nikmat yg dipinjamkan kepada saya. Tapi cantiknya Allah susun supaya saya segera mensyukuri nikmat lain yang telah saya abaikan, saya xsedar pun akan kehadirannya.. Allah~

-Acik, sudah la sedih-sedih tu.. Khayrat dtg niii..-

Berderu sms dan msg yg saya terima berisi doa, kata-kata penguat dan motivasi. Tidak kurang juga ziarah ke rumah saya di Tanta. Baik junior mahupun senior. Allah menghantar kalian sbg penguat. Terima kasih kepada semua. Setiap pelukan dan kata-kata kalian begitu bermakna. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa. Sungguh, saya akan membaca msg dan sms yg kalian berikan whenever i feel down. Buat housemates, hanya Allah sahaja yg membalas jasa kalian, meladeni tetamu yg kadang-kadang bertandang hingga ke malam. Membahagikan masa membaca dan menghafal nota di waktu peperiksaan hanya berbaki sehari-2. Sama-sama berbincang topik pelajaran tika kepala ini penuh dgn kesedihan dan sukar untuk fokus dlm imtihan.

Bagaimana ya, Rasulullah menghadapi saat kepergian Isteri tercinta? Apa respon Respon Rasulullah pabila menerima kematian Abu Talib pendokong kuat penyebaran risalah baginda? Bagaimana Aisyah menerima kewafatan Rasulullah, dan tetap meneruskan perjuangan Baginda? Apa yang sahabat-sahabat lakukan untuk menerima kewafatan yg tercinta Rasulullah?

-Saya sgt rindu dia, dan semua adik-adik saya!-

Saya yang beribu batu daripada rumah ini pun terasa dan terkenang-kenangkan arwah Jannah, apatah lagi ummi dan ayah di rumah. Ummi dan ayah memang kuat. Video kepulangan jenazah di rumah dan gambar-gambar berkenaan saya tangguhkan untuk melihatnya. Bimbang x keruan nnt jadinya. Biarlah di Malaysia nanti saya lepaskan segalanya. Kuburnya tok pesan agar ditandakan dgn batu gunung sahaja.

Di asrama pernah dia sakit perut dan gatal gatal badan, kerana alahan antibiotik. Saya yg tidak tahu apa, hanya meletakkan minyak di perutnya dan memicit2nya sahaja tatkala dia mengaduh sakit. Bila fikir semula dan kaitkan dgn apa yg telah dipelajari, lawak pun ada. ^__^ Sempat dia belajar menjahit baju kurung di butik selepas SPM. Saya yg sgt seronok, mengirimkan beberapa helai kain daripada Mesir utk dia buatkan baju. Apa khabar kain-kain itu sekarang ya?

Cita-citanya mahu meneruskan pengajian perubatan di Ireland. Preplacement exam telahpun dia duduki. Cuma bila keputusannya keluar nanti, orangnya telah tiada. Saya pernah bermimpi melihat langit UK dgn penuh perasaan gembira. Saya ceritakan padanya agar semangatnya naik membara ketika dia memohon doa buat peperiksaanya.

Allah, byk hikmah yg tersirat di sebalik kejadian ini...

Ya benarlah setiap yg bernyawa akan merasai mati.

Allah matikanlah kami dlm husnul khatimah.

Dia sudah selesai tugasnya! Saya perlu meneruskan langkah!


P/s:
1. Esok oral Forensik.. moga-moga tiadalah soalan berkenaan insiden Pemergian Jannah ini keluar drp mulut doktor. Bimbang bukan jawapan yg keluar, tetapi airmata T-T

2. Doakan saya dan kakak saya kuat ya! 2 down, 2 to go~

3. Saya mahu balik Malaysiaaaaaaaaaa~! Permudahkanlah Ya Rabb. T-T

4. Melayan bait-bait lagu memang best kn?





8 comments:

Pencarian Hikmah~ said...

alhamdulillah
allah sudah membuka pintu hikmahnya untuk uda
carilah.galilah.
dia tidak beri yang sia sia
uda,
saya sayang uda sangat sangat~~~

orkedkhaled said...

salam akak!
sory hari tu x dpt join dorg melawat akak :(
dh lama x jumpa
semoga akak terus kuat, tough, gagah perkasa menghadapi ujian ni ok?
:)
all the best in ur exam ;)

*perlu menjadi 'badang' laa :p

hood@sunny said...

sayang aisyah juga~

Perlu hati setabah Abu Bakar,dan jiwa sekuat Umar!

to zack: xpe, doa dari kalian yg uda pinta.

fuh gagah perkasa tu..^___^

biarlah hati itu gagah berdiri biar terluka sana sini~

comel je kn rumput? xde la besar dan segagah pohon balak, tp bila ribut taufan yg dtg, ttp teguh mencengkam tanah.

syiddu hilku adik2 sume~!!

adeqs comeyll said...

“Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi maka mereka mesti melihat dengan mata hati dan memikirkan dengan akal agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek”

لا ينال غاية رضاه من في قلبه شيء سواه

caudate nucleus said...

insyaAllah,huda dan kak Husna kuat
korang sebenarnya tabah,sangat kagum!
saya xlupa doakan untuk kalian
dalam doa hari2~
Allah ada bersama kalian!
jom..teruskan berlari! =)

harlym said...

salam...maaf tak dapat hadir solat jenazah beramai2.. ana dah datang kafr asom utk solat ghaib tapi tak tahu rumah...cari syamil tak jumpa...

hood@sunny said...

to adeqs: jazakillahukhairan, sgt bermakna bait2 kata itu.

to caudate: Allah, moga kita semua dikumpulkan di akhirat kelak dlm syurganya, ameen

to harlym: jazakallahukhairan. doa pun sudah memadai i-allah. semoga Allah memelihara kita semua.

lovely asiah said...

Takziah..
it's sounds like u r getting better.. Atiqah ade cerita ari2..k.mar pergi sambut jenazah..Alhmdllh ana sempat kenal n jumpa 4 da 1st and da last time masa ress kat ulu yam..Moga dia d tempatkan di kalangan orang yg beriman..Moga kita akan meneruskan perjuangannya sehingga kita d panggil :-) i'Allah..doaku sentiasa mengiringimu..sayang kamu sgt2 kerana Allah..hadiah dariku hanya ini:

"Diwajibkan ke atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagi kamu.tapi boleh jadi kamu x menyenanginya pdahal itu baik bgmu,dan boleh jd kamu menyukai sesuatu,padahal itu xbaik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

Al-Baqarah 216~
*tgk2kan atiqah utk kami...uhibbuki fillah awi2~