.....bilangan pengundi berdaftar hari ini, keluar membuang undi bagi menentukan siapakah yg layak menjadi wakil Parlimen Permatang Pauh, P44 di Dewan Rakyat. Pilihan raya kecil ini diadakan kerana bekas ahli perlimennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi yg dimenangi beliau ketika Pilihan Raya Umum 8 Mac yg lalu bagi memberi laluan kepada suami beliau, DSAI untuk kembali semula ke parlimen. DSAI yg dahulunya pernah mewakili parlimen ini selama 4 penggal, pada hari ini menghadapi saingan dari 2 pihak lagi (calon Barisan Nasional-BN dan calon Angkatan Keadilan Keadilan Insan Malaysia-AKIM).
Mengapakah pilihanraya kecil ini dianggap ibu kepada segala pilihan raya kecil?
[Petikan dari BH]
Seperti mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini, keputusan kerusi Permatang Pauh tidak
banyak banyak merubah kedudukan di Dewan Rakyat. Sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DSAI, yg banyak pihak meramalkannya mempunyai peluang cerah memenanginya, kerusi Pakatan Rakyat tidak bertambah. Jika calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah menang pun, BN masih memerlukan 7 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Namun, itu hanyalah dari segi kedudukan kerusi di Dewan Rakyat sedangkan dari segi politiknya, keputusan di Permatang Pauh nanti akan menjadi kayu ukur kepada kedua-dua pihak mengenai kedudukan mereka setelah hampir 6 bulan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, kerana Permatang pauh adalah kubu kuat PKR dan amat sinonim dgn DSAI, tekanan tentunya kpd PKR. Sebaliknya, jika BN yg sejak dari awal lagi menganggap amat sukar untuk menawan Permatang Pauh, meningkat undinya dari apa yg diperoleh pada Mac lalu, ia sudah boleh dianggap satu kejayaan.
10.45 pagi: Anwar yang berucap sebaik sahaja keluar dari tempat pengundian menyatakan pilihan raya hari ini bukanlah pilihan raya antara dua calon daripada parti yang berbeza, tetapi pilihan raya antara jentera kerajaan dengan dirinya.
Sementara itu, beliau yang ditanya media mengenai kes liwat yang dihadapinya, katanya buat masa ini fokus untuk beliau untuk menang dalam pilihan raya ini.
Katanya, perkara tersebut akan diperhalusi selepas pilihan raya berakhir.
9.50 malam:Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. [HarakahDaily]
No comments:
Post a Comment