.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, November 10, 2010

Analogi-analogi kehidupan


Hidup ini penuh dgn analogi. Ada org kata hidup seperti sebuah pengembaraan, seperti ladang utk bercucuk tanam dan ada juga yg cakap seperti video clip you tube, selagi xhabis buffer, selagi itulah xcomplete cerita. Sebenarnya apa signifikasi analogi-analogi tersebut? Manusia memerlukan bukti utk percaya dan yakin. Bukti wujudnya Allah, lihat sahaja bumi, langit, isinya dan di antara keduanya. Hebat dan menarik bukan? Melihat penciptaan langit dan bumi alam semesta dan diri kita menjentik rasa betapa 3azim dan sempurnanya Pencipta.

Why deny the second creation, when the first creation is here for you to see?

Mengapa perlu menafikan penciptaan kedua (akhirat) jika penciptaan pertama (kehidupan dunia) berada di depan mata kita utk dilihat?

"Innalillahi wainna ilaihi rajiuun"
[AlBaqarah: 155]

Daripada Allah kita datang, kerana Allah kita hidup dan kepada Allah kita akan kembali.

Pulang ke Malaysia 3 bulan yang lalu membawa saya mengenali diri ini lebih jauh. Kesempatan berjaulah ke UIAM Kuantan menemukan saya dgn satu lagi ciptaan Allah yg memberi makna besar kpd saya- rumput.

Hijaunya mendamaikan jiwa. Akarnya mencengkam tanah. Membantu mengurangkan hakisan dan tanah runtuh.Walaupun lembut dan selalu dipijak-pijak, rumput tidak mudah patah dan fleksibel. Selepas dipijak, kembali tegak. Rumput mengajar saya utk tidak mudah kalah, berlemah lembut tetapi tegas dan sentiasa istiqamah. Tidak seperti lalang yg mengikut sahaja arah angin. Ke kiri angin bertiup, ke kiri jua ia pergi.

Rumput juga tumbuh sekelompok, mengajar saya utk tidak bersendirian dan hidup berjama3ah. Walaupun tumbuh sekelompok, setompok-setompok, akhirnya berjaya juga menjadi padang atau lembah. Geraknya perlahan tapi konsisten.

Ya, rumput selalu dipijak, tetapi ia tidak hina. Ia selalu di bawah, tetapi bukan lemah. Sekalipun lemah-lembut, ia tidak musnah walau dipukul ribut!

-Nota fikir utk zikir, Pahrol-

Ok, kembali membaca dan membuat nota ^__^.

Contahilah rumput, tetapi ketahuilah kita lebih mulia drp rumput jika kita punya iman dan taqwa~

P/S: Tawaddhu' dan istiqamahlah. Menulis lebih mudah daripada melakukannya!




8 comments:

adeqs comeyll said...

suke analogi nie..
doakan sy kuat~

>>word verification saya putrie..huhu..adakah disebabkan sy sue gne puteri_islah..XD

sinar_islami said...

(^_^) Like
Nak jadi rumput :)
Sudikah anti temani ana ?

hood@sunny said...

Aduhai putrie ku sayang.. ^__^

"Malu mu mahkota yg tidak perlukan singgahsana, tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama..
tiada siapa yg akan boleh merampasnya, melainkan kau sendiri yg pergi menyerah diri~!"

lalala, bernasyid plak tang ni.. nge..

Bila kita minta kekuatan pada Allah ,Allah akan beri masalah dan ujian bg kita kuat kn?

Syiddi hilik~!

to sinar~ huhu ana x mahu kita jadi seteru di akhirat sana, pimpinlah ana spy tarbiyah dan dakwah ini subur sentiasa..

sayang nti >____<

sinar_islami said...

sayanggggg anti juga... (^_^)

Anonymous said...

like it too

bab-bab yg susah difahami memang memerlukan analogi untuk bagi manusia faham..
apapun, saya suka analogi

nak ikut jugak kakak kakak saya ni, bolehkah?

hood@sunny said...

destinasi kita sama~ irkab ma3ana!!

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

cantik analoginya....rumput itu juga menghalang hakisan tanah...satu kekuatan bila berjamaah...

hood@sunny said...

من طلب أخا بلا عيب صار بلا أخ

Sesiapa yg menuntut seorang saudara tanpa keaiban, maka pasti dia tidak menemukan saudara itu
-Fudhail Ibn 3iyadh