.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, June 11, 2009

Kembali


Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah. Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia. Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.

Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ... Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. .. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bertaubat kepada Rabbnya.
-------------------------

Dengan namaMu ya Allah, yang nyawaku sentiasa di dalam genggamanNya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3) - telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

*sumber berita ---> sini

-------------------------------------------------

-- 5 orang pelajar perubatan kemalangan tadi

masya allah..

-- 3 masih tidak sedarkan diri, 2 selamat dan stabil

innalillah, mesti yg terselamat tu still traumatized. Sangkaku kemalangan sekitar Cairo sahaja. Rupa2nya di Ain Sukhnah, the nearest beach from Cairo towards Red Sea.

-- 3 yang tak sedarkan diri (amar zul, aman ramdzan, eckm) stabil. 2 lagi (otai, saif) selamat.

Ya Allah, Ammar Zul terlibat? Ya Hafiz, selamatkanlah sahabatku.. Buat apa mereka ke sana dlm fatrah xam ni? Owh, rupa2nya bersama ajk pelaksana program rehlah mahabbah batch mereka (ikhwah) mensurvey lokasi rehlah..

-- Punca kemalangan akibat terbabas dan ada yang tercampak keluar. Sahabat diminta berdoa dan solat hajat untuk mereka.

--
Seorg mangsa disahkan meninggal dunia.2 lagi dibenarkan keluar ICU dan dipindah ke Hospital Kasr El Ainy malam ini. Berita penuh di PO.

Siapa yg dipanggil pulang itu? Innalillahi wa inna ilaihi raji3uun. Saudaraku seaqidahku! Antara percaya atau tidak, antara mimpi atau realiti. Perasaan yg sama menerpa apabila menerima berita pemergian Ummi Halimaton. Berbaur, bingung. Mcik Fatimah dan Pcik Zulkifli betul2 tabah!!



Allahyarham adalah rakan seperjuangan saya dibangku sekolah menengah dan juga di tanah anbiya' ini. Menurut sahabat2 beliau dan mereka yg pernah berurusan dgnnya, Allahyarham mmg seorang yg baik budi pekerti, gaya bahasanya teratur dan fikrahnya jelas.

Hari ini gugurlah seorang mujahid di jalan Allah. Didoakan semoga akan lahir berjuta insan seperti beliau, malah lebih baik dari beliau. Perginya menandakan berakhirlah ujian dunia baginya, terselamatlah dia dari fitnah dunia yg menakutkan dan menggerunkan. Semoga rohnya diterima di sisi Allah dan ditempatkan bersama para soliheen dan syuhada'. Ampunkanlah segala dosa beliau, dan i-allah jasa dan pengorbanan beliau selama masih hidup menjadi saham di akhirat nanti.

Flashed back his YM status just days b4, dia mengeluh "hambatan dunia yg menyesakkan"
Semoga tenanglah roh beliau disisi Pencipta dan Pemilik rohnya meninggalkan dunia fana ini.

Kini cita-cita beliau menjadi anak2 akhirat yg melihat dunia dari jendela akhirat tercapai sudah.

Alfatihah..

Benarlah kematian adalah sebaik2 peringatan, sehampir dan sedekat2 perkara..

Kita bagaimana?

اللَّهُمَّ أحيني ما كانت الحياة خيرًا لي وتوفني إذا كانت الوفاة خيرًا لي .

• اللَّهُمَّ أحيني مسكينا وأمتني مسكينا واحشرني في زمرة المساكين .

• اللَّهُمَّ أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي ومالي .

• اللَّهُمَّ أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك.

• اللَّهُمَّ أسألك علما نافعا ورزقا واسعا وشفاء من كل داء

البقاء لله

9 comments:

Anonymous said...

masyaAllah... sangat menyentuh hati..

Anonymous said...

Ya Allah Kau tempatkanlah sahabat seaqidah kami ini bersama para syuhada'mu...
moga kita yang masih diberikan kesempatan hidup ini terus bersama-sama meneruskan perjuangan ini...


sesungguhnya engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dlm naungan cintaMu
bertemu dlm ketaatan
bersatu dlm perjuangan
menegakkan syariat dlm kehidupan
kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan2nya
terangilah dgn cahyaMu
yg tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
lapangkanlah dada kami
dgn karunia iman
dan indahnya tawakal pd mu
hidupkan dgn ma'rifatmu
matikan dlm syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela


~ya Allah..~

hood@sunny said...

sayu..

ya allah mata ini xberhenti bergenang memikirkan jasa dan kerja yg arwah dah lakukan..

kita? ya allah byk lg yg perlu diperbaiki..

sungguh, allah itu maha adil
masih diberinya kita peluang utk koreksi diri dan menambah amalan..

sinar_islami said...

May Allah bless his soul..
kejadian ini benar2 mengajak ana untuk tidak berhenti di jalan ini..
matangkan fikrah matangkan imunisasi mu untuk raih redha..
payah tapi manis....

ihsan incalescence said...

gudbye is hurt m0re than anything, especially when i know u won't say hello again.. what can i say ama.. we have so many memories..so many things to lo0k back on.. i learned so much fr0m u, gained so much.. i loved the way u made me laugh, i hated when u made me cry.. but i hated most was when i must to say so l0ng n gudbye..did u know ama.. gudbye make me think u make me realize what i have, what i've l0st n what i've taken f0r granted.. please come into ma dream ama.. I need to see n talk with u.. eventhough just f0r a 0ne time.. u know that im n0t easy to cry but ur goodbye bring tears in ma eyes ama..’thnks’ a l0t.. I miss u ama.. wait f0r me yah.. I’ll follow u n we’ll meet in jannah paradise insyaALLAH.. I miss u so much ama..
we just said bout clbrte our besday tgthr rite.. do u frget it ?? i'll still clbrate our besday at ur grave..i promise u ama.. -ihsan

insan kerdil said...

sayunya ayat criestz....
tabahlah wahai sahabat ammar

hood@sunny said...

Allah.. bergenang lagi airmata ini bila terkenangkan arwah. Saya yg hanya berjumpa arwah bila program2 tertentu pun sgt terasa kehilangan, apatah lagi sahabat2 sepermainan, teman sepersekolahan dan ahli keluarga..

semoga allah beri kekuatan..


Ayuh sahabat2, kita punya misi besar yg harus di galas, lupakanlah kelalaian kita masa dahulu..

semoga pemergian ammar bukan memberi rasa sayu yg seketika, tetapi biarlah ia jadi bahan bakar yg sentiasa membara..

Ayuh sahabat2!!

ihsan incalescence said...

prkataan tidak akn tepat utk mnggmbrkan perasaan hati..
kerana perasaan hati tidk dpt digmbrkn oleh kate2..
kebaikan y buat org sygkn nya
xpnh akn dilupakn..
sama2 kita tbhkn hati..

Nabil MJ said...

ayuh.rapatkan barisan,tetapkan langkah,tabahkan hati,perjuangan kita masih jauh.

Kerja2 DnT dipundak kita.!!