.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, March 22, 2009

في ايه نهار ده؟

Wondering what are da significances of dis day? Why they put it infront of our Pathology Lecture Hall? You know what had happened today?


Ada sejarahnya hari ini. Sejarah bermula seawal waktu subuh, pagi 5 tahun dahulu, di bumi Ghaza, Palestin.

Thursday, March 19, 2009

Palestina kita

MASIH INGATKAH KITA TENTANG GHAZA?

Masakan terlupa ttg titisan darahnya, airmatanya, keringat dan perjuangannya!!!
Tidak cukupkah 22 hari (officially) serangan x berperikemanusiaan terhadap Ghaza?

Jom tambah pengetahuan tentang Palestin, Tanah Air 'rebutan' ini:

1. Israel juga mengamalkan sistem demokrasi dalam pemilihan pimpinan mereka. Apakah nama parti-parti utama yang bertanding dalam pemilihan tersebut?
a. Parti Likud
b.
Parti Bersatu

c.
Parti Kliux

d.
Parti Memfis


2. Siapakah yang bergabung dalam ‘Kuartet Empat’?

a.
Turki

b.
Jordan

c.
Amerika Syarikat

d.
Jerman


3. Apakah warna kemuliaan Israel?

a.
Hitam

b.
Biru

c.
Merah

d.
Putih


4. Apakah maksud ‘Zionis’?

a.
Syaitan

b.
Cahaya yang menerangi

c.
Yang Terbaik

d.
Nama bukit di Jerusalem


5. Siapakah Presiden Israel yang kedua?

a.
Shimon Peres

b.
Ezer Weizman

c.
Yitzhak Ben-Zvi

d.
Chaim Herzog


6. Bilakah Hamas ditubuhkan?

a.
1989

b.
1988

c.
1987

d.
1986

7. Apakah maksud
‘hudna’ seperti yang sering digunakan oleh Hamas?

a.
Rundingan damai

b.
Rampasan tanah

c.
Kemerdekaan

d.
Gencatan senjata


8. Negara Islam yang manakah yang mengharamkan kegiatan Hamas pada tahun 1999?

a.
Mesir

b.
Jordan

c.
Iraq

d.
Turki


9. Siapakah tentera Israel yang penangkapannya dijadikan alasan oleh Israel untuk menangkap beberapa orang pemimpin cabinet Palestin yang lain?

a.
Chaim Weizmann

b.
Yitzhak Navon

c.
Gilad Shalit

d.
Moshe Katsav

10. Siapakah yang menggantikan Yasser Arafat selepas beliau berundur dari jawatan Presiden?

a.
Mohammad Taha

b.
Ismail Haniyeh

c.
Mahmud Abbas

d.
Nizar Rayyan


11. Hamas ditubuhkan oleh tokoh-tokoh berikut KECUALI

a.
Sheikh Ahmad Yassin

b.
Abdel Aziz al-Rantissi

c.
Mohammad Taha

d.
Ismail Haniyeh


12. Bilakah Hamas dan Fatah pernah mencapai kata sepakat untuk bersatu dalam pemerintahan?

a.
27 Julai 2006

b.
27 Jun 2006

c.
27 Mei 2006

d.
27 April 2006


13. Berapakah tempoh masa seorang Presiden Israel bertugas di Knesset?

a.
4 tahun

b.
5 tahun

c.
6 tahun

d.
7 tahun


14. Negara berikut melabelkan Hamas sebagai pengganas KECUALI

a.
Kanada

b.
Amerika Syarikat

c.
Jepun
d. Australia

15. Berikut terdapat dalam logo Hamas KECUALI
a.
Masjidil Aqsa

b.
Quran

c.
Pedang

d.
Bendera rasmi Palestin


16. Siapakah yang memegang jawatan sebagai Presiden Israel sekarang?

a.
Shimon Peres

b.
Benjamin Netanyahu

c.
Simon Peres

d.
Chaim Herzog


17. Senjata-senjata yang digunakan oleh Hamas untuk menyerang balas serangan Israel adalah

a.
DIME

b.
Roket Qassam

c.
CBU-39
d. Bom kluster

18. Kawasan yang manakah yang dipilih oleh Hamas untuk membina sebuah Negara Islam?

a.
Jerusalem

b.
Baitul Maqdis

c.
Tebing Barat

d.
Quneitra

19. Apakah nama Intifada pertama rakyat Palestin?
a.
Intifada Hamas

b.
Intifada Al-Aqsa

c.
Intifada Isra’

d.
Intifada Uula


Kenali tokoh2 Mujahid, musuh dan gerakan perjuangan rakyat Palestin agar kita tidak tertipu oleh propaganda menjatuhkan dan memutarbelitkan fakta oleh Zionis dan sekutu mereka~

*Credits to my sister who made this quizes. Terasa bagai masalah Palestin hanya diketahui secara luaran yg cetek sahaja.. Astaghfirullah...

Friday, March 13, 2009

My HERO


"I just want you to know
you mean the world to me,
Only a heart as dear as yours
would give so unselfishly.

The many things you've done,
all the times that you were there,
helps me know deep inside
how much you really care.

Even though I might not say,
I appreciate all you do,
Richly blessed is how we feel
having a father just like you."

Seawal umur 3-4 tahun, saya sudah memanggil dirinya AYAH. Nama yg terlalu besar maknanya. Ayah in my eyes is a unique man. His actions speak louder than his words. Kini, baru saya sedar yg ayah begitu sabar mencorak kehidupan puterinya. Caranya unik, langkahnya tersusun. (mungkin kerana ayah saya seorang yg sgt kemas dan berstrategi, saya pun segan dgn keteraturan hidup ayah)Ayah x pernah mengatakan yg dia buat begitu dan begini adalah utk kebaikan dan kesejahteraan anaknya. Dia mahukan kesedaran itu datang dari dlm diri saya sendiri.huhu
Kisahnya begini...(seronok juga mengimbau kembali kenangan zaman kanak2 dahulu)

Ayah dahulunya bekerja di MPPP, setiap petang ayah akan balik dari pejabatnya, dan setiap petang itulah saya bersama kakak akan terkejar2 bersorakan bila ayah pulang.. mengapa ya? kami begitu teruja bila ayah pulang, kerana ayah tidak pernah pulang dgn tangan kosong, pasti ada oleh2 buat kami. Kadang2, dibawanya minuman kultur Vitagen pelbagai perisa, kadang2 dibelikannya vcd game Rayman (game matematik & english), and at least dibelinya majalah National Geographic for us to ponder the best photos and captions of many extraordinary things all around the world.

Sejak kecil, ayah tidak pernah menyekat kebebasan kami utk berkarya dan menunjukkan bakat masing2. Dinding rumah menjadi mangsa contengan kami. Tidak cukup dgn itu, saya curi pula kertas A4 di printer ayah buat melukis orang2 yg senget sebelah..:P Ayah tidak pernah menegur, jauh sekali utk marah. Tetapi dibelinya kertas lukisan, dihadiahkannya color LUNA jika berjaya mendapat no 1 dalam kelas. Dihadirinya Majlis penyampaian hadiah saya dan mesyuarat PIBG sekolah dicelah-celah waktu kerjanya. Bukan setakat menghadirinya, tetapi mengambil gambar saya dan adik beradik jika kami naik ke pentas menerima hadiah dari guru besar. Betapa terharu rasanya bila detik berada di atas pentas menerima hadiah diperhatikan dan dirakam oleh ayah, buat tatapan kami sekeluarga. Setiap pencapaian terbaik kami di sekolah akan di ganjarinya..Oh, ayah sangat 'supportive' !! Baru hari ini saya sedar!!

Jika ummi bertugas atau menghadiri kursus dan seminar, ayah akan mengambil alih tugas ummi. Biasanya seminar atau kursus berlangsung paling lama 3 hari, dan hari-hari ummi berkursus adalah hari yg dinanti-nantikan!! heheh, kerana apa? sbb ayah akan membawa kami bersiar-siar. Yg paling saya ingat ayah membawa kami ke pantai. Seronok!!

Ayah sangat menjaga keluar dan masuk kami di rumah. Pergi dan balik sekolah, ummi akan hantar dan ambil (sbb sekolah ummi di sebelah sekolah saya). Kawasan di luar pintu pagar rumah adalah zon paling bahaya dan dianggap menjadi dosa besar jika keluar dari pagar rumah tanpa kebenaran ummi dan ayah. Maybe kerana kawasan rumah saya adalah deretan teres 2 tingkat yg berada di tgh2 bandar Lapangan terbang Pulau Pinang, memungkinkan segala perkara buruk berlaku. Prevetion is better than cure, yeah... right...right. Namun, saya tidak pernah rasa hidup terkongkong. Dunia kami sekitar dalam rumah dan sekolah. Tetapi ayah dan ummi berjaya menjadikan Baiti Jannati satu realiti. Semua kelengkapan dan kemudahan disediakan di dalam rumah. Kebebasan utk membuat sepah dan membuat chaos dlm rumah diberi secara mutlak kpd kami (xla mutlak sangat) Janji, kemas dan kembalikan keadaan rumah seperti sediakala. Yeah, ayah n ummi mmg BEST~

Berada didalam rumah sahaja hidup saya? Tidak sama sekali!! Sebulan sekali ayah akan bawa kami berpogram bersama kawannya dan keluarga mereka di pantai, sungai dan yg paling best ialah berbadminton di stadium malam2! Rindunya saat itu. Paling kurang ayah akan membawa kami berlari2 di padang sekolah ummi yg maha luas (ketika itu saya rasakan) di padang itu jugalah tempat kami sekeluarga memerhatikan comet Hale Bopp pada 2 mlm sekitar tahun 1995 atau 1997 (saya kurang pasti). Setidak-tidaknya, kami memerhatikan Gerhana Matahari cincin dalam besen dan filem di hadapan rumah. Ayah sgt up to date! Sehinggakan gerhana bulan yg dijangka akan berlaku suatu malam semasa saya di asrama, dia tidak lupa utk memberitahu anaknya-bukan itu sahaja, dititipkannya dgn pesanan, solat sunat gerhana dan doa.

Jika hendak diceritakan, tak terkira rasanya sumbangan ayah dalam perjalanan hidup saya. Walaupun anaknya 4 perempuan 1 lelaki, didikan kpd puteri2nya sangat unik, tiada pengabaian fitrah kami sbg perempuan, tidak pula diserahkan bulat-bulat kpd ummi.

Ayah was so creative to shape me to become an effective person. Every deed i done, he makes sure it is 'membina' bukan 'memusnah' or 'merosak'. I wonder how he managed to be 'himself'.

Ayah seorang yg banyak berfikir. Dia terlalu 'perfect' di mata saya. Dari aspek kesihatan, sukan, pertanian, perhilitan, pembinaan, mekanikal, fotografi, cetakan, tayangan, gadget teknologi, lagi, katakan, apa yg ayah saya x boleh buat? Pastinya ayah tidak dapat mengandung dan melahirkan saya.. Tetapi tanpa ayah, siapalah saya...

Selamat menyambut ulangtahun ke 51 ayah..
Semoga allah menerima amal ayah selama lebih setengah abad kehidupan ayah.

You deserved to be My hero~ :P

Wednesday, March 11, 2009

Beginikah digelar KEKASIH?


Assolatu wassalamu 3ala Nabiyyina Habibina MUHAMMAD Rasulullahi sallallahu 3alaihi wasallam~

Suatu hari, datang seorang anak murid bertanyakan gurunya, bagaimana dia mahu bermimpikan Rasulullah?? dan memohon agar gurunya mengajarkan dia langkah-langkah utk bermimpikan Baginda.

Gurunya tidak menjawab secara direct, tetapi mengajak anak muridnya itu makan malam di rumahnya, dan pelajarnya itu bersetuju.

Maka pada malam itu, makanan yg dihidangkan sangat bayak kandungan garamnya. Dan pelajar itu dilarang dari meminum air. Lantas, tanpa meminum sedikit air pun dan ditambah dgn kemasinan garam yg banyak dalam makanan mlm itu, anak murid yg tidak sabar² utk mengetahui cara bagaimana bermimpi ttg rasulullah disuruh pula tidur oleh gurunya.

Tanpa mengesyaki apa², dan berharap dapat bermimpi Baginda rasul saw, anak murid itupun tidur tanpa menjamah sedikitpun air.

Keesokan harinya, gurunya bertanya:
"Apakah kamu nampak sesuatu semalam? (dlm mimpimu?)"

"Ya, ada²!"

"Apakah yg kamu perhatikan dalam mimpimu wahai anak?"

"Aku lihat air hujan, turun mencurah-curah, dan kulihat juga sungai mengalir, dan laut (ombak) memukul pantai"

Gurunya menjawab,
"Maka benarlah kata² kamu dan benarlah mimpi kamu itu."

*petikan dari booklet karangan Imam Khalid Abu Syadi, Masjid Rawwas, Sayyidah Zainab, Cairo.

So? What's the point? Are the above story related to ourself in remembering Rasulullah saw?
The hypotesis is???



Cetusan tanda tanya muhasabah,
13 Rabiul awwal, 1430 H.

Saturday, February 21, 2009

Fast!!

Dek kesibukan masing² menelaah pelajaran utk mid year xam kali ini, kami serumah hampir jarang makan berjemaah. Masing² faham status tidak mahu diganggu. Tetapi, tugas dan giliran memasak tetap terus dilaksanakan, cuma dgn cara dan gaya yg berbeza.

Terpanggil utk mencoret peristiwa semalam, makan 'fast food' yg dipesan hanya melalui telefon. MasyaAllah, masa yg dijanjikan 45 minit siap dan sampai ke pintu rumah sangat tepat! Itu baru nikmat dan keseronokan dunia. Tak terbayang lagi nikmat hidup disyurga. Terlintas sahaja di minda, sudah tersedia dan terhidang di depan mata. Subhanallah, kun fayakun, semuanya dan segalanya Allah mampu lakukan.

"Dan sampaikanlah berita gembira kpd mereka yg beriman dan berbuat baik, bhw bg mrk disediakan syurga² yg mengalir di bawahnya sungai². Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dlm syurga, mereka mngatakan, "Inilah yg pernah diberikan kpd kami dahulu." Mereka diberi buah-buahan yg serupa dan utk mereka di dlmnya ada pasangan² yg suci dan mereka kekal didlmnya." [AlBaqarah:25]

Terbentang janji dan ganjaran Allah utk hambaNya.

Muhasabah kembali sejauh mana kita menjual dunia utk kesenangan akhirat? How far is our desire n will to achieve those nikma?

Sering ungkapan "Study sekuat hati!!!" bergumam dalam pundak saya. Bila pula kalimah "Beramal sekuat hati!!!" akan menyusul??

Cetusan rasa, separuh perjalanan minggu peperiksaan,
Awal Shober, Tanta.

Monday, February 16, 2009

Glass of life



Sedang memikirkan ttg kehidupan saya, utk apa, bagaimana memenfaatkan kehidupan dunia yg hanya sekali, kemana pengakhirannya..teringat cerita mayonnaise jar, pingpong balls, sand n a cup of coffee.

Ada beberapa butir bola pingpong, pasir dan secawan kopi. Kita dikehendaki meletakkan semua benda tersebut ke dalam sebuah bekas mayonis. Bahan manakah yg akan diletakkan dahulu? Jika diletakkan pasir dan air kopi dahulu, bola pingpong tidak akan dpt dimasukan sepenuhnya.. Tetapi, jika kita masukkan kesemua bola pingpong dahulu, pasir dan air kopi kemudiannya, i-allah semuanya boleh memenuhi bekas mayonis itu.

Begitulah kehidupan kita. Prioritize your amal. Do the 1st thing 1st. Tetapi kebanyakan manusia tertipu dgn penilaian ini. Yg manakah yg perlu diuruskan dahulu??(termasuklah saya, sempat lagi berblog, sedangkan parasite x habis baca lg...huhuu)

Na3uzubillahi minassyaitanirrajim. Kadangkala syaitan sangat licik mengabui pertimbangan kita. Kita lalai dgn perkara² yg kurang penting. Dan akhirnya perkara² penting seperti berbekal utk kembali pada Allah, dan belajar bersungguh² xdapat dilaksanakan dgn baik.

Thus, I need to stop here. Just a line of thought. See the glass half full not half empty.

Selamat berjuang dalam segenap lapangan~

Saturday, February 14, 2009

Aku & ujian bagi ku

Mereka (para sahabat awwalun RA) adalah segolongan manusia belaka. Mereka tidak mampu membersihkan diri mereka dari perasaan-perasaan manusia dan kelemahankelemahannya. Mereka tidak dituntut menjangkau batas-batas jenis mereka sebagai manusia dan tidak pula disuruh keluar dari lingkungan jenis manusia sehingga hilang segala sifat-sifat dan ciri mereka sebagai manusia.

Oleh kerana itulah Allah jadikan mereka sedemikian rupa supaya mereka tetap dengan sifat-sifat manusia dan tidak berubah kepada jenis makhluk yang lain; tidak berubah kepada malaikat-malaikat tidak pula kepada syaitan-syaitan dan tidak pula kepada binatang dan batu batan. Sebagai manusia mereka tetap mengalami rasa takut dan cemas apabila dilanda kesusahan. Hati mereka akan bergoncang apabila menghadapi suasana bahaya yang melewati keupayaan mereka.

Namun demikian, hati mereka tetap tertambat pada tali yang kukuh yang menghubungkan mereka dengan Allah. Tali inilah yang menghalangkan mereka dari gugur dan tali inilah yang membaharui harapan mereka dan mengawal mereka dari rasa putus asa. Dengan sifat-sifat inilah mereka menjadi contoh yang unik dan tiada tolak bandingnya di dalam sejarah manusia.(Syed Qutb)

Kita? Kamu? Saya? Saya juga manusia..

Semoga Allah beri kekuatan utk menempuh ujian ini.

934
Pharmacology Midyear Examination
13.00 p.m
Tanta University

Wednesday, February 11, 2009

Birth and death ~ a fate



HARI 1 (11 Februari 2009)

7.00 a.m.
Pendaftaran & Sarapan

8.15 a.m.
Taklimat Disiplin & Protokol
Bacaan Doa

8.30 a.m.
Tazkirah 1 :Mengenal Kehidupan Suatu Ujian
(Oleh : Saudara Nik Syahir bin Nik Salleh)

9.00 a.m.
Majlis Perasmian
Bacaan Al-Quran
Alu-aluan Pengarah Jawatankuasa Penganjur
Alu-aluan Presiden PERUBATAN
Perasmian oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Kaherah
Penyampaian Cenderahati

10.15 a.m.
Rehat

10.30 a.m.
Pembentangan 1: Kejadian Manusia Menurut Perspektif Islam dan Sains
(Oleh : Saudara Ahmad Wafi bin Arshad)

11.45 p.m.
Rehat, Solat Zohor, Makan Tengahari

12.45 p.m.
Pembentangan 2 : Feqh Kelahiran ; Keperluan Doktor Muslim Menghadapi Kelahiran
(Oleh : Saudara Ahmad Shuib bin Yahaya & Saudara Mohd Nazrul bin Nasir)

2.15 p.m.
Pembentangan 3: Perancangan Keluarga, Antara Halal dan Haram
(Oleh : Saudara Wan Mazrizman bin Wan Mansor & Saudara Faizuddin bin Hassan)

3.45 p.m.
Rehat & Solat Asar

4.15 p.m.
Pembentangan 4 : Kematian ;Feqh Islami dan Kajian Sains
(Oleh : Saudara Mohd Ilham bin Ismail & Saudara Ahmad Fauwaz bin Fadhil)

6.00 p.m.
Rehat & Solat Maghrib & Makan Malam

7.00 p.m.
Solat Isyak

7.30 p.m.
Pidato Khas: Road to be a True Muslim Doctor - The True Account
(Oleh : Syeikh Dr Yusri Rushdi As-Sayid Jabbar,Surgeon of Cairo University Hospital)

9.00 p.m.
Bersurai

HARI 2 (12 Februari 2009)

7.00 a.m.
Sarapan

7.30 a.m.
Taklimat Disiplin & Protokol
Bacaan Doa

7.45 a.m.
Tazkirah 2 : Kematian, Satu Kepastian
(Oleh : Saudara Juzaili bin Juhan)

8.15 a.m.
Pembentangan 5 : Doktor Muslim dan Pengurusan Jenazah
(Oleh : Saudara Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Al-Jufri)

10.00 a.m.
Rehat

10.15 a.m.
Pembentangan 6 : Pemindahan Organ Pada Suatu Kematian
(Oleh : Saudara Tengku Abdul Kadir bin Tengku Zainal Abidin & Saudara Salman bin Maskuri)

12.00 a.m.
Rehat, Solat, Makan Tengahari

1.00 p.m.
Majlis Penutup
Ucapan Penggulungan oleh Penasihat Persidangan
Ucapan Penutup oleh Pengarah JPMK
Penyampaian Cenderahati

2.00 p.m.
Bersurai

*tertakluk kepada perubahan