.: Quote for da day :.

Tanggalkanlah pakaian duka cita dan putus asa,
Lantas pakailah pakaian jihad dgn AKTIF, tanpa MALAS,
Perhalusi kematian sbg satu seni sehingga anda tahu bagaimana menghirupnya apabila tiada jalan lain,
Tanpa ketakutan

- Dr Yusuf AlQardhawi.

Tuesday, April 27, 2010

Derma


Hari ini saya dapat result darah saya (natigah tahlil dam). Terbayang peristiwa pertama kali hendak menderma darah di perkarangan universiti. Pada masa itu, baru di tahun 1 pengajian. Booth yg disediakan mencuri perhatian kami dalam perjalanan menuju bangunan kuliah Perubatan. Kami menghampiri meja kaunter booth.

-Peristiwa tahun 1-bersemangat mahu menderma darah-

"Kamu nak menderma darah?"
"Berapa berat kamu?"
"Er, 48.."
"Erm, kamu xcukup berat badan untuk menderma. Bla..bla.. bla.. "(dlm bhs arab pasar yg tidak berjaya kami fahami. T-T

Kami berlalu dgn hampa ke kuliah hari itu. 3 tahun kemudian, saya disapa pekerja tabung darah. Kali ini datang ke kampus kami dengan van bergerak.

"Kamu nak derma darah?"
"Sblm ni saya ada nk derma, tp diorang cakap berat saya x cukup."
"Berapa berat kamu?"
"Er, 5o.."
"Oh xpe, mari ke sana dulu, kita buat ujian sedikit, jika sesuai barulah kamu buat keputusan lain"
"Tapi x pe ke? Saya Malizi (orang Malaysia) xcompatible rhesus dan jenis darah"
"Tak mengapa, tadi ada 2 orang pelajar Malaysia derma darah, tiada masalah.. Mari kita ke sana.."

Sblm ni x dpt derma. Kali ini boleh pula? Apa salahnya mencuba kn?

-Pekerja yang mesra dan lembut melayan penderma, Moga Allah redha sama mereka-

Terdorong untuk mendapat pengalaman menderma darah, saya ke van bergerak td untuk menjalani beberapa ujian, tekanan darah dan juga tahap hemoglobin dlm darah. Alhamdulillah semuanya normal. Hampir 300cc darah dikeluarkan daripada badan saya. Cekap sungguh pegawai kesihatan itu bekerja. Jarumnya, masya Allah, agak besar juga. Tetapi selepas beberapa minit, diberi jus guava, saya dibenarkan pergi. Tanpa membuang masa terus saya menapak ke dewan makan. Perut ini minta diisi.

-X sampai 30 minit, beg sudah penuh diisi-

Di dewan makan, makan dengan penuh berselera sambil bercerita pengalaman diambil darah bersama adik-adik junior. Ada yang terkejut kerana saya segera bangun dan berjalan, menuju ke dewan makan sejurus selepas diambil darah! Baru saya tahu, sepatutnya perlu berehat seketika agar tidak jatuh pengsan kerana darah yang dikeluarkan secara banyak dan tiba-tiba boleh menyebabkan circulatory collapse!! Ada yang menawarkan diri menemani saya sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kerana khuatir saya akan pengsan di tengah jalan. Bermacam-macam cerita yang dikongsi mereka tentang pengalaman mereka dan sahabat2 di Malaysia yang pengsan selepas menderma darah. Wah, pengalaman yang cukup menarik!!

-Keringat dan darah anda, mampu menyelamatkan satu nyawa, i-allah-

Alhamdulillah, saya hanya mengalami sakit tekak dan sejuk-sejuk badan sahaja selepas menderma darah. Ya derma lah apa sahaja, darah anda juga mampu menyelamatkan nyawa. Harga se beg darah di Tanta yang saya tahu sekitar LE120. Maklumat ini saya dapati daripada seorang kakak yg ditimpa tumpah darah (postpartum hemorrhage) semasa melahirkan anaknya yang sulung. Allah.. betapa bernilainya kesihatan yang Engkau kurniakan. Betapa tidak ternilainya segala organ dan sel yang Engkau ciptakan!!

Panggilan telefon daripada pejabat tabung darah tadi tidak dapat didengari dgn jelas, kerana saya berada dalam kenderaan dengan suasana jalan yang hiruk pikuk. Apa yang dapat ditangkap, kalimah tahlil addam, O +ve, dan tiada apa-apa yang membahayakan dalam darah saya selepas dilakukan ujian. Alhmdulillah.

-1st time masak demi Gaza, Teringatkan Pak Lah Dewan makan MATRI-

Menderma, salah satu sedekah jariah yang tidak akan putus pahalanya walaupun kita telah meninggal dunia. Bulan ini, peristiwa sekeliling saya, semuanya seputar kalimah ini- DERMA. Berpeluang membaca novel Ramlee Awang Murshid-9Nyawa. Berbicara tentang derma organ. Apa yang berlangsung di Tanta, kempen LE100 untuk Gaza juga berkenaan derma.


-Tekan [sini] untuk maklumat lanjut-

Ya sumbangkan apa sahaja untuk saudara kita. Wang, tenaga dan juga diri kita sendiri. Allah tidak mengira natijahnya, yang Allah lihat, usaha kita.

Semoga misi pelayaran ke Gaza dilindungi Allah.
Semoga bantuan yang dihulurkan selamat sampai ke tangan penduduk Gaza.
Semoga Mesir celik dan sedar tentang kemelut jiran yang memerlukan bantuan.
Semoga masyarakat Malaysia masih ingat dan sedar tentang kewujudan Negara PALESTIN.
Semoga kita dapat membebaskan kembali AlAqsa.
Semoga saya mampu melahirkan Salahuddin ke 2.

-Tekan [sini] untuk maklumat lanjut-

Taqabbalallahu minna waminkum. Taqabbal Ya Kareem~


5 comments:

eMan said...

eeekks!

cm kenal je baju biru tembam tu..

uwaaaaaa!

XD

Atiqah said...

erk huda derma darah siap leh berjalan lg dan x pengsan..Alhamdulillah
kte ni dh la x leh derma darah pastu leh lak pengsan dok tgk org derma drh..mula2 rse pitam bila tgk darah tu mengalir ikut tube msuk dalm beg plastik..smpai skrg kot ngeri..huhu

Anonymous said...

seronoknyer dapat pengalaman derma darah...
kte selalu je terpaksa mengundur diri...
gara-gara berat tak cukup...uhuhu..
tp tkpe sumbangan blh macam2 cara kan...
insya-Allah..

hood@sunny said...

eman: ala, dulu montel, sekarang ayu~ :D

Atiqah: saya x tahu prosedurnya begitu.. Pegawai tu x cakap apa2 pun.

ARMS: ya sumbangkan apa sahaja, kerna ada hak manusia lain di situ.

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

derma darah? oh oh..takutnya dengan jarumm..

macam mana ni? hmmmmm