Jazakillahu khairal jaza' kpd [coursemate] yg fowardkan video ini. Kepada diri ini, tolong dengar dan ulang dengar video ini. Terlalu banyak cara Allah menegur saya. Alhamdulillah, Allah masih mahu melihat saya. Belakangan ini, byk benda yg berlaku betul2 menguji diri ini. Ujian kepada seorang hamba, tapisan daripada Allah utk melihat siapakah yang paling sejahtera hatinya untuk mengadapNya di akhirat kelak.
LE4Gaza
Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Benar senikata salah sebuah nasyid. Kali ini Allah uji lagi niat hati kecil ini. Saya ceritakan perihal kempen ini kpd ummi. Allah hantar ummi utk ingatkan diri ini. Bergantunglah sepenuhnya pada Allah. Doa dan solat hajat selalu. Ada bau bimbang dalam suara ummi. Walaupun hanya mendengar suaranya, hati dapat meneka. Bimbang anaknya hanya melakukan amal dhaif. Bimbang amalan dan kempen yg dilancarkan, berpenat lelah memasak, berkempen LE100 seorang, menjual itu ini bagai, dilihat di akhirat kelak sprt debu yg beterbangan. Benar, hampir RM14,000 berjaya dikutip di Tanta. Tapi bayangkanlah, ia boleh sahaja menjadi sia-sia di akhirat nanti.
Kenapa? Kerana bukan utk dipersembahkan pada Allah, kerana hanya mahu nampak 'grand', kerana hanya untuk tatapan manusia. Maka apa nilainya disisi Allah? Mungkin debu lebih bernilai daripadanya. Allah.. ( T-T ) Hati ini juga galau..kerap menelefon ummi agar sentiasa mendapat doa dan restu daripadanya. Tapi sebanyak itulah ummi memulangkan pergantungan yg sebenarnya hanya kepada Allah. Semoga pelayaran kapal-kapal dipelihara Allah. Allah terimalah amalan hamba-hambaMu yg lemah serba hina ini ( T-T )
Ubat hati
Sentiasalah di dalam jamaah, dan jgnlah berseorangan. Pesan ummi lagi. Tapi semakin berkomunikasi dan bergaul dengan manusia, terasa semakin hati ini jauh dari Allah. Semakin sakit dan tenat pula keadaannya. True- the acute stage of disease is still can be managed, but if it is neglected, the condition would be worsen. Complication would occur and may become chronic in which the management of it will be difficult. Mengapa ya? The symptoms appeared, but I just ignored them and ending with the false medication. Although ummi keep reminding me. Can't I just think of it before? Ummi suruh berdamping selalu dgn org soleh. Sbb itulah hati selalu sakit, salah satunya kurang berdamping dgn org2 yang lebih baik drpd saya!!
Jgn EGO lah!
Allah tegur lagi. Surah AlBaqarah 186.
"when My servants ask Thee concerning me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when He calleth on Me: let them also, with a will, listen to My call, and believe In Me: that They may walk In the right way."
Peperiksaan akhir tahun mendekat. Sepatutnya jadual yang agak lapang dan ada 'considerable days of gap between exams' diubah secara tiba-tiba oleh pihak universiti. Perancangan study terpaksa dirangka semula. Tapi plan B ini sungguh padat!! Sepatutnya hampir 2 bulan exam, dipadatkan kepada 1 bulan sahaja!! Tinggal 23 hari lagi untuk subjek Kesihatan awam dan Perubatan Masyarakat. Hari peperiksaan menghampir tapi Allah nk kata, dia lagi hampir!!
Harapan untuk menggapai MUMTAZ tahun ini tetap ada, cuma pelaksanaan ke arah itu yg memerlukan bantuan dariNya. Ummi baru sahaja tamat membaca buku novel sejarah Sultan Muhammad Alfatih, pembuka Kota Konstantinopel. Sungguh bersemangat dia menceritakan betapa hampirnya Sultan itu dengan Allah, Pencipta dia dan Kota tersebut. Sultan Alfatih menakluk konstantinopel dalam usia 20-an. Seusia dgn saya. Nasihatnya agar saya mencontohi beliau dlm gerak kerja seharian, terutama dalam menggapai impian MUMTAZ saya itu. 3 tahun masih belum mencicip kemanisan MUMTAZ. 2 tahun memendam rasa kerana keputusan yang sipi-sipi. Saya menyuarakan harapan dan resolusi tahun ini, but at last, cursed by ummi - 'Selagi solat malam ko x byk, selagi tu lah MUMTAZ ko x dpt' Adeih (-__-!) Kata nak contohi Muhammad Alfatih? Kata kau seorang Muslim? Aduh.. Memang benar, dan yang benar-benar sahaja kata-kata yang keluar dari mulut ummi.
-Rindu bumi wakafan itu-
Kena solat
Susah sangat ke nak ingat Allah selalu? Sedangkan Allah x pernah lupa pada kita. Susah sangat ke nk tinggalkan katil tu utk bangun solat malam? Sedangkan Allah x pernah rugi apa-apa pun kalau kita buat pahala atau buat dosa. Susah sangat ke nk hadirkan hati dalam solat dalam zikir? Sedangkan hari-hari Allah hadir dlm hidup kita. Hari-hari Allah bagi nikmat nafas, nikmat akal, nikmat anggota, nikmat paling besar Iman dan Islam. Allah, hati ini mahu kembali padaMu T-T Ya semuanya tidak susah. Aku akui. Aku kesali. Lemahnya diri ini. Beberapa kali berdendam dgn si nafsu dan syaitan. Berkali-kali juga mengisytiharkan perang dengan mereka. Tapi, tahukah apa natijahnya? Hati ini sgt mudah kalah. Pernah mengeluh dgn seorang rakan tentang hati yg selalu kalah dgn ujian nafsu dan syaitan ini. Dia menegur dgn nada gurauan. "Bukan kalah tu namanya, itu buat perjanjian damai." (yg mana memberi byk faedah kpd Syaitan dan nafsu dan merugikan diri sendiri) Ya~!!! Hati ini perlu kuat! Bukan dgn hanya minum MILO ^__^ (p/s: boycott MILO-Nestle product)
-Memoirs of the van and car-
Jgn byk cakap
Resolusi ke 2 saya. Walk da talk. Ok, that's the end. Usaha sehabis daya. Natijahnya serahkan sahaja pada Allah. Mohon doa daripada semua. (doakan saya dlm senyap mahupun terang-terangan)
p/s: Mahu pulang ke malaysia, tp ongkosnya still di awang-awangan. ^__^ Dah² pegi study.. (@-@)
hood@sunny
Bet Ateeq
Oredi on the Exam, Missing home and Revenge mode!
2 comments:
huhu..baca blog huda ni sebak tahu...
tgk blog hilal pun ada pasal bumi wakafan..
aduh..serius nak balk...
erm..byk kekurangan kita ni...
amal pun..tak tahu status macam mana...
Allah terima ke tak..silap2 Allah reject ...
sama2 doakan...
maaf kalau tak dapat penuhi ciri2 shbt yang baik...
'Selagi solat malam ko x byk, selagi tu lah MUMTAZ ko x dpt'
>>huh...sangat terasa yg ini...waaaaa~itu jgk pesan umi ngn walid :(
Post a Comment