.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, August 28, 2009

Cerita seminggu 1

~Halaman rumah, depan Hospital Syaima'~

1 Ramadhan 1430 (Sabtu)

Doa : اللهم انصر الاسلام وأعز المسلمين
Azam: Bangun bersahur.

Saya tidak bersahur. Tidak menjamah walau setitik air atau sebiji kurma. Sedih. Benci dan geram.!! Menitik airmata kerana sudah bersiap sedia menyediakan makanan (masak) utk bersahur. Bukan itu sahaja, azam hari pertama Ramadhan - Melalui Ramadhan sepertimana di zaman Rasulullah- x kesampaian. Rasulullah bersahur dan melewatkannya walaupun dgn sebiji kurma dan seteguk air. Saya, bukan terlewat, tapi terlepas... T-T

Mungkin bahana ketidaksediaan jasmani pada bulan sya'ban utk menyambut tetamu besar ini (baca-Ramadhan)menyebabkan saya sedikit lelah utk berterawikh. Malam pertama, berterawikh di masjid Khalil Ibrahim, sekangkang kera dari rumah. Imamnya membacakan 1 juzuk dalam 11 rakaat terawikh dan witir. Pulang dgn keletihan, saya tertidur hingga subuh!!

"Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada barakah"
-Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Anas r.a-


Namun, hari perlu diteruskan. Sahur yg Rasulullah lakukan di bulan Ramadhan telah tertinggal. Tapi x mengapa (ayat pujuk hati). Bila mengingatkan kata2 ini buat saya terus melangkah meneroka hari pertama Ramadhan.

"ما لآ يدرك كلّه لا يترك كلّه"
-Jika tidak mampu meraih semuanya jgn ditinggal semuanya-

Merancang dan merencana aktiviti di dalam Madrasah Ramadhan ini mampu memujuk hati yg kecewa. Allah telah panjangkan umur saya utk menjadi pelajar di Universiti Ramadhan. Alhamdulillah.. Manusia mencipta analogi Ramadhan agar mereka terasa dekat dgnnya. Lebih mudah beramal apabila menggunakan contoh sekeliling mereka bukan?

[1] Ramadhan sebagai tetamu kita, datang bersama isterinya, Puasa, 3 anaknya, Maghfirah, Rahmah dan Pembebasan dari api neraka dan ditemani sahabat karibnya AlQur'an. Kedatangannya bawa 1001 fadhilat, yg sekecil2 sunnah dibalas berganda, apatah lagi perkara wajib.

[2] Ramadhan ibarat sekolah, madrasah dan universiti. Tidak semua manusia terpilih memasukinya. Padanya ada syllabus dan kursus2 yg menjanjikan ijazah TAQWA kepada graduan yg cemerlang. Melangkah memasuki gerbang universiti perlu persediaan, tak kiralah dari segi apa pun - jasmani rohani dan 3aqli.

-Awal Bhar-Game3 Sayyid Badawi-

Persediaan menyambut Ramadhan di Mesir sangat meriah. Tanglung (fannus) dipasang dijual merata2. Rumah dihias bak nak raya. Buku2 dan kutaib(buku kecil) seputar perihal Ramadhan dijual dan dihadiahkan kepada rakan taulan dan sahabat handai. Belum dikira bazar membeli belah dan berbelanja. Sesak bak menyambut Syawal di Malaysia. Ibubapa sibuk membeli baju baru, perkakas dan alatan rumah yg baru. Bertemu sesiapa sahaja, bibir x lekang mengucapkan Ramadhan Kareem, dan dibalas Allahu Akram. Atmosfera berlainan mencetus keterujaan yg berbeza sekali. Kali ini kali ke2 saya menyambut Ramadhan di Mesir. Tapi bagi saya, setiap tahun aura dan suasananya berlainan.

-Fawanis besi utk digantung dan dinyalakan di luar rumah pada malam hari-

-Fawanis kertas, diperhatikan msg tertulis padanya, dan digantung didalam rumah shj-


Berbicara tentang 'prep' dan persediaan menyambut tetamu VVIP setahun sekali, memasuki gerbang madrasah ulung, pasti dilaksanakan sesempurna mungkin. Jom muhasabah kembali, sudahkah anda melakukannya sepenuh hati?

6 ASPEK PERSEDIAAN RAMADHAN

* 1: PERSEDIAAN IMAN
- Taubat sebenar-benarnya (istighfar dan meninggalkan maksiat)
- Sentiasa berdoa - اللهم بلّغنا رمضان
- Perbanyakkan puasa di bulan sya'ban (Isnin, Khamis, 15th, 16th & 17th)
- Membaca AlQur'an (ada target-1 juzuk sehari misalnya)
- Mujahadah utk bgun mlm.
- Zikir ma'thurat dan lain-lain.

*2: PERSEDIAAN ILMU
- Membaca / belajar feqh puasa, kelebihan dan ayat alqur'an berkaitan puasa.
- Membaca buku2 penyucian jiwa.
- Mendengar ceramah tentang Ramadhan.
- Mengulangkaji surah yg telah dihafal utk persediaan imam atau makmum.

*3: PERSEDIAAN DAKWAH
- Bersedia dgn bahan2 utk tazkirah dan penyampaian di bulan Ramadhan.
- Menghadiri majlis2 ilmu di masjid atau di mana2 sahaja sama ada sebagai pendengar atau penyampai.
- Mengingatkan orang lain ttg kepentingan persediaan Ramadhan.
- Memberi hadiah ramadhan kpd rakan dgn tujuan mendekatkan diri dan mereka kpd Allah.
- Menyediakan risalah kecil ttg persediaan ramadhan kpd jiran2.

*4: PERSEDIAAN KELUARGA
- Melibatkan ahli keluarga dalam persiapan ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

*5: PERSEDIAAN KEAZAMAN
- Membuka lembaran baru kehiduan yg lebih baik.
- Menjadikan hari2 dlm bulan ramadhan lebih baik dari hari2 biasa.
- Sentiasa memakmurkan rumah Allah dgn solat dan iktikaf.
- Membersihkan puasa dari perkara yg merosakkannya seperti mengumpat dsbg.
- Sentiasa berlapang dada.
- Menghadirkan niat "amal soleh" di setiap perbuatan dan amalan.

*6: PERSEDIAAN JIHAD
- Bersungguh2 melawan hawa nafsu.
- Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus. (makan, minum dan tidur)
- Menjaga lidah dari berkata keji, sia2 dan mengumpat.
- Menjaga syahwat dari yg haram.
- Membuat semakan ttg amalan yg dinyatakan di atas.

Saya bersedia? Mengikut teori dan list di atas, kebersediaan saya mencapai 50%. hu~ masa berlalu meninggalkan saya, tak terkejar. I need a time to reflect my 1st day of Ramadhan, and now it's the time-compiled it into a week!! hohoho..

Hari pertama: kecewa



2 Ramadhan 1430 (Ahad)

Doa: ربنا ءاتنا فى الدنيا حسنة وفى الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
Azam: Bangun bersahur dan diam pabila marah.

Hari ini kecewa lagi, gagal berjaga sahur. Tetapi lebih segar dan bertenaga dari semalam. 'Adapted' barangkali ^ ^. Kaki digagahkan ke kelas Tahsin Alqur'an dan Kelas Bahasa Arab. Allah memujuk saya lagi dgn ayat²Nya. Kali ini teruja dgn ke'canggihan' dan halusnya Bahasa Arab.

كلّ عام وأنتم بخير

Kullu 3am wa antum bikheir

Atau dalam bahasa '3ammi' nya (baca-bahasa pasar)

كلّ سنه وأنتو طيبين

Kullu sanah wentu toyyibeen

sering meniti di bibir warga Mesir ketika bertemu, terutamanya pada musim2 perayaan.

Perhatikan perbezaan 2 kalimah di atas.

Dalam Bahasa Arab Fushah, TAHUN disebut '3am' atau 'sanah'. Apa bezanya '3am' dan 'sanah' ini? Kembali kpd asal kalimah nahu bahsa arab yg indah. Ianya datang daripada mana? Dari AlQur'an, Bahasa Arab adalah bahasa syurga, komunikasi ahli syurga. Ok, cukup2 mengkagumi bahasa arab, back to our main point. Perbezaan '3am' dan 'sanah' boleh kita lihat dalam surah Yusuf ayat 47. 7 tahun (sab3a sinin) seperti takwilan mimpi oleh baginda yusuf dalam ayat 47 & 48 diperlihatkan sebagai tahun yg susah dan sesak. Kemudian, ayat seterusnya, ayat 49 mentakwilkan episod mimpi yg dikatakan baginda Yusuf bahawa kemudiannya akan datang 7 tahun lagi ' 3amun fihi yughath' (baca-tahun padanya diberi hujan).

Nampak perbezaannya? '3am' adalah utk tahun kebaikan manakala 'sanah' bermaksud tahun kesusahan. Begitu dalamnya Bahasa Arab bukan? Setiap perkataan membawa maksudnya sendiri, tidak pernah dan tidak akan sama maknanya. Tidak hairanlah penduduk tanah arab begitu terpesona dgn bait2 kata penyairnya. Bahkan penyair begitu berkuasa dan berpengaruh pada masa itu. Tetapi dgn datangnya AlQur'an dgn gaya bahasa mempersona, mematahkan semua syair buatan manusia. Subhanallah...

Berbicara tentang AlQur'an dan Bahasa Arab betul2 buat saya takjub. Membuka mata hati saya bahawa AlQur'an sememangnya kalamullah @-@. Belajar ilmu tajwid pula, setiap huruf ada tempat keluarnya (makharij). Begitu adilnya Allah. Membaca AlQur'an dgn betul, maknanya meletakkan setiap huruf itu pada tempatnya!! Subhanallah betapa adilnya Allah dan Dia mengajar hamba2Nya supaya adil jugaa~!!

Hari kedua: Kecewa tetapi Terpesona

1 comment:

janas said...

nak2 fawanis bertulis جنه
hehe bleh gantung kat bile :)
for a remembrance