.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, July 24, 2011

Dua Hari di Dumyat


Waktu yang paling berharga dan paling berbahagia adalah bersama mereka yg kita cinta. Kadang-kadang geram pada masa yg cemburu melihat kebersamaan kita, terasa masa sengaja mahu berlari selajunya sedangkan kita berharap tempoh bersama itu selamanya. Ini istilah rindu namanya!

Dua hari di Dumyat dalam rangka berziarah sambil mencari ketenangan, alhamdulillah ketenangan itu dihantar Allah melalui mereka yg saya cinta. Melihat sahaja wajah mereka mengingatkan kpd Allah. Mendengar bait-bait kata mereka merasa terpujuk dengan janji-janji dan nikmat Allah. Melihat perlakuan mereka, terasa mahu meningkatkan usaha supaya dipandang di hadapanNya! Nyata mereka bukan malaikat tetapi manusia yg juga punya kelemahan, tetapi cuba untuk memperbaiki dan meningkatkan diri dan membersihkan hati.

Usai Cardiology round yg ditutup dgn tirai Peperiksaan MCQ, Case presentation, OSCE dan Viva, saya bergegas ke Dumyat. Perjalanan yg memakan masa hampir 3 jam dengan singgah bertukar kenderaan di stesyen Talkha, Mansurah memang memenatkan. Ditambah dengan matahari utara Afrika yang tidak segan silu memancarkan sinarnya menjemput keringat mencurah-curah turun. Allah itu Maha Adil, Dumyat mengalu-alukan kedatangan kami dengan sapaan bayu laut Mediterraneannya. Segar~

Jaulah kali ini berlainan benar. Mugkin kami sudah lama tidak bermusafir bersama. Ibarat menambah perisa dalam makanan, manis sekali kalau nk di rumuskan segala kisah kami di sini.

Berita gembira menjemput kami ke Dumyat. Kehamilan si tuan rumah, mengisi kisah ceria kami ptg itu. Refresh kembali betapa perlunya pembinaan generasi kini untuk masyarakat dan ummah masa hadapan! Lewat petang itu, kami dikejutkan dgn berita pemergian bonda seorang sahabat di Dumyat. Justeru, sama-sama kami dirikan solat jenazah ghaib utk allahyarhamah. Baik pengakhiran beliau. Dijemput pada mlm Jumaat yg mulia. Mlmnya salah seorang daripada kami berkongsi kisah wanita aktivis dakwah Indonesia yg telah terlebih dahulu dijemput pulang oleh Allah.

Beliau mempunyai 13 org cahaya mata, namun beliau aktif dan lincah bergerak dan menggerakkan gerakan dakwah Indonesia. Pernah satu ketika bila ditanya tentang anak-anaknya yg ke berapa(semasa ditanya beliau sudah mempunyai 11 org anak), beliau selamba menjawab ini yg ke 3 terakhir. Alhamdulillah beliau dikurniakan dgn ramainya anak, namun apabila ibu-ibu di Palestin bertanyakan hal yang sama , tentang bilangan anaknya, ibu-ibu di Palestin berkata: hanya 13 org anak kamu? Kami di sini 14 org minimum anak dalam sesebuah keluarga. Masha Allah~

Bila beliau ditanya oleh ibu-ibu di Palestin tentang berapa juzukkah hafalan AlQur'an beliau, "Alhamdulillah, sudah 20 juzuk" jawab beliau. Namun ditanya kembali oleh ibu-ibu Palestin itu, apakah yg kaum ibu di sana lakukan? Kami di palestin 30 juzuk itu sudah lama dihafal! Kamu punya negara aman dan damai, jika hendak dibandingkan dgn kami yg saban hari berhadapan dengan perang, darurat dan kematian!

Allah.... dengan si aktivis indonesia itu sahaja saya dan yg lain sudah terasa kekerdilannya, apatah lagi dengan Ibu-Ibu mujahid Palestin! Lantas kami beresolusi, memateri janji dlm hati sendiri. Ramadhan kali ini perlukan perubahan. Diri ini tidak betah lagi duduk di tampuk yg lama. Hati ini perlu berubah!

Esoknya qiyam terasa indah. Pagi Jumaat penuh barakah itu kami isi dgn gotong royong memasak sarapan. Bicara hati ke hati, penambah seri. Kemudian kami menapak ke persisiran laut Dumyat. Menghirup bayu Mediterranean, memijak pasir hitam Dumyat.

Alhamdulillah, Dumyat berjaya membawa saya menelusuri satu perasan yg saya sendiri bahagia mengecapinya. Rindu ini terubat~!

Allah, kumpulkan kami di Akhirat sana bersama-sama hambaMu yg soleh. Jadikan Ramadhan kali ini hadiah paling besar buat kami.

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Pada bulan Ramadhan ummatku diberikan 5 hal yg tidak pernah diberikan kpd umat sebelumnya;

1. Bau tidak sedap mulut org berpuasa lebih wangi di sisi Allah drp minyak misk.
2. Para malaikat memohon pengampunan utk mereka yg berbuka.
3. Setiap hari Allah SWT mencantikkan syurga kemudian berfirman: "Hampir-hampir para hambaKu yg soleh mendapati berbagai beban dan rasa sakit, dan akhirnya mereka sampai kpdmu-syurga"
4. Para syaitan dibelenggu sehingga mrk tidak mampu mencapai sesuatu di luar Ramadhan mereka mampu mencapainya.
5. Pada malam akhir Ramadhan, Allah SWT memberikan pengampunan. Ditanyakan kpd Rasulullah SAW apakah itu dia LailatuQadr? Beliau SAW benjawab: Bukan, akan tetapi setiap pekerja jika telah menyelesaikan kerjanya, nescaya akan diberikan upahnya secara penuh.

[Hadith Riwayat Ahmad]

Apakah dia upah yg lebih istimewa drp upah Sang Pencipta?

Sampaikan ku pada RamadhanMu Ya Rabb~!

Sama-sama doakan!

Di antara aku dan RamadhanMu hanya seminggu~


No comments: