.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, August 06, 2009

I feel GOOD!!! ^ ^

I knew that i would..
I feel nice, like sugar and spice...
So good, so good...

Teringat pula lagu NTV7 'your feel good channel' di zaman kanak-kanak. ^^

Kenapa rasa bagus? Y m i feelin' GOOD?

Sihat dan senggang

Betullah! (ceh baru nk perasan??)
Selalunya nikmat hanya akan dapat dirasai pabila ia hilang dari kita. Musim panas kali ini betul² menjadi peringatan kpd saya ttg 2 nikmat ini.

Pertama, menghadapi demam, batuk2, sakit tekak, hilang suara, dan hilang selera makan, betul2 mengajar saya mensyukuri pemberian Allah yg sebelumnya---> sihat. Alhamdulillah hari ini terasa lebih baik dari keadaan saya terbaring dan tidak bermaya. That's the feeling: GOOD!!

~Doa dari ummi yg x putus². Hebatnya senjata mukmin ini~

Kata Abu Darda': "Aku redha kesakitan agar dosaku diampuni". Ya Allah, Ighfir Zunuubi, Ustur 3uyuubi.

~madu habbatussawda' dan limau~

Allah anugerahkan sakit bukan sengaja dan suka2. Dia berikan sakit supaya manusia sedar akan nikmat sihat, dan berusaha mengembalikan kesihatan. Teringat cerita Nabi Ayyub. Baginda dikatakan jatuh sakit selama 18 tahun! Pernah isterinya mengusulkan supaya baginda memohon kepada Allah agar menyembuhkan penyakit baginda. Tetapi, tahu apa respon baginda?
"Allah sudah memberiku berpuluh2 tahun kehidupan yg sihat dan sejahtera, apalah salahnya Dia mengambilnya kembali dan menggantikannya dgn kesakitan yg hanya beberapa belas tahun ini?"
Allah, saya yg baru ditarik nikmat sihat selama 3 minggu pun dah mengeluh itu ini. ( T-T )

Jadi, sbg tanda kita mensyukuri nikmat sakit yg Allah beri ini, haruslah kita mencari penawar dan ubatnya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: Allah yg menurunkan penyakit dan ubatnya. -Abu Daud-
Keyakinan ini adalah utk mendidik para doktor dan pengamal perubatan bahawa segala yg kita ada adalah dari Allah semata. Sakit datangnya dari Allah dan sihat juga dgn keizinan Allah. Sungguhpun begitu, berikhtiar dgn pelbagai cara utk merawat penyakit adalah dituntut oleh Islam sendiri. Ia x bercanggah dgn konsep tawakkal. Kita yg menghidap penyakit disarankan agar tidak berserah kpd nasib dan takdir semata.

Rasulullah pernah bersabda lagi pabila suatu hari ada beberapa org Arab Badwi dtg.
Mereka bertanya: Ya Rasulullah, adakah kami diizinkan berubat?
Rasulullah menjawab: Wahai hamba-hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit itu melainkan Allah meletakkan ubat baginya, kecuali satu sahaja!
Mereka bertanya: Apakah itu Ya Rasulullah?
Nabi Muhammad saw berkata: Penyakit tua.
Hadith Imam Bukhari, Ahmad Abi Daud, Ibn Majah, An Nasai dan Tirmizi.
..........Subhanallah.
Berubatlah, tetapi jgnlah kamu berubat dgn menggunakan benda yg haram.

So, langkah pertama, kembali kepada sunnah Rasulullah. Minum madu, habbatussawda' (bijirin hitam) dan limau. Ternyata berkesan!! Madu boleh membunuh bakteria dgn kandungan pHnya dan enzim (hydrogen peroxide) yg dikeluarkan apabila dicairkan, selain memberi tenaga daripada kemanisan glukos didalamnya.

Habbatussawda' pula, sangat mengkagumkan!! Memang terbukti mampu meningkatkan daya tahan dan imunisasi badan dengan meransang ketahanan t helper cell (sel darah putih). Bijirin ini juga mampu mengubat asma dan selesema (influenza). Penemuan ini disahkan oleh pakar dari Pusat Penyelidikan Biologi dan perubatan di Riyadh, pada tahun 1997.

Sebenarnya banyak lagi fakta ttg penyembuhan cara nabi yg berjaya dibuktikan secara saintifik. Sila rujuk buku Perubatan Islam dan Sains Moden, karya Dr. Danial Zainal Abidin.


Sibuk

Cuti pun sibuk ke? Waktu cuti bagi saya, waktu yang PALING sibuk. Segala kerja yg xdpt dilakukan ketika sesi kuliah dikumpulkan dan dilonggokkan di waktu cuti musim panas! Yup, this summer i'm gonna finish piles of books, lists of videos,thousands of notes and hours of Arabic, AlQur'an classes and not to mention the attachments in da hospital T-T !! Terasa sikit la pulak 24 jam yg Allah beri. Sungguh!! Kerja kita lebih banyak dari peruntukan masa. But still feelin' GOOD, coz I'm not gonna waste this precious summer :D Allah berkatilah masa yg Kau berikan pada kami..

~tong O2 utk bantuan pernafasan, depressed patients having ECT, Psychiatry ward Department of Neuropsychiatry, Tanta University~

Result

Feeling GOOD too. Macam biasa ada percampuran perasaan:

1. Gembira kerana dapat meneruskan pengajian ke tahun 4. Maknanya sudah separuh perjalanan utk mendapatkan ijazah perubatan dan pembedahan (MBBCh). Selamat tinggal tahun teori dan akademik. Selamat datang ke alam praktikal dan aplikasi.
2. Bersyukur kerana Allah masih tolong diri ini walaupun usaha x sabaik mana, walaupun kurang hampir denganNya dikala musim peperiksaan. (i've prepared for da worst!! betul~)
3. Kecewa kerana x berusaha bersungguh2 utk melawan malas dan strategi belajar yg kurang berkesan semasa berada di tahun 3.
4. Sad coz failed to fulfill parents' hope.
5. Bersemangat berkobar² utk meneruskan pengajian ke tahun klinikal, tahun 4. Bersama azam baru dan niat yg perlu sentiasa dibetul dan diluruskan. ^^


Sipi-sipi

Tahun lepas, tinggal 1% sahaja lagi utk status keputusan menjadi MUMTAZ. Tahun ini juga serupa, tetapi agak menurun, 1% sahaja lagi utk menggapai JAYYID JIDDAN. Tahu kenapa jadi begini? Tahu apa sebenarnya yg Allah bicarakan pada saya?

Berselang-seli

'Cantik' pula result saya. hehehehe.
Senyap...
kembali mengingatkan ayat ini تفوقى طاعة لربى ورفعة لدعوتى

Jika berjaya naik ke tahun 4, adakah itu kejayaan yg sebenarnya? Adakah kejayaan itu bukti ketaatan saya pada Allah? Adakah dgn kejayaan itu Islam tersebar dan jahiliyyah meruntuh?

Terpana....bermuhasabah.

Tapi saya tetap in a GOOD feeling. ^^ If I done better would I got things better?

What if...what if...

Masya Allah...

Wallahua3lam, pulangkan segala kekuatan dan kemampuan kepadaNya yg berhaq.

Enjoying da hot,
Beytul 3ateeq
Tanta

5 comments:

sinar_islami said...

Syafakillah...
kesian ana tgl anti..
tak dapat jaga..smbil sesi suap menyuap..(^_^)
yang terbaik juga Allah berikan..
hehe..mcm uda la lebih kurng..
mcm2 perasaan ada..
bab2 rindu..hilang rindu..rindu lain lak dtg..
doakn cutinya ya..walau lain benua..bumi yg sma kita pijak dan abiskan masa bersama..

dari kejauhan mendoaknmu..=)
uhibbukifillah

hood@sunny said...

kita pijak bumi yg sama,
kita pandang langit yg sama,
kita gengam cita yg sama,
kita peluk agama yg sama,
kita punya Tuhan yg SAMA.

Sama-sama syukur ^^

Anonymous said...

~Moga Allah sembuhkan uda~
rindunya kat sahabatku yg sorang neh..huhu......
jaga diri taw...
erm....
k.la kte ada test berderet minggu neh....doakan kte gak ek.....

~salam rindu semoga cepat sihat jasad n nuranimu~


p/s: demam rindu sha kot...hehe..berjauhan kejap kome...
(takpe2...hati kalian tetap bersama dalam iman)

saza s said...

salam ziarah kak hood...
syafakillah juga
sekarang ni di Malaysia demam merata-rata..hospital penuh 24 hours....

mabruk alaiki linajahiki...
ana pun tak brape faham ttg result too...anyway..nampak banyak word 'GOOD'..hehe
tahniah sekali lagi, Dr

hood@sunny said...

@ syahr:

Rindu.... mmg sentiasa sarat

Ujian mmg sentiasa dtg, cam ombak, dtg n pergi..
kita ibarat pantai, berubah kpd lebih baik atau lebih buruk----tetap mengalami perubahan.

may Allah lead ur path~

@ saza_s:

Allahu yashfiy wa yusallimak

Taqabbalallahuminna waminkum