-Perkarangan Masjid 3ibadurrahman, kawasan solat jumaat, solat Maghrib dan iftor-
5 Ramadhan 1430 (Rabu)
Doa: اللهم اجعلنا من أهل القرءان االذىن هم أهلك وخصتك Azam: Tinggal perkara² sia².
Hari ini belajar bahasa arab lagi. Question tools - (3dawatul Istifham) عدواة الاءستفهام Salah satunya-> Ayyana, أيّان -contohnya dlm Surah AnNazi3at:42
يسألونك عن الساعة أيّان مرسها "(Org2 Kafir) bertanya kpdmu (Muhammad) ttg hari kebangkitan, bilakah terjadinya?"
Kalimah 'Ayyana' memberi erti pertyaan ttg hal yg akan berlaku shj - masa akan datang. Berbeza dgn 'Mata' متى (bila) yg boleh digunakan utk mengetahui perihal masa yg telah lepas, sekarang dan yg akan datang. Dalam contoh dia atas, golongan kuffar memperolok2kan Rasulullah dgn memepersoalkan kedatangan hari qiamat.
Perhatikan kalimah akhir ayat tersebut. Mursaha-مرسها ada bunyi iras Marsa Matruh, destinasi percutian musim panas saya yg lepas. Matruh diberi nama 'Marsa' kerana di sini terdapat tempat utk kapal2 berlabuh. Oleh itu, bukti AlQur'an bahawa hari qiamat akan berlabuh benar2 membuka mata saya. Fikirkan jika kapal besar di tgh2 laut, kita nampak kecik sahaja kan? Tetapi apabila ia mendekati pelabuhan, sedikit demi sedikit, gambaran kapal ini membesar, dan apabila ia tiba, maka tampaklah saiz sebenar kapal ini. Begitu juga hari qiamat. Kedatangannya dirasai dan dilihat melalui tanda2 kecil, apabila hari itu menghampiri, maka nampaklah pula tanda2 besar. Masya Allah, betapa indahnya Bahasa arab!! Tepatlah, dan x dapat disangkal lagi, AlQur'an adalah kalamullah~!!
Benar kematian adalah sebaik-baik motivasi. Peringatan ttg kematianlah menyebabkan kita tersedar dan terdorong utk melakukan perkara2 yg baik2 sahaja. Terkadang diri ini terlupa, kadang2 diselaputi emosi, dikaburi nikmat dunia yg sementara. Astaghfirullah. Pimpinlah hati ini menuju jalanMu Ya Rabb~!!
Hari kelima: Apa yg paling dekat? Kematian. T-T
6 Ramadhan 1430 (Khamis)
-Mencari damai ~ Masjid Sayyid Badawi, Tanta-
Doa: رب اجعلنى مقيم الصلوة ومن ذرّيتى ربّنا وتقبّل دعاء Azam: X lupa berdoa pada waktu berbuka.
Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosaku, dan dosa kedua ibubapaku. Ya Matin, tetapkanlah aku dan keluargaku di jalanMu yg Kau redhai, bukan jalan mereka yg sesat. Ya HayyulQayyum, jemputlah aku dan ibubapaku menjadi tetamu rumahMu sebelum kami dijemput menemuiMu. Ya Razzaq, Kurniakanlah MUMTAZ buatku sepanjang pengajianku. Murahkanlah rezekiku dan berkatilah umurku.
Hari keenam: Allah makbulkanlah, perkenankanlah doaku.
7 Ramadhan 1430 (Jumaat)
Doa: ربّنا اغفرلى ولولدى وللمؤمنين يوم يقوم الحساب Azam: Menjaga pandangan
Hari ini menghantar housemate saya pulang ke Malaysia. Subhanallah, sepanjang perjalanan ke mator terbentang ladang2 kurma yg berjuntaian merah buah2 kurma dari pokoknya.
Hari ketujuh: Pandangan ada yg perlu diluaskan ada yg perlu dihadkan.
Seminggu sudah ku melalui Ramadhan-Ku harap Ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas. Adakah ini Ramadhan terakhirku?
Doa: اللهم اجعلنا نخشاك كأنّا نراكا وجعلنا مع نبيك و مصطفاك Azam: Bangun bersahur, diam dan xmengeluh.
-Maidaturrahman, hidangan dari Maha Pemurah melalui Sang Pemurah-
Alhmdulillah, hari ini saya berjaya bersahur setelah berpesan kepada semua jiran dan rakan.hu~ sebelum ini kami serumah tidak terjaga..adess..Sudah 2 hari berbuka puasa dgn makanan free ^^. Telah menjadi adat Mesir, para dermawan berlumba2 memberi makan org berpuasa terutamanya kepada org miskin, kurang berkemampuan dan pelajar2 fisabilillah.
"Sesiapa yg memberi makanan berbuka puasa kpd org yg berpuasa, maka pahalanya seumpama org yg berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun."
[Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a]
Jadi i-allah sepanjang bulan Ramadhan ini, foreign students sekitar Ma3rad akan berbuka secara percuma selama sebulan~!! Jimat, dan lauknya bergilir ayam, daging dan ikan termasuk 'ruz billaban' (baca-nasi dgn susu) sebagai manisan.
Hari ketiga: Syukur
4 Ramadhan 1430 (Selasa)
Doa: ربّنا فغفر لنا ذنوبنا وكفّر عنّا سيئاتنا وتوفّنا مع الأبرار Azam: X lupa berdoa sebelum berbuka puasa. (heheheh, kene listkan doa dan perkara yg dihajati ^^)
Antara 15 amal kebaikan yg dituntut Allah utk dikerjakan pada bulan Ramadhan adalah:
1: Berpuasa dgn sesungguh hati- setiap inci tubuh kita berpuasa bukan sahaja perut berpuasa daripada makan dan minum, telinga juga berpuasa, mulut berpuasa dgn tidak berkata nista dan sia2 dan termasuklah mata, tertunduk dari melihat perkara yg merosakkan pahala puasa itu sendiri. 2: Menghidupkan mlm2 Ramadhan dgn solat sunat (terawikh, tahajjud dsbg) 3: Menggiatkan ibadah di 10 mlm terakhir Ramadhan. 4: Beriktikaf (menetap di dlm masjid dgn niat ibadah - bagi perempuan, rumahnya menjadi tempat ibadahnya) 5: Mencari mlm LilatulQadar 6: Memperbayakkan bacaan AlQur'an termasuklah bertadarus. 7: Menunaikan umrah sunat bagi yg berkemampuan. 8: Banyakkan berzikir, memohon syurga dan dijauhi dari neraka. 9: Banyakkan berdoa-terutama ketika berpuasa, berbuka puasa dan doa mlm lailatulqadar 10: Bersahur. 11: Segera berbuka sebaik shj masuk waktu berbuka. 13: Menjaga segala anggota, tingkah laku dan tutur kata sepanjang bulan Ramadhan. 14: Meningkatkan ketaqwaan dan kesabaran. 15: Memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan utk org lain.
Anas r.a menceritakan: Seorang lelaki bertya Rasulullah saw: "Ya Rasulullah! Apakah sedekah yg paling afdhal?" Jawab rasulullah saw: "Sedekah pd bulan Ramadhan" [Riwayat Imam Attarmizi]
Rasulullah merupakan manusia yg paling pemurah, tidak hairanlah penduduk arab Mesir mencontohi beliau dgn berlumba2 berbuat kebajikan di bulan Ramadhan.
Sekembalinya saya dari lapangan terbang antarabangsa Kaherah menghantar kawan pulang bercuti ke tanah air, van yg dinaiki memecut deras, mengejar waktu berbuka di Tanta. Seperti berada dalam roller coaster lagaknya. Melambung2 saya dibuatnya. At the end, we can't make it arrived in Tanta before iftoor. sigh~
-Sesungguhnya sentiasa ada rezeki bagi org yg berpuasa-
Oleh itu, pemandu van akur. Tiba2 van berlalu perlahan, ada beberapa org menghalang jalan sambil membawa kotak. Seorang menghampiri tingkap van tempat saya duduk dan menghulurkan air areksus (sejenis jus buah yg saya juga tidak tahu nama Melayunya apa). Setelah itu van bergerak lambat kembali, kali ini ada org melemparkan seplastik makanan. Di dalamnya ada croissants, sekotak jus epal dan 3 biji tamar kering. Ada juga yg membawa sepanduk tertulis 'مأدة الرحمن ' . Mengajak para pemandu di atas 'highway' cairo-alex berhenti dan berbuka di sana. Namun, pcik pemandu van kami memohon maaf. "Ana fi shughl" (baca-saya sedang bekerja/bertugas). Akhirnya kami berbuka dengan rezeki yg diperoleh sebentar td. ^ ^. fenomena ini tiada di Malaysia~!! Betapa berlumba-lumbanya mereka merebut pahala sunat yg seumpama pahala wajib di bulan Ramadhan ini.
-Mereka bertiga di balai berlepas, perhatikan mereka2 yg tidak membayar tiket, terpaksa melambai dari luar shj-
Malam itu, saya ke mator (baca- lapangan terbang) sekali lagi, menghantar teman yg lain utk pulang ke Malaysia. Yg lucunya, utk masuk ke pintu kaca lapangan terbang perlu membayar LE5 (baca 5 genih) = RM2.++ !!? Mesir mempunyai 3 terminal (baca- lapangan terbang) yg masyhur dgn nama: mator adim, mator gadid dan mator gadid gadid. Dan terminal yg dikenakan bayaran adalah terminal 3-mator gadid gadid. Bukan kami kena tipu oleh pak guard lapangan terbang, tetapi di situ wujud pondok membeli tiket/pas masuk utk menghantar orang ke balai berlepas. Macam-macam ada Mesir ini. Masuk mator pun ada bayaran?!!
Saya bersahur di dalam van, dlm perjalanan pulang ke Tanta ^^.
Hari keempat: Bengang dan bingung dgn pembayaran masuk lapangan terbang.
Doa : اللهم انصر الاسلام وأعز المسلمين Azam: Bangun bersahur.
Saya tidak bersahur. Tidak menjamah walau setitik air atau sebiji kurma. Sedih. Benci dan geram.!! Menitik airmata kerana sudah bersiap sedia menyediakan makanan (masak) utk bersahur. Bukan itu sahaja, azam hari pertama Ramadhan - Melalui Ramadhan sepertimana di zaman Rasulullah- x kesampaian. Rasulullah bersahur dan melewatkannya walaupun dgn sebiji kurma dan seteguk air. Saya, bukan terlewat, tapi terlepas... T-T
Mungkin bahana ketidaksediaan jasmani pada bulan sya'ban utk menyambut tetamu besar ini (baca-Ramadhan)menyebabkan saya sedikit lelah utk berterawikh. Malam pertama, berterawikh di masjid Khalil Ibrahim, sekangkang kera dari rumah. Imamnya membacakan 1 juzuk dalam 11 rakaat terawikh dan witir. Pulang dgn keletihan, saya tertidur hingga subuh!!
"Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah" -Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a-
Namun, hari perlu diteruskan. Sahur yg Rasulullah lakukan di bulan Ramadhan telah tertinggal. Tapi x mengapa (ayat pujuk hati). Bila mengingatkan kata2 ini buat saya terus melangkah meneroka hari pertama Ramadhan.
"ما لآ يدرك كلّه لا يترك كلّه" -Jika tidak mampu meraih semuanya jgn ditinggal semuanya-
Merancang dan merencana aktiviti di dalam Madrasah Ramadhan ini mampu memujuk hati yg kecewa. Allah telah panjangkan umur saya utk menjadi pelajar di Universiti Ramadhan. Alhamdulillah.. Manusia mencipta analogi Ramadhan agar mereka terasa dekat dgnnya. Lebih mudah beramal apabila menggunakan contoh sekeliling mereka bukan?
[1] Ramadhan sebagai tetamu kita, datang bersama isterinya, Puasa, 3 anaknya, Maghfirah, Rahmah dan Pembebasan dari api neraka dan ditemani sahabat karibnya AlQur'an. Kedatangannya bawa 1001 fadhilat, yg sekecil2 sunnah dibalas berganda, apatah lagi perkara wajib.
[2] Ramadhan ibarat sekolah, madrasah dan universiti. Tidak semua manusia terpilih memasukinya. Padanya ada syllabus dan kursus2 yg menjanjikan ijazah TAQWA kepada graduan yg cemerlang. Melangkah memasuki gerbang universiti perlu persediaan, tak kiralah dari segi apa pun - jasmani rohani dan 3aqli.
-Awal Bhar-Game3 Sayyid Badawi-
Persediaan menyambut Ramadhan di Mesir sangat meriah. Tanglung (fannus) dipasang dijual merata2. Rumah dihias bak nak raya. Buku2 dan kutaib(buku kecil) seputar perihal Ramadhan dijual dan dihadiahkan kepada rakan taulan dan sahabat handai. Belum dikira bazar membeli belah dan berbelanja. Sesak bak menyambut Syawal di Malaysia. Ibubapa sibuk membeli baju baru, perkakas dan alatan rumah yg baru. Bertemu sesiapa sahaja, bibir x lekang mengucapkan Ramadhan Kareem, dan dibalas Allahu Akram. Atmosfera berlainan mencetus keterujaan yg berbeza sekali. Kali ini kali ke2 saya menyambut Ramadhan di Mesir. Tapi bagi saya, setiap tahun aura dan suasananya berlainan.
-Fawanis besi utk digantung dan dinyalakan di luar rumah pada malam hari-
-Fawanis kertas, diperhatikan msg tertulis padanya, dan digantung didalam rumah shj-
Berbicara tentang 'prep' dan persediaan menyambut tetamu VVIP setahun sekali, memasuki gerbang madrasah ulung, pasti dilaksanakan sesempurna mungkin. Jom muhasabah kembali, sudahkah anda melakukannya sepenuh hati?
6 ASPEK PERSEDIAAN RAMADHAN
* 1: PERSEDIAAN IMAN - Taubat sebenar-benarnya (istighfar dan meninggalkan maksiat) - Sentiasa berdoa - اللهم بلّغنا رمضان - Perbanyakkan puasa di bulan sya'ban (Isnin, Khamis, 15th, 16th & 17th) - Membaca AlQur'an (ada target-1 juzuk sehari misalnya) - Mujahadah utk bgun mlm. - Zikir ma'thurat dan lain-lain.
*2: PERSEDIAAN ILMU - Membaca / belajar feqh puasa, kelebihan dan ayat alqur'an berkaitan puasa. - Membaca buku2 penyucian jiwa. - Mendengar ceramah tentang Ramadhan. - Mengulangkaji surah yg telah dihafal utk persediaan imam atau makmum.
*3: PERSEDIAAN DAKWAH - Bersedia dgn bahan2 utk tazkirah dan penyampaian di bulan Ramadhan. - Menghadiri majlis2 ilmu di masjid atau di mana2 sahaja sama ada sebagai pendengar atau penyampai. - Mengingatkan orang lain ttg kepentingan persediaan Ramadhan. - Memberi hadiah ramadhan kpd rakan dgn tujuan mendekatkan diri dan mereka kpd Allah. - Menyediakan risalah kecil ttg persediaan ramadhan kpd jiran2.
*4: PERSEDIAAN KELUARGA - Melibatkan ahli keluarga dalam persiapan ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
*5: PERSEDIAAN KEAZAMAN - Membuka lembaran baru kehiduan yg lebih baik. - Menjadikan hari2 dlm bulan ramadhan lebih baik dari hari2 biasa. - Sentiasa memakmurkan rumah Allah dgn solat dan iktikaf. - Membersihkan puasa dari perkara yg merosakkannya seperti mengumpat dsbg. - Sentiasa berlapang dada. - Menghadirkan niat "amal soleh" di setiap perbuatan dan amalan.
*6: PERSEDIAAN JIHAD - Bersungguh2 melawan hawa nafsu. - Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus. (makan, minum dan tidur) - Menjaga lidah dari berkata keji, sia2 dan mengumpat. - Menjaga syahwat dari yg haram. - Membuat semakan ttg amalan yg dinyatakan di atas.
Saya bersedia? Mengikut teori dan list di atas, kebersediaan saya mencapai 50%. hu~ masa berlalu meninggalkan saya, tak terkejar. I need a time to reflect my 1st day of Ramadhan, and now it's the time-compiled it into a week!! hohoho..
Hari pertama: kecewa
2 Ramadhan 1430 (Ahad)
Doa: ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار Azam: Bangun bersahur dan diam pabila marah.
Hari ini kecewa lagi, gagal berjaga sahur. Tetapi lebih segar dan bertenaga dari semalam. 'Adapted' barangkali ^ ^. Kaki digagahkan ke kelas Tahsin Alqur'an dan Kelas Bahasa Arab. Allah memujuk saya lagi dgn ayat²Nya. Kali ini teruja dgn ke'canggihan' dan halusnya Bahasa Arab.
كلّ عام وأنتم بخير
Kullu 3am wa antum bikheir
Atau dalam bahasa '3ammi' nya (baca-bahasa pasar)
كلّ سنه وأنتو طيبين
Kullu sanah wentu toyyibeen
sering meniti di bibir warga Mesir ketika bertemu, terutamanya pada musim2 perayaan.
Perhatikan perbezaan 2 kalimah di atas.
Dalam Bahasa Arab Fushah, TAHUN disebut '3am' atau 'sanah'. Apa bezanya '3am' dan 'sanah' ini? Kembali kpd asal kalimah nahu bahsa arab yg indah. Ianya datang daripada mana? Dari AlQur'an, Bahasa Arab adalah bahasa syurga, komunikasi ahli syurga. Ok, cukup2 mengkagumi bahasa arab, back to our main point. Perbezaan '3am' dan 'sanah' boleh kita lihat dalam surah Yusuf ayat 47. 7 tahun (sab3a sinin) seperti takwilan mimpi oleh baginda yusuf dalam ayat 47 & 48 diperlihatkan sebagai tahun yg susah dan sesak. Kemudian, ayat seterusnya, ayat 49 mentakwilkan episod mimpi yg dikatakan baginda Yusuf bahawa kemudiannya akan datang 7 tahun lagi ' 3amun fihi yughath' (baca-tahun padanya diberi hujan).
Nampak perbezaannya? '3am' adalah utk tahun kebaikan manakala 'sanah' bermaksud tahun kesusahan. Begitu dalamnya Bahasa Arab bukan? Setiap perkataan membawa maksudnya sendiri, tidak pernah dan tidak akan sama maknanya. Tidak hairanlah penduduk tanah arab begitu terpesona dgn bait2 kata penyairnya. Bahkan penyair begitu berkuasa dan berpengaruh pada masa itu. Tetapi dgn datangnya AlQur'an dgn gaya bahasa mempersona, mematahkan semua syair buatan manusia. Subhanallah...
Berbicara tentang AlQur'an dan Bahasa Arab betul2 buat saya takjub. Membuka mata hati saya bahawa AlQur'an sememangnya kalamullah @-@. Belajar ilmu tajwid pula, setiap huruf ada tempat keluarnya (makharij). Begitu adilnya Allah. Membaca AlQur'an dgn betul, maknanya meletakkan setiap huruf itu pada tempatnya!! Subhanallah betapa adilnya Allah dan Dia mengajar hamba2Nya supaya adil jugaa~!!
Yo they sighted the moon, its Ramadan! Now I gotta plan, before it is come and gone Getting close to Allah, spend a lot of time. See the condition of my heart, like a sonogram
Uh… Everybody knows that we gotta fast. But does everybody know how the time is passed? Is it sleeping all day and the nights a blast? And forgetting the reward of the month is vast?
I know you gonna wake-up, right. Drinking water maybe bean-pie, praying at sunrise.... Fast in the day, keeping that deen tight. Breaking fast with some dates, taraweeh at night
Alright... it’s a blessed month. It doesn’t mean at iftar, that you can’t have fun, But strive in your heart, for your Lord the one… And be blessed by Allah, when the month is done.
[Chorus]
Four minutes left, Mom busts in the door, like… Get yourself up, you about to miss Suhur Turkey bacon on the plate but I’m beefing. I'm up here sleeping, when they’re down here eating.
Scenes like this, it makes me reminisce what it meant growing up with Ramadan as a kid. My homie's buying up the corner store. Now or later, quarter waters, We break at eight but its quarter to four.
They got jokes, like oh yeah he’s fasting. Something about blessings, heaven everlasting Asking like the Feds up on me, “But dude, let me ask you for real, is you hungry?”
A hunger for the day when the sins on my slate be as empty as the food on my plate. And if you got jokes, man here is a taste. Take a little fasters breath to the face.
[Chorus]
Ramadan vibrations, more donations. Dinner invitations, many supplications Good behavior means better reputations. Don’t start nothing, no provocations
No fighting no argumentation. From the fitna and the drama, take a vacation Mosque is packed with a huge congregation. Some just come as an annual visitation
Some just come for the hum of the recitation. Memorization of revelation, Less temptation, with more contemplation. Getting ready for the Eid celebration
Shake a lot of hands giving salutations, Salaam Alaykums, peace upon the nation The world is one, forget the segregation. Another Ramadan congratulations!!
Tapak pertama VISI Agar aku tak lagi tertidur lelap, tapi bangkit terjaga Agar aku tak lagi tertunduk sayu, tapi tegak terpancang Agar cintaku tak lagi terpejam sendu, tapi tajam terpancar
Tapak kedua GHAIRAH Agar aku tak lagi lemah Agar aku tak lagi goyah Agar cintaku jadi gagah Agar aku tak cepat lelah Agar aku tak menyerah
Tapak ketiga NURANI Agar aku jujur pada diri Agar kudengarkan suara hati Agar cintaku jadi suci Agar kupandang dunia dari ufuk tinggi Agar aku dibimbing Ilahi
Tapak keempat DISIPLIN Agar aku penuh taqwa dalam banjir cinta dan badai asmara Agar aku bukan hanya penikmat rasa, tapi juga penjaga agama Agar cintaku bukan hanya kesenangan diri, tapu juga redha Ilahi Agar aku tak hanya dicinta orang terkasih, tapi juga Yang Maha Pengasih
Di jalan cinta para pejuang
Berbaktilah pada Allah dlm kerja2 besar, dakwah dan jihad Menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban, menyeru pada iman Larilah hanya menujuNya Meloncatlah hanya keribaanNya Walau duri merentas kaki Walau kerikil mencecah telapak Sampai engkau lelah Sampai engkau payah Sampai keringat dan darah tumpah Maka kekhusyukan akan datang kepadamu Ketika engkau beristirehat dalam solat Saat kau rasakan puncak kelemahan diri di hadapanYang Maha Kuat Lalu kau pun pasrah Berserah..... Saat itulah engkau mungkin melihatNya Dan Dia pasti melihatmu..
******
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan di mana wacana jauh lebih kecil daripada tindakan. Jalan di mana memang diperlukan kata, tapi tak cukup hanya kata. Kata belum bermakna, manusialah yg memberinya makna. Dengan Amal, dengan tindakan.
*****
Buku ini memaparkan contoh-contoh 'pejuang' cinta yg sebenarnya. Bagaimana menterjemah cinta pada Allah dlm kehidupan. Bagaimana cinta yg sebenarnya memandu manusia. Bagaimana 'mereka' bahagia dalam cinta, meski bersalut letih, lelah, papa, dan derita.
I knew that i would.. I feel nice, like sugar and spice... So good, so good...
Teringat pula lagu NTV7 'your feel good channel' di zaman kanak-kanak. ^^
Kenapa rasa bagus? Y m i feelin' GOOD?
Sihat dan senggang
Betullah! (ceh baru nk perasan??) Selalunya nikmat hanya akan dapat dirasai pabila ia hilang dari kita. Musim panas kali ini betul² menjadi peringatan kpd saya ttg 2 nikmat ini.
Pertama, menghadapi demam, batuk2, sakit tekak, hilang suara, dan hilang selera makan, betul2 mengajar saya mensyukuri pemberian Allah yg sebelumnya---> sihat. Alhamdulillah hari ini terasa lebih baik dari keadaan saya terbaring dan tidak bermaya. That's the feeling: GOOD!!
~Doa dari ummi yg x putus². Hebatnya senjata mukmin ini~
Kata Abu Darda': "Aku redha kesakitan agar dosaku diampuni". Ya Allah, Ighfir Zunuubi, Ustur 3uyuubi.
~madu habbatussawda' dan limau~
Allah anugerahkan sakit bukan sengaja dan suka2. Dia berikan sakit supaya manusia sedar akan nikmat sihat, dan berusaha mengembalikan kesihatan. Teringat cerita Nabi Ayyub. Baginda dikatakan jatuh sakit selama 18 tahun! Pernah isterinya mengusulkan supaya baginda memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit baginda. Tetapi, tahu apa respon baginda? "Allah sudah memberiku berpuluh2 tahun kehidupan yg sihat dan sejahtera, apalah salahnya Dia mengambilnya kembali dan menggantikannya dgn kesakitan yg hanya beberapa belas tahun ini?"
Allah, saya yg baru ditarik nikmat sihat selama 3 minggu pun dah mengeluh itu ini. ( T-T )
Jadi, sbg tanda kita mensyukuri nikmat sakit yg Allah beri ini, haruslah kita mencari penawar dan ubatnya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Allah yg menurunkan penyakit dan ubatnya. -Abu Daud- Keyakinan ini adalah utk mendidik para doktor dan pengamal perubatan bahawa segala yg kita ada adalah dari Allah semata. Sakit datangnya dari Allah dan sihat juga dgn keizinan Allah. Sungguhpun begitu, berikhtiar dgn pelbagai cara utk merawat penyakit adalah dituntut oleh Islam sendiri. Ia x bercanggah dgn konsep tawakkal. Kita yg menghidap penyakit disarankan agar tidak berserah kpd nasib dan takdir semata.
Rasulullah pernah bersabda lagi pabila suatu hari ada beberapa org Arab Badwi dtg. Mereka bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami diizinkan berubat? Rasulullah menjawab: Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit itu melainkan Allah meletakkan ubat baginya, kecuali satu sahaja! Mereka bertanya: Apakah itu Ya Rasulullah? Nabi Muhammad saw berkata: Penyakit tua. Hadith Imam Bukhari, Ahmad Abi Daud, Ibn Majah, An Nasai dan Tirmizi. ..........Subhanallah.
Berubatlah, tetapi jgnlah kamu berubat dgn menggunakan benda yg haram.
So, langkah pertama, kembali kepada sunnah Rasulullah. Minum madu, habbatussawda' (bijirin hitam) dan limau. Ternyata berkesan!! Madu boleh membunuh bakteria dgn kandungan pHnya dan enzim (hydrogen peroxide) yg dikeluarkan apabila dicairkan, selain memberi tenaga daripada kemanisan glukos didalamnya.
Habbatussawda' pula, sangat mengkagumkan!! Memang terbukti mampu meningkatkan daya tahan dan imunisasi badan dengan meransang ketahanan t helper cell (sel darah putih). Bijirin ini juga mampu mengubat asma dan selesema (influenza). Penemuan ini disahkan oleh pakar dari Pusat Penyelidikan Biologi dan perubatan di Riyadh, pada tahun 1997.
Sebenarnya banyak lagi fakta ttg penyembuhan cara nabi yg berjaya dibuktikan secara saintifik. Sila rujuk buku Perubatan Islam dan Sains Moden, karya Dr. Danial Zainal Abidin.
Sibuk
Cuti pun sibuk ke? Waktu cuti bagi saya, waktu yang PALING sibuk. Segala kerja yg xdpt dilakukan ketika sesi kuliah dikumpulkan dan dilonggokkan di waktu cuti musim panas! Yup, this summer i'm gonna finish piles of books, lists of videos,thousands of notes and hours of Arabic, AlQur'an classes and not to mention the attachments in da hospital T-T !! Terasa sikit la pulak 24 jam yg Allah beri. Sungguh!! Kerja kita lebih banyak dari peruntukan masa. But still feelin' GOOD, coz I'm not gonna waste this precious summer :D Allah berkatilah masa yg Kau berikan pada kami..
~tong O2 utk bantuan pernafasan, depressed patients having ECT, Psychiatry ward Department of Neuropsychiatry, Tanta University~
Result
Feeling GOOD too. Macam biasa ada percampuran perasaan:
1. Gembira kerana dapat meneruskan pengajian ke tahun 4. Maknanya sudah separuh perjalanan utk mendapatkan ijazah perubatan dan pembedahan (MBBCh). Selamat tinggal tahun teori dan akademik. Selamat datang ke alam praktikal dan aplikasi. 2. Bersyukur kerana Allah masih tolong diri ini walaupun usaha x sabaik mana, walaupun kurang hampir denganNya dikala musim peperiksaan. (i've prepared for da worst!! betul~) 3. Kecewa kerana x berusaha bersungguh2 utk melawan malas dan strategi belajar yg kurang berkesan semasa berada di tahun 3. 4. Sad coz failed to fulfill parents' hope. 5. Bersemangat berkobar² utk meneruskan pengajian ke tahun klinikal, tahun 4. Bersama azam baru dan niat yg perlu sentiasa dibetul dan diluruskan. ^^
Sipi-sipi
Tahun lepas, tinggal 1% sahaja lagi utk status keputusan menjadi MUMTAZ. Tahun ini juga serupa, tetapi agak menurun, 1% sahaja lagi utk menggapai JAYYID JIDDAN. Tahu kenapa jadi begini? Tahu apa sebenarnya yg Allah bicarakan pada saya?
Berselang-seli
'Cantik' pula result saya. hehehehe. Senyap... kembali mengingatkan ayat ini تفوقى طاعة لربى ورفعة لدعوتى
Jika berjaya naik ke tahun 4, adakah itu kejayaan yg sebenarnya? Adakah kejayaan itu bukti ketaatan saya pada Allah? Adakah dgn kejayaan itu Islam tersebar dan jahiliyyah meruntuh?
Terpana....bermuhasabah.
Tapi saya tetap in a GOOD feeling. ^^ If I done better would I got things better?
What if...what if...
Masya Allah...
Wallahua3lam, pulangkan segala kekuatan dan kemampuan kepadaNya yg berhaq.
Baling (Ma3radh), Kedah (Tanta Gharbiya, Arab Republic Of Egypt), Malaysia
A bespectacled gal..a little bit mischief..love to learn something new..enthusiasms in art, manga n literary~seerah.Love to be a little person who teaches a huge lesson. (^^)
Manusia tanpa iman adalah manusia yang kerdil dan kecil. Manusia tanpa iman adalah manusia yang rendah dan dangkal cita-citanya. Manusia tanpa iman adalah manusia yang sempit dan perit kehidupannya. Manusia tanpa iman adalah manusia yang pendek dan singkat matlamatnya. Manusia dengan iman adalah manusia yang hebat dan gagah. Manusia dengan iman adalah manusia yang tinggi dan jauh cita-citanya. Manusia dengan iman adalah manusia yang luas dan aman kehidupannya. Manusia dengan iman adalah manusia yang panjang dan jauh matlamatnya.
-As-Syahid Syed Qutb Rahimahullahi 3alaih-
Contohilah kaum Muslimin yg pertama, (ridhuanullah 3alaihim-semoga Allah meredhai mereka semua). Yang tidak mengenal Islam dgn lafaz2 keterangan, kata2 dan pembahagian yg memukau serta definisi2 dan istilah2 ilmiah. Akan tetapi keislaman mereka adalah aqidah yg mengakar dalam hati, menguasai jiwa serta mendorong mereka untuk beramal sesuai dgn aqidah tersebut & dalam rangka mewujudkan tujuan2 serta kandungan2 nya. -IHAB-