Segala puji hanya bg Allah, Tuhan yg memelihara dam mentadbir sekalian alam. Selawat & salam ke atas junjungan kami, Nabi muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda.
Ya Allah, Engkaulah yg kekal abadi untuk selamanya. Demi kelabihanMu yg Maha Agung & kemurahanMu yg melimpah ruah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon perlindungan drp syaitan yg direjam. Drpd sekalian konco-konconya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan drp nafsu amarah yg sentiasa mendorong ke arah kejahatan & melalaikan dgn perkara yg x berfaedah drp mendekatkan diriku kpdMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w & kuluarga baginda serta para sahabat baginda. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yg memelihara & mentadbir sekalian alam.
Ameen.
*baca 3x setelah masuk waktu maghrib malam 1 Muharram
* syaitan berkata: "Telah amanlah anak adam drp golonganku pd tahun ini krn Allah telah mewakilkan 2 orang malaikat utk memeliharanya dr fitnah syaitan."
Alhamdulillah, Allah masih memberi kita peluang utk hidup dan merasai suasana tahun baru. Allah masih lg memberi kita peluang untuk menyedari kekhilafan, dan peluang utk memperbaikinya dan meningkatkan kemampuan yg ada. Sayangnya allah pada kita!!!
Berbicara tentang awal tahun, minda masing2 terterjah dgn gumpalan azam baru dan tekad menggunung. Bagus, dan semestinya setiap kali kita membuka lembaran dan lipatan baru kehidupan kita, setiap kali itulah kita perlu memperbaharuinya. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Tapi, bukan hanya pada setiap tahun baru, bahkan setiap hari!!
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam;
dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
Berubah dan mengubah bukan perkara yg mudah. Ia juga tergolong dalam kategori amalan dan perbuatan. Jadi, utk mendapatkan impak maksima bak kata orang, perlulah bermula dari perkara pokok iaitu NIAT. Baru sahaja berbincang dgn rakan2 seperjuangan ttg indahnya hadith pertama dari 40 hadith compiled by Imaam AnNawawi. Tersedar, betapa besarnya peranan dan fungsi niat dalam kehidupan manusia sehingga Imam Ahmad dan Imam Syafi3ie mengatakan ia meliputi 1/3 dari ilmu. Kerana perkara seputar persoalan dan perbahasan ilmu berkait rapat dgn 3 elemen: HATI, LIDAH dan ANGGOTA BADAN. Sudah semestinya tempat NIAT itu di hati bukan? dgn kemahuan dari hati juga yg menggerakkan lidah dan anggota lainnya utk beramal dan bekerja. Justeru, perbaiki dan perbaharuilah niat kita sebaik sahaja kita cuba melakukan sesuatu. Adakah semata2 utk dipersembahkan kpd Allah? Adakah kerana manusia? Adakah kerana tamakkan pahala? Tepuk dada tanyalah hati..
Bersemangat dan berkobar2 dgn azam tahun baru kali ini? Marilah sama2 kita membersihkan hati kita dgn niat utk berubah ke arah yg lebih baik, jernihkan pemikiran kita drp idealisma2 yg menyimpang dari La IlahaIllallah Muhammadurrasulullah. Semoga niat baik kita walaupun tidak disertai dgn amal, ada nilai dipandangan Allah.
Esok sudah tidak boleh mengubah apa yg berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yg terjadi pada esok hari, I-allah..
No comments:
Post a Comment