.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, July 23, 2010

Harga Dunia


- Tiada yg kekal di dunia, Alfatihah buat adinda Nuruljannah-

Hari ini memenuhi jemputan majlis kesyukuran Naik Rumah Baru seorang rakan sekerja Ummi. Bagai kenduri kahwin lagaknya. Cuma pengantinnya lama, bukan pengantin baru. Buffet disediakan berlauk kambing, ayam dan ikan bilis. Air sirap tentunya. Enak sekali. (dah lama x makan lauk kenduri) Selepas itu dibawanya jemputan melihat tinjau kawasan rumah barunya. Cantik indah, biasalah rumah baru. Dapurnya dua ^___^. Berlantai jubin besar. Subhanallah. Selepas itu diadakan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Ada jemputan yg menitiskan airmata lantaran memikirkan nasib diri yg xmampu memiliki rumah sebesar dan secantik itu. Masya Allah.

-Salah satu teori pembinaan Piramid-

Sebesar mana pun rumah, secantik mana pun dapurnya, semewah mana pun kereta, setinggi manapun pangkat, satu pun tidak dapat dibawa bersama ke alam barzakh kelak! Teringat Piramid2 di Giza. Berdasarkan penceritaan penduduk Mesir, Piramid adalah kuburan Firaun. masyarakat Mesir purba percaya yg mereka akan dibangkitkan selepas mati. Justeru kematian itu perlu diiringi dengan bekalan2 untuk hidup semula. Biasanya setiap Piramid diperuntukkan untuk setiap Fir'aun. Tidak hairanlah setiap lapis kerandanya diletakkan pelbagai jenis harta, emas tulen, makanan dan buah-buahan, dan tidak ketinggalan juga persalinan.

Tetapi apa yg seharusnya kita sebagai Muslim percaya? Dunia adalah ladang akhirat. Dunia tiada apa nilai. Digambarkan seperti perempuan tua oleh Rasulullah. Baru selesai membaca karya Faisal Tehrani, dalam novel remajanya 'Nama Beta Sultan Alauddin'. Masih ingatkah kita pada baginda sultan yang mencontohi Khalifah Umar meronda negara pada waktu malam itu? Saya tertarik dengan babak Sultan memohon kepada Tuk Guru Nuh Ha Mim untuk menjadi anak muridnya. (sungguh halus pengajarannya)

"Datangkan kpd kita 7 jenis benda yg bukan berharga sangat, ia bermula ejanya dgn huruf sin (S), " kata Tuk Guru.

Setelah setiap benda diberi pembayang, dengan kebijaksanaan aqal yg Allah kurniakan, dapatlah Sang sultan mengumpulkan ketujuh-tujuh barangan yg diminta.

Sang Guru mengulas setiap barangan yg dipersembahkan baginda Sultan,

"Safra itu tempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alas duduk. kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita.

Dunia ini ibarat sambang. Sarang madu yg kosong. Madu kekayaannya utk org lain. Habis juga nanti. Yg tinggal dunia yg kosong, ternampak dari luar , menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yg punya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

Sangku tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan, itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih darinya. Jgnlah kita membesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan tak punya apa-apa kelebihan.

Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada erti apa-apa.Apa lakunya Sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaan sekepeng di sisi Tuhan? Yg kita bawa menghadapnya iman dan amal sahaja.

Selisik, begitulah dunia, seumpama sikat utk menanggalkan segala kutu yg melekat di kepala. Kebendaan yg dicari manusia dan kemasyhurannya hanyalah kutu yg patut kita tanggalkan, kita bersihkan dgn selisik.

Pada sepukal, sedarlah kita yg kehebatan manusia itu sementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus. Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi Kehebatan dan Keperkasaan Tuhan.

Surai, marilah anakanda kita bertaqwa kerana itu sahajalah yg akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titian sehalus surai dibelah tujuh."

**

Wahai dunia duduklah engkau di tanganku sahaja, jangan berdiam dikau di hatiku!

-Menziarahi kuburan Jannah, seakan dia membisikkan sesuatu-

Hari ke dua menjejakkan kaki ke tanah air tercinta, saya dan kakak dibawa Ummi ke perkuburan Jannah. Tersekat-sekat saya membaca yasin dan doa, sedangkan ummi lancar mengalunkannya biarpun kami berembes airmata.

Bukan tidak percaya, tetapi sungguh! Terasa Jannah pergi ke suatu tempat yang jauh, dia tak akan kembali lagi dan menunggu kami ke sana. Benarlah salam kepada ahli kubur yg diajar Baginda Rasulullah SAW dalam hadith yg bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar mereka sekiranya menziarahi kubur (supaya mengucapkan) " mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu sekalian wahai penghuni kampung-kampung Mukminin dan Muslimin, dan sesungguhnya kami Insha Allah akan bertemu kamu. Aku memohon kpd Allah 3afiat untuk kami dan untuk kamu sekalian"

[Riwayat Muslim]

Kepulangan saya ke kampung halaman sedikit sebanyak melepaskan rindu yg terbuku di dada. Rindunya pada udara malaysia yg berat, sarat dengan molekul air. Rindu pada bunyi sungai, bunyi cengkerik berteriakan saban malam, rindu pada curahan hujan dan tempiasnya yg hinggap di atap zink, rindu pada bau lingkaran ubat nyamuk...Rindu sungguh..

Tetapi kepulangan Jannah ke kampung abadi lebih membuatkan saya berfikir bayak. Tok berulang kali tersasul memanggil saya sebagai Jannah. Cerita tentang kebaikan-kebaikan dirinya xpernah sepi dlm sembang kami anak beranak di rumah saban hari. Jannah sudah selamat menamatkan perjuangannya di dunia. Dijemput Allah di malam Jumaat dan diterima bumiNya di hari Jumaat. Semasa proses pengkebumiannya, byk pepatung yg berlegar2 di tapak kuburannya. Selesai sudah episod hidupnya. Persoalan utama. Kemanakah kita selepas ini? Bagaimana kampung akhirat kita?

Nilailah kembali dunia dan akhirat di hati kita.

Bagaimana kita mencorakkan akhirat kita dgn warna dunia?

Kenapa berat sekali persoalan dunia ini? Kerana tiadalah daripadanya yg akan dibawa ke kuburan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.



P/S: Buku-buku, baju dan barangan Jannah diberi sahaja pada rakan-rakannya yg berhajat. Semoga penggunaan barangannya untuk menuntut ilmu mengalirkan pahala buatnya. Kami pulang ke Kedah dari KLIA berbeg 3 tetapi orangnya hanya 2 T-T.

Al Fatihah~ memori setiap Jumaat.

3 comments:

Husna Sani said...

baru nak tulis pasal (S) tu,
xpelah, ada idea lain nak tulis..

he he he

P/S: urusan dunia dia dah settle, sbb tu dia pg dulu. kte ni x settle2 lg, adeh.

harlym said...

kalau ade gambar barang2 (S) tu, boleh mentasawwur penggunaannya...maklumlah bahasa klasik.

SINCERE SERVANT said...

Merasai kehilangan dek kematian orang terdekat amat-amat adalah hadiah terbaik oleh Allah buat kita yang sering lupa ini...
Melihat tanah perkuburan insan yang kita sayangi itu menjadikan kita lebih yakin bahawa tanah itu akhirnya kita...

Ya ALLAh, bantulah kami utk yakin dengan segala Kalam dan Janji Engkau.. kerana IMAN yang Benar pada-Mu hanyalah terkait soal KEYAKINAN tanpa RAGU terhadap DIKAU dan segala JANJI-JANJIMU....

T_T

[Would love to visit Jannah in her new home one day, insya-allah..]