.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Wednesday, January 28, 2009

2 Decades, flashback & review


JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.

[Told by Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah based on his researches]

Antara semalam dan hari ini...

Alhamdulillah, Allah dgn sifat ArRahman & ArRahim, masih berkenan melimpahkan nikmat usia dan kehidupan, sehingga hari umur saya yg kelmarin belasan tahun, hari ini sudah menginjak 20-an. Matangkah saya? Dari segi pemikiran, penampilan, pertuturan?

2 dekad, satu perjalanan hidup yg cukup lama. Pada umur sebaya ini, AsSyahid Sayyid Qutb sudah lama menghafal Al-Qur'an. Usia ini, Saidina Ali sudah tega berjuang bersama Rasulullah dan seputar usia remaja inilah Yusuf A.S tegas mengatakan "Inni Akhafullah". Mus'ab pula terpilih utk menjadi Duta Islam ke Yathrib.. Saya, pada usia ini??

Biarlah ia menjadi persoalan, sekurang-kurangnya menjadi point2 utk saya muhasabah diri. Sengaja mengambil tempoh kehidupan saya yg hari ini masuk ke gerbang 20-an sbg stesyen @checkpoint utk koreksi diri.

Pernah mujahid unggul, Said Nursi menasihati beberapa remaja yg meminta beliau memberikan beberapa nasihat bg mencegah dari bahaya kehidupan dunia, keremajaan, dan serakah nafsu yg merosakkan. Said Nursi telah berkata:

"Keremajaan kamu pasti akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu dlm lingkungan yg syara', keremajaan itu akan hilang dan keseronokan yg memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di dunia ini, di dlm kubur dan di akhirat. Sekiranya kamu melalui tarbiyyah islamiyyah, kamu dpt membelanjakan keremajaan kamu di dlm ketaatan, dlm kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal selama-lamanya."

Sambung beliau:

" Bagi kehidupan yg dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan kpd Allah menyebabkan iman x berfungsi, kehidupan akan membawa kpd penderitaan dan kebinasaan yg lebih parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yg dibawanya. Ini adalah disebabkan manusia (yg sangat berbeza dgn haiwan)mempunyai aqal fikiran. Melalui pemikirannya, manusia terikat dgn masa lampau, masa kini dan masa depannya. Manusia boleh merasai kenikmatan dan kesengsaraan melalui perbelanjaan masanya. Manusia xdpt mengelakkan diri dari penyesalan akibat perbuatan masa lampaudan rasa cemas terhadap hari esok yg xdiketahui baik buruknya.. Sedangkan golongan haiwan pula xdibekalkan aqal utk berfikir, yg menyebabkan haiwan xdpt mengenangi dan mengimbas semula kenangan atau penderitaan masa lampau, atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yg akan menghilangkan nikmat masa kini."

Justeru, tanpa iman, hidup ini terasa hambar dan pointlessness. Walaupun pernah dgn bekal iman, kita tergelincir dari lingkungan syara', tetapi dgn kekuatan iman jugalah ia menyuluh kita kembali kpd jalan yg sebenarnya. There is always a backup. Subhanallah~

Kehidupan kita sebenarnya bermula dari titik kita mengenal Allah dan sedar bahawa kehidupan ini terarah kepada Redha Allah semata2. Mulanya perjalanan ialah dgn pengakuan kita sbg hambaNya dan berakhir dgn pembalasan terhadap apa yg kita kerjakan. Oleh itu, seorang hamba yg bijak, dia akan sentiasa meneliti, revising, either he/she is in the right path or going to deviate from the straight path, bersungguh-sungguh memperbaiki kelalaian dan kelemahan, dlm masa yg sama, penuh mengharap Allah akan menerima segala usahanya.

Thus, to be a best servant, dgn peluang usia yg ada, mari kita muhasabah bersama-sama, does we use our lifetime wisely?

Muhasabah pertama: Muhasabah IMAN

KEIMANAN lah bekal yg paling penting yg akan dibawa balik kpd Allah swt. IMAN itu menurut Said Nursi umpama passport yg mesti dijaga di sepanjang perjalanan kita menuju Allah swt. Sering saya peringatkan diri dan adik2 junior yg baru tiba di bumi Badawi ini supaya menjaga passport masing2 ibarat nyawa sendiri. Ada yg membalutnya cantik2 dan ada juga yg menyimpannya di tempat yg paling selamat. Ya, benar, hidup di perantauan mmg memerlukan passport sbg identiti diri. Setiap tahun perlu diperbaharui Visanya. Sebagaimana juga passport kita, IMAN ini perlu dijaga dan dipelihara dgn baik. Adakah betul dan 'valid' IMAN ini? Atau sudah cacat dan rosak?

Untuk itu, kita perlu:

1. Memahami pengertian 2 kalimah syahadah yg kita lafazkan.

2. Memahami makna Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah.

3. Yakin bhw AlQur'an adalah petunjuk lengkap dan sempurna utk mencapai kenhagiaan hidup dunia &akhirat.

4. Yakin bhw hanya dgn mengikuti jalan dan cara hidup Rasulullah sahaja, kita akan mendapat keredhaan Allah swt.

Muhasabah iman adalah perkara yg pertama dan yg terpenting yg perlu diteliti dgn bersungguh2.

Muhasabah kedua: Muhasabah KETAATAN BERAMAL & MENINGGALKAN MAKSIAT

Bukti kekuatan iman adalah dalam bentuk amalan dan perkara2 lahiriah. Hati ini ibarat sebuah bekas air. Apabila berterusan mengisinya dgn air, maka akan melimpahkeluarlah air itu. Begitu juga dgn iman, pabila ia telah mengisi hati, maka pastinya ia mendesak anggota utk melakukan ketaatan. Ketaatan yg dimaksudkan adalah slm bentuk IBADAH yg diperintahkan dan meninggalkan maksiat yg dilarang.
Jadi, benarkah ketaatan kita lahir dari dasar iman? Adakah arah tujunya redha Allah? Benar2 ikhlaskah? Cuba utk menjahi maksiat? Pernah terlajak dan cuba utk mencapai taubat sebenar?

Hati-hatilah dgn dosa kerana alim pernah berkata:

“Manakah ada lagi dosa kecil sekiranya ianya dilakukan secara berterusan”

Muhasabah ketiga: Muhasabah BEKERJA UTK ISLAM & BERBAKTI KPD UMMAT

Muslim yg taat dan ikhlas dlm beriman kpd Allah akan sentiasa bersungguh2 mencari dan menguasai kemahiran dan kepakaran, semata2 mahukan keredhaan Allah dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Jika dlm lapangan pelajaran dan pembelajaran, akan belajar bersungguh2 dan mendapat keputusan yg tertinggi dan paling cemerlang. Jika menjadi seorang pekerja, akan dilakukan kerja sehabis baik yg mungkin. Sesuailah dgn fitrah Islam itu yg tertinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya. Muslim yg mengaku dirinya muslim, tetapi tidak komited dan iltizam dgn kerja-kerja Islam, dan tidak mahu memperjuangkan Islam sesungguhnya tidak layak utk duduk bersama golongan yg benar2 mengikut Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:

"Kakanlah inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yg mengikutiku mengajak kamu kpd Allah dgn hujjah yg nyata." [yusuf:108]

Akhirul kalam, IHAB pernah mengatakan bahawa ummat Islam hari ini tiada lagi mempunya kekuatan. Sumber alam yg ada di bumi Islam habis diratah tangan2 asing. Kualiti ummat Islam ibarat buih-buih di lautan. Tengok sahajalah Palestin yg tiada pembelaan.Tetapi ingatlah, bhw ada satu kekuatan tersembunyi dari tubuh ummat Islam iaitu, kekuatan para pemuda/i.

Bangunlah wahai pemuda/i. Dakwah amat memerlukan jiwa-jiwa yg cekal utk menyemarakkannya. Kamu amat diperlukan utk mengembalikan Islam dari kehinaan kpd kemuliaan!! Jadilah tentera2 Allah yg akan memperjuangkan agama Allah hingga ke akhir hayatmu seperti Mus'ab bin Umair dan Zaid bin Khattab..

Jazakumullahukhairan katheera buat parents tercinta. Jasa kalian mewujudkan diri ini sbg khalifah di muka bumi, dan mendidik spy diri ini menjadi sebenar-benar hamba terlalu payah utk dibalas. Buat kakak dan adik2 tercinta, ketahuilah kalian adalah hadiah yg paling berharga dan x mungkin dpt ditukar ganti. Hanya Allah jualah yg mampu membalas jasa2 murabbi dan para guru yg selama ini berusaha memahamkan dan menyedarkan daku ttg hakikat kehidupan dan kebahagiaan berada dalam iman dan islam. Terima kasih juga buat sahabat seperjuangan, kerana sudi memimpin tgn ini bersama berlari ke arah RedhaNya lantaran diri ini terlalu kerdil utk diletakkan setinggi dan setaraf dgn kalian. Moga Allah balas jasa2 kalian dan dikira sbg timbangan yg berat di mizan kelak..

* Special thanks to ahlilbeyt for early surprise~ ( ^ ^ )

...adakah mampu utkku menggalas tangungjawab ramaja MATANG??

5 comments:

ar_msy said...

eidul milad ya nurulhuda~~~
insya-allah nanti uda balik malaysia sama-sama tukar hadiah besday ek...hehe...

Nurul Atiqah bt. Amran said...

happy birthday..from National University of Malaysia (tiqah am,nawa, izati & una zaini)

husna said...

Sanah helwa ukhti...
(laa anti baru 20 tahun ke?Baru nak masuk umur puluhan..ana duk ingat anti ni sebaya ana..muda lagi rupenye..cis..x aci..hehe gurau je..)
Jaga dirimu n jaga iman..moga kuat!

n_akn said...

uda tersayang...
eidul milad..
sori..aritu tesilap..
lupa uda ni still muda lagi..
:)
take care selalu..
Semoga ALlah permudahkan segala urusan2 uda..

sinar_islami said...

:) sanah helwah
kelam kabut ke jordan tak smpt tgln kesan dicni