.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, September 07, 2008

Tarhibu Ramadhan~Welcoming Ramadhan


Sedari hari ini, tanggal seminggu ummat islam menunaikan rukun islam yg ke 3. Bahtera Ramadhan sudah mengibarkan layarnya. Saya sempat menjadi musafir berkelana, bersahur dan berbuka di merata tempat. Melihat pelbagai ragam manusia, memberi peluang koreksi diri.

Dalam perjalanan sempat saya mengutip beberapa bahan yg saya kira berguna buat renungan Ramadhan kali ini.

Suka saya gariskan objektif utama berpuasa: GAINING TAQWA.

Thus, how to put it into practice?

1. Ikhlaskan ibadah puasa HANYA kerana Allah.
2. Fikirkan dan cari berita gembira yg Allah janjikan bg org2 yg berpuasa.
3. Rasai bulan ini membawa pahala agung, syafa3at, penghapusan dosa dan doa dikabulkan.
4. Mempelbagaikan ibadah, sesuai dgn petunjuk Rasul saw.
5. Fahami konsep puasa boleh meningkatkan iman, kekuatan fizikal dan memberi keberkatan masa.
6. Memahami cir2 Ramadhan. (Pintu syurga dibuka seluas2nya, pintu neraka ditutup & syaitan dibelenggu)
7. Merasai puasa suatu ibadah khusus dari Allah untuk hambaNya. DIA berhak memberi balasan.
8. Tahu bagaimana hebatnya para sahabat Rasulullah meraikan Ramadhan.
9. Tahu dan sedar kelebihan dan syafaat Ramadhan.
10. Tahu Ramadhan menjadi bulan turunnya kitab2. ( Injil - 1 Ramadhan, Zabur - 5 Ramadhan, AlQur'an - 17 Ramadhan)


Credits to una, she got the complete list. I just copied her notes as she got the ultimate speciality in paying a full attention to a lecture. (Syukran)

~Layari bahtera Ramadhan menuju destinasi TAQWA~

Allah tidak membiarkan bulan ini kosong dgn hanya ada objektif, tetapi diciptaNya lengkap dgn pakej pelan tindakan. Dalam bulan ini juga terbinanya tingkat2 menuju TAQWA antaranya:

1. Mu3ahadah > perbaharui perjanjian dalam diri utk berubah.
2. Mujahadah > melawan hawa nafsu.
3. Muhasabah > koreksi diri.
4. Muraqabah > rapat dan hampir dgn Allah, melalui ibadah.
5. Mu3aqabah > denda. (fidyah dan qadha')
6. Mudawwamah > berterusan ibadah.

"Man saama ramadhana imanan wahtisaaban, ghufiro lahu ma taqaddama min zanbih"

Tuntasnya, misi Ramadhan saya:

1. Tahan marah.
2. Talk no nonsense.
3. Tadabbur surah AlQiyamah.
4. Reciting 2 juz a day.
5. Ulangan hafazan juz 30.

Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat saya kerana saya ingin sekali duduk mengecapi hidup bebas dosa dan merasai nikmat kemanisan TAQWA.

Wallahua3lam~

3 comments:

Anonymous said...

ah dah masuk hari kelapan hari ini..target tak settle lagi..target yg anti beri pun tgh usaha..teruskan beramal..

Little Bookworm said...

Selamat berpuasa huda! anda dimana skrg?? May this ramadan be better than the last insya Allah...hope you will gain many benefits from ur kembara ;) btw, huda nk jadi gynae ke nnt?

hood@sunny said...

Salam ramadhan, i-allah cuba utk buat yg terbaik. Doakan ana. Kini berkelana di tanah utara... :D