.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, May 05, 2010

STUDY..EXAM




Dua kalimah ini amat sinonim dengan mereka yang bergelar penuntut ilmu. Bermula dari peringkat tadika sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Sememangnya lumrah dalam pengajian pasti ada peperiksaan. Kebanyakan di kalangan kita sudah pun berada di penghujung semester. Sudah pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan sebelum berjuang di medan peperiksaan. Masing-masing mahukan kejayaan yang cemerlang. Namun, adakah kita pasti yang kita mengejar dan menuju kejayaan dalam pengajian, kita ikhlas dalam belajar? Juga adakah ia selaras dengan visi sebagai pelajar muslim? Atau sekadar mengikut arus kehidupan yang menuntut kita menggapai kejayaan dalam pengajian? Sama-sama kita koreksi diri.

Rasulullah saw merupakan mu’allim dan murabbi terunggul. Baginda merupakan qudwah. Pada suatu hari baginda mengajar dan memberi motivasi kepada Muadz Bin Jabal, seorang tokoh yang di kemudian hari menjadi salah seorang fuqaha’ dalam kalangan sahabat R.A. dan kemudian menjadi guru kepada orang Yaman, dengan sabdanya bermaksud:

“Pelajarilah olehmu akan ilmu pengetahuan kerana: mempelajarinya kerana Allah adalah hasanah, mengkajinya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, menuntutnya adalah ibadah, mengajarkannya adalah sedeqah, mencurahkannya pada ahli adalah Qurban, memikirkannya umpama puasa, dan mendiskusinya ibarat Qiyam.”

-Kesihatan Awam dan Perubatan Masyarakat-

Visi Pelajar Muslim

Secara umumnya, visi pelajar muslim dapat disimpulkan dalam dua patah kata: ALIM MUJAHID. Setiap pelajar muslim bertanggungjawab menjadikan dirinya sebagai seorang yang alim lagi mujahid. ALIM memberi konotasi penguasaannya terhadap ilmu yang diceburi, sama ada ilmu yang berkait dengan ad-Deen ataupun bekerja dan berjuang untuk ketinggian Islam. Kombinasi keilmuan dan amal islami adalah visi setiap pelajar Muslim.

Tetapi bagaimana kita hendak mencapai visi ALIM MUJAHID ini??

>> Teguh dalam aqidah

Ini merupakan syarat utama seorang mukmin, iaitu sentiasa membina hubungan dengan Allah SWT, mempunyai niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu dan meninggalkan maksiat kerana maksiat boleh menghalang ilmu masuk ke dalam dada.

>> Jernih dalam fikrah

Kejernihan fikrah mampu menyelamatkan pelajar muslim dari berbagai fahaman dan ideologi asing serta isme-isme lama dan baru. Jernih dalam fikrah membantu pelajar muslim memilih dan membezakan antara hikmah dan sampah yang dimiliki oleh orang lain. Maka, adalah mustahak kejernihan fikrah dalam menapis pemikiran-pemikiran sesat atas nama ilmu pengetahuan.

-Telinga hidung tekak ologi-

>> Cemerlang dalam akademik

Kecemerlangan akademik melambangkan ketekunan dan sifat jiddiyah seorang pelajar dalam menuntut sesuatu ilmu. Pernah disabdakan oleh Rasulullah bahawa Allah mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu ia mengerjakan dengan tekun dan teliti. Oleh itu, kita sebagai pelajar muslim perlulah bersungguh-sungguh dalam belajar.

>> Aktif dalam dakwah

Aktif dalam kegiatan dakwah bukan bermaknalah semata-mata memberi syarahan agama, bercakap banyak, perbincangan halaqat, hadir halaqat dan sebagainya. Apa yang lebih penting di sini adalah “concern” dan keperihatinan jiwa kita terhadap masalah ummah dan juga terlibatnya kita dengan usaha-usaha amal islami. Ini merupakan medan sebenar bagi para pelajar untuk melatih diri berkorban di jalan Allah SWT.

-Forensik dan Toksikologi-

>> Memanfaatkan kerjaya sebagai wasilah

Sesungguhnya kerjaya dan kepakaran kita adalah anugerah dan amanah daripada Allah. Ia perlu dipulangkan balik kepada Allah melalui usaha-usaha meninggikan kalimat Allah. Oleh itu segala ruang dan kesempatan yang ada hendaklah dipandang sebagai peluang-peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

-Oftalmologi-

IKHLAS DALAM BELAJAR


Jika kita ingin ikhlas dalam belajar, sudah tentu kita harus mempersiapkan niat. Kerana gerbang ikhlas adalah niat. Lalu, apa yang kita perlu lakukan?? Kita haruslah memikirkan mengapa kita belajar! Alangkah ruginya mereka yang belajar kerana exam, kerana suka-suka, apatah lagi kerana sanjungan orang.

Katakanlah;

“Aku akan belajar kerana orang soleh tidak layak untuk gagal. Oleh itu, aku harus belajar sehingga aku tidak akan mencoreng muka orang mukmin lagi soleh…”

“Aku akan belajar kerana sehingga kini yang menakhodai dunia adalah orang kafir, orang fasik ataupun orang yang tak berguna dan juga golongan yang hendak menghancurkan Islam. Maka kini tibalah giliran salah satu dari orang soleh memimpin dunia…”

“Saya akan belajar hingga saya dapat menyeru manusia kepada Allah SWT…”

Dengan niat ini, setiap goresan pena atau pandangan mata pada kitab akan menerima pahala. Indahnya Islam. Amal kebiasaan boleh diubah menjadi ibadah. Kita belajar dan mendapat pahala, dan mungkin hati kita akan bertambah semangat dalam belajar kerana niat yang baik. Sama-samalah kita memperbaharui niat sebelum melakukan apa jua perkara atau sebelum melakukan satu dari amal-amal ketaatan.

TAWAKAL

“… Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya…”

[Surah At-Thalaq:3]

Terdapat 4 tafsiran ulama’ mengenai tawakal;

Pertama, kepasrahan hati di hadapan Allah SWT seperti pasrahnya mayat di hadapan orang yang memandikannya. Adakah kita tahu apa yang dilakukan orang yang memandikan mayat? Ia membolak-balik tubuh mayat itu seenaknya. Begitulah tawakal.

Kedua, biarkanlah Allah SWT untuk menentukan.

Ketiga, kita menyempurnakan ‘sebab’ dengan anggota badan, dan memutuskan ‘sebab’ dari hati kita. Yakni tangan kaki kita harus menyempurnakan ‘sebab’ sedangkan hati kita harus melepaskan diri dari ‘pikiran sebab’.

Keempat, kita rela Allah SWT menjadi wakil kita.

Bagaimana pula yang dikatakan bertawakal kepada Allah? Nabi SAW bersabda; “Kalau kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberi rezeki kalian seperti Dia memberi rezeki burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar dan kembali petang dalam keadaaan kenyang.”

Erti ‘sebenar-benar tawakal’ ialah kita beramal dengan anggota badan kita tetapi hati kita terkait dengan Allah SWT.

Maka, disini wajarkah kita belajar dengan sekadarnya? Usahalah semaksima mungkin seterusnya menyerahkan apa jua natijah yang akan datang kepada Allah sebagai pemangkin diri kita dan yang pasti semuanya ada hikmah Allah sediakan untuk para hambaNya.

PENUTUP: PEPERIKSAAN AKHIR

Dalam kesibukan kita bertungkus-lumus melengkapkan persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma, perlu kita ingat akan satu lagi peperiksaan akhir yang akan hadir. Yang mana peperiksaan itulah yang menentukan pengakhiran kehidupan duniawi kita. Hakikatnya, dunia ini hanyalah tempat persinggahan ke destinasi hakiki. Bahkan di dalamnya penuh dengan liku-liku kehidupan.

Kehidupan kita semua akan dinilai. Anggota badan menjadi saksi segala perbuatan yang kita lakukan semasa di dunia. Kehidupan kita penuh dengan ujian. Jika kita menduduki peperiksaan kita pasti dimaklumkan jangka masa untuk menjawab soalan. Namun bagaimana pula dengan kehidupan kita? Saat kita hidup adalah satu tempoh. Justeru tempoh itu terselit infiniti ujian. Namun pengujungnya kita sendiri tidak pasti bila tiba waktu akhirnya.

Mari sama-sama bayangkan dalam satu situasi ketika pensyarah kita tiba-tiba berkata, "Saya akan kutip assignment kamu bila bila sahaja saya suka." Justeru macam mana perasaan kita dan macam mana persediaan kita? Mungkin kita akan resah atau mungkin kita akan tenang dalam mengatur langkah.

Akhir kalam, moga setiap usaha kita diiringi doa dan tawakal pada-Nya. Moga Allah dengar doa kita. Jangan putus berdoa. Itu senjata kita.

Daripada kami untuk kamu saudara yang kami kasih.

Kita sebenarnya sama kerana kita saudara J

Mesir bertinta

24 April 2010

Edited : 2 Mei 2010

*******

-Tamsyi '10-

Daripada mereka yg aku cinta. Sungguh hati ini rindu.

ALIM MUJAHID- tajuk yg dikupas lengkap sebelum aku melangkah ke menara gading.

Ya, bukan mudah.. tapi tidak pernah mustahil. T-T

Mohon doa kekuatan daripada semua.

Allah, aku perlu kekuatan utk melangkah ke tahun 5. Aku perlu menjadi doktor utk membela nasib Muslim lainnya. Jika Kau x izinkanku melangkah, pinjamkan kekuatanMu utk aku merangkak, jika tidak, cukuplah Kau pinjamkanku secebis QudrahMu utk aku mengesot..

Aku perlukanMu Ya Allah~

-Forensic end round exam, tepi tangga-


Ear Nose & Throat End Round Exam

13 May 2010 (Thursday)

Public Health & Community Medicine 20% Exam

20 May 2010 (Thursday)

Public Health & Community Medicine Final Written Exam

5 June 2010 (Saturday)

Public Health & Community Medicine Final Oral Exam

12 June 2010 (Saturday)

Forensic & Toxicology Final Written Exam

19 June 2010 (Saturday)

Forensic & Toxicology Final Oral Exam

24 June 2010 (Thursday)

Ophthalmology Final Written Exam

4 July 2010 (Sunday)

Ophthalmology Final Oral & Practical Exam

7 July 2010 (Wednesday)

Ear Nose & Throat Final Written Exam

17 July 2010 (Saturday)

Ear Nose & Throat Final Oral & Practical Exam

21 July 2010 (Wednesday)

3 comments:

Anonymous said...

Bittaufiq wannajah Dr.Nurulhuda..
Moga Allah permudahkan segala urusanmu sahabatku~

wah...byknyer paper kamu!!

hood@sunny said...

Rabbuna yubarik fiki~

Ameen ya Rabb T-T

p/s: ni takat ada 4 subjek je =P

(human is da highest creation, relavenla byk benda nk kene belajar psal kita kn?)

sinar_islami said...

Moga Allah berkati usaha2 mu sahibahku..
Bittaufeeq wannajah...
hehe..masih dilanda rindu walau bru smlm mendengar suaramu...chewah