.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Saturday, June 06, 2009

Allah is there!!

Terkesan dgn artikel ini, kembali muhasabah diri. Benar segala2nya ada baik dan ada buruknya, pro & cons org kata. Tapi terpulang pada kita mahu pilih yg fujur atau taqwa.

Rasailah kebersamaan Allah di mana² sahaja. Post kali ini adalah artikel kiriman Ust. Dr. Fathi Yakan pelopor gerakan islam yg tidak asing lagi.

Dr. Fathi Yakan, Selasa, 5 oktober 2002.

'Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya.Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat interaktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh manusia diseluruh pelusuk alam.


Benarlah seperti firman Allah taala yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul.(an Nisa’ 165)

Dan firman maksudnya:

dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).

Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan.

Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar. Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berintraksi dengannya.

Sesaorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Inilah kerugian yang nyata.Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa.Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka… kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut.

Merialisasikan kebersamaan ini seseorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut di mana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(Hadis Riwayat Ahmad)

Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh.Amin ya rabba al alamin.

Hanya benteng Iman sahaja yg kita ada~


6 comments:

Kelor said...

good entri
memandai lah kite pilih
black or white

hood@sunny said...

Mahu pandai perlu kepada ilmu..
sbb ada org nampak hitam sbg putih dan putih sbg hitam..

ada yg punya ilmu itu, tetapi tiada kesan pada hati, hanya menghuni neuron otaknya sahaja..

sbb itu kita perlukan peringatan yg berkesan dan membekas

Ya Sattaru ustur 3uyuubana~

sinar_islami said...

nice post uda..
kalau tak ana pun hmpir mengepost subjek yg sama..
mga peringtn sentiasa hadir utk kita..tak kira medan mana kita berdiri...

perfect's prop said...

tak phm la video tu
terangkan ckit..

hood@sunny said...

vid ni menerangkan betapa syaitan sangat licik
sangat mudah manusia terjerumus dalam perkara maksiat..

terutamanya maksiat hati dan pembaziran masa menggunakan salah satu nikmat allah ni-internet..

salah satu contoh.. syaitan dlm bisikan berchatting~

astaghfirullah.. smg Allah lindung kita dari bisikan2 syaitan..

ameen

perfect's prop said...

oooo
syaitan tu die ajak kpd maksiat la kirenyer..
baru mym fhm...