Lebih kurang seminggu lagi saya bakal meniggalkan Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan buat sementara waktu, utk memberi laluan kpd Pembedahan pula~ Rotation/Round Gynecology telah selesai sblm cuti musim sejuk tempohari. Kini hari-hari yg berbaki adalah untuk Obstetric- Ilmu perbidanan.
Menunggu bilik kuliah dibuka, sblh sahaja Major Operation Teatre - ObGyne
Hari pertama masuk menyaksikan proses bersalin biasa, as I'm observing a Primigravida cukup memberi pengajaran pada saya:
Lesson 1 : Be prepared technically & spiritually.
Lesson 2 : Be firm & Patient.
Lesson 3 : Language barrier indeed A BARRIER!
Lesson 4 : Maka jgn sesekali derhaka kpd ibumu.
Lesson 5 : Study sungguh-sungguh. 2 nyawa di tangan anda!
Making my own Pregnancy Wheel after failure of trial to describe it to Pharmacist @-@
Sesungguhnya proses mengandung dan kelahiran adalah ujian bagi wanita. Dalam tempoh ini, wanita berisiko utk mendapat penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Kelahiran pertama juga menguji pelvis wanita sama ada kompeten untuk bersalin secara normal ataupun kelahiran terpaksa dilakukan secara Cesarean.
Terlanjur bercerita ttg Cesarean, seorang Prof saya rajin bercerita ttg sejarah OnG. Tempoh hari beliau bercerita ttg asal usul nama Cesarean Section (CS). Ada pendapat mengatakan Julius Caesar dilahirkan secara pembedahan begitu, ibunya bukan bersalin secara normal, maka pembedahan ini dinamakan sedemikian. Ada pula yg mengatakan idea pembedahan ini timbul apabila sekumpulan Dr came across a bull with its horn menanduk dan merobek perut seorang ibu sarat mengandung, dan bayinya terkeluar daripada luka robekan tersebut, dan seperti biasa Prof saya itu mengatakan ada bukti yg menunjukkan CS telah ada sejak zaman Mesir Purba!
Sambutan Jubli emas Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan ^___^
Zaman kini telah berubah, seni perbidanan kini hampir-hampir hilang ditelan CS. Walaubagaimanapun, Perbidanan dan Sakit Puan bagi saya adalah ilmu yg sangat menarik, sentiasa berkembang demi kelangsungan hidup umat manusia :) Ilmu ini sangat berguna kerana di mana ada manusia, di situ akan ada ibunya! Dan proses bersalin adalah proses terpenting utk memastikan kemandirian spesis makhluq Allah yg bernama manusia hingga hari akhirat kelak~
Saya akan merindui jabatan ini~ Jumpa lagi utk peperiksaan pertengahan tahun nnt I-Allah.
Doakan peperiksaan akhir round saya ini pada 18 Mac (Ahad) ini ya!
*Pening dgn Lecturers, British School VS US School - Ayyi Hagah mumkin Ya dakatrah?
4 comments:
sbb itu lah syurga terletak dibawak telapak kaki ibu,sangat menginsafkan,ibu bertarung nyawa demi anaknya (dah rase pengalaman itu)
info yg menarik, saya dihujung2 bulan,ter'dapat penyakit darah tinggi, rase cam kelakar, tp tu lah reality nye.. thank's share info..
(rindu kat huda) dah lame rasenye xjumpe.
Ulfaaaaa!
Selamat da fa lahirkan anak ^___^ Alhmdulillah~
Mmg hypertension kadang2 menyerang ibu mengandung anak pertama (pre eclampsia) tp kalo di control dgn baik, i-allah xde apa-apa :)
anak 1st je ea? yg kedua xdah? share la skit, risiko ibu yg operate ni untuk second baby..hihi
Ibu-ibu yg pelu di operate biasanya atas beberapa sebab yg mcm2, bukannya PreEclampsia dan Eclapmsia sahaja.
Tapi biasanya operation ke atas ibu PreEclampsia adalah kerana kesihatan bayi dalam kandungan merosot,bayi songsang, jalan x terbuka, pelvis ibu yg kecil,dan keadaan kesihatan ibu yg membimbangkan.
Risiko utk kandungan ke dua ke atas ibu yg mempunyai sejarah PreEclampsia utk mendapat PreEclampsia semula tetap ada.
Dan ada juga pesakit yg menghidap PreEclampsia, bayinya dpt sampai ke fullterm dan bersalin secara normal.
I-allah, dengan kebergantungan pada Allah, penjagaan makanan dan pengurusan stress yg betul, segala penyakit dapat dihindari.
Wallahua3lam~
Post a Comment