.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Saturday, August 29, 2009

Cerita seminggu 2

3 Ramadhan 1430 (Isnin)

Doa: اللهم اجعلنا نخشاك كأنّا نراكا وجعلنا مع نبيك و مصطفاك
Azam: Bangun bersahur, diam dan xmengeluh.

-Maidaturrahman, hidangan dari Maha Pemurah melalui Sang Pemurah-

Alhmdulillah, hari ini saya berjaya bersahur setelah berpesan kepada semua jiran dan rakan.hu~ sebelum ini kami serumah tidak terjaga..adess..Sudah 2 hari berbuka puasa dgn makanan free ^^. Telah menjadi adat Mesir, para dermawan berlumba2 memberi makan org berpuasa terutamanya kepada org miskin, kurang berkemampuan dan pelajar2 fisabilillah.

"Sesiapa yg memberi makanan berbuka puasa kpd org yg berpuasa, maka pahalanya seumpama org yg berpuasa itu tanpa berkurang sedikitpun."
[Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Zaid bin Khalid r.a]

Jadi i-allah sepanjang bulan Ramadhan ini, foreign students sekitar Ma3rad akan berbuka secara percuma selama sebulan~!! Jimat, dan lauknya bergilir ayam, daging dan ikan termasuk 'ruz billaban' (baca-nasi dgn susu) sebagai manisan.

Hari ketiga: Syukur


4 Ramadhan 1430 (Selasa)

Doa: ربّنا فغفر لنا ذنوبنا وكفّر عنّا سيئاتنا وتوفّنا مع الأبرار
Azam: X lupa berdoa sebelum berbuka puasa. (heheheh, kene listkan doa dan perkara yg dihajati ^^)

-Bekas tamar utk diagih2kan kpd teman2. Dihiasi hadith2 Rasulullah saw-

Antara 15 amal kebaikan yg dituntut Allah utk dikerjakan pada bulan Ramadhan adalah:

1: Berpuasa dgn sesungguh hati- setiap inci tubuh kita berpuasa bukan sahaja perut berpuasa daripada makan dan minum, telinga juga berpuasa, mulut berpuasa dgn tidak berkata nista dan sia2 dan termasuklah mata, tertunduk dari melihat perkara yg merosakkan pahala puasa itu sendiri.
2: Menghidupkan mlm2 Ramadhan dgn solat sunat (terawikh, tahajjud dsbg)
3: Menggiatkan ibadah di 10 mlm terakhir Ramadhan.
4: Beriktikaf (menetap di dlm masjid dgn niat ibadah - bagi perempuan, rumahnya menjadi tempat ibadahnya)
5: Mencari mlm LilatulQadar
6: Memperbayakkan bacaan AlQur'an termasuklah bertadarus.
7: Menunaikan umrah sunat bagi yg berkemampuan.
8: Banyakkan berzikir, memohon syurga dan dijauhi dari neraka.
9: Banyakkan berdoa-terutama ketika berpuasa, berbuka puasa dan doa mlm lailatulqadar
10: Bersahur.
11: Segera berbuka sebaik shj masuk waktu berbuka.
13: Menjaga segala anggota, tingkah laku dan tutur kata sepanjang bulan Ramadhan.
14: Meningkatkan ketaqwaan dan kesabaran.
15:
Memperbanyakkan sedekah dan melakukan kebaikan utk org lain.

Anas r.a menceritakan: Seorang lelaki bertya Rasulullah saw: "Ya Rasulullah! Apakah sedekah yg paling afdhal?"
Jawab rasulullah saw: "Sedekah pd bulan Ramadhan"
[Riwayat Imam Attarmizi]

Rasulullah merupakan manusia yg paling pemurah, tidak hairanlah penduduk arab Mesir mencontohi beliau dgn berlumba2 berbuat kebajikan di bulan Ramadhan.

Sekembalinya saya dari lapangan terbang antarabangsa Kaherah menghantar kawan pulang bercuti ke tanah air, van yg dinaiki memecut deras, mengejar waktu berbuka di Tanta. Seperti berada dalam roller coaster lagaknya. Melambung2 saya dibuatnya. At the end, we can't make it arrived in Tanta before iftoor. sigh~

-Sesungguhnya sentiasa ada rezeki bagi org yg berpuasa-

Oleh itu, pemandu van akur. Tiba2 van berlalu perlahan, ada beberapa org menghalang jalan sambil membawa kotak. Seorang menghampiri tingkap van tempat saya duduk dan menghulurkan air areksus (sejenis jus buah yg saya juga tidak tahu nama Melayunya apa). Setelah itu van bergerak lambat kembali, kali ini ada org melemparkan seplastik makanan. Di dalamnya ada croissants, sekotak jus epal dan 3 biji tamar kering. Ada juga yg membawa sepanduk tertulis 'مأدة الرحمن ' . Mengajak para pemandu di atas 'highway' cairo-alex berhenti dan berbuka di sana. Namun, pcik pemandu van kami memohon maaf. "Ana fi shughl" (baca-saya sedang bekerja/bertugas). Akhirnya kami berbuka dengan rezeki yg diperoleh sebentar td. ^ ^. fenomena ini tiada di Malaysia~!! Betapa berlumba-lumbanya mereka merebut pahala sunat yg seumpama pahala wajib di bulan Ramadhan ini.

-Mereka bertiga di balai berlepas, perhatikan mereka2 yg tidak membayar tiket, terpaksa melambai dari luar shj-

Malam itu, saya ke mator (baca- lapangan terbang) sekali lagi, menghantar teman yg lain utk pulang ke Malaysia. Yg lucunya, utk masuk ke pintu kaca lapangan terbang perlu membayar LE5 (baca 5 genih) = RM2.++ !!? Mesir mempunyai 3 terminal (baca- lapangan terbang) yg masyhur dgn nama: mator adim, mator gadid dan mator gadid gadid. Dan terminal yg dikenakan bayaran adalah terminal 3-mator gadid gadid. Bukan kami kena tipu oleh pak guard lapangan terbang, tetapi di situ wujud pondok membeli tiket/pas masuk utk menghantar orang ke balai berlepas. Macam-macam ada Mesir ini. Masuk mator pun ada bayaran?!!

Saya bersahur di dalam van, dlm perjalanan pulang ke Tanta ^^.

Hari keempat: Bengang dan bingung dgn pembayaran masuk lapangan terbang.


7 comments:

Fatin Nazmin Mansor said...

Salam, hantar kawan balik ye? Huhu, memang tak patut bila dkenakan caj utk masuk ke mator...memang bengang...

p/s:hehe uda kan kaye huhu..pesalahnya sedekah..

janas said...

asyik makan free jek berbuka
menerima bila memberi??

hood@sunny said...

to kfatin:
huhu, camtu caranya kementerian kebudayaan dan pelancongan Mesir mintak sedekah? adess canggih2~

to janas:
heheh, tu rezeki namanya..
memberi tang len plak~

nurizbhr said...

puasa kat cn mmg terasa yg rezeki mencurah-curah..
namun tetap rindu iftor MATRI..
ble la eden dpt iftor ngn uda ye??

Mardhiah S said...

ok 'agak rindu' sama mesir & ruzbillaban he he.

salam ramadhan~!

hood@sunny said...

to izah:
bila2 pun boleh..^^
ana da jemput~


to mcD:
xlarat da nk makan ruzbillaban, tgk bekas dia je pun da ase muak~ adess
meh dtg sini perabiskan

nurizbhr said...

jemputan hr tu x dpt dipenuhi..
ada kekangan yg mendatang..

bab kena bayar msuk airport, eden dh merasa...kena lambai dr luar je...pening dgn cara arab ni kan..hehe