~hampir 5 tahun berjasa~ Entry kali ini mengheret jumlah mangsa kerakusan Zionis laknatullah Israel ke angka 573, dan jumlah yg kritikal dan cedera menjangkau 2700 orang!!! Sampai bilakah hal ini akan berlarutan? Ya Allah, bantulah mereka.
Bila difikir²kan kembali, kematian mereka membawa tanda, pemergian mereka memberi kesan. Benarlah setiap yg bernyawa, pasti akan merasai mati. Tapi, mati mereka bernilai. Mereka berpeluang menjengah negeri abadi, berpeluang mempertahankan Islam dan tanah air, dan yg paling bahagia, mati mereka membawa title
SYAHID!! Pemergian sejumlah besar umat islam Palestin menyampaikan mesej:
1. Dimanakah keadilan dunia?
2. Dimanakah nilai kemanusiaan?
3. Siapakah yg mengaku umat Islam?
4. Yakinlah pada janji Allah.
Mereka mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu dilemparkan, walaupun dgn hanya itu yg mereka mampu lakukan!! Kita? Dgn kecanggihan teknologi, dgn alatan serba lengkap, dgn keperluan yg sedia ada.. masih tidak mampu berjuang walaupun hanya utk bersengkang mata menelaah buku dan berpisah dari selimut tebal di musim dingin~ Malulah wahai KITA!!!
Kata orang, kematian memberi tanda bahawa tugas kita di muka bumi ini sudah selesai. Kata Rabb kita, nyawa, ajal dan maut semuanya di tanganNya. Fikir² kanlah...
Dan, saat itu pun berhenti...
No comments:
Post a Comment