.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, July 23, 2010

Harga Dunia


- Tiada yg kekal di dunia, Alfatihah buat adinda Nuruljannah-

Hari ini memenuhi jemputan majlis kesyukuran Naik Rumah Baru seorang rakan sekerja Ummi. Bagai kenduri kahwin lagaknya. Cuma pengantinnya lama, bukan pengantin baru. Buffet disediakan berlauk kambing, ayam dan ikan bilis. Air sirap tentunya. Enak sekali. (dah lama x makan lauk kenduri) Selepas itu dibawanya jemputan melihat tinjau kawasan rumah barunya. Cantik indah, biasalah rumah baru. Dapurnya dua ^___^. Berlantai jubin besar. Subhanallah. Selepas itu diadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Ada jemputan yg menitiskan airmata lantaran memikirkan nasib diri yg xmampu memiliki rumah sebesar dan secantik itu. Masya Allah.

-Salah satu teori pembinaan Piramid-

Sebesar mana pun rumah, secantik mana pun dapurnya, semewah mana pun kereta, setinggi manapun pangkat, satu pun tidak dapat dibawa bersama ke alam barzakh kelak! Teringat Piramid2 di Giza. Berdasarkan penceritaan penduduk Mesir, Piramid adalah kuburan Firaun. masyarakat Mesir purba percaya yg mereka akan dibangkitkan selepas mati. Justeru kematian itu perlu diiringi dengan bekalan2 untuk hidup semula. Biasanya setiap Piramid diperuntukkan untuk setiap Fir'aun. Tidak hairanlah setiap lapis kerandanya diletakkan pelbagai jenis harta, emas tulen, makanan dan buah-buahan, dan tidak ketinggalan juga persalinan.

Tetapi apa yg seharusnya kita sebagai Muslim percaya? Dunia adalah ladang akhirat. Dunia tiada apa nilai. Digambarkan seperti perempuan tua oleh Rasulullah. Baru selesai membaca karya Faisal Tehrani, dalam novel remajanya 'Nama Beta Sultan Alauddin'. Masih ingatkah kita pada baginda sultan yang mencontohi Khalifah Umar meronda negara pada waktu malam itu? Saya tertarik dengan babak Sultan memohon kepada Tuk Guru Nuh Ha Mim untuk menjadi anak muridnya. (sungguh halus pengajarannya)

"Datangkan kpd kita 7 jenis benda yg bukan berharga sangat, ia bermula ejanya dgn huruf sin (S), " kata Tuk Guru.

Setelah setiap benda diberi pembayang, dengan kebijaksanaan aqal yg Allah kurniakan, dapatlah Sang sultan mengumpulkan ketujuh-tujuh barangan yg diminta.

Sang Guru mengulas setiap barangan yg dipersembahkan baginda Sultan,

"Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.

Dunia ini ibarat sambang. Sarang madu yg kosong. Madu kekayaannya utk org lain. Habis juga nanti. Yg tinggal dunia yg kosong, ternampak dari luar , menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yg punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Jgnlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa.Apa lakunya Sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yg kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja.

Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat utk menanggalkan segala kutu yg melekat di kepala. Kebendaan yg dicari manusia dan kemasyhurannya hanyalah kutu yg patut kita tanggalkan, kita bersihkan dgn selisik.

Pada sepukal, sedarlah kita yg kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan.

Surai, marilah anakanda kita bertaqwa kerana itu sahajalah yg akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh."

**

Wahai dunia duduklah engkau di tanganku sahaja, jangan berdiam dikau di hatiku!

-Menziarahi kuburan Jannah, seakan dia membisikkan sesuatu-

Hari ke dua menjejakkan kaki ke tanah air tercinta, saya dan kakak dibawa Ummi ke perkuburan Jannah. Tersekat-sekat saya membaca yasin dan doa, sedangkan ummi lancar mengalunkannya biarpun kami berembes airmata.

Bukan tidak percaya, tetapi sungguh! Terasa Jannah pergi ke suatu tempat yang jauh, dia tak akan kembali lagi dan menunggu kami ke sana. Benarlah salam kepada ahli kubur yg diajar Baginda Rasulullah SAW dalam hadith yg bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur (supaya mengucapkan) " mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kampung-kampung Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami Insha Allah akan bertemu kamu. Aku memohon kpd Allah 3afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian"

[Riwayat Muslim]

Kepulangan saya ke kampung halaman sedikit sebanyak melepaskan rindu yg terbuku di dada. Rindunya pada udara malaysia yg berat, sarat dengan molekul air. Rindu pada bunyi sungai, bunyi cengkerik berteriakan saban malam, rindu pada curahan hujan dan tempiasnya yg hinggap di atap zink, rindu pada bau lingkaran ubat nyamuk...Rindu sungguh..

Tetapi kepulangan Jannah ke kampung abadi lebih membuatkan saya berfikir bayak. Tok berulang kali tersasul memanggil saya sebagai Jannah. Cerita tentang kebaikan-kebaikan dirinya xpernah sepi dlm sembang kami anak beranak di rumah saban hari. Jannah sudah selamat menamatkan perjuangannya di dunia. Dijemput Allah di malam Jumaat dan diterima bumiNya di hari Jumaat. Semasa proses pengkebumiannya, byk pepatung yg berlegar2 di tapak kuburannya. Selesai sudah episod hidupnya. Persoalan utama. Kemanakah kita selepas ini? Bagaimana kampung akhirat kita?

Nilailah kembali dunia dan akhirat di hati kita.

Bagaimana kita mencorakkan akhirat kita dgn warna dunia?

Kenapa berat sekali persoalan dunia ini? Kerana tiadalah daripadanya yg akan dibawa ke kuburan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.



P/S: Buku-buku, baju dan barangan Jannah diberi sahaja pada rakan-rakannya yg berhajat. Semoga penggunaan barangannya untuk menuntut ilmu mengalirkan pahala buatnya. Kami pulang ke Kedah dari KLIA berbeg 3 tetapi orangnya hanya 2 T-T.

Al Fatihah~ memori setiap Jumaat.

Thursday, July 15, 2010

Sabar dan syukur

Tahun depan akan lengkaplah sebelah tgn ^__^

Pengajian tahun ke 4 perubatan saya sudah berlalu. Sungguh! pejam celik, pejam celik saya akan memasuki tahun ke 5 Pengajian Perubatan Universiti Tanta. Terima kasih atas doa keluarga, sahabat handai, rakan taulan, senior dan junior. Sungguh, saya rasakan keputusan tahun ini, hanya hadiah dan rahmah kasih sayang Allah. Usaha saya x sepadan dgn natijah yg Allah berikan. Malu pada Allah, malu pada semua.

Tahun ini, teman serumah yg sekelas semuanya beroleh Jayyid Jiddan (75-84%). Mabruk saya ucapkan kerana tahun ini pelbagai ujian diterima oleh Baitul3ateeq (rumah saya). Dari sekecil-kecil urusan rumah hingga melibatkan universiti dan keluarga.

Kitakah yg Allah sebut dlm kitabnya?

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya, lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia berkata 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun bila Tuhannya mengujinya, lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, 'Tuhanku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak orang miskin. dan kamu mencampurbaurkan (yang halal dan batil). dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan."

[AlFajr: 15-20]


Saya akan pulang ke Malaysia lusa. Semoga setiap waktu dimanfaatkan untuk Islam, ummat, keluarga dan diri saya.

Doakan semoga dipermudahkan urusan..

Jazakumullahukhairal jaza' atas doa semua..

Cuba untuk menyediakan hati agar kurang sedih melihat barang-barang peninggalan Jannah. T-T Kepulangan saya memang tidak dapat mengembalikan adik saya, tp saya percaya ada sesuatu yg Allah mahu ajar saya.

'Mari menuju syurga dgn study.' Walk your talk Huda~!!

P/S: Sabar itu mmg indah. Penyabar itu mmg cantik ~!!


Thursday, July 01, 2010

Makhluq

Seperti namanya, makhluq adalah ciptaan, tertakluk di bawah kuasa Sang Pencipta. Tidak berkuasa apa, hanya mendapat apa yg dianugerahkan oleh Pencipta. Tercipta lemah agar sentiasa sedar dan tunduk patuh kpd Khaliqnya. Ya kita, manusia; tercipta lemah, lupa dan lalai, namun lengkap dgn akal, nafsu dan iman.


Tinggal 1 kertas terakhir saya untuk tahun ke 4 pengajian Perubatan. Ujian praktikal dan lisan ENT (Telinga, hidung dan tekak) Oh, sudah 4 tahun? Sepanjang pengajian, mereka inilah yg menemani saya. Siapa mereka?


-Berta3aruf lebih dlm ttgnya; Parasitology tahun lepas-


Saya mengenali ia sejak tahun 1 di bumi Tanta. Orang arab tempatan memanggilnya Baraghit [ برغيث] Tempat tinggalnya di kawasan berdebu dan pasir. Kesana kemari hanya dengan kudrat 6 kakinya melompat dan dibawa dek angin. Gigitannya biasanya berjujutan dan kesannya, kulit gatal berminggu-minggu! Usah di garu, minggu lepas punya gigitan pun akan masih terasa gatalnya seperti semalam baru terkena.

Entah kenapa saya adalah mangsa tegar makhluq ini. Pernah saya tidak boleh fokus dlm kuliah dek kerana menggaru gigitannya di tangan dan kaki~! Kesan gigitannya boleh meninggalkan parut, terutamanya jika telah di garu. Jadi, bagi mereka yg pernah menjadi mangsa parasit ini, sila gunakan krim 'Allergex' untuk mengurangkan kegatalan, dan 'Tritospot' untuk menghilangkan parut. ^__^ Kini, kulit saya semakin sensitif dgn kehadiran tetamu yg menempel ini. Once it comes, i can detect it and destroy it dgn penuh rasa puas hati. hahahha XD Lebih berkesan lagi adalah dengan mencegah daripada terkena gigitannya, bagaimana?

1. Pastikan baju dan pakaian yg anda pakai di luar rumah ditukar sebaik sahaja anda masuk ke rumah atau bilik. [ baju luar x sama dgn baju dlm rumah]

2. Selepas itu, basuh kaki dan tangan anda hingga ke pergelangan dan lutut, (kira lepas sampai rumah ambil wudhuk. Kan lebih baik begitu? ^__^)


3. Baju-baju luar (termasuk stokin) diletakkan jauh daripada katil dan baju-baju lain sama ada yg belum dilipat, baru diangkat ataupun yg telah tersedia dlm almari.


-Telurnya~Ada juga yg memanggil ia pari-pari comel pakai shades~ oh x tahan!-


Memperkenalkan makhluq ke 2. Dia juga lebih saya kenali tahun lepas. Sejak kecil berjumpa dgnnya. Tetapi di sini (Mesir) lebih banyak berjumpa spesiesnya pada musim panas. Daripada subjek arthropode saya tahu, kitaran hidupnya menjadi lebih pendek dan proses pembiakannya meningkat bila masuk musim panas. Ini kerana cuaca anas menambahcepatkan kematangan maggot dan telurnya.


-Pemukul lalat pinjam org-
Disebabkan final exam saya setiap tahun jatuh pada musim panas, jadi makhluq ini jugalah yg menemani saya utk study. Tidaklah lengkap meja study saya tanpa pemukul lalat selain pen dan buku nota sewaktu study. Sebelum membeli pemukul lalat, saya 'terpaksa' menggunakan buku kuliah untuk menghalau dan membunuhnya~! Oh, kadang-kadang mereka menemani saya secara berjama3ie sehingga saya terpaksa mengisytiharkan perang dan menghitung korban seharian. Banyak sangatkah? Ya terlampau banyak sehingga sehari korban boleh mencecah 30 ekor @-@ Oh teringat lalat-lalat di dewan makan Ma3. Bestnya kalau ada pelekat lalat itu. Kenapa sampai perlu membunuhnya? Kerana lalat boleh membawa bakteria dan virus secara mekanikal di kakinya. Huh, lalat di Mesir suka hinggap di muka mangsa. Sabar je lah. Kesimpulannya, mmg x boleh tahan~!

-Bunyi sayapnya sahaja cukup menguji kesabaran-

Ini lagi seekor. Jaga-jaga, ia boleh menjadi pembawa penyakit Denggi, Cikungunya, Malaria, suatu ketika dulu JE dan byk lagi. Ingin menjauhkan diri daripadanya? Senang sahaja beli racun nyamuk di kedai dan pasaraya berhampiran. Cecair ada, spay ada, repellant cream pun ada. Boleh juga dicegah dgn memasang jaring di tetingkap, dan tidak membiarkan bekas-bekas kosong dan tayar bertakungan air. Di Mesir jarang ada nyamuk-nyamuk pembawa penyakit berbahaya. Agaknya kerana bekas-bekas di sini tidak mampu menakung air, dek hujan yang jarang-jarang dan panas kering yg melampau pada musim panas. Erm, ada baiknya ya. XD




Makhluq pesies ini pula sangat-sangat berbahaya. Punca penyakit luar dan dalam~! Allah, jauhkanlah kami daripada Syaitan yg direjam. Kesan daripada makhluq ini ada jangka panjang, dan ada kesan jangka pendek. Dosa jangka pendek dan to the hell for the long run. Huhu, dia teman kita supaya kita boleh teman dia di neraka kelak! Seramnya~

Selesai bercerita ttg makhluq-makhluq yg berjaya mencabar kreadibiliti saya sebagai seorang hamba dan semestinya makhluq juga. Dalam meneruskan hidup dan menghadapi peperiksaan akhir tahun mereka inilah yg datang menguji setiap aspek hidup saya. Itu tidak termasuk ujian- ujian daripada makhluq spesis manusia.

Cantiknya Allah susun kehidupan ini~

Datanglah ujian berbentuk apa pun, ingatlah hanya makhluq yg datang dgn hati yg salim sahaja yg Allah terima.


Obstacles come..because He just want to raise you up~!


"And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray. It is they who are the heedless."




[Al-A'raf: 179]


Meh tgk telinga, hidung dan tekak org~ Jom ^__^