.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Tuesday, June 23, 2009

Menara gading

This post specially dedicated to my sister whom today will be a student of International Baccalaureate [IB] Middle Year Program in above institution. Insha Allah she'll be furthering Medicine after 2 years in IB. Congratulations sis! Welcome to the club~

Melangkah ke menara gading membuatkan saya gerun, excited, wondering dan pelbagai perasaan bercampur baur.(actually perasaan saya mmg ske mixed, x seronokla if in one occation there is only single feeling kn? ^ ^) Gerun kerana teringatkan kata2 entah siapa yg memberitakan Universiti dan pusat2 pengajian tinggi adalah pusat penyembelihan!! Benarkah begitu? Ya, hal ini mula terasa benarnya apabila saya meninggalkan bangku sekolah yg menjadi tapak semaian tarbiyah dan melangkah ke Pusat Matrikulasi UIAM. Benar, budaya hedonisma dan individualisma betul2 menyembelih pemuda dan remaja Islam. Sibuk bergaya, sibuk bercouple, sibuk mencari duit, x kurang juga yg sibuk belajar. Uh, betul2 merimaskan! X peduli org lain. Kubur masing2!

Excited pula bila memikirkan strategi dan planning yg perlu dibuat utk merubah keadaan ini. Seronok dan gembira bila diri ini tidak terasa keseorangan. Sakit hati, ada ubatnya. Salah satunya berdampinglah dgn orang2 soleh. Lagu Opick selalu juga jadi peringatan.



Perjalanan ini adalah satu kehidupan. Semua percaya sebuah perjalanan perlu pada destinasi dan bekalan bukan? Destinasi kita apa? Bekalannya apa?

Tercampak ke bumi Anbiya' hampir 3 tahun buat saya sentiasa terfikir2. Allah merencana sesuatu buat diri ini. Lapangan manapun kita, disiplin belajar bagaimanapun kita, dan jadi apa kita nanti bukan itu persoalannya. Yg penting niat kita, bagaimana kita menggunakan kemahiran yg ada utk berbakti dan memberi sebayak2nya pada org lain, dan yg paling penting dan utama, menjadi sebenar2 HAMBA di hadapan Allah.

Mahu jadi doktor? Kenapa?Pasai pa? Daripada setipikal2 jawapan hingga ke alasan yg berjela2. Jadi doktor org pandang tinggi. Jadi dr pakar, gaji tinggi. Kalo masuk meminang org xkn tolak (bg lelaki). Mak ayah pun tumpang bangga. Anak siapa? oh, yg doktor itu..sejuk perut mak mengandung. Begitukah? Itukah sbbnya? Kerna tidak mahu org pandang begitu jesteru perlu memilih aliran lain?

Ah, persetankan semua..Saya punya tugas yg lebih besar. Sejak melangkah meninggalkan tapak semaianlah saya mula sedar akan tanggungjawab ini. Hak diri, ibubapa, adik beradik, keluarga besar,sahabat2, teman sekuliah, jiran2 rumah, pensyarah kuliah, boss dan pesakit. Banyak, tak tertanggung rasanya.

Entah, mungkin saya sejenis jiwa yg sukakan cabaran. Tawaran ke Mesir saya terima dgn sepenuh penyerahan pada Allah. Selepas di 'basuh' oleh adik mak saya. Kata-katanya buat saya tercabar. "Selagi anak2 muslim yg lahir disambut oleh org bukan Islam, selagi itulah WAJIB atas kamu utk study medicine!!" Dush3. Terkena atas batang hidung saya. Tepat. Ya lah, saya punya kelayakan, saya seharusnya punya kesedaran, Ummat Islam perlukan doktor berjiwa Daie. Ummat Islam sekarang tenat. "Apa lagi, grab the chance!" Ummi pula bersuara, kesal kerna dahulunya dia berpeluang ke bidang perubatan tetapi ditolaknya kerna kurang berkeyakinan.

Perkara pertama bila tiba di Mesir, observe... Baca keadaan, situasi dan suasana tempat baru. Melihat membawa kepada penafsiran>> analisa dan barulah disusuli dgn tindakan. Ya, macam2 saya pelajari. Keadaan saya selaku generasi pertama pelajar perempuan jurusan perubatan di Tanta, Mesir sungguh mendidik jiwa. Belajar berdikari. Itu yg buat saya puas hati. Tidak bergantung sepenuhnya pada org lain, mendidik saya supaya tidak manja dan membentuk minda supaya matang dalam menyelesaikan masalah.Oh,oh.. Saya suka Mesir, byk ibrah yg secara tidak langsung memberi kesan pada jiwa saya. Sungguh, penyusunan Allah sgt teliti.( ^^! )

Buat adik yg disayangi. Rasanya dah berbakul2 nasihat org dah bekalkan. Cuma disini saya ingin berkongsi kegembiraan dan apa yg saya rasa sewaktu melangkah ke gerbang universiti. Apa yg penting, niat yg dijaga, and always see the glass half full, and fill the bottle with the pingpong ball first, then the sand n water.

In short:

1. Renew and stick to your niat.
2. Think positive (always thinking, make ur brain works!)
3. Prioritize ur works.
4. Hope, fear n love Allah, put Him infront of ALL ur doings.

Suka nk kongsi madah dari insan yg tersayang, UMMI HALIMATON :

Anak-anak didikku telah meninggalkan MATRI untuk meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi. Persediaan yang dibina di MATRI kiranya dapat menjadi bekalan bagi menghadapi suasana jahiliah yang beaneka ragam. Biar bagaimanapun, anak-anakku perlu ingat, penerusan tarbiyah itu perlu. Kalau ia berhenti, bererti memberi laluan pada unsur-unsur yang melemahkan.


Tidakkah dirasakan wahai anak-anakku sayang, bahawa suasana di sekelilingmu kini sebagai medan ujian. Ujian bagi menguji kekuatan sebenar. Andai ia dapat diatasi, iman dan kekuatannya akan tertingkat. Firman Allah SWT :" Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan, mereka berkata ,Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji."

Kejutan budaya dalam suasana jahiliah dan hawa nafsu yang memang melalaikan terutama pada hati-hati muda. Di sinilah dapat diukur komited dan dominan kita dengan kefahaman, kesedaran dan keyakinan hasil dari proses tarbiyah yang berterusan. Sejauh mana kekuatan itu menjadi benteng mempertahankan kelarutan kita dalam suasana sekeliling kita. Sejauh mana ia dapat berfungsi mengisi kemakrufan serta menyebarkan keindahan dan keunikan nikmat Islam dan Iman. Nabi Adam dan Hawa telah memberi iktibar terhadap respon mereka kepada kejutan budaya ini. Limpahan nikmat Allah telah diuji dengan godaan Iblis, Hawa terpesona dan terus mengikut arahan iblis (anak-anak pasti mengetahui detail cerita ini). Adam dan Hawa menyesali perbuatan mereka, terus bermuhasabah dan bertaubat.Inilah gambaran orang yang beriman dan tawadhuk. Anak-anakku, Allah pilih insiden ini pada Nabi yang mulia untuk kita mengambil iktibar daripadanya.


Di kesempatan ini, terus Ummi manfaatkan untuk membincang isu kekuatan kiranya anak-anak tidak jemu membaca, memahami dan menghayati. Cerita Nabi Yusoff paling hampir dengan diri anak-anak. Di sekeliling beliau, penuh tarikan dan pujukan...tapi hatinya kuat dengan kekuatan ikatanya dengan Allah dan takwanya menjadi penghalang untuk menurut kemahuan mereka.


Anak-anakku,

Inilah kekuatan yang sama-sama perlu kita bina.Kalau tidak, di manakah tamayuz antara pembangunan Islam dan jahiliah..antara pembangunan hati dan kebendaan/ilmu semata. Tentu kekuatannya yang sentiasa terikat erat dengan Allah swt.


Pasti anak-anak sibuk dengan kuliah dan tugasan yang bertali temali. Ummi simpati dan gembira kerana dalam kesibukan ini Allah memberi jua kesempatan untuk anak-anak mengikuti program tarbiyah. Kita akan rasa tenang dan bersemangat untuk terus berjihad di medan ilmu ini. Syukurlah...anak-anak, kebersamaan anak-anak bersama orang yang dapat membina kekuatan dan keterikatan hati dengan Allah menyejukkan hati Ummi.


Ummi kembali memperingati tentang peringkat jihad yang disarankan oleh ulama muktabar Ibnu Qayyim :

1. Jihad Mencari Ilmu

2. Jihad Mengamalkan Ilmu

3. Jihad Melawan Hawa Nafsu

4. Jihad di medan perang

Jihad ini perlu diambil secarra menyeluruh agar tidak berlaku ketempangan di dalam ubudiyah kita yang mulia. Anak-anakku, kecemerlangan ini dipertanggungjawabkan pada pemuda..kerana kesediaan, potensi dan kemampuan yang ada pada mereka memungkinkan satu pencapaian yang diharapkan dan diredhai Allah.

Ummi Halimaton

Y you wanna be a doctor?

I WOULD like to refer to the recent letters about housemen and sick doctors. The job of a medical officer is very demanding and carries a heavy responsibility, especially now, as patients are more aware of their rights, have high expectations, are medically more knowledgeable and more litigations conscious. Housemen, their parents and those who aspire to be doctors should realise this.

Housemanship requires psychological and physical endurance. If one is unable to cope with the demands during this period, then one may succumb to stress, and the possibility of making medical errors is higher.

Many want to be doctors without realising that they have to make a lot of sacrifices.

A medical student is responsible only for himself, but once he graduates and becomes a doctor, he is responsible for the life of his patients.

The medical profession is rather unique in that although a doctor may have obtained a medical degree, he still cannot practise because he still has a lot to learn especially the practical skills of medical management.

In fact, the medical degree is just a licence for them to start learning how to practise medicine. Medical doctors will not be given full registration unless they pass their housemanship training. Housemanship is the time when newly-graduated doctors are trained not only to manage and administer the medical management under supervision to patients but to withstand the endurance of working long hours, day and night, weekdays and weekend.

There was an incident when a new doctor entered the ward for the first time, and a paediatric patient collapsed in front of her. She was stunned and unable to respond whereas the nurses tried to revive the child. Unfortunately, the child died.

The doctor did not come to work for three days. On the fourth day, she came to see me and said that she had chosen the wrong profession, and subsequently left the hospital. As mentioned in your papers, there are doctors who get “sick”.

A doctor can be held liable in an action of negligence if he fails to exercise that degree of care and skill which is expected of him. Medical errors do happen when doctors misdiagnose, delay treatment or administer the wrong dosage.

As such, a houseman who examines more patients, spends longer hours in the wards and handles more procedures will become a better and more confident doctor.

Housemen should not complain about the long working hours and being scolded by their seniors and specialists. Teachers and lectures have been scolding students since ages because they want their students to succeed and be better than them.

As part of their training, housemen have to report for work long before the official hours and work through lunch and dinner if need be, and know every detail of their patients.

They should love their work and enjoy the satisfaction of seeing patients under their care recover. No patient should die because of a houseman’s incompetence. Inexperience is not a defence.

So housemen should go to work with the right attitude and acquire knowledge, skills, stamina and patience so that they can be confident of working alone anywhere in the country.

DATUK DR AHMAD RAZIN MAHIR,

Pengarah Kesihatan Negeri, Perak.

Gud luck my sis!
Lines of thought,
Summer holiday '09
Awal Shober,
Tanta.

Sunday, June 21, 2009

Carilah DIA


Oral PATHOLOGY melabuhkan tirai. Selesai sudah peperiksaan akhir tahun 3, preclinical year org kata. MERDEKA! Bahagia! BEST? Benarkah begitu?

Entah...x puas hati....

Itu sahaja yg boleh saya ucapkan. Diri ini mula menganalisa. Peperiksaan lalu, hampirkah aku dgnNya? Usahaku, all out kah? Doaku, hatiku, kuletakkan serendah2 dihadapanNya kah? Ego ku, kubiar beraja atau ku buang jauh2? Nafsuku?

Gagal

Ya itulah jawapannya. Peperiksaan kali ini gagal membawaku kpd pemilik jiwaku, pemilik masa lapangku, yg Maha Penjaga, Maha Perkasa. Aku gagal menyedari yg Allah berada disampingku, LALAI! Itulah analisa diriku, nyawaku yg Dia pinjamkan semata2 utk aku abdikan diriku padaNya.

Ya Allah, aku pasrah!

Terpana dan tersedar bila memerhati kalimahNya yg menegur,

Dan bahawasanya manusia itu tidak akan dapat kecuali apa yang dia telah usahakan"

An-Najmu 39

"Kemudian dia akan dibalasi dengan balasan yang sangat sempurna"

An-Najmu 41

Sakit hati

Tahun ini saya hadapi peperiksaan dgn keadaan yg cukup tidak bersedia, jasmani, rohani dan aqli. Mengapa begitu? Entah, saya tidak punya jawapan. Mungkin hati ini memilih utk tidak bersedia. Benar-benar terasa ilmu Allah itu ibarat cahaya, hanya akan memasuki hati yg bersih. Sekali kita berbuat dosa, akan hadirlah satu titik, tompok hitam pada hati. Patutlah susah benar nk menghafal segala ubat dan simptom2 penyakit serta men'tackle' cara belajar setiap subjek. Hati saya yg berpenyakit rupanya!! Sedari ini, saya sudah terlambat. Akhir peperiksaan barulah tiba kesedaran dan kekuatan utk bangun. Agaknya saya bukan exam oriented. sigh~

Hanya doa ayah ummi dan sahabat2 yg membawa kaki dan hati ini spy kuat utk mengakhirinya. Syukran.

Selebihnya saya serahkan pada Allah. Usaha pun xsekuat mana. I'm prepared for the worst.

Result

Tp, bila bercerita ttg keputusan peperiksaan, hati mula rasa kecut. Mengapa?

Takut? Ya takut kerna kegagalan diri yg lemah ini boleh membawa fitnah pada Islam, diri ini ibarat duta Muslim, membawa imej da3ieah!! Takut utk mempersembahkan amal yg xsehebat mana pada Allah. Takut doa yg selama ini dipanjatkan, penuh dgn selaput dosa. Risau tidak sampai kepada Dia, tidak diperkenankanNya.

Ya Allah, perkenankan doaku, doa ibubapaku, doa sahabat2 ku...

Kembali termenung jauh berfikir..

"Orang yang cerdik adalah mereka yang menghitung amalan diri mereka sendiri dan melakukan setiap sesuatu untuk selepas matinya. Manakala orang yang cuai pula adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya, tetapi dalam masa yang sama mengharapkan berbagai anugerah dari Allah"

Allah, akukah yg culas dan lalai itu?? Astaghfirullah..

Ighfir zunuubi ya Ghaffar
Ustur 3uyuubi ya Sattar
Taqabbal minni ya Rabb

What i've done and planned for my summer holiday? --->MENCARI DIA YG MAHA SATU

Thursday, June 11, 2009

Kembali


Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah. Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia. Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.

Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ... Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. .. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya.
-------------------------

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3) - telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

*sumber berita ---> sini

-------------------------------------------------

-- 5 orang pelajar perubatan kemalangan tadi

masya allah..

-- 3 masih tidak sedarkan diri, 2 selamat dan stabil

innalillah, mesti yg terselamat tu still traumatized. Sangkaku kemalangan sekitar Cairo sahaja. Rupa2nya di Ain Sukhnah, the nearest beach from Cairo towards Red Sea.

-- 3 yang tak sedarkan diri (amar zul, aman ramdzan, eckm) stabil. 2 lagi (otai, saif) selamat.

Ya Allah, Ammar Zul terlibat? Ya Hafiz, selamatkanlah sahabatku.. Buat apa mereka ke sana dlm fatrah xam ni? Owh, rupa2nya bersama ajk pelaksana program rehlah mahabbah batch mereka (ikhwah) mensurvey lokasi rehlah..

-- Punca kemalangan akibat terbabas dan ada yang tercampak keluar. Sahabat diminta berdoa dan solat hajat untuk mereka.

--
Seorg mangsa disahkan meninggal dunia.2 lagi dibenarkan keluar ICU dan dipindah ke Hospital Kasr El Ainy malam ini. Berita penuh di PO.

Siapa yg dipanggil pulang itu? Innalillahi wa inna ilaihi raji3uun. Saudaraku seaqidahku! Antara percaya atau tidak, antara mimpi atau realiti. Perasaan yg sama menerpa apabila menerima berita pemergian Ummi Halimaton. Berbaur, bingung. Mcik Fatimah dan Pcik Zulkifli betul2 tabah!!



Allahyarham adalah rakan seperjuangan saya dibangku sekolah menengah dan juga di tanah anbiya' ini. Menurut sahabat2 beliau dan mereka yg pernah berurusan dgnnya, Allahyarham mmg seorang yg baik budi pekerti, gaya bahasanya teratur dan fikrahnya jelas.

Hari ini gugurlah seorang mujahid di jalan Allah. Didoakan semoga akan lahir berjuta insan seperti beliau, malah lebih baik dari beliau. Perginya menandakan berakhirlah ujian dunia baginya, terselamatlah dia dari fitnah dunia yg menakutkan dan menggerunkan. Semoga rohnya diterima di sisi Allah dan ditempatkan bersama para soliheen dan syuhada'. Ampunkanlah segala dosa beliau, dan i-allah jasa dan pengorbanan beliau selama masih hidup menjadi saham di akhirat nanti.

Flashed back his YM status just days b4, dia mengeluh "hambatan dunia yg menyesakkan"
Semoga tenanglah roh beliau disisi Pencipta dan Pemilik rohnya meninggalkan dunia fana ini.

Kini cita-cita beliau menjadi anak2 akhirat yg melihat dunia dari jendela akhirat tercapai sudah.

Alfatihah..

Benarlah kematian adalah sebaik2 peringatan, sehampir dan sedekat2 perkara..

Kita bagaimana?

اللَّهُمَّ أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي .

• اللَّهُمَّ أحيني مسكينا وأمتني مسكينا واحشرني في زمرة المساكين .

• اللَّهُمَّ أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي ومالي .

• اللَّهُمَّ أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.

• اللَّهُمَّ أسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء

البقاء لله

Monday, June 08, 2009

Payah?



ya.. tp x mustahil...

kuatkan kaki ini, kuatkan jiwa ini ya Allah~

Pathology envi
a.k.a presummer holiday syndrome (T_T)

*pic's from here~

Saturday, June 06, 2009

Allah is there!!

Terkesan dgn artikel ini, kembali muhasabah diri. Benar segala2nya ada baik dan ada buruknya, pro & cons org kata. Tapi terpulang pada kita mahu pilih yg fujur atau taqwa.

Rasailah kebersamaan Allah di mana² sahaja. Post kali ini adalah artikel kiriman Ust. Dr. Fathi Yakan pelopor gerakan islam yg tidak asing lagi.

Dr. Fathi Yakan, Selasa, 5 oktober 2002.

'Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.


Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:

dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(Hadis Riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.Amin ya rabba al alamin.

Hanya benteng Iman sahaja yg kita ada~


Thursday, June 04, 2009

Mabruk 3laikum

Seputar suasana cuti sekolah di Malaysia.. penuh dgn aktiviti² rekreasi keluarga terutamanya kenduri perkahwinan bukan? Sengaja melarikan diri dari suasana dan demam exam final di Mesir.Sedih sebenarnya, di kejauhan ini, banyak perkara yg perlu dikorbankan, salah satunya bergembira bersama keluarga.

30-31 Mei 2009..2 pasang pengantin selamat diijabkabulkan dan menjadi raja sehari. Mabruk kepada Suhaib dan Uswah. Mereka adalah sepupu saya, emak kami adik-beradik.

Siapa mereka?



Creadits to Ahmad for dis lovely video :D

Marriage is a turning point or a step ahead to accomplish this deen. For sure marriage means responsibilities and trials inspite of mawaddah wa rahmah. Why we need marriage?

1. As a human instinct.

Islam mengangkat darjat manusia supaya tidak setaraf dgn haiwan. Mereka punya naluri yg harus di salurkan sebaiknya. Makan, pakai, tempat tinggal dan berkembang biak. Hampir sama dgn binatang bukan? Tetapi, Manusia Muslim punya tatacara yg membezakan antara dia dan binatang. Hal ini termasuklah dalam perkara perkahwinan.Syariah islam melarang kita menegah diri dari berkahwin dan inginkan kehidupan seperti Paderi Kristian dan Monk Buddha.

One day, 3 people came to the houses of the Prophet's wives to inquire about his manner of worship. When they were told, they seemed to have deemed it little. So they said, How come we compare to ourselves to the Prophet pbuh as his past and future misdeeds have been forgiven. Then, one of them said,
"I will perform prayer throughout the night forever."
The other said,
"I will fast throughout the year and never break my fast."
The third said,
"I will keep away from women and will not marry forever."

So, Allah's Messenger came to them and said, "Are you the people who said so and so? By Allah, I'm the most submissive to Allah and most afraid of Him among you, yet I fast and break my fast, I pray and sleep, and I marry women. So, he who does not follow my tradition on religion is not my followers."

Bukti dibawa dari Anas r.a dan dari Bukhari dan Muslim.

2. As a social interest.

Pertamanya dgn berkahwin, akan beroleh cahaya mata, dgn kehadiran generasi ini, umat manusia akan sentiasa berkembang dan tidak pupus hingga ke Hari Akhirat.

Kedua, perkahwinan membersihkan dan menjaga susurgalur keluarga.

Ketiga tentunya dengan berkahwin, masalah moral masyarakat berkurang. Mengapa?

"O youth, whoever can marry must marry since it will keep his sight and private parts clean and pure, but those whocannot marry, must attend to fasting, since it will control his sexual desires."

Begitulah Rasulullah menerangkan betapa perlahwinan mempunyai nilai moral yg tinggi dan mulia dalam masyarakat.

Keempat, seks bebas membawa penularan penyakit seperti sifilis, gonorrhoea, AIDS dan pelbagai lagi penyakit bawaan seks.

Kelima, bahtera perkahwinan ini Allah janjikan kebahagiaan, kasih dan sayang. [Ar Rum: 21]

Keenam, kerjasama erat antara lelaki (suami) dan perempuan (isteri) dalam membina keluarga dan mendidik anak².

Ketujuh, Membakar semnagat parents utk mendidik anak dan generasi akan datang. Kerana dipercayai pendidikan awal kanak² adalah dari dalam rahim ibu itu. Ibu tidak akan sempurna tanpa ayah dan itulah yg dinamakan keluarga.

3. As selection and choice.

Kehidupan kita tidak dapat lari dari membuat pilihan, keputusan dan perbandingan. Perkahwinan memberi satu lagi peluang besar bagi manusia memilih jalan hidupnya. Dalam islam, bukan sukasuki sahaja nk berkahwin. Ada duit, segalanya beres?Begitu? Dibentangkan guideline dalam islam utk berkahwin.

Dalam konsep memilih calon. Pilihlah yg taat pada agama sbg prioriti utama. Seterusnya barulah kehormatan keluarganya, kekayaannya dan kecantikan dan keelokan rupa parasnya.

Dalam hidup berumahtangga juga diberi petunjuk dan dijelaskan fungsi lelaki dan perempuan, suami dan isteri serta tanggungjawab pada anak².

I-allah dalam pemilihan berdasarkan apa yg Allah gariskan, ummat islam dan manusia umumnya akan terselamat dari keruntuhan dan kemusnahan kehidupan dan tamadun itu sendiri.

*dipetik dari Child Education in Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan.

Besar makna sebuah perkahwinan bukan?

Saya bila lagi?



It's not my call yet
Microbiology oral exam, Pathology written and oral exams are waiting..

Pray for me ( T_T )
Rabbuna yusahhil