.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Thursday, September 04, 2008

.:BARAKAH:.

~Dakatrah to be~

Peluang menjejakkan kaki ke Pusat Bersalin & Poliklinik Barakah tidak di sia-siakan. Setengah hari menapak di sini membuka jalan dan menambah semangat saya utk terus belajar dalam bidang perubatan dan seterusnya berkhidmat sebagai pakar perbidanan dan sakit puan.

~Maternity Centre~

Melihat dan berbicara serba sedikit ttg pusat bersalin dan poliklinik ini yg dikelola oleh Dr Khairiah binti Seman menyuntik semangat dan melontar pandangan saya ke arah matlamat yg lebih jauh. Ummah, terutamanya golongan wanita perlukan pemahaman dan perhatian yg khusus terutamanya ttg perkara yg berkaitan keluarga dan kewanitaan itu sendiri.

Masyarakat terbina dari institusi keluarga dan keluarga adalah hasil dari gabungan 2 insan. Dari institusi inilah generasi baru terbentuk. Lemahnya wanita, pincanglah institusi keluarga, rosaklah generasi, runtuhlah masyarakat dan akhirnya buruklah tamadun dan bangsa.

~Dr Khairiah, berdiri paling kanan~

Menyedari hakikat ini, amat besarlah tanggungjawab bagi kita yg faham utk menyampaikan dan memberi kesedaran ttg peranan wanita dalam pembentukan generasi. Kita mahukan generasi rabbani yg lahir dari kesedaran iman dan tunjangnya taqwa. Justeru, pendekatan kesihatan amat cocok dan dilihat sgt berkesan dan efisyen utk menghampiri masyarakat. Di samping itu, kreateria islamik pada diri pekerja dipilih utk menjadi kakitangan pusat kesihatan ini bagi merealisasikan amal islami dalam seluruh aspek kehidupan.

~We at location~

Bagi sesiapa yg berminat utk mendapatkan khidmat kesihatan dari pusat bersalin dan poliklinik Barakah, di bawah adalah butir-butir maklumat ttgnya yg diperoleh daripada brochure barakah healthcare.

PUSAT BERSALIN BARAKAH
No 7, 9 & 11, Ground Floor, Lorong Sanggul 1F,
Bandar puteri, 41200,
Klang, Selangor.

Tel: 03- 51625622
Faks: 03-51626722

Doktor bertugas:
Dr Khairiah binti Seman
Pakar Perbidanan dan Sakit Puan
BMSB (Flinders University of South Australia)
(MMed) O & G (USM)

Masa rawatan klinik pakar:
ISNIN
9 am - 5 pm / 8 pm - 10 pm

SELASA, RABU, KHAMIS
9 am - 5 pm

JUMAAT
9 am - 12.30 pm

AHAD
9 am - 1 pm

TUTUP: CUTI UMUM
EMERGENCY: 24 jam

LAIN-LAIN KHIDMAT YG DISEDIAKAN
1. Masalah haid
2. Masalah kesuburan
3. Perancangan keluarga
4. Ultrasound
5. Pap Smear
6. Keguguran
7. Fototerapi

~Alat pengimbas ultrasound 4D tercanggih antara pusat bersalin di Malaysia~

~Melawat Si Kecil Jaundice melalui fototerapi~

ISTIMEWA UTK SI IBU
Pakej bersalin di Barakah

PAKEJ FATIMAH (RM 1150)
4 katil sebilik (bilik berhawa dingin)

PAKEJ KHADIJAH (RM 1399)
1 katil sebilik (bilik berhawa dingin & peti sejuk)

Pakej termasuk:
~ Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan (wanita)
~ 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu.
~ Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib. (vit K, BCG, & HEP B1)
~ Pemeriksaan cTG (2 kali 10 min/sesi)
~ Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.
~ Perawatan utk ibu dan bayi.


Berkira-kira untuk meneruskan perjuangan dalam bidang perubatan, ingatan kepada kata-kata makcik saya kembali menjengah. Terlintas dari dalam kepala ketika beliau melakukan 'brainwashing' terhadap kami sebelum kami berangkat ke Mesir untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. Kami, saya dan kakak berat hati untuk ke Mesir gara-gara 'comfort zone' di UIA dalam bidang farmasi.

"Sudah menjadi FARDHU AIN keatas kamu utk mendalami bidang perubatan terutamanya sakit puan selagi bayi-bayi muslim yg lahir di Malaysia disambut oleh dr. lelaki!!!"

Hehehe, berjaya juga makcik saya mengeluarkan saya dari kepompong individualisme. Terfikir kembali utk menerajui bidang ini apabila saya sengaja menjawab speciality aptitude test.


Obstetric & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan) jatuh di tangga kedua terakhir!!!! Gimana nih??

"Semua itu hanya di minda kita sahaja. Boleh atau tidak bergantung kpd kemahuan dan persepsi diri kita. Insya Allah, sebenarnya kita mampu melakukannya."

Dr. Mariam, pakar O & G di Shah Alam pula memberi kata-kata semangat apabila saya meluahkan ketidakupayaan dan kurangnya keyakinan saya utk menggalas O & G sebagai bidang kepakaran saya.

Terima kasih semua. Tidak kira apa yg akan berlaku, saya harus thabat! (Aduh, beratnya tanggungjawab! Baru belajar dalam preclinical yr...panjang lagi perjalanan...)

Doakan saya supaya berjaya menjadi pakar O & G ~ ( ^ ^ )


5 comments:

Anonymous said...

asm Huda, insyaAllah ana doakan anti berjaya mencapai harapan yang agung lagi mencabar tu. Terselit rasa cemburu pula...

Apa perkembangan Hospital Barakah dari segi sambutan masyarakat, ekonomi, tenaga kerja, keperluan2 mendesak dan sebagainya? Mesti Dr Khairiah ada cerita pada anti. Ana nak tau...

sinar_islami said...

salam..moga tercapai cita2 nti..
doakan ana jua..walaupun kome kata ana layak jadi pediatric..wallahu3alam hanya Allah yg tahu..

the best is to fight for your future...the world need us..we need Islam for our destiny

hood@sunny said...

[Nazz] mesti!!! nnt kita sembang len ye benda tuh~ heheh

[sinar] O & G tu title je.. hakikatnya kita mesti jadi yg serba boleh!! pedeatric pun sangat mencabar..ummat islam mesti boleh!! ana doakan nt sokmo~ (^ ^)

Anonymous said...

seronok baca post anti..anti antara org yg terpilih utk pegang tgujawab ni..teruskan usaha mu anti..
InsyaAllah kami sentiasa mendoakanmu..

ummu said...

assalamualaikum
teruja saya membaca entry ni.kalaulah masa boleh diundur kembali dan sekolah saya dulu punya aliran sains
tulen...opss, mana boleh cakap kalau-kalau kan.apapun,Penyusunan Allah itulah yang terbaik.
tahniah buat Ukhti.teruskan usaha murnimu.