“Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka.”
Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Muslim
Antarabangsa menegaskan: “Apa yang terjadi di Gaza sekarang ini
menuntut setiap umat manusia tidak terkecuali, baik warga negaranya
atau pemerintahnya untuk membela hak-hak bangsa Palestin di Gaza
yang sedang mengalami pembunuhan secara massif dan massa..”
Sehingga entry kali ini ditulis, 412 penduduk Palestin terbunuh, dan lebih 2000 cedera..Sedih & sebak berbaur. Sedih kerana saya, sebagai salah satu drp jutaan ummat islam tidak mampu bersatu dan membela nasib saudara seaqidah!! Benci!!!
What to do? What we can do?
[1.] Berdoa utk kesejahteraan, dan memohon supaya pertolongan Allah sentiasa dilimpahkan, tidak putus2 khususnya kepada Mujahideen Palestin dan pejuang Islam serata dunia umumnya.
[2.] Berusaha sedaya upaya memboikot barangan yg bersangkut-paut dgn regim zionis yahudi laknatullah.
[3.] Jika mempunyai kemampuan dari segi kewangan, infaqkanlah sebahagian dari wang kita. Melalui saluran mana? Klik sini.
[4.] Bersyukur dgn apa yg telah kita nikmati dan berusahalah dan bersungguh-sungguhlah!!

No comments:
Post a Comment