KUALA LUMPUR 11 Jun – Sebanyak 436 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di Mesir kini menerima kadar kenaikan elaun sara hidup yang baru iaitu daripada AS$224 (RM732.48) kepada AS$420 (RM1,373.4) sebulan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, kenaikan itu berkuatkuasa mulai 1 April lepas.
Selain sara hidup itu, beberapa kadar elaun lain juga dinaikkan sehingga 90 peratus, antaranya elaun buku, elaun alat perkakas, elaun penempatan, elaun pengajian akhir dan elaun pakaian, katanya dalam satu kenyataan di-0 sini hari ini.
Beliau berkata, elaun buku dinaikkan daripada AS$175 (RM572.25) kepada AS$300 (RM981) setahun, elaun alat perkakas daripada AS$88 (RM287.76) kepada AS$150 (RM490.5) setahun dan elaun penempatan daripada AS$336 (RM1,098.72) kepada AS$630 (RM2,060.1) yang dibayar sekali sahaja. - Bernama
Below was LAPORAN DARI UNIT SUKAN & AKTIVITI LUAR PERUBATAN CAWANGAN ALEXANDRIA
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN ASRAMA MARA ISKANDARIAH DAN KENAIKAN ELAUN PELAJAR TAJAAN MARA DI MESIR.
Alhamdulillah hari ini, 7 Jun 2008 bangunan asrama MARA Iskandariah dengan sempurnanya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Noh bin Hj Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada majlis perasmian yang bermula pada jam 3 petang tadi. Asrama yang mampu menempatkan lebih kurang 154 orang pelajar ini insyaAllah akan mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul mengenai penempatan pelajar-pelajar tahun 1 yang akan tiba pada bulan September nanti.
Alhamdulillah, Yang Berhormat Dato' juga turut mengumumkan kenaikan elaun pelajar tajaan MARA di Mesir yang berkuat kuasa pada bulan April 2008. Sememangnya inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh kita semua dan kita seharusnya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan khususnya berita gembira ini.
Di bawah ini saya nyatakan jumlah elaun yang baru dan perbezaannya dengan elaun kita yang lama;
Bil Jenis elaun Kadar lama Kadar baru Perbezaan USD USD USD
1 Elaun sara hidup ESH bulanan 224 420 196
2 Elaun buku DLBP tahunan 175 300 125
3 Elaun alat perkakas DLPL tahunan 88 150 62
4 Elaun penempatan DLEP sekali 336 630 294
5 Elauan akhir pengajian DLBL sekali 134 252 118
6 Elaun pakaian DLPA sekali RM 750 RM 1200 RM 450
NOTA: berkuat kuasa mulai APRIL 2008
Walaupun kenaikan elaun ini telah pun bermula pada bulan April tahun ini, namun jumlah elaun yang kita terima pada beberapa bulan pertama ini mungkin masih sama dengan jumlah elaun yang lama,seperti mana sistem di negara-negara lain juga, pelajar-pelajar mungkin akan menerima jumlah yang selebihnya ataupun tunggakan tersebut sekaligus dalam jumlah yang besar. Butiran-butiran yang lanjut dan lebih tepat akan diberitahu kemudian.
Disini juga dinasihatkan agar kita sentiasa bersederhana seperti mana biasa terutamanya dalam hal sewa rumah. Seperti yang kita sedia maklum,masyarakat disini mungkin akan mengambil kesempatan untuk menaikkan sewa rumah-rumah kita sekiranya mereka tahu yang kita sebenarnya mampu untuk membayar sewa yang tinggi. Oleh itu, hendaklah kita merancang perbelanjaan sebaik mungkin dan mengekalkan jumlah yang biasa kita bayar bagi sewa rumah iaitu lebih kurang LE 300 maksimum sebulan untuk seorang demi untuk menjaga kemaslahatan kita bersama.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian tadi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga kenaikan elaun kita ini meningkatkan lagi semangat kita untuk terus bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita dan tidak mudah patah semangat walau banyak rintangan dan ujian yang melanda. Sekian terima kasih.Selamat maju jaya..
Exco Sukan dan Aktiviti Luar.

* N.B: Includes all schemes (SPC & SPT)
No comments:
Post a Comment