.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, August 31, 2008

Bebaskan Dirimu


Ku tahu dalam perjuangan hidupmu
mengharungi arus keremajaan ini
terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
hanyut dalam buaian perasaan
yang tidak berkesudahan
itulah fitrah orang muda

Dalam kesibukan menghadapi pelajaran
tanggungjawab pada agama
keluarga dan masyarakat
dirimu tetap tidak dapat lari
dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
benarlah usia kuda banyak pancaroba
kehidupanmu yang terlalu padat dengan emosi
serta ilusi CINTA dan cita-cita

Namun, jangan biarkan dirimu
hanyut dek pergaulan yang tidak syara'
kerana percampuran tanpa batas itu
hanyalah KESERONOKAN PALSU
berusahalah muhasabah diri
dalam mengatasi kehawatan akhlak
serta jadilah seorang PUTERI
yang tinggi nilainya di sisi Allah
kekalutanmu menempis semua itu
pastinya dianggap satu MUJAHADAH
yang begitu mahal harganya

Anggaplah itu sekadar SEEKOR RAMA-RAMA
yang singgah untuk MEWARNAI HIDUPMU

Wahai diriku...
janganlah ikutkan kata hati
kerana hati yang beku dari mengingati Allah
tidak mungkin menunjukkan jalan yang benar
kembalilah semula pada asuhan dan didikan Allah
serahkan sepenuh hatimu
kerana di situlah tempatmu yang sebenar
semoga di situ kau kan dapat MEMBEBASKAN DIRIMU
dari kemelut perasaan yang berpanjangan................
10.15 pm -fitrah- 29 may 04

Sudah 51 tahun negara kita merdeka. Merdekakah kita? Apa erti kemerdekaan yg sebenarnya?

Jubah emas dari Tambunan
Bilakah pula tiba di Melaka
Jubli Emas jadi taruhan
Bilakah bila kita kan merdeka?

Eh, masih belum merdekakah kita? Habis, laungan MERDEKA tepat jam 00.00 31 Ogos setiap tahun itu apa?

Jubah Emas tiba di Melaka
Sulaman indah parang dan lada
Bilakah bila kita kan merdeka
Selagi Jahiliyyah bersarang di dada?

Merdeka atau bebas dalam erti kata yg sebenarnya dan dari kaca mata Islam adalah kemerdekaan mutlak dari sebarang perhambaan selain Allah. Selain itu, merdeka juga bererti bebas dari belenggu hawa nafsu dan penjajahan pemikiran jahiliyah.

Bagaimana mahu merdeka dari itu semua?

1. Kenali sifat nafsu, tuntutannnya dan dorongannya.
2. Kenali apa itu jahiliyyah, kesannya, akibatnya, perangkapnya dan cara menjauhinya.
3. Bezakan dan beramal dgn cara hidup Islam yg syumul. Tanpa mengenali Islam kita x akan dapat membezakannya.

Misi merdeka saya:
1. Babas dari sifat malas utk membaca buku fikrah.
2. Tahu, kenal dan bezakan jahiliyyah dgn Islam.

Jom merdekakan diri!!
Wallahu a3lam............

Saturday, August 30, 2008

Perantau Pulang

~Wahai pemuda dan pemudi harapan ummah, bercita-citalah kalian~


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang

Sedih pilu hanya engkau yg tahu

Ingatlah ayah dan ibu

Janganlah menghiris hatimu

Kerinduan desa nan permai

Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

Engkau tetap gigih berjuang
Membenarkan sabda junjungan

Terus memburu menuntut janji

Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang


Oh pejuang

Di mana pun ada ketenangan

Di mana pun ada kebahagiaan

Bila insan kenal pada Tuhan

Kasih sayang dan pembelaanNya

Bagi insan yg menyerahkan

Jiwa dan raga, anak dan isteri

Kepada Allah



Untuk kalian,
Pemuda dan pemudi harapan ummah. Kalian merupakan generasi hadapan.

"Kuharap pemuda inilah yg akan sanggup
Membangunkan zaman yg baru
Memperbaharui kekuatan iman
Menyalakan pelita hidayah
Menyebarkan ajaran Khatimul Anbiya' "
[MUHAMMAD IQBAL]

"Wahai generasi harapan Islam! Sesungguhnya kebahagiaan itu terletak dalam istiqamah (komitmen dgn ajaran Islam) dan beramal soleh."
[DR. 'AIDH ALQARNI]

"Ya Allah, sediakan bagi ummat ini para pemuda yg mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang terdahulu sebelum mereka. Semoga merekalah orang-orang yg akan mengembalikan daulah islamiyah, kemuliaan dan keagungan bagi ummat Muhammad."
[DR. ABDULLAH NASIH ULWAN]

"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yg tidak tidur lena memikirkan masalah ummat."
[AS-SYAHID IMAM HASSAN ALBANNA]

"Golongan muda yg suci hatinya dari segala noda, bersih hatinya dari segala dosa dan menjauhi adat lapuk pusaka usang jahiliyyah. Mereka dididik dgn didikan Islam yg sebenar dan aqidah tauhid yang sejati dan kemuliaan Islam serta berada di dalam barisan yang bersatupadu dan tersusun."
[MUHAMMAD AHMAD AR-RASHID]


Moga IMAN perisai kemuliaanmu
Moga TAQWA pembenteng peribadimu
Moga JANNAH menjadi milikmu......

Motto kali ini: "Memperkasa D & T melalui institusi"

Tuesday, August 26, 2008

58, 458

~Ibu segala pilihan raya kecil~

.....bilangan pengundi berdaftar hari ini, keluar membuang undi bagi menentukan siapakah yg layak menjadi wakil Parlimen Permatang Pauh, P44 di Dewan Rakyat. Pilihan raya kecil ini diadakan kerana bekas ahli perlimennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi yg dimenangi beliau ketika Pilihan Raya Umum 8 Mac yg lalu bagi memberi laluan kepada suami beliau, DSAI untuk kembali semula ke parlimen. DSAI yg dahulunya pernah mewakili parlimen ini selama 4 penggal, pada hari ini menghadapi saingan dari 2 pihak lagi (calon Barisan Nasional-BN dan calon Angkatan Keadilan Keadilan Insan Malaysia-AKIM).

Mengapakah pilihanraya kecil ini dianggap ibu kepada segala pilihan raya kecil?

[Petikan dari BH]

Seperti mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini, keputusan kerusi Permatang Pauh tidak
banyak banyak merubah kedudukan di Dewan Rakyat. Sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DSAI, yg banyak pihak meramalkannya mempunyai peluang cerah memenanginya, kerusi Pakatan Rakyat tidak bertambah. Jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menang pun, BN masih memerlukan 7 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Namun, itu hanyalah dari segi kedudukan kerusi di Dewan Rakyat sedangkan dari segi politiknya, keputusan di Permatang Pauh nanti akan menjadi kayu ukur kepada kedua-dua pihak mengenai kedudukan mereka setelah hampir 6 bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, kerana Permatang pauh adalah kubu kuat PKR dan amat sinonim dgn DSAI, tekanan tentunya kpd PKR. Sebaliknya, jika BN yg sejak dari awal lagi menganggap amat sukar untuk menawan Permatang Pauh, meningkat undinya dari apa yg diperoleh pada Mac lalu, ia sudah boleh dianggap satu kejayaan.

10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.

Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, katanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.

Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.


9.50 malam:Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. [HarakahDaily]

Thursday, August 21, 2008

May Allah bless you always

~She, graduated from PASTI 1997 ~

August 2008. Too many occasions happened. From the virtuous month of Sha3baan, the big Olympic games, summer breaks, school holidays, wedding ceremonies, graduation days, to the celebrations of birthday for those who born in this month. August bring 6 from our qabilah to complete their age in the calendar of this year. So, for all of them, may Allah bless ur day, get the very best of luck and live a happy life. For Allah had provided us with many things, which we in return have to be grateful and praise HIM a lot! Alhamdulillah~

13th anniversary for Solehah Khairuddin - 13th August 08
14th anniversary for Maryam Kamilah Ahmad Sani - 17th August 08
17th anniversary for Nuruljannah Ahmad Sani - 21st August 08
23rd anniversary for Uswah Khairuddin - 22nd August 08
24th anniversary for Suhaib Khairuddin - 26th August o8
8th anniversary for Muhammad Al-Fateh Kamal - 30th August 08

*if there is someone off-listed, please inform me ok?

Bagi pelajar biasa, usia 17 tahun membawa pelbagai peristiwa menarik, tidak kurang juga kisah sedih. Melalui peperiksaan SPM-bg mereka ketika itu peperiksaan penentu masa hadapan..betul ke?, bersedia utk melangkah ke menara gading, meninggalkan persekolahan dan rakan2 dan macam-macam lagilah yg x tersempat saya senaraikan. Dan hari ini, adik saya, secara rasminya menjadi golongan sweet 17th. :D Oh, sudah besar panjang adikku ini..(mmg besar dan panjang dari saya :P)

Pening dia bila memikirkan ke mana arah tujunya selepas SPM. Tercabar juga dia bila 2 kakaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Baginya, oversea sesuatu yg mencabar dan memberi minda optimis. Sebab itu cuba dia bersungguh-sungguh mencapai targetnya dalam SPM - 12A. Tetapi mampukah dia? Itu yg menjadi persoalan utama.

Adikku,
Mampu atau tidak, bermula dari diri sendiri. Sikap malas tidak akan membawa kita ke mana-mana. Ruyung itu mesti dipecahkan! Jika kita melakukan benda yg sama, akan mendapat natijah yg sama. So, perlu kepada usaha yg luar biasa, barulah dapat mencapai perkara yg berbeza. 12A semasa percubaan SPM saya menjadi bahan bakar semangatnya. Bayangan medic sukar utk hilang dari dirinya.(Cita-citanya mmg ke arah bidang perubatan) Tetapi dia mahukan kelainan. Tak mengapa adikku, medic atau engin itu pelan jangka panjang. Yang penting keputusan SPMmu. Mungkin dia agak tertekan dgn pencapaian kakak-kakaknya. Itu belum di kira persediaannya melangkah ke menara gading...huhuhu. Moga Allah sentiasa memudahkan dan memberi kekuatan kpdmu adikku.

~Kami mempunyai muka yg iras-iras sama, but u've copied mine coz i born 1st :P~

Adikku..siapa dia? Mengikut pengamatan saya dia yg lahir pada bulan Ogos:

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


So, either they are true or not, Allah knows BEST! Good luck my dear sister, do your very best, let Allah take care of the rest. Biasalah bila org membanding-bandingkan kita adik-beradik. Tp ingat! Allah tidak memandang pada rupa parasmu, pangkatmu dan pencapaianmu, tetapi apa yg Allah kira adalah hatimu. Jom menuju syurga dgn study!


Tuesday, August 19, 2008

Ala bizikrillahi tathmainnul qulub



When starting to do something
Bismillah

When intending to do something
In ShaAllah

When something is being praised
Subhanallah

When in pain & distress
Ya Allah

When expressing appreciation
Ma ShaAllah

When thanking someone
Jazakallah

When awakening from sleep
La ilaha illallah

When sneezing
Alhamdulillah

When someone else sneezes
Yarkamukallah

When repenting of a sin
Astaghfirullah

When taking oath
Wallahi wa billahi

When giving charity
Fi sabilillah

When having love for someone
Lihubbillah

When parting from someone
Fi amanillah

When a problem arise
Tawakkaltu 3alallah

When pleasantness appears
Fatabarakallah

When unpleasantness apppears
Na3uzubillah

When participating in prayer
Ameen

When getting married
Aamantu billah

When hearing undesirable thing occur
Inna lillahi wa inna ilayhi raji3uun


Wallahua3lam..... [Ar-Ra3du:28]

Monday, August 18, 2008

Catatan Perjalanan 1

Picture tell 1001 of stories
-Kenduri Joyah & Firdaus (anak menakan nenek)-
27 July 2008

~Geng budak2 yg tgk GBS 6 kali sehari :P~

~Nenek yg sporting~

~Yahya 3iyash~

~Geng ibu2 dan bakal ibu :P~

~A photo of 1/6 cucu nenek~

~Salahuddin~

~Nadrah~

~Nur Faqihah~

1. Apabila bersua dgn kanak-kanak, anggaplah dia lebih bersih dan mulia drpd kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.

2. Apabila bersua dgn org tua, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kpd Allah.

3. Apabila bersua dgn org alim, anggaplah beliau lebih mulia drpd kita kerana banyak ilmu yg dia ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

4. Apabila bersua dgn org jahil, anggaplah dia lebih mulia drpd kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa tetapi memiliki ilmu.

5. Apabila bersua dgn org kafir, katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk islam. Maka semua dosa yg dilakukan sebelum masuk islam akan diampunkan oleh Allah swt. Sedangkan kita yg telah islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa. Banyak mana dosa dan pahala tidak dapat kita pastikan.

-Imam AlGhazali-

~Moga Allah bantu dalam perjalanan hidup ini~

Sunday, August 17, 2008

Sanah Helwa ya Kaamilah~ ( ^ ^ )

~My 2nd youngest sister~

Tanggal tarikh hari ini, genaplah 14 tahun adik perempuan terakhirku wujud sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Semoga keberadaanmu dlm keluarga kita seterusnya dunia mampu mewujudkan suasana tarbawi hasil pemahamanmu ttg Islam dan Dakwah. I'm counting on you my sis! Together we bring Islam back!

~Pizza Sosej, jamuan~

Below are characteristics of Augustians listed by Dato' Dr. Fadzilah Kamsah based on his research and surveys. If you want to believe it or not, it's up to you. For me, sometimes this can bring motivations and some characters are slightly right.

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Maryam: Bila korang balik je baru kami dapat best2.

Maddin: Harijadi Maryam tahun ni makanan best. Mesti sbb korang balik.

Saya: -senyum- Dalam hati- sengaja ummi dan ayah buat begini (raikan bila kami berkumpul beramai2) supaya kami semua adik-beradik merasai dan berkongsi kegembiraan. Biar ketawa dan menangis bersama. Dgn siapa lagi..... adik-beradik ada 5 orang je.. (^ ^)

Istimewanya hari ini, 2 jemputan kenduri kahwin saya hadiri. Dan saya juga sempat menjala ikan dan memetik rambutan di rumah Tok. Ada nada sedih dalam keluhan tok bila anak-anaknya yg duduk berjauhan tiada seorangpun yg menelefon utk memberitahu berita kepulangan mereka ke kampung. Apa lagi tok, kami balun la rambutan ni ye.. Takkan nk biar kering atas pokok kn? Sayang....

~Plucking rambutans with her, dapatla jugak sebakul~

~Hasil jalaan Cik Man, kiri ikan kap, kanan ikan tilapia merah~

Saturday, August 16, 2008

Nikahun Mubarakun


Apa yg ada pada sebuah perkahwinan?

1. Pengerat silaturrahim antara keluarga.

2. Hebahan ttg pembinaan 'masjid'. Jika tidak fitnah akan tersebar rata.

Rasulullah saw bersabda: " Tiadalah aku tinggalkan setelah aku selain fitnah yg berbahaya bagi lelaki daripada wanita" (Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi & Ibnu Majah)

3. Jalan yg menghalalkan yg haram.

" Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yg keji dan jalan yg buruk" [Al-Isra':32]

4. Melangsungkan percintaan yg bermaruah.

Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada yg lebih patut bagi 2 org yg saling mencintai kecuali nikah" (Riwayat Ibnu Majah)

~Merpati 2 sejoli~


Simboliknya perumpamaan ini, sepasang merpati membawa simbol kebebasan. Bebas daripada belenggu zina, bebas dari bisikan syaitan dan runtunan hawa nafsu. Benarlah firman Allah:

" Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan, kecuali nafsu yg diberi rahmat oleh Tuhanku." [ Yusuf:53]

Dari Abu Huzaifah r.a, dari Nabi Muhammad saw bersabda: " Sesungguhnya Allah swt menetapkan utk anak Adam bahagiannya dari zina, yg pasti akan mengenainya. Zina mata dgn memandang, zina lisan dgn berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yg akan membenarkan atau mendustakan semuanya." (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Tentang zina juga Rasulullah saw bersabda lagi:
"Kedua-dua tangan juga berzina, dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman." (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Dan tarikh 16 Ogos 2008 menjadi saksi pembebasan 2 insan, Asma' Abdullah dan Ahmad Syazwan Ahmad Nordin di Yan, Kedah. Sekali lagi, jemputan ini tidak dapat saya penuhi gara-gara berlangsungnya 5 majlis perkahwinan di kawasan sekitar rumah saya. (Sedih & rasa bersalah pon ada)

Buat pasangan mempelai (bakal mempelai pun boleh :P) ingin saya kongsi sedikit isi dari makalah Mustafa Masyhur berkisar tajuk
"Tegakkanlah Rumahtangga Muslim". Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

1. Perkahwinan itu adalah ibadat.

Meneruskan misi keberadaan kita didunia.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu." [AzZariyat: 56]

2. Perkahwinan itu adalah saling percaya mempercayai.

Asas rumahtangga bahagia salah satunya adalah sifat saling mempercayai. Bertitik tolak dari sinilah keserasian dan 'understanding' wujud. Akhirnya perkara halal yg paling dibenci Allah dapat dielakkan.

3. Perkahwinan itu adalah syarikat yg dipimpin oleh sang suami.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka". [An-Nissa’: 34]

4. Perkahwinan itu adalah tanggungjawab dan amanah.

"Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."[At Tahrim : 6]

5. Rumahtangga muslim itu merupakan risalah.

Rumahtangga Muslim merupakan pusat aplikasi pendidikan dan kefahaman Islam dari peringkat sekecil anak hingga sebesar-besar tanggungjawab seorang ayah.

6. Rumahtangga muslim sbg markaz memancarnya cahaya.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan sekaligus membawa mesej Islam ke kawasan kejiranan, sekolah dan tempat kerja. Dari sinilah Islam boleh berkembang dan tertegak!




Akhir kata, salam mahabbah dari saya buat pasangan pengantin. Moga rumahtangga yang dibina sedaya upaya menjadikan dasarnya taqwa dan tiangnya kasih-sayang. Gegarkanlah dunia dgn kombinasi keupayaan antum. Moga dipermudahkan segalanya!~

Wallahua3lam..

Wednesday, August 13, 2008

Warkah min Nashrul Fikr

~Ja'a minal qalbi fadakhala al-qulub~

Salam sayang yang keluar dr lubuk hati ana.....buat sahibah ana yang disenangi selalu....NURULHUDA. Semoga doamu diperkenan!

Duhai ukhtiku Nurul Huda, dengan kalimah apa mampu ana bayar detik-detik masa anti bersama-sama dengan adik2 ana saban hari? Oh huda...tahniah, anti menjadi dai dan murabbi dengan baik, nescaya berkuranglah beban anti di mahkamah Allah kelak!

Banyak perkara yang ana belajar dari anti, yang keluar dari lubuk hati atau anak mata anti, mungkin kerana lemahnya iman ana, ana diletakkan bersama-sama sahibah yang mentarbiyyah diri ana selalu!

Allah... ya ukhti.. kini ana tersedar, rupanya tarbiyyah yang kita lalui selama ini rupanya tidak datang dengan tangan kosong. Tetapi dibelakangnya ada bebanan yang cukup berat lagi dasyat. Sesungguhnya apabila kita melaui tarbiyyah kita terpaksa berhadapan dengan dua dakwaan Allah, maka pilihlah satu antara keduanya:

1. Melaksanakan segala kewajipan syahadah yang kita lafazkan degan cara terbaik, atau
2. Kecuaian kita akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak! Bahawa kita tidak menyampaikan kalimah hak yang diamanahkan di atas bahu2 kita kepada mereka.

Ukhti... di manakah kita kini yang asyik merendah diri? Manakah hak syahadah yang kita lafaz berkali-kali setiap hari? Bukankah Muhammad datang untuk melaksanakan syahadah ini, dan kita sedang menikmatinya? Ingatlah! Iaitu selepas ketiadaan Muhammad, wajiblah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan bimbinglah mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan adik2 kita ke arah kebahagiaan dunia akhirat. Risalah ini telah diwajibkan kepada orang2 yang mengimani dan akur dengan dakwah Muhammad. KItakah? Ya... Kitalah!

Kalau dulu ana serba tak paham bila Cikgu Azmi cakap kita jangan rasa selamat dengan tarbiyyah. Isy... memang tak paham. Tetapi, kini datanglah rahmat Allah mengilhamkan petunjukNya... ana paham wlpn sikit2, takpe, lama2 jadi bukit. Iyalah, kan tarbiyyah Islam yang akan menjelaskan mana jahiliyyah mana islamiyyah! Apa lagi??


Sesungguhnya apabila datang tarbiyyah kepadamu, datanglah pula tanggungjawab dakwah. Ingatlah ukhti, Allah tidak akan menghukum manusia apabila mereka tergelincir drpd landasan hidup sebenar sedangkan mereka tidak pernah mengetahui jalan yang boleh bawa mereka ke jalan kebaikan atau jalan pendustaan. Tidak, sesekali Allah yang Maha Baik akan menghukum mereka. Sebaliknya, para Rasul dan pengikut2nya yang akan dihukum kalau2 mesej dakwah tidak diedar.
Dalam surah An-Nisa' : 165 ;

"Rasul2 (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang2 beriman), dan pembawa amaran (kpd org2 kafir dan pembuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih di akhirat) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul2 itu. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Berat kerja kita ni ukhti. Anti bayang berapa ramai manusia yang bisa mendakwa kita di saat kita sedamg dalam perjalanan menghidu haruman syurga?! Jiran2 kita.... adik2 kita, saudara2 kita....kawan2 lama kita...

Namun ingatlah janji Allah, bagi mereka yang melaksanakan haq syahadah ini dengan bersungguh-sungguh, mereka akan menerima ganjaran dari Allah, sama ada dakwah ini diterima atau ditolak.


Sehingga di sini sahaja catitan dari ana. Maafkan kelemahan2 ana.... Kalau jemu dgn tulisan ini.... terimalah seadanya...!
Moga ukhuwah diikat erat dgn ikatan iman, dirimu adalah permata yang akan ku kagumi selalu..

Hiasilah peribadi... iman dan Al-Qur'an di dalam hati.
Nazihah SPM 05
------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedang mengemas harta peribadi saya yang tak sempat disusun pabila bergegas keluar dari MCIIUM dahulu, terpandang surat yang dikirimkan sahibah seperjuangan sebelum kami berpisah, melalui dan meneroka haluan masing-masing. Benar, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan merasa dan menghidu tempiasnya. Alhamdulillah, sengaja saya abadikan suratnya agar menjadi bara yang sentiasa menyalakan api perjuangan saya. Terima kasih sahabat!

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman." [Az-Zariyat : 55]

WallahuA3lam.....


Tuesday, August 12, 2008

Buat Si Tukang Seru

6 Peringatan & 6 Suruhan buat Mujaddid Da3wah, Sahibud Da3wah..



[1] Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan!

Barisan dan kesatuan umat.
Canangkan seruan dan ancaman.
Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang kebenaran.
Gemakan sentiasa kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran.
Sampaikan peringatan ini ke kuping segala insan!
Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia, ajaran agama Tauhid, ajaran Cita dan Cinta.


[2] Besarkan Tuhanmu, di atas segala!

Tiada kebesaran yang menyamai kebesaranNya.
Tiada kekuasaan yang menyamai kekuasaanNya.
Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dari urusan dan kepentingan menjalankan perintahNya.
Kecil semuanya di hadapan Allahu Akbar!
Fana, lenyap dan binasa dalam ke'Baqa'an Nya.
Tiada kekuatan selain dari azab siksaNya yang akan menimpa.
Tiada harapan selain dari keredhaanNya belaka.
Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu.

[3] Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!

Hanya dengan kesucian ruh jua, amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan.
Risalah dan amanah ini adalah suci.
Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur dosa dan noda!
Hanyalah dengan kesucian ruh, engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini.
Sucikanlah dirimu lahir dan batin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian.
Thahirun Muthahhir, suci dan menyucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati.
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia.
Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia.


[4] Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat!

Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah riwayatmu.
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat.
Namamu akan cemar di hadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi.
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dari maksiat dan mungkarat dari dosa dan noda.
Bangsa dan negaramu akan karam-tenggelam dalam lembah kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat dan mungkarat telah menjadi pakaiannya.
Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah program perjuanganmu.
Al-Haq yang harus dimenangi dan batil yang harus dibinasakan, adalah acara dari jihadmu.

[5] Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak!

Jalankan tugas ini tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia ramai.
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdikan, tidak mengharapkan balasan dan pujian, keuntugan benda dan meterial.
Kekayaan manusia tidak cukup untuk membalas jasamu yang tidak ternilai itu.
Bukankah tanpa engkau masyarakat ini akan kering dan ketiadaan iman, kepercayaan dan pegangan?
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita?
Bukankah tanpa engkau, hidup ini akan kerdil, hidup kehampaan, kerana tiada iman dan agama?
Kalau tidak ada penyuluh-penyuluh baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan.
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan keredhaan Tuhanmu jua.

[6] Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar!

Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala kesabaran dan ketahanan.
Sabar menerima musibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang dengan kegiatan dan pengorbanan yang diberikan.
Hanya umat yang sabar yang akan mendapat kejayaan sejati dan kemenangan hakiki.
Hanya umat yang sabar akan sampai kepada tujuan!

KHM'ISA ANSARY

Friday, August 08, 2008

Birru Walidayn

~An apple tree and a boy~

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He climbed to the tree top, ate the apples, took a nap under the shadow. He loved the tree and the tree loved to play with him.

Time went by. The little boy had grown up and he no longer played around the tree everyday. One day, the boy came back to the tree and looked sad. "Come and play with me," the tree asked the boy. "I'm no longer a kid. I don't play around trees anymore," the boy replied.
"I want toys. I need money to buy them."
"Sorry, I have no money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money."
The boy was so excited. He grabbed all the apples in the tree and left happily. The boy never come back after he plucked all the apples. The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come and play with me," the tree said. "I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?"
"Sorry but I don't have a house. But you can chop all my branches to build your house."
So, the boy cut all the branches of the tree and left happily. The tree was glad to see him happy. But the boy never come back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me," the tree said. "I'm sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?"
"Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy."
So, the boy cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry my boy, but I don't have anything for you anymore. No more apples for you," the tree said. "I don't have teeth to bite," the boy replied.
"No more trunk for you to climb on."
"I'm too old for that now."
"I really can't give you anything. The only thing I left is my dying roots," the tree said with tears.
"I don't need much now, just a place to rest. I'm tired after all these years," the boy replied.
"Good! Old tree trunk is the best place to lean and rest. Come, come sit down with me and rest."
The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.

---------------------------------------------------------------------

This is a story for everyone. The tree is like our parents. When we were young, we like to play with mom and dad. When we've grown up, we left them. Only come to them when we need anything or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give anything they could to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree, but that's how plenty of us are treating our parents. I hope after reading this story, all of us will love our parents more.

Kepulangan saya ke tanah air sememangnya dinantikan kedua ibubapa. Pelbagai pelan diatur agar percutian musim panas kali ini tidak sia-sia. Itulah hakikat belajar di negara orang. Sesekali jenguklah keluarga di kampung. Tidak terbayang bagaimanakah saya akan melalui alam pekerjaan selepas berjaya meraih segulung ijazah. Cita-cita bergantungan tinggi - Pakar Perbidanan dan Sakit Puan. Fuh, dengar sahaja sudah terbayang liku2 dan cabaran getir yg bakal di hadapi. Hampir 7 tahun bergelut dgn Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri, 2 tahun menyandang gelaran doktor pelatih, dan kemudian 4 tahun pula untuk mendapatkan pakar.

Dapatkah saya menjenguk kedua ibubapa secara berkala apabila bergelar doktor nanti? 24 jam sehari cukupkah untuk membahagikan masa secara adil? Itu belum dikira jika sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Teringat ulah seorang pengetua yg dijemput utk memberikan motivasi dalam kalangan guru2 sekolah menengah. "Kadang-kadang murid kita yg nakal2 itulah yg mengusung kita ke liang lahad, yg mengaji tinggi2 tu datang sat ja jenguk. Lepas tu balik la. Sibuk." Otak saya kembali mencerna. Salahkah belajar tinggi2 dan menjawat jawatan penting? Islam, keluarga, sahabat handai dapat tumpang bangga dan bergembira. Tetapi, mampukah saya? Mampukah saya membahagikan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan dan 12 bulan setahun untuk mereka? Wang ringgit bukan segala-galanya. Benar, wang ringgit mampu membeli tilam yang empuk tetapi bukan tidur yang lena.

Disinilah peranan kita sebagai anak, sebagai saudara, sebagai rakan, doktor dan daie. Banyak lagi yg perlu dibekalkan selain bekalan taqwa yg utamanya. Kiat2 dan teori perlu dijalankan secara praktikal. Role model dan tokoh2 terdahulu ramai, gali dan contohi langkah mereka. Pengetahuan tentang amal islami dan amal qawi perlu dicerna selumatnya. Letakkan 'mission statement', bak kata Sean Covey dalam buku motivasi terlarisnya, 7 Habits of Highly Effective Teens. Faham dan gunapakai fiqh awlawiyat, agar kita tidak mudah terbabas dari landasan amal islami yg dituntut.

Namun, apalah ertinya ilmu tanpa amal, apalah maknanya amal tanpa ikhlas?Bagaimana mahu ikhlas? Ada tanda2nya:

1. Sentiasa takut kemahsyuran dan sanjungan yg boleh membawa kepada fitnah kepada dirinya dan deennya.

2. Sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah s.w.t dan segera memohon keampunanNya. Cuai dalam amal ibadat, cuai dalam mengawal hati supaya tidak bermegah diri. Bimbang dalam hati ada 2; beramal kerana allah dan kerana selainNya. Atau pun, dalam hati hanya ada 1; beramal kerana selainNya.

3. Suka melakukan amal kebaikan secara sembunyi. Bila bersedeqah dgn tangan kanan, pastikan tangan kiri tidak mengetahuinya.

4. Redha manusia tiada nilai disisinya. Hanya redha Allah menjadi kayu ukur setiap amal perbuatannya.

5. Baginya sama sahaja sama ada menjadi pemimpin atau orang yg dipimpin. Amalnya tetap bersungguh2 dan hanya mengharap redha Allah semata.

6. Beremosi, emosi juga.Tetapi semuanya hanya kerana Allah. Sayang, suka, benci, redha, marah, menerima atau memberi, semuanya dihadapkan, berkiblatkan Allah swt.

7. Bergembira dengan munculnya org yg ada kelayakan dalam barisan 3amilin.

Oleh itu, bagaimana menggapai ikhlas kalau diri masih kabur ttg hakikat ikhlas? Ayuh, mulakan langkah dgn membaca, kerana membaca teras mentaliti kelas pertama! Bukankah wahyu pertama juga mengajak kita supaya membaca?

Sunday, August 03, 2008

Ahlan wa sahlan ya Sy3baan!!

~rezeki kami hari itu~

Husna: Alhmadulillah, ana sya3banah..

Nadia: Wa ana Ragab.. (^ ^)

Saya: Weh, una, syab3anah laa.. :P bukan sya3banah...

Husna: Eh silap, Ma3alisy, ana syab3anah..

Geli hati bila teringatkan gurauan Nadia bila Una tersilap vocab, bila dia ingin mengatakan 'kekenyangan' semasa bertandang ke rumahnya buat kali ke dua. Syab3anah = saya (p) seorang yg kenyang. Mahsyi, firakh, dan Masyrubaat betul2 membuka selera kami petang saifi itu. Sya3ban....

~begini caranya membuat Mahsyi = nasi dibalut dgn daun anggur~

~Firakh Ma'li = ayam rebus~

~Mahsyi yg telah siap untuk ditanak dgn air rebusan ayam~


كل عام وأنتم بخير بمناسبة حلول شهر شعبان المبارك أسأل الله أن يرزقنا وإياكم الأعمال الصالحة في هذا الشهر ويتقبلها منا وأسأله أيضا أن يبلغنا رمضان ويمن علينا بالعتق من النيران أمين

Having an offline msg from Fatma Saliem really woke me up from my insensitive feeling towards months in Hijriyah calendar. Today is the 1st Sya3baan! Time running fast, till I failed to feel the sense of the coming Sya3ban.

Here are the significance of Sya3ban.. [click here]

May Allah accept our deeds as good deeds and insya Allah, obtain rewards from HIM.

Saturday, August 02, 2008

The Endangered Species


Lelaki

Dulu,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki, Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.


Dulu,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki pengkhianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,
Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,

Wanita dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah,

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunnurain mati terbunuh,
Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,

Hingga sanggup membunuh.


Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

Pada kelelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Srikandi,

Damsyik, Syria.
Syabab Musafir Kasih-Fatimah Syarha Mohd.Noordin

-credits to deviantart.com-
Bait2 katanya betul2 mencerminkan sang maskulin era pascakenabian dan perbandingannya dgn pemuda era alaf ke-21. How was it guys? Nodding or defending? Apa2 pun bukan semua lelaki sekarang x boleh diharap. But the fact is, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Saya: Sekarang susah betol nak jumpa lelaki yg betul2 LELAKI kan yah kn? Kat U*** tu, sampai lecturer pun dah xlarat nak tengok lelaki 'gentleman'. Lembut.Macam2 alasan bila ditanya kenapa jadi macam tu. Ada yg sebab nk diterima berkawan dan rapat dgn geng2 perempuan(yg rata2nya mendominasi ipt skrg ni), dan ada jugak yg mmg teringin jadi perempuan.Mungkin pengaruh feminisme yg semakin lantang bersuara.

Ayah: -senyap

Saya: Lelaki sekarang x leh harap. Dari sekecil2 budak sampai orang tua. Kerja sekolah tiru budak perempuan, nota kuliah mintak kat perempuan, sampai kerja kosong pon, siap iklankan 'operator perhubungan wanita'.

Ayah: Ye lah, lelaki sekarang x nak usaha. Tau kenapa orang byk ambik perempuan bekerja?

Ummi: Sbb perempuan lebih detail kerjenye. Tangan lelaki kan besar2, kalo keje kat kilang tu, abis rosak sume part2 yg kecik tu.

Ayah: Sbb lelaki terdedah dgn rasuah, pangkat. Perempuan, duit bukannya penting sgt, abis beli barang dia dah la.Pangkat pon bukannya nak sangat. Lelaki ngan dadah lagi, tarikan perempuan lagi. Tarikan perempuan ni bagi laki, ko tau x? x pernah habis. Sampai bila2 pon x habis.

Ummi: Tu yang atok yek kate, lelaki kene berjaga2 dgn 3 TA. harTA, takhTA, waniTA.

Saya: Lagi satu, bila ummi cite pasal tok yek teringat nenek cite.."Tok yek ngko tuh, dia kata 'kalo aku, kalah ngan perempuan MATI aku' hehehe (nenek tertawa bila teringatkan kisah itu)"

Lelaki dahulu betul2 menjaga kedudukannya dalam organisasi keluarga, kedudukannya dalam masyarakat. Sempat saya berdiskusi pendek dgn makcik saya, kebetulan menziarahi keluarganya pulang dari kampung hari itu. Antara sebab2 lelaki tidak menjadi LELAKI lagi pada hari ini, menurutnya adalah kerana salah faham fungsi dan tanggungjawab masing2. Tidak adillah hanya menunding jari pada kaum lelaki sahaja apabila keadaan ini berlaku, bukan? Perempuan melaung2kan hak keadilan sama rata. Dan psikologi BEBERAPA lelaki, menurut analisa dan pengalamannya(makcik), golongan lelaki akan berundur jika dicabar oleh kaum bukan sejenisnya.

"Haa, ngko nk tunjuk pandai sgt kn? ko buat la sendiri!"

MANA BOLEH!Bg saya, itu pengecut namanya!Lelaki sepatutnya menjadi ketua, pencari nafkah keluarga. Tetapi kini di kebanyakan syarikat, sekolah, sektor awam dan swasta sudah dimonopoli golongan hawa. Mana silapnya?

Kembalilah merenung, muhasabah kembali fungsi masing2. Perempuan tempatnya di rumah, lelaki yg layak keluar mencari nafkah. Namun, x dpt dinafikan jika perempuan harus bekerja untuk menampung keperluan keluarga dek hambatan meterial dan dunia.

Saya: Habis, kami ni sbg bakal doktor macammana pulak?

Makcik: Sebagai doktor wanita, bukan x boleh bekerja. Itu mmg kes wajib keluar bekerja utk membela nasib wanita. X kan nk bagi lelaki kot.Tetapi niat hanyalah untuk membantu manjaga kebajikan muslimah, kebajikan wanita. Bukan bekerja dgn niat mencari nafkah.

Panjang lebar pula entry kali ini. X bernilai rasanya tanpa kalamullah atau sunnahnya sebagai dalil. Buat renungan ~ An Nisa' : 34-37




Fikir-fikirkanlah dgn mata hati dan iman.

"Lelaki rasional hanya lelaki yg beriman" [falsafah harian husna ^ ^]

Wallahua3lam...