Pernah saya bersembang dan berbasa-basi dgn penjual buah epal di gerainya yg terletak berhampiran tempat menuggu teksi dan segala jenis pengangkutan awam (kecuali METRO) di Ma3rad, berhampiran rumah saya di Tanta. Selepas saya ditanya dgn soalan lazim (FAQ) mengapa memilih Mesir dan saya telahpun mempunyai skema jawapan khas, terpacul pula dari mulut saya jawapan baru yg saya peroleh tidak lama dahulu.
*semestinya dialog kami dalam bahasa arab pasar.
Pcik jual buah: Kenapa pilih Mesir?
Saya: Sbb Mesir kan Ummu Addunia..
Pakcik jual buah: Wah kamu pun tahu Ummu Addunia..Jadi siapa pula Ayahnya (Abu Addunia)?
Saya: Saya pernah dengar soalan itu sebelum ini. Tapi saya x ingat jawapannya. Alaaa, saya pernah tahu sblm ni!!
Pcik jual buah: OK, kalau kamu pernah tahu dan jawab dgn betul kamu akan dapat sebiji epal.
Saya: Alaaa, saya x ingat. Tapi saya pernah ingat sebelum ini Pcik!
Pakcik jual buah: Baik, kamu balik rumah dahulu, esok kalau kamu dah dapat jawapannya kamu dtg jumpa saya lagi.
Saya: Baik pcik.
Dalam hati saya bersungguh2 akan dtg berjumpanya semula. Kerana geram akan ilmu yg terlupa tadi dan semestinya utk menuntut janji sebiji epal hijau pcik yg saya gemari ituu~hehe ^_____^
Esoknya, dgn izin Allah dan ilham dariNya saya teringat jawapan tersebut. Terus saya menapak menyatakan jawapan Abu Addunia adalah Negeri Syam meliputi Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. Maka sebiji epal hijau itu pun bertukar milik. Saya sgt gembiraaaa! Alhamdulillah.
Dataran Syam, negeri yg saya rindu. Tahun lepas saya berjaya ke sana dgn izin Allah di tengah-tengah kancah revolusi Mesir. Ketenangannya, keindahannya, sejarahnya, penduduknya, semuanya saya rindu. Sehingga tercatat sbg praylist saya tempat ini, Syria dan Jordan perlu saya jejak semula jika punya kesempatan masa, nyawa dan wang ringgit.
Kini, dataran syam itu sedang berdarah. Syria to be more specific. Menurut sahabat saya yg masih belajar di sana, kuliah mereka berjalan seperti biasa. Tiada perintah dikeluarkan agar ditutup pengajian. Namun, rakan sekuliah mereka semakin berkurangan. Entah apa yg telah terjadi kpd mereka dia sendiri tidak dapat memastikannya. Perintah berkurung juga tidak dilaksanakan. Kenapa? Kerana jika dilaksanakan,maka kuranglah peluang kerajaan utk membantai rakyatnya. Na3uzubillah. Saya x mahu cakap banyak. Mohon kita semua tujukan doa dan Qunut nazilah buat musuh Allah ini.
Ihfazillaha yahfazukum! Kemenangan itu dari Allah~
Ummuddunia (Mesir) telah berjaya menyingkirkan diktator yg mencengkamnya. Bilakah giliran Abuddunia?Doakan pasangan Mesir ini ya- Sang Suriyah..
Sanah Helwah Hana
5 months ago
2 comments:
Wah nak tiru la skema jawapan tu :D menarik betul tentang abu dunnya tu. first time tahu..
:D
skema jawapan yang best dan new
alhamdulillah berkesempatan jugak menziarahinya meskipun ketakutan sentiasa ada dari jejak pertama hingga terakhir
moga Allah redha kita semua insyaallah ~
Post a Comment