.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Friday, June 20, 2008

و حشتنى قوى Wahisyteeni Awi!! I miss U so much!


Assalam3aleyk..
This time, I'm going to emphasize about a value of Ukhuwwah, which I found, pondered and felt so precious to be wasted away.


Aku merinduinya bukan kerana harta yg ada padanya..bukan kerana dia tergolong dari golongan yg berpangkat dan berjawatan, bukan kerana wajah cantik dan ayunya, tapi yg menyebabkan aku betul² rindu, yg menyebabkan hatiku terikat dgn hatinya adalah kerana akhlaqnya..Ya, dia memiliki sifat insan yg biasa, penuh dgn kesederhanaan, pernah melakukan kesalahan, tetapi senantiasa cuba memperbaiki diri. Dia jarang berkata-kata, but every words that she tried to deliver, always warmly welcomed. Dan yg paling UTAMA dia, secara sedar ataupun tidak, sentiasa mengingatkan diriku dgn tarbiyah-bahawa ia MESTI merangkumi 3 fakulti insan JASMANI, ROHANI & AQLI dan perilakunya selalu mempamerkan hakikat bahawa manusia ini tidak pernah sempurna, tetapi haruslah berusaha mencapai kesempurnaan dgn taqwa. [Tepat mengenai batang hidungku!]

1. Demi Masa!

2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -

3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar. [103:1-3]

Baru ku sedar, aku senang sekali saling berpesan² dgnnya..jika aku jatuh, xperlu aku menggapai tangan memohon pertolongan. Allah dtgkan dia utk membantu aku bangkit kembali. Tatkala dia jatuh, senantiasa hati aku diamuk resah, terasa tika itu dia betul² memerlukan aku. (semacam receptor dan ligand pula persis ikatan ini :D)

"Perumpamaan org yg beriman dlm kasih sayang , belas kasihan dan dan lemah-lembutnya ibarat satu tubuh, apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, semua anggota lain turut berjaga malam dan demam." [Muttafaqun 3alaih]

Mengapa begitu? Rupanya dia takut sekali tergolong dlm golongan yg merugi. SUNGGUH HALUS TARBIYAHMU sahabatku!!
Pernahkah kita merasa keindahan dan kemanisan berukhuwwah? Terfikirkah kita sedetik mengapa ianya terbit? Jika tidak pernah, bagaimana utk merasainya?(Memang rugi kalo x penah rasa)

MENGAPA IA TERBIT?

1. Kerana asas dan tapaknya adalah dasar iman dan aqidah.
(Pastikan landasan ukhuwah kita ,agar kita x tersasar)


2. Coz both realized that to be lived in this world, we can never be alone. Setiap org perlukan teman sbg pelengkap. Malam ada siangnya, jatuh ada bangunnya.

71. dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [9:71]


3. Coz both valued this relationship and hoped it will remain in hereafter.

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدوّ الاّ المتقين
"Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kpd sbhg yg lain kecuali org yg bertaqwa." [43:67]


4. Kerana kedua² pihak sedar hakikat perhambaan kpd Allah.

وكونو عباد الله اخوانا
"Dan jadilah kamu hamba Allah yg bersaudara"


BAGAIMANA UTK MERASAINYA?

Hadith ke-35 dari Hadith 40 byk menguraikan persaudaraan sesama muslim dan hak² seorang Muslim.

Rindunya aku pada hati² yg ikhlas berukhuwah fillah lillah. Hope I can preserve & treasure it..Wallahua3lam..

No comments: