.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Sunday, June 21, 2009

Carilah DIA


Oral PATHOLOGY melabuhkan tirai. Selesai sudah peperiksaan akhir tahun 3, preclinical year org kata. MERDEKA! Bahagia! BEST? Benarkah begitu?

Entah...x puas hati....

Itu sahaja yg boleh saya ucapkan. Diri ini mula menganalisa. Peperiksaan lalu, hampirkah aku dgnNya? Usahaku, all out kah? Doaku, hatiku, kuletakkan serendah2 dihadapanNya kah? Ego ku, kubiar beraja atau ku buang jauh2? Nafsuku?

Gagal

Ya itulah jawapannya. Peperiksaan kali ini gagal membawaku kpd pemilik jiwaku, pemilik masa lapangku, yg Maha Penjaga, Maha Perkasa. Aku gagal menyedari yg Allah berada disampingku, LALAI! Itulah analisa diriku, nyawaku yg Dia pinjamkan semata2 utk aku abdikan diriku padaNya.

Ya Allah, aku pasrah!

Terpana dan tersedar bila memerhati kalimahNya yg menegur,

Dan bahawasanya manusia itu tidak akan dapat kecuali apa yang dia telah usahakan"

An-Najmu 39

"Kemudian dia akan dibalasi dengan balasan yang sangat sempurna"

An-Najmu 41

Sakit hati

Tahun ini saya hadapi peperiksaan dgn keadaan yg cukup tidak bersedia, jasmani, rohani dan aqli. Mengapa begitu? Entah, saya tidak punya jawapan. Mungkin hati ini memilih utk tidak bersedia. Benar-benar terasa ilmu Allah itu ibarat cahaya, hanya akan memasuki hati yg bersih. Sekali kita berbuat dosa, akan hadirlah satu titik, tompok hitam pada hati. Patutlah susah benar nk menghafal segala ubat dan simptom2 penyakit serta men'tackle' cara belajar setiap subjek. Hati saya yg berpenyakit rupanya!! Sedari ini, saya sudah terlambat. Akhir peperiksaan barulah tiba kesedaran dan kekuatan utk bangun. Agaknya saya bukan exam oriented. sigh~

Hanya doa ayah ummi dan sahabat2 yg membawa kaki dan hati ini spy kuat utk mengakhirinya. Syukran.

Selebihnya saya serahkan pada Allah. Usaha pun xsekuat mana. I'm prepared for the worst.

Result

Tp, bila bercerita ttg keputusan peperiksaan, hati mula rasa kecut. Mengapa?

Takut? Ya takut kerna kegagalan diri yg lemah ini boleh membawa fitnah pada Islam, diri ini ibarat duta Muslim, membawa imej da3ieah!! Takut utk mempersembahkan amal yg xsehebat mana pada Allah. Takut doa yg selama ini dipanjatkan, penuh dgn selaput dosa. Risau tidak sampai kepada Dia, tidak diperkenankanNya.

Ya Allah, perkenankan doaku, doa ibubapaku, doa sahabat2 ku...

Kembali termenung jauh berfikir..

"Orang yang cerdik adalah mereka yang menghitung amalan diri mereka sendiri dan melakukan setiap sesuatu untuk selepas matinya. Manakala orang yang cuai pula adalah mereka yang mengikut hawa nafsunya, tetapi dalam masa yang sama mengharapkan berbagai anugerah dari Allah"

Allah, akukah yg culas dan lalai itu?? Astaghfirullah..

Ighfir zunuubi ya Ghaffar
Ustur 3uyuubi ya Sattar
Taqabbal minni ya Rabb

What i've done and planned for my summer holiday? --->MENCARI DIA YG MAHA SATU

6 comments:

Anonymous said...

Salam...huda,
huhu...
terkesan dihatiku ni tatkala membaca coretan hatimu...
bersabarlah ya....
"Wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu"
(surah Muhammad:5)
~yakin dan bertawakkal padaNya~

hood@sunny said...

Malu rasanya nk bertawakkal pada Allah sedang usaha xselari dgn tawakkal.

Malu mempersembahkan hadiah amal kebaikan sedang diri berlumuran lumpur dosa.

Malu menembak doa kerna peluru doa sarat dgn noda, kelalaian dan keegoan.

Tebalkan muka ini, runtuhkan ego ini, kerna dgn begitu shj kau kn dapat ampunan dariNya, ketenangan yg diidam2kan..

Unknown said...

Salam huda

Salam perkenalan serta salam ziarah...

Nak minta izin utk link kan blog huda ni pada blog saya...juga ada ambil dan berkongsi kata2 hikmah huda di blog saya...

Sungguh terkesan jiwa saya tatkala membaca blog anda dan juga sahabat2 yg lain...semoga dapat berkongsi ilmu dengan anda...

Salam maju jaya buat anda di bumi Mesir itu...

Salam dr Preston,Lancashire UK:
-Faiza-

Atiqah said...

salam huda..

hmm...awk dh hbs exam, akn bercuti and then tggu result kuar..

kte dh hbs exam, cuti pun dh nk hbs, result pun dh kuar..

Result???

Alhamdulillah..terkedu melihatnya..Allah benar2 tlg kte..tp seakan memberi yg sgt byk sdgkn kte sedar usaha kte byk mne..seakan2 x lyk merangkul kejayaan tu..

rsau andai kejyaan itu buat kte terus jauh drNya..nauzubillah...hati ingin gembira dgn kejayaan itu tp nthla..x terzahir kegembiraan tu..meronta ign tahu..apakah hikmah Allah di sebalik kejayaan ni??

hood@sunny said...

to faiza:
salam ta3aruf, ye saya izinkan, asalkan beroleh manfaat dan membawa awak lebih dekat dgn Allah.

to tiqah:
gembira berkongsi kecemerlangan sahabat2
Allah memberi hadiah pada nt sbb berjaya jadi hambaNya.

Ana? entahlah, berusaha mencari Dia.
Benarkah Doa boleh mengubah takdir?

janas said...

hoho
welcome to the club??
anyway~
jalan2 semetara Allah masih bg keizinan..:))