Ku tahu dalam perjuangan hidupmu
mengharungi arus keremajaan ini
terkadang jiwa mudamu diulit kealpaan
hanyut dalam buaian perasaan
yang tidak berkesudahan
itulah fitrah orang muda
Dalam kesibukan menghadapi pelajaran
tanggungjawab pada agama
keluarga dan masyarakat
dirimu tetap tidak dapat lari
dari belenggu dan hambatan naluri mudamu
benarlah usia kuda banyak pancaroba
kehidupanmu yang terlalu padat dengan emosi
serta ilusi CINTA dan cita-cita
Namun, jangan biarkan dirimu
hanyut dek pergaulan yang tidak syara'
kerana percampuran tanpa batas itu
hanyalah KESERONOKAN PALSU
berusahalah muhasabah diri
dalam mengatasi kehawatan akhlak
serta jadilah seorang PUTERI
yang tinggi nilainya di sisi Allah
kekalutanmu menempis semua itu
pastinya dianggap satu MUJAHADAH
yang begitu mahal harganya
Anggaplah itu sekadar SEEKOR RAMA-RAMA
yang singgah untuk MEWARNAI HIDUPMU
Wahai diriku...
janganlah ikutkan kata hati
kerana hati yang beku dari mengingati Allah
tidak mungkin menunjukkan jalan yang benar
kembalilah semula pada asuhan dan didikan Allah
serahkan sepenuh hatimu
kerana di situlah tempatmu yang sebenar
semoga di situ kau kan dapat MEMBEBASKAN DIRIMU
dari kemelut perasaan yang berpanjangan................
10.15 pm -fitrah- 29 may 04
Sudah 51 tahun negara kita merdeka. Merdekakah kita? Apa erti kemerdekaan yg sebenarnya?
Bagaimana mahu merdeka dari itu semua?
1. Kenali sifat nafsu, tuntutannnya dan dorongannya.
2. Kenali apa itu jahiliyyah, kesannya, akibatnya, perangkapnya dan cara menjauhinya.
3. Bezakan dan beramal dgn cara hidup Islam yg syumul. Tanpa mengenali Islam kita x akan dapat membezakannya.
Misi merdeka saya:
1. Babas dari sifat malas utk membaca buku fikrah.
2. Tahu, kenal dan bezakan jahiliyyah dgn Islam.
Jom merdekakan diri!!
Wallahu a3lam............
Sudah 51 tahun negara kita merdeka. Merdekakah kita? Apa erti kemerdekaan yg sebenarnya?
Jubah emas dari Tambunan
Bilakah pula tiba di Melaka
Jubli Emas jadi taruhan
Bilakah bila kita kan merdeka?
Eh, masih belum merdekakah kita? Habis, laungan MERDEKA tepat jam 00.00 31 Ogos setiap tahun itu apa?
Merdeka atau bebas dalam erti kata yg sebenarnya dan dari kaca mata Islam adalah kemerdekaan mutlak dari sebarang perhambaan selain Allah. Selain itu, merdeka juga bererti bebas dari belenggu hawa nafsu dan penjajahan pemikiran jahiliyah.Jubli Emas jadi taruhan
Bilakah bila kita kan merdeka?
Eh, masih belum merdekakah kita? Habis, laungan MERDEKA tepat jam 00.00 31 Ogos setiap tahun itu apa?
Jubah Emas tiba di Melaka
Sulaman indah parang dan lada
Bilakah bila kita kan merdeka
Selagi Jahiliyyah bersarang di dada?
Sulaman indah parang dan lada
Bilakah bila kita kan merdeka
Selagi Jahiliyyah bersarang di dada?
Bagaimana mahu merdeka dari itu semua?
1. Kenali sifat nafsu, tuntutannnya dan dorongannya.
2. Kenali apa itu jahiliyyah, kesannya, akibatnya, perangkapnya dan cara menjauhinya.
3. Bezakan dan beramal dgn cara hidup Islam yg syumul. Tanpa mengenali Islam kita x akan dapat membezakannya.
Misi merdeka saya:
1. Babas dari sifat malas utk membaca buku fikrah.
2. Tahu, kenal dan bezakan jahiliyyah dgn Islam.
Jom merdekakan diri!!
Wallahu a3lam............
No comments:
Post a Comment