Salam sayang yang keluar dr lubuk hati ana.....buat sahibah ana yang disenangi selalu....NURULHUDA. Semoga doamu diperkenan!
Duhai ukhtiku Nurul Huda, dengan kalimah apa mampu ana bayar detik-detik masa anti bersama-sama dengan adik2 ana saban hari? Oh huda...tahniah, anti menjadi dai dan murabbi dengan baik, nescaya berkuranglah beban anti di mahkamah Allah kelak!
Banyak perkara yang ana belajar dari anti, yang keluar dari lubuk hati atau anak mata anti, mungkin kerana lemahnya iman ana, ana diletakkan bersama-sama sahibah yang mentarbiyyah diri ana selalu!
Allah... ya ukhti.. kini ana tersedar, rupanya tarbiyyah yang kita lalui selama ini rupanya tidak datang dengan tangan kosong. Tetapi dibelakangnya ada bebanan yang cukup berat lagi dasyat. Sesungguhnya apabila kita melaui tarbiyyah kita terpaksa berhadapan dengan dua dakwaan Allah, maka pilihlah satu antara keduanya:
1. Melaksanakan segala kewajipan syahadah yang kita lafazkan degan cara terbaik, atau
2. Kecuaian kita akan dijadikan alasan oleh manusia di hadapan Allah kelak! Bahawa kita tidak menyampaikan kalimah hak yang diamanahkan di atas bahu2 kita kepada mereka.
Ukhti... di manakah kita kini yang asyik merendah diri? Manakah hak syahadah yang kita lafaz berkali-kali setiap hari? Bukankah Muhammad datang untuk melaksanakan syahadah ini, dan kita sedang menikmatinya? Ingatlah! Iaitu selepas ketiadaan Muhammad, wajiblah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan bimbinglah mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan adik2 kita ke arah kebahagiaan dunia akhirat. Risalah ini telah diwajibkan kepada orang2 yang mengimani dan akur dengan dakwah Muhammad. KItakah? Ya... Kitalah!
Kalau dulu ana serba tak paham bila Cikgu Azmi cakap kita jangan rasa selamat dengan tarbiyyah. Isy... memang tak paham. Tetapi, kini datanglah rahmat Allah mengilhamkan petunjukNya... ana paham wlpn sikit2, takpe, lama2 jadi bukit. Iyalah, kan tarbiyyah Islam yang akan menjelaskan mana jahiliyyah mana islamiyyah! Apa lagi??
Sesungguhnya apabila datang tarbiyyah kepadamu, datanglah pula tanggungjawab dakwah. Ingatlah ukhti, Allah tidak akan menghukum manusia apabila mereka tergelincir drpd landasan hidup sebenar sedangkan mereka tidak pernah mengetahui jalan yang boleh bawa mereka ke jalan kebaikan atau jalan pendustaan. Tidak, sesekali Allah yang Maha Baik akan menghukum mereka. Sebaliknya, para Rasul dan pengikut2nya yang akan dihukum kalau2 mesej dakwah tidak diedar.
Dalam surah An-Nisa' : 165 ;
"Rasul2 (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang2 beriman), dan pembawa amaran (kpd org2 kafir dan pembuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih di akhirat) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul2 itu. Dan ingatlah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Berat kerja kita ni ukhti. Anti bayang berapa ramai manusia yang bisa mendakwa kita di saat kita sedamg dalam perjalanan menghidu haruman syurga?! Jiran2 kita.... adik2 kita, saudara2 kita....kawan2 lama kita...
Namun ingatlah janji Allah, bagi mereka yang melaksanakan haq syahadah ini dengan bersungguh-sungguh, mereka akan menerima ganjaran dari Allah, sama ada dakwah ini diterima atau ditolak.
Sehingga di sini sahaja catitan dari ana. Maafkan kelemahan2 ana.... Kalau jemu dgn tulisan ini.... terimalah seadanya...! Moga ukhuwah diikat erat dgn ikatan iman, dirimu adalah permata yang akan ku kagumi selalu..
Hiasilah peribadi... iman dan Al-Qur'an di dalam hati.
Nazihah SPM 05
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sedang mengemas harta peribadi saya yang tak sempat disusun pabila bergegas keluar dari MCIIUM dahulu, terpandang surat yang dikirimkan sahibah seperjuangan sebelum kami berpisah, melalui dan meneroka haluan masing-masing. Benar, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan merasa dan menghidu tempiasnya. Alhamdulillah, sengaja saya abadikan suratnya agar menjadi bara yang sentiasa menyalakan api perjuangan saya. Terima kasih sahabat!
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman." [Az-Zariyat : 55]
WallahuA3lam.....
Sedang mengemas harta peribadi saya yang tak sempat disusun pabila bergegas keluar dari MCIIUM dahulu, terpandang surat yang dikirimkan sahibah seperjuangan sebelum kami berpisah, melalui dan meneroka haluan masing-masing. Benar, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita juga akan merasa dan menghidu tempiasnya. Alhamdulillah, sengaja saya abadikan suratnya agar menjadi bara yang sentiasa menyalakan api perjuangan saya. Terima kasih sahabat!
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang beriman." [Az-Zariyat : 55]
WallahuA3lam.....
2 comments:
Laa, huda sani ke!! Wah, tak sangka dpt jumpa balik! Alhamdulillah...tp cmane huda dpt my blog address ek? kak husna tak blk cuti ke? haa...nak letak ur blog link kt my blog kay! :-)
dua sahabt baik..setiap kata2 memang menusuk kalbu..moga diberi kekuatan terus di jalan dakwah ini..ameen..doa utk ana juga ye.
Post a Comment